Saturday, February 13, 2010

Kamu: Illuminatus!!!

Salam Alaik...



Sejak kebelakangan ini, illuminati dan freemason merupakan satu topik yang sangat menarik untuk dibaca dan dikaji... Minat ini disuburkan lagi dengan koleksi novel dari Dan Brown yang menyentuh Illuminati (Angle and Demon, 2000) dan karya terbarunya menyentuh tentang Freemason (The Lost Symbol, 2009)... Malah Angles and Demons telah difilemkan, mengikut jejak langkah novelnya yang bertajuk The Da Vinci Code (2003) yang menyentuh tentang Knight of Templar dan Priory of Sion (www.DanBrown.com 2010)


Apakah dia Illuminati, Freemason dan segala macam organisasi yang bergerak di bawah angin nie? Kebanyakan teori konspirasi akan mengaitkan Freemason ini dengan al-Masih Dajjal, dan illuminati juga dikaitkan dengan perkara yang sama... Mengikut klip video kegemaran penggemar teori konspirasi, The Arrival oleh Achinaar , Freemason dan ahli-ahlinya menunggu dan ingin menyambut kedatangan al-Masih Dajjal melalui pelbagai cara...



Illuminati dikatakan satu pertubuhan anti-gereja kerana puak-puak gereja pernah membunuh saintis-saintis yang mengeluarkan teori berlainan dengan ajaran Kristian... Jadi, Illuminati merupakan satu pertubuhan pemikir yang tidak berpuas hati kepada gereja... Tetapi itu dahulu, kini Illuminati dikaitkan dengan al-masih Dajjal...

Knight of Templar pula dikaitkan dengan usaha menyelamatkan ‘keturunan’ al-Masih Isa dan Priory of Sion pula ialah satu pertubuhan untuk memusnahkan ‘keturunan’ al-Masih Isa... Walaubagaimanapun, kewujudan kedua-dua organisasi ini kini diragui...

Berbalik kepada Freemason dan Illuminati... Antara agenda besar Freemason ialah ‘The New World Order’... Untuk mencapai impian mereka menyambut al-Masih Dajjal, mereka telah menyebarkan pelbagai dakyah dan cara untuk mempengaruhi minda manusia, antara yang terkenal ialah ‘All-Seeing Eyes’, ‘Unfinished Pyramid’ dan sebagainya...

Dah!!!! Cukup mencarut!!!

Ok, sebelum aku mengarut dan mencarut lebih panjang, sebenarnya 5 perenggan kat atas nie merupakan satu pengenalan kepada Freemason, illuminati dsb... Aku bukan suka sangat nak menulis pasal Illuminati, Freemason dan segala macam konspirasinya... Aku juga bukan berminat sangat nak meng’illuminati’kan atau me’mason’kan segala macam benda yang kononnya berkaitan dengan Mason dan illuminati...

Pantang ada bentuk mata satu jer, terus Illuminati... Ada macam piramid atau kotak-kotak papan dam je kait dengan Illuminati... Aku bukan nak kata TIDAK atau kata itu semua TIPU, tapi sila beragaklah dalam mempercayai sesuatu...

Kalau nak kata wang Dollar Amerika tue ada kaitan dengan illuminati dan Mason, silakanlah sebab memang mason dan iluminati banyak kat US... Kalau nak kata video klip Rihanna ada ‘checkered floor’, boleh je sebab memang dia orang US...

Tapi kalau selamba badak je kata AJL 24 itu ada Illuminati payah la... Aku bukan nak kata AJL tue baik.. AJL tue sama je macam konsert-konsert yang lain, melalaikan... Kalau bab melalaikan tue aku takkan bangkang, tapi kalau bab Illuminati, itu aku bengang... Agak-agak la weyh... Sama la macam kaitkan lantai umah Dani bercorak papan dam, atau mengaitkan gambar dewa masyarakat Hindu dengan papan dam... Ape kejadah Dewa Hindu layan Illuminati pulak?

Maka, aku ada la terbaca satu laman sesawang tentang Illuminati dan Freemason berbahasa Melayu... Dalam satu entri, dia mengaitkan satu lambang atau logo dengan: 1) Illuminati; 2) Freemason; dan 3) Knight of Templar sekaligus... Cuba anda fikir secara logik, adakah Knight of Templar (yang back-up institusi gereja) boleh berkolaborasi dengan Illuminati dan Freemason yang anti-Gereja? Jadi, silalah jangan percaya bulat-bulat dengan teori konspirasi itu...

