
Sunday, August 14, 2011
Cerpen: Hadiah Untuk Kamu

Tuesday, July 12, 2011
Cerpen: Begini Rupanya Menjadi FRU
Sunday, July 10, 2011
Keris Tajam Akal Tumpul

Sunday, July 3, 2011
Peludah Warna dan Maksudnya
Salam Alaik..
A Samad Said sejak kebelakangan ini terkenal dengan puisinya yang agak pro-rakyat.. Agaknya semangat seniman zaman pra-kemerdekaan meresap ke dalam jiwa A Samad Said.. Sajak di bawah ialah satu sajak terbaru A Samad Said.. Temanya sangat jelas, di samping persoalan yang amat mudah difahami oleh kalangan rakyat yang memberi mata dan telinga ke arah situasi politik negara..
Deklamasi sajak ini oleh A Samad Said sendiri boleh didengar di sini, dengan iringan musik.. Kepada pejuang-pejuang negara, boleh menghayatinya..
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
Pada 1. 7. 11. Oleh A. SAMAD SAID
Maksud sajak nie mudah sahaja untuk difahami.. Berdasarkan waktu dan situasi sajak ini ditulis, kita dapat tahu Peludah Warna berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang disokong oleh A Samad Said sendiri..
Rangkap pertama menerangkan betapa pihak-pihak tertentu sangat marah dengan perhimpunan yang menggunakan kuning sebagai warna tema, dan T-shirt kuning sebagai seragam.. Pihak itu juga melakukan rampasan T-shirt kuning di seluruh negara, dan menggunakan akta tertentu untuk menangkap orang yang menyokong perhimpunan ini atas dasar perhimpunan ini bahaya kerana ada kaitan dengan 'komunis'.
Rangkap kedua menunjukkan semangat penyokong perhimpunan itu yang tetap tidak padam walaupun ditangkap, dan disumbat ke dalam lokap.. Ungkapan menjahit perca kain mungkin menunjukkan penyokong dan penganjur perhimpunan ini berusaha keras untuk menjelaskan objektif dan tujuan perhimpunan ini, serta menghapuskan tanggapan bahawa perhimpunan ini dibiayai oleh Kristian dan Yahudi serta Komunis.. Penganjur berusaha keras menunjukkan perhimpunan ini ialah suara rakyat, agar rakyat dan peserta perhimpunan ini damai dan tenang walau ditekan oleh pihak-pihak tertentu..
Rangkap ketiga, baris pertama dan kedua mempunyai unsur metafora yang tinggi.. Aku tidaklah tahu apa maksud yang sebenar baris-baris itu, melainkan sekadar anggapan sahaja.. Aku mengganggap bahawa cahaya matahari itu para pejuang dan peserta perhimpunan, akan dihalang dengan sedaya upaya, serta objektif dan suara pehimpunan itu (sinar mentari) akan disekat, agar tidak sampai kepada Marhaen seluruhnya seperti menghadkan berita di media massa, dan sebagainya..
Baris berikutnya bermaksud pihak tertentu itu memang berusaha keras menghalang gelombang kuning ini, diungkap dalam terma 'peludah warna' kerana membenci warna tema perhimpunan tersebut, kuning.. Mereka bersedia dengan mengerah pasukan Polis, dan FRU sebanyak mungkin ke ibu kota, mengadakan sekatan di jalan raya untuk memastikan perhimpunan ini tidak berjalan lancar..
Rangkap terakhir menutup sajak dengan satu sinis yang jelas.. Pihak tertentu menggunakan kuasa mereka secara kurang betul untuk menghalang perhimpunan ini.. Mereka menggunakan kuasa mereka sesuka hati kerana mereka sudah terbiasa memegang kuasa dengan lama, sejak dari zaman kemerdekaan lagi.. Mereka angkuh dengan kuasa yang mereka dapat..
p/s: Ini ialah terjemahan aku ke atas sajak ini.. Bukan bermaksud politik, cuma aku mahu mengasah skill menafsir sajak berdasarkan apa yang aku belajar dalam Komsas sewaktu sekolah menengah dulu.. Rugilah belajar komsas tapi tak praktikkan.. Kepada pihak yang terasa, maaf lah, aku cuma mahu memberi maksud, bukan mengutuk.. Sekadar menimbulkan apa yang A Samad Said cuba sampaikan mengikut pendapat aku..
