Wednesday, February 17, 2010

Ancaman Sebenar

Salam Alaik...

Apakah ancaman yang sebenar bagi Malaysia? Adakah Illuminati? atau Freemason? Haha... Ingat dah habis pasal dua tue, kan? Rupanya ada lagi... Owh, bagi pendapat aku, aku ulang sekali lagi, bagi pendapat aku, dan aku berpendapat bahawa ancaman sebenar Islam dalam Malaysia ialah musuh dalam selimut...


Bila sebut musuh dalam selimut, aku nak lontarkan satu pertanyaan... Adakah illuminati musuh dalam selimut? Apakah makna dan definisi musuh dalam selimut? Adakah musuh yang dibalut selimut bercorak petak-petak papan dam? Haha... Sempat lagi buat lawak bangang... Maaf... Hehe... Musuh dalam selimut bermakna gunting dalam lipatan... Musuh yang berada dalam kalangan kita, itulah musuh dalam selimut...

Sebelum aku mencarut panjang, aku nak tegaskan Illuminati dan Freemason memang musuh kita, tapi ada lagi musuh yang lagi penting untuk kita ambil tahu...

Pertamanya, musuh Islam yang paling utama ialah munafiq... Munafiq nie pada luarannya memang nampak Islam, tapi hatinya bukan Islam... Kalau setakat hati bukan Islam pun dah teruk, munafiq nie mempunyai agenda untuk memusnahkan Islam dari dalam... Kita payah nak nampak tetapi dalam diam dia memakan Islam dari dalam... Mangkuk-mangkuk (kata ganti nama bagi munafiq) nie akan membawa nama Islam, dan pada masa yang sama meninggalkan ajaran Islam yang berasaskan Nas al-Quran dan al-Hadis...

Antara cara munafiq ialah mengapi-apikan rasa marah dan dendam dalam diri Muslim agar bergaduh sesama sendiri... Bila dah bergaduh, mereka akan ke tepi dan jadi batu api... Banyak lagi modus operandi munafiq nie... Malas nak kupas banyak-banyak... Aku share sikit sifat munafiq nie: 1) Bila berjanji dia mungkiri; 2) bila bercakap dia bohong; 3) Bila berbalah dahagakan kemenangan; 4) Bila memateri perjanjian dia akan mungkiri...

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." Riwayat oleh al-Syaikhan dari Ibn.'Amr.

Golongan kedua musuh dalam selimut ialah golongan Syiah... Oleh sebab bab Syiah nie aku kurang berilmu, maka aku taknak tulis panjang lebar sangat... Kalau rajin korang carilah sendiri... Yang aku tahu, beradasarkan info, golongan Syiah sekarang nie sedang bertapak di Malaysia melalui pelbagai cara yang tidak kita sedari... Kenapa Syiah satu ancaman? Syiah membawa satu ajaran yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah... TERLALU mengagungkan ahlul-Bait dan Saidina Ali r.a.... Dan mengkafirkan para sahabat yang lain seperti Abu Bakar, Uthman, dan Umar... Apa yang menjadi serius ialah Syiah bergerak di bawah angin dan mungkin secara tidak kita sedar, kita mungkin terpengaruh dengan dakyah Syiah... Nanti kalau aku dah banyak belajar tentang Syiah, aku akan kongsi...

Golongan ketiga ialah golongan neo-Muktazilah... Muktazilah nie sebenarnye ialah satu gerakan dan fahaman yang menggunakan akal fikiran MELEBIHI nas al-Quran dan as-Sunnah... Mereka mentafsir al-Quran berasaskan akal agar mereka dapat apa yang mereka mahu... Muktazilah nie bahaya sebab kecenderungan manusia menggunakan akal melampau-lampau sampaikan meyatakan bahawa al-Quran itu makhluk... Dalam kita tak sedar, kita mungkin juga pernah menggunakan akal melebihi al-Quran dan as-Sunnah... Banyak contoh pendapat Muktazilah yang diadaptasi di Malaysia... Contohnya hal berkaitan Qada' dan Qadar dsb...

Tapi, muktazilah telah lama dipadamkan dalam sejarah oleh al-imam Ahli Sunnah wal Jamaah, imam Asy'ari dan Imam al-Maturidi... Pengikut rasminya memang berkurang dan pupus di muka bumi ini... Tetapi, di zaman teknologi maklumat ini, golongan Muktazilah moden, atau neo-muktazilah pula muncul... Mereka takkan memberitahu bahawa mereka muktazilah, tapi mereka secara tidak sedar meletakkan akal di atas nas...

Sebagai contoh, apabila al-Quran membenarkan sesuatu perkara untuk dilakukan, tetapi golongan neo-Muktazilah ini akan melarangnya berdasarkan hujah-hujah akal fikiran... Mereka akan menggunakan logik akal manusia yang tak seberapa untuk mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram... Mereka menganggap bahawa apa yang telah tertulis dalam al-Quran itu tidak sempurna, dan menambahkannya dengan akal fikiran mereka... Ada contohnya, tapi bahaya untuk aku letak...Takut menimbulkan polemik...

Ada yang berpendapat bahawa ahli falsafah merupakan muktazilah... hehe... Aku tak tau tue... AKu rasa ok je ahli falsafah... Cuma jangan falsafahnya melebihi al-Quran dan Sunnah sudeyh...