Dan bercakap tentang segala macam teori nie, komfem sesiapa yang pernah baca konspirasi nie akan pernah berhadapan dengan segala macam nombor seperti 666 atau 13... Nombor-nombor nie akan keluar setelah segala macam formula yang takde asas dan ikut-suka-hati-asalkan-dapat-666 ... Ikut suka hati je nak darab atau campur atau tolak dan pastu kena terbalikkan, asalkan dapat 666... haha...

Dan, kalau anda seorang ahli teori konspirasi yang sangat pandai memanipulasikan nombor, gambar, logo dsb; cuba lihat Jata Negara, dan keluarkan unsur Illuminati dalam Jata tue... Aku pernah cuba, dan aku dapat 5 kaitan... Aku taknak dan takkan publish sebab nanti orang kata aku hina negara, mula la kena dakwa macam Aduka Penderhaka... hehe... Tapi, benarkah jata negara itu ada kaitan dengan Illuminati? Tidak sekali-kali... Tapi kalau ada yang pakar manipulasi, memang boleh jadi..

Aku tau, ada yang akan bengang bila baca entri aku nie... Nanti mulalah ada tuduhan aku nie ‘Illuminati’ atau aku nie ‘Ejen Zionis’ atau ‘Freemasonist’... Jadi, sebelum hentam aku, aku nak tegaskan beberapa poin:

1. Aku tak kata semua teori konspirasi itu salah, dan tak semuanya benar... Dah nama pun teori
2. Aku dengan sepenuhnya menolak teori yang menggunakan formula nombor
3. Aku tak halang nak baca atau cerita segala macam teori yang korang dapat dsb, tapi sila pastikan ia tidak terlalu mengarut dan ‘far-fetched’
4. Aku bukan anti teori konspirasi, Cuma aku rasa macam teori ni dah semakin melampau
5. Aku tak kata sapa yang baca bodoh, dan aku tak kata sapa yang tak percaya pandai, sila jangan buat tuduhan liar.
6. Aku Cuma nak pesan kepada sesiapa yang OBSES dan FANATIK kepada teori nie saje, kalau sapa nak baca, aku tak kesah.
7. Lebih baik kaji apa yang bukan teori tetapi fakta seperti gerakan Syiah di Malaysia atau kaji dan basmi salah faham atau bidas ajaran sesat...
8. INI PENDAPAT AKU, DAN MUNGKIN PENDAPAT KORANG BERBEZA. SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU NAK BERKONGSI PENDAPAT, DAN PASTIKAN ANDA BUKAN ANONYMOUS!!

Daripada aku duduk depan laptop dan OBSES terhadap segala macam TEORI konspirasi tue, baik aku layan Facebook dan merapatkan Ukhwah sesama rakan... Dan, sebagai penutup, aku turunkan kata seorang kawan aku tenang perkara nie, “Elok la ambil tahu, tapi jangan sampai terikut-ikut dan percaya lebih”...

Segala komen anda amat dialu-alukan~

p/s: Aku dah tengok Arrival dari awal sampai habis... Jangan kata aku tak tengok pulak...
dan ada yang dah tulis macam aku tulis nie... Klik Erk888

30 comments:

Relevan said...

Yeahs..sejak terkeluarnye cerita cerita begini baru ku tau apa yang sebenar dan tidak benar..

Yang aku tau cuma lagu Temple of the king sahaja..deep purple ke apa yang nyanyi..

Illuminati Freemanson ada yang kata mereka mencelah secara halus..

Fiffy Hazirah said...

hahaha.. tu la.. kalau fanatik sgt tu xyah main cess, main dam aji.. haha

Redz da Tsar said...

Relevan: Kalau jelas dan nyata macam Temple of The King, ada unsur 'Temple" dan 'King (dajjal)' tidaklah keh menolak... Cume hok yang jenis melampau sampai segala macam benda pun Illuminati~

Fiffy: Hehe... Itu terlebih fanatik tue... Lagi parah kalau Rukun Solat yang '13' pun di'illuminati'kan... haha

sha said...

aku concern ngan perkataan "melalaikan"..

Bab "teori"..itu semua akan lapuk dan jumud bila masuk alaf baru..

hans said...

serupa baca mastika plak
ekekkeke

Cob Nobbler said...

Aku mengkaji bendalah ni dulu beb.

Illuminati adalah golongan saintis yang ditindas oleh Pope masa zaman Pencerahan dulu.Antaranya macam Copernicus,dan sebagainya.

Freemason adalah golongan dari Knight Templar,Soldier of Jerusalem yang dikhianati Pope masa zaman Perang Salib,bersama-sama Raja Perancis.