Friday, July 1, 2011
Diari Seorang Lelaki V
Sunday, June 19, 2011
Helaian-helaian Diari Sang Seniman


Thursday, June 16, 2011
Cerpen: Dan Segalanya Bermula
Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus tingkap bilik yang tidak tertutup rapat. Siulan angin meremangkan bulu roma. Kipas berputar perlahan, dan lampu suram menerangi ruang tamu. Mamat termenung sendiri, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Ditenung telefon bimbitnya, senyap. Hanya siulan angin menemani malamnya yang sepi.Sedang matanya hampir terkatup awal, jam dinding berdenting sepuluh kali bergema ke sekalian is rumah. Dan selepas dentingan terakhir, telefonnya berbunyi mesra. Mamat tersenyum. Mesej singkat yang ditunggunya tiba. Selepas membelek skrin biru itu, dia terkejut. Mungkin satu anjakan akan berlaku padanya malam ini.Dia bersiap siaga. Mengenakan baju t-shirt biru Hard Rock Cafe dengan gitar bersilang. Jeans yang baru dibelinya disarungkan menggantikan kain pelikat. Dompet kelabunya dan jam tangan diletakkan ke dalam poket. Sekilas cepat tangannya mencapai kunci motornya yang tergantung di tepi pintu. Dia perlu keluar.Malam itu hujan renyai-renyai. Langit gelap tidak langsung bercahaya. Bulan yang sepatutnya mengambang hilang di bawah awan. Tiada sinar melainkan lampu kalimantang di bahu jalan. Dipecut motornya selaju boleh. Harapan ingin sampai ke tempat di tuju dengan cepat.Sampai di Dewan Besar, dia memarkirkan motornya. Berhati-hati dia menurunkan tongkat, senyap. Bunyi decitan kasut dan bola keranjang bergema dari dalam dewan. Keriuk daun pintu yang dibukanya mengejutkan Umairah yang sedang khusyuk bermain bla keranjang, sendiri.Mamat menghampiri Umairah dengan senyuman yang melirik panjang. Umairah berhenti bermain dan membalas senyuman sinis kepada Mamat. Persis memerli betapa lama dia menunggu Mamat untuk datang. Jam dewan berdenting sebelas kali. Cukup memberi peringatan bahawa Mamat terlalu perlahan.Mamat tahu Umairah perlu berlatih bola keranjang kerana ada perlawanan pada esok hari. Dia tahu Umairah perlu bimbingannya. Sebagai seorang pemain bola keranjang, Mamat perlu mengajar Umairah bagaimana bermain dengan betul, bermain dengan baik kerana Umairah hanya seorang amatur.Sejam bermain bersama, Umairah dan Mamat cukup penat untuk terus. Mamat menghantar Umairah balik ke rumahnya. Dan apabila tiba di rumah Umairah, Mamat terus beredar senyap meredah malam. Jam dua belas malam bukan waktu yang sesuai untuk merempit sendirian.Tibanya di rumah, Mamat terus melihat telefon bimbitnya. Ada satu mesej, dari Umairah. Umairah ketakutan kerana kawan serumahnya tidak ada di rumah. Umairah perlukan teman. Dan hanya Mamat seorang sahaja yang rapat dengan Umairah.Mamat tidak berkira. Selepas mandi menghilangkan peluh, Mamat terus memecut ke rumah Umairah.
Wednesday, June 1, 2011
Cerpen: Udin Gila Dan Generatornya.
