Sunday, June 5, 2011
Monsun Tiba Lagi
Friday, May 27, 2011
Rasa Panas
Petang kena main bola vs 26.. Walaupun main kejap je, tak sampai 10 minit, penat kan main.. Do suh aku duk jadi striker, tapi aku ni jenis tak boleh duduk atas sorang-sorang, nanti bosan.. Last-last aku turun-naik-turun-naik sebab nak back-up defend.. Aku pun pada hakikatnya defender.. AlhamduliLlah, menang.. Cuma menang tu agak kasar la.. Same old twenty-four.. Anti-football..
Selamat pergi dan selamat pulang.. Selamat menuntut Ilmu apa yang patut.. Selamat semuanya.. Dan, aku ucapkan selamat ini agar kamu betul selamat.. Aku taknak kamu tidak selamat.. Walaupun aku dari jauh, tapi aku tetap harap kamu selamat..

Apa aku mengarut nie? Ah, sudah la!
Wednesday, May 11, 2011
Cerpen: Diari Seorang Lelaki IV
p/s: Ini ialah sebuah cerpen.
Menjemput memori sedih, seperti mencari pedang dan menusuk diri sendiri, tepat di bahagian jantung yang berdegup... Melayan memori itu, menjadi jantung semakin layu, dan perlahan... Dan kekaburan mata dek dikaburi titis-titis halus menjadi penutup... Teridurlah dengan sendiri di bawah payungan ilusi pohon kemboja... Dan perjalanan dalam tidur menyambung keindahan asmara, yang pernah dirasai dahulu...
"Mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan solat (doa), sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"
Dan ingatlah pesan Nabi kepada Abu Bakar
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
Nada dering 'Yang Terindah' keluar dari telefon genggamku... Aku alihkan pandanganku, dan melihat langit... Mengabaikan telefon yang bising berbunyi, sambil berbisik sendiri, "kenapa perlu sedih, jika banyak lagi benda gembira berlaku pada diriku? Adakah tidak aku bersyukur?"
Saturday, April 30, 2011
Champions
Monday, April 18, 2011
Pantun Jiwa Lara
Hatta yang baik juga disanggah;
Semua ini salahnya sang bintang,
Bulan yang indah menjadi punah.
Hatta yang baik juga disanggah,
Kecil si hati yang dahulu besar;
Pecahnya hati menjadi parah,
Kerana mulut sangatlah kasar.
Kecil si hati yang dahulu besar,
Kerana luaran membalut yang dalam;
Hilang sudah cahaya bersinar,
Pabila gelap ditelan kelam.
Bintang menyinar menabur bakti;
Jiwa yang indah ditanam dalam,
Kerana kecewa melanda Hati.
Pandang emas tolaklah bakti,
Biarlah jiwa menjadi sengsara;
Manakan tidak kecewa hati,
Si tangan ini punya angkara.

Thursday, March 31, 2011
Hindustan!!!

Wednesday, February 23, 2011
Tiada Topik Khusus
"Kalau kau tak malu, buatlah apa yang kau suka."
"Berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang beriman"
"Kamu ialah umat terbaik, yang diutuskan kepada manusia untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah."Aku pernah gak cakap tentang benda nie lebih kurang dulu, kalau nak baca klik sini.
Tuesday, December 28, 2010
Penyiar TV India dan Kesannya kepada Psikologi.

Megi India
Saturday, December 25, 2010
Menabung Amalan Mulia
Saturday, November 27, 2010
Hai Mambang!
Sunday, November 7, 2010
Ketua Geng Merpati Diberkas

Saturday, October 30, 2010
Semangat
- Kita telah lupa dengan kitab Allah (al-Quran)
- Kalau al-Quran itu bukan daripada Allah, nescaya terdapat banyak percanggahan dalamnya
- Barang siapa yang tidak beriman dengan ketentuan Allah (Qadha' dan Qadar), ialah orang yang fasiq!
