Monday, November 22, 2010

Cerpen: Diari Seorang Lelaki II

Salam Alaik...

p/s: ini ialah sebuah cerpen

Fajar pagi jam 5.14am sudah muncul di ufuk timur dan lelaki itu masih berada di depan mejanya, memerhati setiap penjuru yang penuh dengan keserabutan buku dan alat tulis. Sebuah bingkai gambar yang terisi lukisan ala kanak-kanak tadika menjadi unsur selain daripada itu. Dialih pandangannya ke sisi paling hampir kepadanya. Dilihat pada monitor telefon genggamnya, tertera bait-bait nombor 0515, sambil komputer ribanya masih menyanyi lagu 'Diari Seorang Lelaki' sejak dari selepas malam melepasi jam 12am.

Sudah lebih 5 jam dia memerhati telefon genggam itu. Apple iPhone 3G 16Gb masih lagi berada di tempat yang sama. Dan selama lebih 5 jam itu dirapatkan tangannya ke telefon itu, dan kemudian ditarik kembali menghampiri badannya yang ber'sweater' berwarna perang. Terasa seperti sesuatu yang menghalang dia memegang telefon genggamnya.

Setelah 5 jam berada di meja. Dia bangun, membasuh muka dan mengambil wudhu'. Setelah itu dibukanya almarinya mengambil sehelai shemagh, dan dililitkan di lehernya. Diambil kunci motornya yang dicampaknya ke atas katil malam tadi, dan pantas menuju ke arah motornya lantas memecut meredah kebiruan malam akibat fajar tadi.

Dalam perjalanan, tangan kirinya sentiasa meraba poketnya. Cuba mengesan jika terdapat getaran yang hadir dari telefon genggamya. Dan sehingga tiba di destinasinya, getaran itu tidak kunjung tiba. Ditongkatkan motornya dan dihayun langkah perlahan menuju ke dewan solat. Ketika itu hanya bilal berada di saf hadapan. Menunggu jemaah lain dan tok imam. Jam di dinding menunjukkan 5.25am. "5 minit lagi mungkin," getus hatinya.

"Assalamualaikum warahmatullah," solat Subuh tanpa sujud sahwi walaupun qunut tidak dibaca. "Imam mazhab Hanbali memang macam ni," teringat kata-kata seniornya dulu. Selesai salam, terus dia berdiri meninggalkan jemaah yang ada kira-kira 6 orang termasuk imam itu. Pantas langkahnya menuju keluar. Melepasi pintu, dia mengeluarkan telefon genggamnya, dan melihat jika ada sesuatu.

Bergerak perlahan meninggalkan masjid, dia memulas pendikit minyak dengan tenang sambil menghirup udara pagi segar. Berhenti seketika di tepian bukit, berhampiran pencawang elektrik, dan melihat ke arah timur, ke arah pantai yang terletak 7km daripadanya. Kedudukannya di atas bukit memampukan dia melihat terus ke arah pantai, dengan bantuan cahaya yang telah banyak menerangi langit. Ditongkat dua motornya, dan dia duduk di atas motornya. Mengeluarkan sebatang rokok, dan menyalakannya.

Ditenung ufuk timur, dan dibayang memori silamnya, memori yang manis, dan pahit bergabung mencarcamerbakan pemikirannya. Setiap bait-bait lagu yang pernah didengarnya, menambah kerumitan dalam jiwa. Dia termenung sendiri, seperti selalu pabila hati terasa seksa. Lepas sebantang, ditambah sebatang, sehingga habis isi dalam kotaknya yang telah tinggal lima. Segala seksa jiwa masih terasa, cuma intensitinya berkurang dek kerana 100mg nikotin melalaikan mindanya yang kusut.

Sesudah tiba di rumahnya yang tersergam indah, dia menuju ke biliknya yang berada di tingkat bawah. Duduk di hadapan meja belajarnya, dan shemaghnya dicampak ke atas katil bersama 'sweater'nya. Diletak telefon genggamnya itu kembali ke atas meja. Dan masih menunggu sesuatu. Dia sepi sendiri. Hanya bunyi pusingan kipas menemaninya. Rakan serumahnya semua masih enak dibuai mimpi selepas Subuh. Sedang dia masih belum lagi menjamah nikmat katil malam itu. Matanya terasa berat.

Dan sedang dia hampir tertidur di atas meja. Dia terasa getaran, lantas matanya dibuka dan dipandang tepat ke arah telefon genggamnya. Ya, teleofn genggamnya sudah bernyawa baginya. Dia angkat, dan melihat mesej. Membuka dengan penuh harapan. Dan dia tersenyum. Penantiannya berbaloi.

"Tambah nilai anda berjaya. Baki: RM14.25 Sah sehingga 25/11/2010. Sender: 2888"

p/s 2: Pernah ke orang tunggu pengesahan tambah nilai sampai 8 jam? Tak logik sungguh cerita nie
p/s 3: Haha... Aku tak boleh resist untuk menulis... Ceit.

6 comments:

Aku Anak Pahang said...

Salam sahabat singgah kejap baca Cerpen aok nei :)

Kenali akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

Hanisham Ab Halim said...

Kah kah kah... operator tidor te..

Sang Harima said...

Celaka, menyesal gua tunggu. Ingat ada babak makwe cantik..

cikmemy said...

cait~cite da gempak.ayat tak bley blah.aku ngatkan nape..ghupe2nye pasal tggu topap masuk.oh.oh.oh..menyesal bace.hehehehehe

MieTo said...

klu buat filem kompem kalah 2 alam nie..
gilo kentang..hahaha

Anonymous said...

syabas!! I like this!!
(EXCEPT PART YG ROKOK TU...AISEH,..FAIL LAA...)

redz,rasenye ko boleh agak ni sape yg komen ni kan.haha :P