Monday, September 20, 2010

India Mari!!

Salam Alaik...

Baru je menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru, dan nak bergerak ke Majestic Bus Station, dah kena uji dengan perangai macam lahanat tempe... Turun-turun nak cari teksi, dah tiba-tiba 'bertaki' dengan mamat driver yang kononnya boleh menipu foreigner... Agak-agak la, ini budak semua dah duduk kat India setahun setengah la... Baru je senyum nak mulakan hidup di India, dah kena bertaki plak... Aiseh....

Sampai Manipal setelah mengharungi jalan berliku dan berlubang dengan bas semi-sleeper menyebabkan tulang belakang aku macam nak ranap... Bapak la tak selesa... Bukan sekejap, mboh 10 jam jugak tue... Turun bas, tengok beg yang 20kg tue, kotor nak mati... Macam letak dalam reban ayam pulak... Dah la bekas kuih satu pecah... Ekstrim sangat bas kat jalan India nie... Selamat tak bawak botol budu/tempoyak... Kalau pecah naya seyh...

Kelas dah mula... Kembali dengan semangat dan azam yang baru!!!

Redz Devil aku dihantar untuk servis ke Jegha... Semoga cepat siap... Dah lama tak merempit jauh-jauh... Aku nak pergi laut, luaskan pandangan...

Kat Manipal dah ada beberapa perubahan.... haha.... Nanti aku tulis balik... Nak bersiap pergi jogging dulu... Adios dan Salam...

p/s: Tahniah kepada Liverpool sebab berjaya membesarkan lagi Big 7 kepada Big 16... hehe...


Walaupun di India, Malaysia tetap di hati...

6 comments:

Anonymous said...

huhu buku ko pharmac n microb dah la kat aku...aku pegang 2x, 2x tdo...huhu

Don Balon said...

selamat kembali ke benua keling rodonc..

Relevan said...

Dah sampai India..? ingat manjat bumbung lagi? he he!

Anonymous said...

malaysia sentiasa di hati walaupun ada gak bau masam, rasa pahit payaunya,kerana selagi bernama anak watan mencintai tanahair itu wajib....:)

Apple Pie said...

how was taj mahal right before your eyes? wonder.

deus X machina said...

liverpool kini big 18
kah kah kah