Thursday, October 21, 2010
Minggu Yang Sibuk
Yeah, minggu depan ialah satu minggu yang sangat sibuk bagi aku...
Sabtu: MSP Presentation
Isnin: SDL Test Microbe
Selasa: Presentation PBL Patho
Rabu: SDL Microbe
Khamis:SDL Test Pharmac
Jumaat: Pening kepala + Stress
So, kena study dulu...
Sunday, October 10, 2010
Salam 1Malaysia
Salam Alaik...
Alhamdulillah, selesai sudah majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri yang berlansung di Suraksha House, Ananth Nagar... Majlis rumah terbuka ini dianjurkan oleh Malaysian Club House (i.e: Ahli rumah Raya dan Rumah Suraksha) dan rakan-rakan seangkatan Manipal...
Perjalanan majlis rumah terbuka ini sememangnya tidak akan berjaya tanpa sokongan-sokongan manusia-manusia yang sanggup menyinsing lengan, memakai apron dan berjaga siang malam untuk memastikan makanan yang akan dijamu dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan...
Makanan yang dimasak merangkumi pelbagai jenis hidangan Malaysia, dan serius, rumah terbuka kali ini, persis Malaysian Food Festival yang sering dianjurkan di Manipal... Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada yang membantu... Antara makanan yang dimasak termasuk:-
- Sate dan kuah kacang
- Roti Jala dan kari daging, ayam dan sayur
- Nasi Himpit dan kuah kacang serta lodeh (???)
- dan sebagainya...
Dan antara yang turut membantu menyediakan segala juadah termasuk:-
- McD - Chef Jemputan Kuah Kacang
- Munira dan Mirae - Chef Jemputan Roti Jala
- Safiah dan rakan-rakan - Chef Jemputan Nasi Himpit
- Dan ramai lagi termasuk Bella n Co., Tasnim n Co., Kecipak n Co. Dayah n Co., Zaid n Co., Sundaraa n Co., etc dalam menyediakan bahan dan kelengkapan
Terima kasih kepada penganjur, dan Chief of Chef, Ediamin Suhaimi dan dibantu oleh Asst Chef AMierul Izwan serta segala rakan-rakan yang terlibat dalam membeli barang, memotong bawang (khasnya yang potong bawang putih), menggoreng kacang, mencucuk sate, membasuh ayam, membuat air, membakar dan memakan sate dan Abalon, dan banyak lagi...
Jasa kalian hanya Tuhan yang balas...
Dan tidak terlupa, setinggi penghargaan kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis ini... Daripada batch 23 sampai ke 27.. Anda semua memang sporting di sebalik kepenatan menguruskan Liqa' Mahabbah, Chinese dan Indian Orientation... Tidak lupa yang sanggup meredah sejauh 65 km daripada Mangalore, untuk menjamah sate, terima kasih jugak diucapkan... Tanpa tetamu, majlis ini serius tidak ada apa-apa... Dan kehadiran daripada pelbagai bangsa dan agama jelas menunjukkan perpaduan masih utuh dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengenal batch dsb... Salam perpaduan, salam 1Malaysia
Dah la tue... Cukup la yerk... Penat dah menulis... Nak berehat pulak.. haha...
Jazakumullah khair katsira,
Terima kasih banyak-banyak,
Semoga Tuhan memberikan kebaikan kepada anda semua...
Pisang emas di bawa belayar,
masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh ku bayar,
Hutang Budi di bawa mati..
Lautan luas berani ku redah,
Inikan pula dataran tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi;
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.
Pantun menjadi budaya kita
Satu Malaysia Tema kita
Sekian,
Bagi pihak penganjur..
Salam 1Malaysia!!!!
Tuesday, October 5, 2010
Musafir? Jama' Dua Solat? 92km? 3 Hari?
Bersempena JaSSI 2010 yang telah lepas, yang berlangsung di Mangalore, kira-kira 65 km dari Manipal yakni kurang lebih 1.5 marhalah perjalanan...
