Saturday, March 6, 2010

Kontroversi dan Aku

Salam Alaik...

Dalam menulis sesuatu atau memberi komen tentang sesuatu, aku suka sesauatu yang dicap sebagai kontroversi... Aku tak tau secara jelas kenapa aku suka kontroversi, tapi secara umumnya aku suka kontroversi kerana kontroversi akan mengundang komen dan pelbagai pendapat...

Menyebut pendapat, aku suka orang memberikan pendapat, nak-nak pulak kalau pendapat tue berasaskan bukti yang kukuh, mungkin pemikiran aku boleh bertukar... Dan yang pastinya, apabila memberi komen kepada sesuatu yang kontroversi, kita akan berfikir, dan menghayati serta mengkaji sesuatu perkara yang kontroversi tu... Hal ini menyebabkan otak kita akan bekerja... bak kata Prasad, banyak berfikir akan stimulate neuron untuk tumbuh... Haha...

Aku banyak kali jugak meletakkan atau menyiarkan artikel atau entri yang kontroversi sebagai satu cara untuk melihat pendapat orang lain, dan secara tidak langsung akan membantu aku memilih cara pemikiran aku...

Aku juga selalu komen dalam artikel yang kontroversi, contoh dalam blog Aqidatul Tanzih, yang menyebut tentang wahhabi... Aku komen, dan melihat balasan orang tentang komen aku... Dan sememangnya takde komen pun yang boleh mengubah pemikiran aku, jadi aku teruskan dengan pemikiran itu... Dalam contoh lain, aku buat status yang kontroversi dalam fesbuk, dan aku menerima banyak komen... Dan, oleh sebab komen mereka lagi kukuh dari pendapat aku, maka aku ubah pandangan aku...

Dalam melihat kontroversi, kita kena bersedia untuk dicaci, dimaki, diubah pendapat atau berhadapan dengan anonymous yang berselindung di sebalik komen mereka yang takde nilai... hehe... Dan aku juga kena berfikiran terbuka dan tidak cepat meradang apabila dilawan hujah aku... hujah lawannya hujah, bukan kutukan... Dulu memang aku akui, aku tak boleh berbeza pendapat, dan kalau boleh aku akan tegakkan aku punya pendapat walau ada pendapat yang lebih kuat... haha... Setelah belajar, aku tahu, pendapat itu ialah hak masing-masing...

Aku nak buat satu kenyataan, tahukah anda bahawa hadis nabi, "Perbezaan pendapat dalam kalangan umatku adalah rahmat" ialah hadis palsu atau hadis dhaif? Hehe...


p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~

5 comments:

tuan director said...

nice entri kawan
apa-apa masalah kita ada sumber terhebat.al-Quran dan hadis nabi.
rujuk al-Quran dan hadis nabi.
zamihan tu aku tak suka

tahukah anda
tuntutlah ilmu sampai ke negeri china
adalah hadis palsu

anum farida said...

tingkat kn prestasi...kurangkan kontroversi...

bG said...

kontreversi hanya boleh melalui bukti yg kukuh.

hans said...

hahahaaha
controversy kadang2 best

Anonymous said...

Phenomenal internet site!

Virtually everyone needs to get insurance at one time or another, whether it is
auto insurance, life insurance, health insurance, or homeowners insurance.
These times it is more painless than ever to get complimentary insurance quotations from several
businesses in order to find the optimal bargain. You can also determine how to preserve
a lot of money in free gasoline when you acquire your insurance cost quotes.

[url=http://freeinsurancequoteshq.com]Free insurance quotes[/url]
http://freeinsurancequoteshq.com

[url=http://www.idea2result.com/]Appointment Setting[/url]

http://freeinsurancequoteshq.com/home/compare-house-insurance-for-free.html