Apapun,bagi aku - Illuminati adalah satu golongan yang progresif pada zamannya.Contohnya kalau takde Illuminati sampai mampus manusia anggap dunia ni rata,dan matahari mengelilingi bumi.

Tapi Illuminati ni macam DEB jugak,pada akhirnya ia menyusahkan orang.Nko nak tau kenapa?

Simbol dolar US 1 tu bende remeh bagi aku.Bagi aku pengkaji simbol ni sama ada orang yang takde kerja atau orang ni cuba nak glamor dengan tunjuk pandai.Simbol tetap simbol - kalau lampu merah kat jalan raya nko nak tuduh pereka lampu isyarat tu komunis?Kalau Manchester United pakai baju merah nko nak tuduh dia komunis?

Benda yang essencenya dalam Illuminati ni adalah perbankan.Umum mengetahui(aku tak tau la kalau orang awam di Malaysia tak tau ni),yang bank diasaskan oleh gereja,oleh Pope.Bank ini adalah institusi kewangan yang direlatekan dengan gereja satu masa dulu.Dengan menguasai bank,Illuminati secara langsung telah menumpaskan pengaruh agama dalam materialisme.Itu punca sekarang - agama dilihat tidak relevan lagi - surau tepi jamban,tok pekong tepi car park je.

Aku boleh cerita lebih panjang tapi hai,penat nak cerita benda ni panjang2.

deus X machina said...

yeah!!!
akhirnya....

artikel ko memang terbaik redz
siap terangkan dengan detail lagi
aku nak promot la artikel ni

lepas ni ko pun akan senasib dengan aku
lambakan komen dari para pengkaji illuminati
erk888

Redz da Tsar said...

Sha: Teori-teori ni takkan lapuk selagi ada peminat fanatiknye...

Hans: Mastika pulak... Kalau macam mastika dah lama aku jadi wartawan mastika... Haha

Nami: Ok, aku faham apa yang kau tulis... Tapi kiranya apa yang ko nak simpulkan nie?

DeusXmachina: Hehe... aku tunggu jer dan aku dah bersedia...

Amirz said...

hebatlah ko redz... aku ada baca pasal AJL tapi aku x ambil tahu scara mendalam sgt. just baca utk pengetahuan am je... aku xtau nak komen apa sbb aku x pakar langsung bab2 ni

btw, apa 5 benda yg ko nampak kt jata negara tu? sharela kt aku.. :-)

Aidi-Safuan said...

nice post! aper susah diorang nih. hantar je maklumat diorang kat jabatan agama/majlis agama. mintak diorang siasat perkara nih. daripada sebarkan kat blog. pastu katakanlah info diorang tuh salah. kan da menyebar fitnah tuh? hurm..

btw, nice post dude!

drAmirul said...

Satu hari nntit,tidak mustahil nasi lemak bungkus macam piramid pun dianggap simbol ILLUMINATI..

zul efron said...

nice one dude..
benda da feymes mesti la sume nak berbicara..

gua pon ade bace..
malah da abes tgok arrival 52+1 episode pun..
serius gua cuak nak wat sume benda bila tau semua kat dunia ni diorang control..
haha..

bout mason, ill n kot collab tu x janggal rase gua..
becoz all of them against ape yg church percaye..
n sum ad grudge wif church n king institution..

tp if pikir sgt2 benda ni mcm argh sume x kena la..
gua nk tgok bola --> mind control=mason
gua nk layan lagu--> mason, illmnati
gua nk isap L&M pn---> mason

wtf?

Redz da Tsar said...

AmirZ, nak kongsi buleh.. tapi bukan online la... Mati aku kena layan Polis nanti~ Hehe

Aidi, Diorang nak lapor polis pun takleh... Bukti samar-samar.. Dah nama pun teori.. Masuk mahkamah komfem kalah...

Mimo: haha... Aku tak terfikir plak tue... Hehe...

Dzul: Hehe... Nak baca boleh, dan dengar boleh, tapi nak percaya lebih, baik jangan... Kalau nak tengok bola pun Illuminati payah la... Nak tau ape yang mind control? Memikirkan sangat tentang Illuminati dan Freemason sampai mengabaikan hal-hal lain yang lebih besar.. Itulah mind control... Dalam memerangi illuminati dan freemason (kata diorang la), tak langsung mereka telah dikawal minda... Melihat illuminati tanpa melihat perhubungan sesama Islam... haha

Wanturd™ said...

two thumbs up! haha

Redz da Tsar said...

