Friday, February 19, 2010

Entri ke 300: Kenyataan Blog Dari Aku!!!

Salam Alaik...

Dah 3 entri sebelum nie aku jamu dengan isu yang agak berat, tetapi telah diringankan... Jadi, aku taknak lagi memberatkan blog aku dengan isu yang berat kali nie... Sekadar santai sudeyh... Hehe...

Yeah, untuk pengetahuan korang, exam aku dah habis 17 Feb lepas... Kiranya bermula semalam sehingga 22 Mac 2010 aku akan bercuti... Tentang exam, aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk aku setelah aku melakukan yang terbaik... Dan apa sahaja keputusan, itulah yang terbaik bagi aku...

Bila dah masuk musim cuti nie, bebudak Manipal ada dua pilihan untuk menghabiskan cutinya... Pertamanya, mereka akan bergerak pulang ke Malaysia untuk bersama keluarga tercinta... Al-maklumlah, dah hampir sekurang-kurang 6 bulan tak jumpa... Keduanya, tak balik Malaysia, tapi bergerak melancong memerhati alam ciptaan Tuhan nie...

Oleh sebab aku dah jadi golongan yang pertama bulan 8 tahun lepas, kali nie, aku nak jadi golongan kedua pulak... Insya Allah aku akan mula bergerak keluar dari Manipal esok malam dengan destinasi rasmi pertama Jais Almer...

Perjalanan aku nie insya Allah akan tamat kurang lebih 10 atau 11 Mac 2010... Hal ini bermakna aku akan tidak berada dalam talian selama kurang lebih 21 hari... Segala aktiviti dalam talian akan diuruskan dengan cara tersendiri...

Blog aku, walaupun aku tiada, akan diceriakan dengan entri-entri yang telah aku sediakan, dan insya Allah akan disiarkan setiap 3 hari bermula esok sehingga 9 Mac 2010... Jadi, blog aku akan sentiasa dikemas kini walaupun aku tiada... Jadi, rajin-rajinlah melawat blog aku nie...

Fesbuk pulak, aku takkan balas komen korang, atau pergi komen kat status atau link korang, tapi aku akan sentiasa update dengan lokasi terkini atau aktiviti terbaru aku sepanjang berjalan-jalan di India nie...

Friendster, emel dan website serta blog-blog yang rajin aku lawat, aku terpaksa tinggalkan... Maafkan aku~ Kalau boleh online dalam kereta api, dah lama aku jenguk-jenguk... Haha...

Dan, masa aku takde nie la senang untuk sesiapa yang nak komen isu aku tanpa aku balas balik... Kiranya boleh la letak pendapat korang yang kontra dari pendapat aku tanpa aku balas hujah korang... Hehe...

Sampai sini je la dulu~ terima kasih sebab singgah...

p/s: Ini entri ke-300 aku... Walaupun aku dah 2 tahun buat blog, entri aku baru 300 keping jer... Tak macam blog lain yang bari 3 bulan dan 100 entri... haha...

12 comments:

GhOsToNe said...

besh2!!!!!

jaja karen said...

hahaha. coool. entri ke 300. mmg la sikit. kau punya post skit punya panjangggggg

Redz da Tsar said...

Ghostone: pengalaman beb~

Jaja: Hehe... Pendek je la... tak pernah panjang-panjang~

deus X machina said...

aku 200 pun tak sampai lagi
padahal dah berblog since 2008
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


selamat bercuti redz

Finaz said...

jgn lupa amik gmbr cantik2 kat sana pastu bila dah leh online blh lah post kan kat blog. Have Fun!

flygurl said...

wahh..dah tiga ratus!!!
syabas2x...
enjoy your journey....

Akuanakpahang said...

Selamat bercuti juga sedara kawan nei..kut ada bergambo ngan awek2 kat sana postkan la kat sini getek boleh kome nengok hehehe...

Nok mudah buat entri jangan nulis panjang2 ada kala org suka bender hak pendek aje hehehe....

Wan Perlis said...

Manipal tu nama tempat ka?
hg student kat india rupanya.jurusan?
goodluck geng..blog tetap kena update.hehe

.b.e.d.d.y. said...

blog aku dah 3 tahun tak sampai 300 entri pun lagi.
haha

hans said...

wah,jgn lupa oit beli souvenir besday aku dkt india
besday aku nak dkt dah bro
ekekeke

best2 dapat jalan2

Cikgu Jang .. said...

fuh...dasyat awok ni....tahniah dr kawan...

relevan said...

Selamat beb!..