Adapun dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi pembacaan aku tentang Jama' dua solat dari pandangan empat imam mazhab yang dipetik 100% daripada buku berjudul, Fatawa Nabi fi as-Solat, karangan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, anak murid kepada syeikh ul-Islam ibnu Taimiyyah dan rakan kepada al-Hafiz Ibnu Katsir yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Tim Kuwais dan diterbitkan oleh Jasmin publication...
Bab: Menjamak Dua Solat Ketika Musafir
Di antara banyak petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W tentang solat ini, ternyata tidak ada yang menyebutkan adanya solat jamak pada waktu musafir sebagaimana yang dilakukan banyak orang dewasa ini. Tidak pula dilakukan slat jamak ketika singgah. Rasulullah S.A.W hanya menjamak solat apabila sedang melakukan perjalanan yang dirasakan berat, dan apabila akan berperang seperti mana yang kami sebutkan dalam kisah Peran Tabuk... Adapun jamak pada waktu baginda singgah di suatu tempat dan tidak sedang musafir, tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkannya melainkan jamak yang dilakukan baginda ketika di Arafah untuk melakukan wukuf, seperti yang dikatakan oleh imam asy-Syafie dan guru kami... Oleh kerananya, imam Abu Hanifah menganggap bahawa jamak hanya dilakukan ketika di Arafah sebagai bahagian dari kesempurnaan ibadah Haji... Adaun perjalanan yang dilakukan dalam ibadah tersebut tidak mempengaruhi apa-apa...
Sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Imam Asy-Syafi'i menganggap jamak tersebut kerana adanya perjalanan... Kemudian mereka berbeza pendapat... Imam Asy-Syafi'i dan imam Ahmad bin Hanbal dalam salah satu riwayatnya berkata bahawa perjalanan yang dimaksudkan adalah perjalanan yang lama... Adapaun Imam Malik dan imam Ahmad dalam riwayat lain mengatakan bahawa penduduk Mekah boleh melakukan Jamak dan Qasar di Arafah... Adapun guru kami dan Abu al-Khitab dalam kitab Ibadahnya pada awalnya memilih pendapat terakhir ini, kemudiannya berubah pendapat dan menyatakan bahawa jamak dan qasar adalah bahagian dari perjalanan, sama ada yang jauh mahupun yang dekat, seperti pendapat ulama' salaf yang lainnya... Imam Malik dan Abu al-Khitab mengkhususkan bagi penduduk Makkah sahaja..
Rasulullah tidak pernah membataskan jarak jah dan pendeknya satu perjalanan yang membolehkan seseorang itu dapat melakukan qasar dan berbuka puasa ataupun tidak, akan tetapi baginda memberi kemudahan untuk melakukan hal tersebut selama mereka dalam musafir... Sebagaimana baginda membolehkan tayammum bila dan di mana sahaja setiap musafir...
Adapun hadis yang menyebutkan adanya pembatasan jumlah hari seperti satu, atau dua atau tiga hari tidak benar sama sekali... Wallahu 'alam...
Sebenarnya ada 4 bab lagi tentang musafir ni... Tapi terlalu panjang untuk disalin dalam masa yang singkat ini... Jadi, nanti kalau ada masa lebih, aku akan buat ringkasan untuk masalah ini berdasarkan pandangan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Fatawa Nabi fis Solat...
Semoga bermanfaat...
Hadis Tambahan:
(1) Umayyah bin Khalid pernah menyatakan kepada Abdullah bin Umar, "Sesungguhnya kami telah mengetahui tentang solat orang yang mukim dan solat orang yang takut (Khauf) dalam Quran. Akan tetapi kami tidak menemukan solat bagi musafir itu disebutkan dalam al-Quran"...