Tq Mr Schomey~ Hehe...
=)

hans said...

keh3
boleh jadi nih
talent ada

deus X machina said...

erk888
penuh sindiran la header baru redz
ahahahaa

aku rasa diorang cuti lagi ni
gong xi fa cai

Unknown said...

deus X machina hantar aku kesini , haah sokong , aku tak kisah sangat yang mengkaji tu , yang aku begang yang jenis copy anda paste ke blog diorang .

The same case apa terjadi dekat KFC dan McD yang diperkatakan menyumbang duit untuk dana bom pada Israel . Sedangkan KFC dan McD di bawah franchaise Malaysia .

Redz da Tsar said...

Hans: Talent ape tue? hehe

dXm: Owh... Cuti lagi eh? Tapi bagus gak... Tak payah aku nak melawan komen diorang tue... Aku tengok ko macam payah je nak lawan...Hehe... Cuma ko post benda tue masa aku exam... Kalau aku tak exam memang aku back up ko dah~

Touyakaruma:Hehe... Biasa la tue... Kalau buleh semua benda pun nak linkkan kepada Yahudi... Walaupun CEO KFC holding tue Melayu... Heh~

deus X machina said...

aku terus lawan dengan entri baru je time tu
memang payah bro
bayangkan sebelum tido 25 komen
pagi esoknya tengok dah 55 komen
pengsan aku kejap
hahahahahaha

Redz da Tsar said...

Sape suh wat entri kontroversi walaupun tau blog ko faymes... haha...

Aku ada bahagian 2 esok... Yang tue lagi sinis... Hehe... Tapi sebab aku akan menggantung diri dari online bermula malam nie sebab nak exam, jadi aku nak tengok je la ape respon... haha

Anonymous said...

first time sampai sini dari blog deus..

yg penting jgn obses sangat.. rileks2 sudah..

drAmirul said...

khas untuk ko redz..
Mungkin boleh tambah kefahaman ko tentang illuminati dan freemason.
Aku dapatkan transkripsi pertanyaan dan jawapan bertulis Nik Aziz dalam parlimen kepada PM Tun Hussein Onn pada 1978 tentang FREEMASON.
Klik blog aku nanti
Goodluck for ur practical exam

deus X machina said...

feymes ke blog aku...hahaha

ko rilek dulu
tunggu sampai dah dekat 50 komen baru keluar episod 2

Redz da Tsar said...

dXm: Hehe... takleh tangguh Bro... Aku ada jadual yang ketat dalam mem'publish' entri... Setiap 2 hari kena keluar satu pos.. haha...

Sekarang entri tue dah setel... Tunggu publish jer... Kalau aku tangguh, banyak pulak entri lain kena tangguh~ hehe

tuan director said...

aku rasa isu ni tak lama..nnt sejuk la.

naderROXX said...

setujuuuuuuu sesangat. agak la nampak cam karut jagk. ye la. kalau artis pakai gaun merah, kene tuduh nak menyerupai lady in red la... agak la karut. kalau mcm tuh, semua benda pun x boleh. mcm2..

-nad26z- said...

redz:lmbt ak komen nie.tp nk ngomen jgk.cz ak ni mmg peminat dan brown.
tp!bukan meminati terhadap ape2 jenis ajaran/teori yg die story k.ak suke penulis tu cz die pndi wat cerita.even die sendiri admit yg the lost symbols tu ade yg btol ade yg die manipulate cz nk jadikan stowy.
furthermore, ak ade bace kat official freemason nye site sendiri yg explain what freemason is all about.
ak?nk percaye mende2 nie?emm.ak wat sbgi ilmu je la eh.atleast ley ar ak nk betolkan salah silap ak n kwn2..huhuhu
nway, if u really use ur mind.dont just read from 1 site.read from various site.klo x puas hati p la tye sendiri owg y ikut ajran nie.tol x?hahaha..
ak bukan sound ko eh.ak jst nk komen jer kat sape2 yg terase.. :P
nway, ak nk bace next post ko.x abes lg bace nie.,huhuhu T-T

-nad26z- said...

ps: MAN U=freemason??~
owhhhh tiiiidak!!!!!~
bola yg berjaye menghimpunk owg pelbagai kaum pon nk dikecohkan ade kait ngn mende alah ni ker?isk2....

Anonymous said...

setuju lah dengan you, bro!

it's very pathetic seeing some people believe it blindly about this secret societies.....im not saying these secret societies didn't exist, it just, sikit2 nak kaitkan dgn secret societies...lepas tu mulalah sebarkan email mengatakan itu dan ini...

this is stupid...ada otak gunalah otak sepenuhnya, bukan terima bulat2...mcm teori earth hour tu, konon nya yahudi yg buat...yang aku pelik, apa kaitan yahudi dgn secret society ni...cehhhh