Sunday, February 15, 2009

Hasta La Vista My Friends!!!

Salam Alaik…

Amaran Yang Sangat Keras!!!
Entri ini mengandungi cerita yang sangat membosankan… Teruskan membaca jika boring sampai tak tau nak buat ape… Sape-sape yang kesuntukan masa, baca peranggan yang bertulisan kuning… Terima Kasih…

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal trip aku ke KL… Tapi sebelum tue biar aku cerita objektif trip aku ke KL nie… Trip aku ke KL nie sebenarnya serampang dua mata atau dengan kata lain, sambil menyelam, sambil minum air… Objektif pertama ialah menyiapkan Visa aku ke India dan objektif kedua ialah berjumpa rakan-rakan aku yang telah lama aku tak jumpa…

Sebelum aku cerita apa yang berlaku, aku nak cerita perancangan aku yang sebenarnya pada mula-mula sekali… Pada awalnya, setelah aku setel hal visa peringkat pertama, aku akan ke Melaka, berjumpa kawan ketat aku, Sazzul Iqbal, memandangkan hanya dia yang available (tengah cuti) ketika itu…

Kemudian, dalam perjalanan pulang ke Kl dari Melaka, aku bercadang untuk ke Cheras berjumpa Hafizul… Kemudian aku akan teruskan trip aku ke UM untuk berjumpa Firmad…

Akhir sekali, aku akan ke Shah Alam untuk bertemu Zul dan seterusnya melepak bersama Zul sehingga esok…

Dan, setelah hal visa peringkat kedua setel. Aku akan balik ke Pahang dan sebelum balik ke Pahang, aku akan singah di UIAM untuk berjumpa Hakim…

Tapi, di dunia yang nyata, lain pula jadinya…

Aku memulakan perjalanan ke KL jam 6.15am setelah Subuh dan sampai lebih kurang jam 9am di KL... Memang aku bawak kete perlahan hari tue... Pas sampai KL, aku ke High Commission of India untuk urusan berikutnya sebelum aku ke Lebuh Pasar Besar untuk urusan peringkat pertama diselesaikan…

Setelah segala-gala urusan birokrasi selesai, aku terus menghala ke Alor Gajah untuk bertemu Sazzul yang memang dah sangat lama aku tak jumpa...Sampai di sana, aku melepak dengan beliau sehingga jam 3pm sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Lembah Klang... Perjalanan itu, aku ditemani Sazzul yang nak ikut aku... Kat sini aku nak ucap Thankz kepada Sazzul sebab berjaya pukau juruwang di Stesen petronas Simpang Ampat...

Setelah singgah sebentar di Uniten untuk mengambil barang Sazzul, aku teruskan perjalanan ke Cheras dan melepak bersama Pizul di IPIK... Selepas makan malam, aku, sazzul dan pengikut baru Fizul bergerak ke UM untuk berjumpa Firmad... Kira-kira jam 9pm, kitorang berempat dan kawan Firmad, Toce bergerak ke The Castle Jalan Damai untuk menghirup Shisha... Sepatutnya, pas Shisha aku dah kena gerak ke Shah Alam, tapi Firmad sebagai ahli politik menggunakan rancangan sulit untuk menyebabkan aku melepak bersama beliau di UM dan membatalkan hasrat aku ke Shah Alam...
Setelah menshisha, kitorang ke Asia Cafe untuk melayan Firmad dan rakan-rakan bermain pool...Dalam permainan US 9-ball tue, table Pool hanya dipegang oleh Firmad dan Sazzul jer (Aku tak sangka plak Sazzul boleh kalahkan Firmad)... Hahaha... Setelah penat di AC, kami minum di warung berdekatan Taylor’s untuk mengembungkan perut...Kat situ aku jumpa Qasim, memner aku ketika di INTEC dulu...

Setelah kebung perut, dalam jam 2.30am, kami bergerak untuk melayan karaoke di suatu tempat yang aku tak tahu kat mane… habis memecahkan tekak, kitorang bergerak ke Um untuk tido… Fizul dah tido awal... Sebelum aku tido Aku berbual secara slow talk dengan Sazzul sebelum Firmad dan aku menggunakan Black Magic untuk mengoyakkan hati dan jiwa Sazzul… Hahahaha….

Kitorang confirm bangun tido lambat… Kitorang bangun lebih kurang jam 11am dan terus makan tngah hari… Sazzul yang sedang koyak taknak makan… Huhu… Pas makan, Fizul pulak dikoyakkan oleh Firmad… Maka, ramailah koyak hari tue… Hahaha… Selesai solat Jumaat, aku bercadang untuk ke Shah Alam, tetapi dek kerana kesuntukan masa, memikirkan betapa sesak KL (untuk selesaikan visa peringkat ke 2), aku terpaksa membatalkan hasrat itu…

Selesai hal visa, aku menghantar Fizul ke Cheras dan Sazzul ke KL Sentral… Jadi, aku dan Firmad terus bergerak balik ke Jerantut… Melayan kesesakan KL selama sejam dan akhirnya kami keluar dari KL pada jam 7pm… Hasrat untuk ke UIAM terpaksa dibatalkan…Kami terus meluncur di highway… Dalam jam 8.40pm, aku dan Firmad stop kejap kat SBPI Temerloh untuk solat… Kami meneruskan perjalanan pulang sehingga ke Jerantut...

That’s all...

Sape yang bace semua patah kata dalam entri aku nie memang tak pernah tau erti bosan... haha... Anyway, aku nak mintak maaf sangat-sangat kepada Hakim dan Zul sebab gagal untuk mematuhi program aku yang sebenarnya dek kerana kesuntukan masa dan plan yang lari... Maaf yerk...

Kepada member-member aku yang teman aku, terima kasih atas kerjasama korang.... Pasni payah dah nak jumpa korang… Serius aku cakap nie… Haha… Kepada yang koyak, jangan koyak-koyak dah (makan cili terasa pedas)… teruskan hidup anda…
Aku dah nak chaw nie… Aku nak buat kerja sket…

Adios….

3 comments:

Hakim said...

dh la xdtg jenguk aku..huh..

farah azmi said...

oh. ni upenye keje die. embassy of russia kunun. hoho.
=P

.b.e.d.d.y. said...

hakim terase siott..
hehe..
:p