Ini semua ialah sebahagian dari musuh dalam selimut yang kita tak sedar kewujudannya dan mungkin kita juga sebahagian dari mereka... Berjaga-jagalah dalam beribadah... Pastikan kita berilmu dalam beribadah berdasarkan ilmu yang shahih dan benar, bukan teori dsb... Ingatlah, jangan kita jadi macam golongan kat bawah nie:

"Solat, puasa dan amalan mereka jauh lebih banyak daripada solat, puasa dan amalan kamu, namun mereka membaca al-Quran hanya sampai kepada tenggoloknya sahaja (tidak memahami dan mengertinya); mereka lepas daripada (ikatan) agama seperti sebatang panah yang terlepas dari busurnya".


Inilah khawarij yang banyak amalannya, tetapi ilmunya kurang... Tidak hairanlah jika mereka sanggup membunuh Saidina Ali kerana ingin bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah...

Update: Bacaan untuk Syiah boleh klik sini

Tambahan: Milan 2- MU 3 (Owh, aku kena mind control. Maaf!!)
Tambahan Lagi: Kerajaan Negeri Kelantan kena cap Wahhabi dsb oleh seorang yang mengaku dia Ahli falsafah kerana tolak mengadakan perarakan Maulud Nabi... Haha... Senang je nak label orang Wahhabi ye dok?

13 comments:

deus X machina said...

1st!!!!!!!!

bagaimana pula dengan yang terang-terang menolak pelaksanaan hukum hudud
dan menggalakkan benda2 yang diharamkan di dalam Al Quran seperti arak, judi, dsb.

pikir-pikirkan la

Hakim said...

"Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain."

ni aku quote dari artikel aku baru2 ni..klau sebab tak berarak maulidul rasul je dah kena cop macam2 aku tak tau nak ckp ape la..aku x menyokong, x juga membantah..cume berdasarkan apa yang aku tau, maulidur rasul xde masa zaman nabi dulu..zaman sahabat pun xde n tabi' tabi'in pun xde..zaman lepas tu baru ada..kalau berarak pun, tapi tapi tak penah nak ikut apa nabi ajar, baik tak payah..

Anonymous said...

isu perarakan Maulidur Rasul ni mmg hot sejak dua menjak nih. Nmpk gaya mmg mcm nak dijadikan isu jer oleh pihak tertentu. Agak dah kurang berita kot nk disampaikan.. atau nak alihkan perhatian rakyat M'sia pada isu2 yg lebih hangat spt memo dr parlimen Australia barangkali? I dont know..perhaps..

Relevan said...

Musuh dalam selimut amat merbahaya..dia orang pegang senjata pun kita tak nampak..sebab berselimut..

Redz da Tsar said...

dXm: Hehe.. Steady~

Hakim: Itulah pasal... Diorang sesuka hati nak tunjuk macam Maulud Nabi tue satu kefardhuan.... Tak lama lagi ranap la Islam ditokok tambah

Finaz: Hehe.. Ini semua politik Akak... Kalau bukan pasal politik tak bising sangat

Relevan: Betul tue... Kadang-kadang kita duk bising musuh luar selimut, tapi yang dalam taknak cari... Bukan nak kata yang luar selimut tak bahaya, tapi yang dalam selimut lebih bahaya~

saharul said...

memang betul.....musih dalam selimut !!!...memang banyak kat sini, cume kite tak tahu je....kalau tak takkanlah negara kite kena jajah...

pungkar said...

aku sokong...tak perlu pertikai dah musuh islam yang nyata macam yahudi, amerika dan lain-lain....sebab mereka terang-terang bermusuh dengan islam...tapi yang main tikam-tikam dalam selimut, yang main gunting-gunting dalam lipatan ni lah yang paling bahaya...ramai dah jadi member abdullah bin ubay...

Anonymous said...

musuh dalam selimut memang bahaya.. jenis tiba-tiba je tikam dari belakang.. tikam dari depan pun ada gak sbb memang takleh nak nampak dia simpan pisau..

hans said...

sangat banyak musuh dalam selimut skrg dkt bumi malaysia nih

Wan Perlis said...

perlis dah lama kena label wahabi.
siapa yg label kelantan wahabi?
asal lain skit wahabi.
huhu tak abis2.

¶A.K.I¶ said...

ooowh!! one for all, all for MU!! yeahh!!!

deus swo aku g belog ko!

Wanturd™ said...

aaa.mcm mane nak kata. aku pon tak tahu pape, tapi kalau dorang nak batal2 maulud ape kes? biar je la buat. atleast, ade jugak sambutan(bukan perayaan). Atleast nnt budak2 ni blajar dan ingat pasal sejarah nabi. Kalau tak buat pon, tak payah la label pape. tuduh orang satu jari,4 jari tuju kat diri sendiri..

pasal musuh dalam selimut. kita perhati je la ahli2 politik skang ni. tak kira la kerajaan atau pembangkang. knapa ada pihak yang selalu cari point, nak tuduh sane, nak tuduh sini, buat cerita ini, buat cerita itu. sampai orang sekarang pon dah keliru, mane satu betol mane satu salah. and orang ISLAM sendiri pon dah suka join buat fitnah same2 sendiri. adoii.

Redz da Tsar said...

Wan: Steady la diorang nie... Bila pendapat diorang lain dari pendapat orang lain, maka wahhabi la orang tue.. Tah ape-ape...

AKI: Owh... TQ beb... Kem salam kat Deus

Schomey: Yang dibatalkan ialah perarakan Maulud Nabi... Bukan sambutan Maulud Nabi.. Nak kata Nik Aziz, Maulud Nabi kat Kelantan disambut hari-hari mengikut caranya.. Hehe...

Kalau Ahli pOlitik bergaduh sama sendiri, mesti ada musuh dalam selimut yang api-apikan... Kalau takde musuh, diorang la musuh dalam selimut ny~