Wahai sekalian penduduk Kampung Dusun.. Ketahuilah kamu bahawa ADUN Dusun Seberang, Dato' Dompok telah memberi JKKK Kampung Dusun duit bernilai RM5000 untuk digunakan sepanjang tahun.. Biasanya pada tahun-tahun sebelum ini, duit RM 5000 itu akan diagihkan kepada setiap rumah sebayak RM50 serumah..Tapi pada tahun ini, saya dan sekutu rapat saya terpaksa membangunkan satu projek yang besar.. Projek ini untuk kepentingan kamu semua juga.. Projek ini di bawah kompeni yang baru ditubuhkan iaitu Syarikat Elektrik Tok Nan dan Rakan-rakan atau Syaetan Sdn. Bhd...Untuk pengetahuan sekalian penduduk Kampung, pihak Lembaga Letrik Negara (LLN) hanya membekalkan sebanyak 5000 MegaWatt tenaga bagi kampung kita setahun.. Penggunaan elektrik tahunan kampung kita pula sebanyak 2700 MegaWatt.. Sungguhpun ada lebih 2300 MegaWatt tidak digunakan, saya sebagai ketua kampung merasakan perlu untuk kita menjana elektrik sendiri di samping elektrik yang dibekalkan oleh pihak LLN..Pihak Syaetan akan menjana lebih kurang tambahan sebanyak 3000 MegaWatt tenaga lagi dan menjadikan tenaga terkumpul setahun sebanyak 8000 MegaWatt berbanding penggunaan sebanyak 2700 MegaWatt.. Hal ini akan menyebabkan kejadian tenaga elektrik putus atau Blackout tidak akan terjadi.. Lebihan tenaga sebanyak 5300 MegaWatt sangat cukup menampung keperluan elektrik kampung kita yang rata-rata menggunakan lampu pendaflour..Walaupun kampung kita tidak pernah mengalami Blackout sejak 1992, tapi saya sebagai ketua Kampung terasa perlu mengelakkan perkara ini berlaku supaya aktiviti melepak di kedai kopi selepas Isyak dan aktiviti main dam haji sewaktu petang tidak terganggu.. Industri penternakan ayam kampung kecil-kecilan juga tidak akan terjejas..Saya, wakil pihak Syaetan akan mendirikan generator berkuasa petrol untuk kampung ini di tanah milik Udin Gila.. Pihak Syaetan akan membayar pampasan bernilai RM1500 setahun kepada Udin Gila sebagai SEWA untuk tanahnya seluas 3 meter persegi yang dahulunya bernilai RM50.. Pihak Udin Gila telah bersetuju dan tidak membangkang..Selain itu, RM1500 lagi akan digunakan untuk menyewa generator milik Syaetan Sdn. Bhd.. Generator milik Syaetan Sdn. Bhd. dibeli oleh saya dengan harga RM3000, dan disewa sebanyak RM1500 setahun selama 5 tahun berdasarkan kontrak yang saya tandatangan bagi pihak kampung dan bagi pihak Syaetan Sdn. Bhd.Baki RM2000 akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak Syaetan Sdn. Bhd untuk kos penyelenggaraan dan penyediaan bahan api selama setahun.. Dan, insya Allah, RM2000 tidak akan mencukupi untuk setahun kerana harga minyak mentah dunia tidak stabil dan semakin meningkat.. Sehubungan itu, saya dengan kuasa sebagai ketua kampung pada bila-bila masa boleh meminta penduduk kampung membayar tariff berlebihan yang digunakan oleh pihak Syaetan Sdn Bhd...Secara ringkas, RM5000 yang diberi kerajaan selama ini kepada kampung ini akan digunakan sepenuhnya untuk mejana ekektrik simpanan untuk kampung Dusun yang tercinta ini.. RM50 untuk setiap rumah akan dimansuhkan atas sebab projek ini..Untuk pengetahuan saudara sekalian, tenaga yang berlebihan yang dibekalkan oleh LLN dan Syaetan itu tidak boleh disimpan dalam bateri, dan akan dibuang begitu sahaja.. Ini bukan satu pembaziran, tapi lebih kepada satu 'keindahan' bisnes dan satu cara memastikan tenaga elektrik kepada kampung ini sentiasa terurus..Saya malas dah nak berucap panjang.. Cuma saya berharap penduduk kampung setuju.. Kalau tak setuju pun takpe sebab saya dah tandatangan bagi pihak kampung.. hehehe..