Ibnu Umar menjawab, "Wahai saudaraku, Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w dan ketika itu kita belum mengetahui apa pun. Kita hanya mengerjakan apa yang kita lihat dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
(2) Anas bin Malik mengatakan, "Kami pernah musafir bersama Rasulullah ke Mekah, baginda sering melakukan solat dua-dua rakaat hingga kami kemali ke Madinah"
(3) Ibnu Umar mengatakan, " Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w selama dalam perjalanan, baginda tidak pernah melakukan solat lebih dari dua rakaat, begitu juga dengan ABu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan r.a."
Nota Kaki:
(1) Hadis ini sahih
(2) Hadis ini Sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Witr bab al-Witr fis Safar; oleh Muslim dalam Kita Shalah al-Masafirin bab Jawaz Shalah an- Nafilah 'ala ad-Dabah, oleh Abu Daud, oleh An-Nasai, oleh Ibnu Majah, oleh Imam Malik, dan oleh ad-Darimi
(3) Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Taqsir as-Solah, bab Solah ath-tatawwu' 'ala ar-Rihlah
Wednesday, September 29, 2010
Hargailah Sebuah Perpaduan
Esok, kebanyakan negeri di India akan bercuti selama dua hari, yakni, hari Khamis, Jumaat sehingga Ahad... Cuti tergempar ini berikutan menunggu keputusan mahkamah... Hehe... Kes perbicaraan Anwar Ibrahim pun tak da cuti, kan?
Kes apa yang hot sangat sampai dapat cuti nie? Ini semua berkaitan dengan kes Debat Ayodhya... Apa pulak kes nie? Kes nie sebenarnya ketegangan apabila penganut Hindu menyatakan bahawa Sultan Moghul pertama, Sultan Babur membina sebuah masjid di atas tapak sebuah kuil tempat kelahiran Dewa Rama, atau nama melayunya Megat Seri Rama (Wikipedia)...
Masjid tue, atau namanya Babri Masjid telah diruntuhkan oleh penganut Hindu pada tahun 1992, dan berlakunya rusuhan antara agama selepas itu yang mengorbankan kurang lebih 2000 orang dari kedua-dua belah pihak... Jadi, keputusan siasatan 'milik siapakah tapak Masjid Babur' akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini, sempena hakimnya yang akan bersara pada hari Jumaat ini jugak...
Sebab kes ini dah ditangguhkan lebih 40 kali, akhirnya, keputusannya akan diumumkan... Yang penting, mesti ada pihak yang akan tak puas hati... Oleh sebab itu, kerajaan Karnataka, India, telah mengisytiharkan cuti dua hari atas sebab keselamatan...
Kalau kat Malaysia, dah lama dah pemimpin yang cuba merancang rusuhan akan ditahan di bawah undang-undang paling berkuasa menentang keganasan, setaraf dengan Patriot Act Amerika, iaitu Internal Security Act atau nama Melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri... Selamat dah Malaysia... hehe....
Cuma nak bawak berfikir la, betapa pentingnya tolerasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia... Tanpa perpaduan, maka cuti kecemasan atas sebab keselamatan pun boleh terjadi... Tapi dalam menyokong perpaduan, Pluralisme antara agama tetap tidak boleh disokong! katakan ya kepada 1Malaysia, tetapi sila lebihkan 1Islam... Eh, jangan kata 1Islam ini bid'ah pulak... haha... Ini lain dari Islam Hadhari kay...

p/s: Jumaat nie, selepas solat Jumaat aku akan pergi menyertai kem Jalinan Sahabat Seluruh India (JASSI) di Mangalore... JASSI ni macam kem Islamik sket.. Yakni Islamisasi Perubatan... Dan kem itu di Mangalore... Mangalore nie pun boleh tahan jugak kuat agamanya... Jangan ada rusuhan sudeyh...
Doakan kami semua peserta JASSI selamat!! Jazakallah Khair Katsira...
Fakta best: Nama Mangalore diambil sempena nama Mangaladevi salah seorang dewi Hindu...
Monday, September 20, 2010
India Mari!!