Untuk pengetahuan saudara sekalian, Udin Gila merupakan rakan kongsi saya dalam Syaetan Sdn. Bhd...
Sekian, Salam 'alaikum..

Wednesday, May 11, 2011
Cerpen: Diari Seorang Lelaki IV
p/s: Ini ialah sebuah cerpen.
Menjemput memori sedih, seperti mencari pedang dan menusuk diri sendiri, tepat di bahagian jantung yang berdegup... Melayan memori itu, menjadi jantung semakin layu, dan perlahan... Dan kekaburan mata dek dikaburi titis-titis halus menjadi penutup... Teridurlah dengan sendiri di bawah payungan ilusi pohon kemboja... Dan perjalanan dalam tidur menyambung keindahan asmara, yang pernah dirasai dahulu...
"Mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan sabar dan solat (doa), sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar"
Dan ingatlah pesan Nabi kepada Abu Bakar
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
Nada dering 'Yang Terindah' keluar dari telefon genggamku... Aku alihkan pandanganku, dan melihat langit... Mengabaikan telefon yang bising berbunyi, sambil berbisik sendiri, "kenapa perlu sedih, jika banyak lagi benda gembira berlaku pada diriku? Adakah tidak aku bersyukur?"
Monday, April 18, 2011
Pantun Jiwa Lara
Hatta yang baik juga disanggah;
Semua ini salahnya sang bintang,
Bulan yang indah menjadi punah.
Hatta yang baik juga disanggah,
Kecil si hati yang dahulu besar;
Pecahnya hati menjadi parah,
Kerana mulut sangatlah kasar.
Kecil si hati yang dahulu besar,
Kerana luaran membalut yang dalam;
Hilang sudah cahaya bersinar,
Pabila gelap ditelan kelam.
Bintang menyinar menabur bakti;
Jiwa yang indah ditanam dalam,
Kerana kecewa melanda Hati.
Pandang emas tolaklah bakti,
Biarlah jiwa menjadi sengsara;
Manakan tidak kecewa hati,
Si tangan ini punya angkara.

Wednesday, January 12, 2011
Cerpen: Perjalanan Seorang Mamat
Saturday, January 8, 2011
(Entri ini dalam Bahasa Melayu) !!الشياطين الحمر
- Surah Maryam ayat 68, 83
- Surah ash-Shafaat ayat 65
- Surah asy-Syu'ara ayat 221
- Surah al-An'am ayat 121
- Surah al-Anbia' ayat 82
- dan banyak lagi.
Tuesday, November 30, 2010
Cerpen: Diari Seorang Lelaki III
Monday, November 22, 2010
Cerpen: Diari Seorang Lelaki II
Saturday, November 20, 2010
Kersani: Mentera Semerah Padi dan Mat Kilau
Salam Alaik...
Lepak-lepak di Nandini Store dengan Doo dan Edy selepas balik library memang satu rutin... Dan malam tadi mendengar lagu Mentera Semerah Padi M. Nasir... Lalu timbullah satu persoalan... Apakah maksud 'Kersani'?
Sebelum membebel panjang, aku letak dulu lirik mentera semerah padi...
M. Nasir
Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Aku ambik kat sini
Memula dengar aku ingat mentera semerah padi nie hanya mentera lagu biasa, yang takde kaitan dengan apa-apa jampi klasik... haha... Lepas aku dengar dan timbulnya persoalan tentang apa itu 'kersani', maka aku pun balik dan tanya Mr. Wikipedia...