Baru je menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru, dan nak bergerak ke Majestic Bus Station, dah kena uji dengan perangai macam lahanat tempe... Turun-turun nak cari teksi, dah tiba-tiba 'bertaki' dengan mamat driver yang kononnya boleh menipu foreigner... Agak-agak la, ini budak semua dah duduk kat India setahun setengah la... Baru je senyum nak mulakan hidup di India, dah kena bertaki plak... Aiseh....
Sampai Manipal setelah mengharungi jalan berliku dan berlubang dengan bas semi-sleeper menyebabkan tulang belakang aku macam nak ranap... Bapak la tak selesa... Bukan sekejap, mboh 10 jam jugak tue... Turun bas, tengok beg yang 20kg tue, kotor nak mati... Macam letak dalam reban ayam pulak... Dah la bekas kuih satu pecah... Ekstrim sangat bas kat jalan India nie... Selamat tak bawak botol budu/tempoyak... Kalau pecah naya seyh...
Kelas dah mula... Kembali dengan semangat dan azam yang baru!!!
Redz Devil aku dihantar untuk servis ke Jegha... Semoga cepat siap... Dah lama tak merempit jauh-jauh... Aku nak pergi laut, luaskan pandangan...
Kat Manipal dah ada beberapa perubahan.... haha.... Nanti aku tulis balik... Nak bersiap pergi jogging dulu... Adios dan Salam...
p/s: Tahniah kepada Liverpool sebab berjaya membesarkan lagi Big 7 kepada Big 16... hehe...
Friday, July 9, 2010
Pengganti?
Dah hampir 10 bulan aku kat India, bermakna 10 bulan aku tak jejak kaki kat rumah aku, tanah air aku, dah 10 bulan tak keluar dari India, dan dah 10 bulan aku tak jumpa dengan famili aku secara live... Mujurlah ada kawan-kawan pengubat rindu di hati... Ececeh... hehe...
Bila dah 10 bulan tak lepak kat umah, atau dengan kata lain dah sepuluh bulan tak jejak kaki atas atap rumah kesayangan aku tue... Memang rindu giler la... Aku malas nak citer pasal atap umah aku sebab aku dah banyak tulis dalam blog nie... Kalau nak tau jugak boleh klik sini, atau sini...
Jadi, petang kelmarin, selepas panas otak sebab melayan forensik yang bosan ditambah additive dose of Pharmac, memang cukup menjadikan mental aku penat... Aku pun melayangkan diri aku, Redz Devil aku, dan berbekalkan beg kulit kambing yang aku beli kat Shimla bergerak ke SunSetView Ananth Nagar... Antara tempat yang paling membuka minda kat Manipal nie sebab luas dan nyaman...
Parking motor kasi elok, double stand lagi... Pastu duk pandang ke arah barat, menghadap matahari terbenam... Awan sikit punya tebal, memang jangan harap la nak tengok mentari bulat-bulat... Lagipun memang malas nak bawak kamera pun... Memang petang tue nak layan perasaan jer...
Duk kat situ aku duk terfikir, kalau kat umah aku layan atap untuk layan jiwa, tapi kat sini SunSetView tue nampak macam hampir menyerupai atas atap kecuali beberapa perkara antaranya:-
- Tak boleh nak baring
- Tak boleh nak lepak malam-malam
- Kalau hujan basah sebab tak sempat masuk umah
- Kadang-kadang ramai tempe
Oh, aku sangat mahu balik umah...
Monday, July 5, 2010
Entri Separa Melankolik
Kenaikan harga petroleum merupakan satu tamparan yang hebat untuk rakyat di sesetengah negara kecuali negara yang dipenuhi rakyat yang berbasikal atau mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap... Kadar Pertumbuhan Dalam Negara Kasar (KDNK) sesuatu negara jugak memainkan peranan penting dalam usaha untuk menjahanamkan rakyat apabila harga petroleum mencanak naik...
India, merupakan satu negara yang mengimport petroleum juga tidak terlepas dalam hal kenaikan harga petroleum... Walaupun India merupakan pengeksport bawang ke Malaysia, dan jugak penyedia pekerja kedai mamak Malaysia terbesar, kenaikan harga petroleum seperti tidak dapat dielakkan... Dan yang menjadi mangsa bukan golongan atasan yang kaya-dan-akan-bertambah-kaya, tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata yang kebanyakannya menjadikan motorsikal, auto, bas dan sebagainya sebagai cara transportasi utama...
Kenaikan harga petroleum di musim hujan seperti yang berlaku hari ini memang memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor, terutamanya golongan nelayan... Dalam pada waktu mereka tidak boleh ke laut, mereka dibebani dengan tindakan kerajaan untuk menaikkan harga petrol... Pendapatan tergantung ketika monsun, ditambah pulak perbelanjaan yang semakin meningkat...
Golongan yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam juga tidak terlepas dari kesan yang sama... Dalam pada musim hujan mampu memberikan mereka duit lebih kerana motorsikal jaang digunakan, mereka kecewa kerana harga petrol yang naik menggagalkan usaha mereka untuk mendapat sepinggan nasik untuk keluarga mereka... Dahulunya sesuap nasik, dan kini walaupun permintaan untuk Auto semakin meningkat, sesuap nasik seperti tidak boleh dielakkan...
Pemerintah dan golongan kapitalis serta Borjois yang bermaharajalela di India tidak hairan dengan perkara ini memandangkan mereka mempunyai syarikat petrol yang merangkumi sebahagian besar India.. Kenaikan harga minyak memang menguntungkan mereka, di samping langsung tidak menggeletek perut mereka yang boroi...
Hari ini, pengusaha pengangkutan awam bertaraf sederhana dan rendah melakukan apa yang dipanggil 'mogok' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak... Semua pengangkutan awam yang biasa digunakan rakyat Marhaen seperti Auto, bas dan teksi memulaukan jalan raya dan melepak melayan cuaca dingin di rumah di samping keluarga tercinta sambil memikirkan periuk nasik mereka yang bakal terjejas...
Mogok yang dilancarkan ini jelas sekali memberi impak yang besar kepada ekonomi India kerana kebanyakkan pekerja India menggunakan pengangkutan awam... Bayangkan pekerja kilang tidak dapat ke kilang, pemotong rumput tidak pergi memotong rumput dsb... Jelas sekali ekonomi India akan bergoncang, walau tidak teruk... Dan golongan kapitalis akan tetap untung dan gelakkan pemogok...
Berita ini dilaporkan oleh aku yang sedang tersangkut di Rumah Raya tak dapat gi kelas Pharmac sebab hujan yang lebat dan ketiadaan auto untuk membawa aku dan kawan-kawan ke kelas... Kalau redah pakai motor nie, komfem lenjun... Dan aku taknak tragedi 2 hari sebelum raya dulu berulang... Kesimpulannya, jangan naikkan harga bahan api, sebab nanti aku payah nak gi kelas waktu hujan macam nie... Kalau nak mogok, sila mogok waktu tak hujan kay!!!
p/s: Malaysia sebagai pengeksport minyak dunia seharusnya tidak menaikkan harga minyak dengan mengurangkan subsidi kerana yang terjejas teruk bukan mereka-yang-berperut-besar-naik-kereta-Perdana-minyak-percuma, tetapi yang terjejas ialah mereka-yang-mengikat-perut-kerana-chain-reaction-apabila-harga-minyak-naik...
Petrol naik -->Kos pengankutan naik -->Harga barang naik-->Inflasi--> Ekonomi runtuh-->kerajaan jatuh...
Ini bukan entri politik tanah air... Cuma mahu mengikatkan yang mana tak ingat...
Sekian, dari rumah raya, Manipal, India
Yang-tersangkut-bila-hujan+mogok,
Redz der tsar