Maka jawapannya:
Besi Kersani adalah istilah yang sering digunakan di dalam mantra pendekar silat dan penganut ilmu batin di kawasan Nusantara (Indonesia dan Malaysia) terutama di dalam budaya Melayu. Di dalam bahasa Minangkabau besi kersani disebut sebagai basi karasani. Istilah besi kersani ini juga tertulis di dalam Alkitab di Kitab Yeremia 15:12 versi Terjemahan Lama, yang berbunyi: "Adakah besi yang dapat memecahkan besi dari utara, yaitu besi kersani?". Istilah kuraisani (bahasa Melayu lama untuk kersani) ini juga terdapat di dalam Naskah Melayu tua yang ditemukan di Tanjung Tanah, Kabupaten Kerinci yang berisi tentang undang-undang dari Raja Aditiawarman untuk daerah tersebut [1]
Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan [2] atau khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dariIran, Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.
Nampak tak apa maksud kersani?
Kenapa Kersani ada dalam Mentera?
Untuk melambangkan kekuatan yang baca mentera tue la... Takkan tak baca kat atas nie... hehe... Jadi, mentera yang mengandungi unsur perkataan kersani nie memang wujud la... Dan semestinya bila namanya 'mentera' maka ada unsur metafizik... Ishk... Nampak tak unsur khurafat kat situ? Hehe..
Maka katanya Mat Kilau, pahlawan kebanggaan Pahang, juga punya mentera yang ada unsur kata kersani, yang berbunyi lebih kurang begini:-
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........
Hehe... Adakah ini petua untuk menjadi kuat dan hebat? Gagah dan berani? Oh, anda salah... Ini sekadar mentera untuk pembakar semangat (bukan semangat hantu tue)... Sekadar satu rima yang membawa maksud yang dalam..
Kalau ingat baca mentera nie jadi kuat, atau pakai besi kersani boleh jadi kuat, nanti ada risiko untuk khurafat, dan mungkin boleh menjadi syirik... Aku dah bagi amaran awal-awal ok...
Tapi bila baca kat sini, aku dapat tambahan banyak lagi mentera... Mula la sifat syak wasangka dalam diri aku menyelaputi sisi-sisi husnuzon aku... Maka bilamana terbaca akan mentera ini, aku berfikir sejenak betapa mentera ini ada unsur yang nampak 'islamik' tetapi diselit dengan sedikit unsur khurafat, bid'ah dan wahdat al-wujud...
Aku bukan mufti atau ulama' untuk menilai benda tue... Haha... Sesuka hati aku jer nak kata khurafat la, bid'ah la, wahdat al-wujud la... Jadi, aku tarik balik komen aku di atas tue... Boleh tengok sendiri dalam blog tue untuk menilai... Tapi, mengikut pengamatan aku yang kurang ilmunya ini, maka janganlah diamalkan mentera atau jampi atau doa itu kerana jelas sekali tidak menepati syariat Islam dan sunnah Nabi S.A.W...
Eish... Ape kejadah? Nak cerita pasal besi kersani tetiba pulak termasuk dalam mentera, khurafat dsb nie? Lari topik sudah!
Mengetahui sejarah itu penting, yang benar jadikan panduan, dan yang salah dijadikan sempadan... (^^)
Aku nak exam selasa nie... Bebudak SPM, aku ada block exam... Jadi, aku menggantung dulu la penulisan blog ini selama semaksimanya sehingga minggu selepas minggu depan...
p/s: Teringat petua seseorang kepadaku untuk mengelakkan diri ditahan ketika pemeriksaan pengawas sekolah (zaman rambut panjang dulu). Baca ayat ke 9 (tak silap aku) surah yassin... Jangan amalkan, kerana tidak menepati sunnah!!
Tambahan (26 Mac 2014)
Setelah bertanya kepada Ulama' kontemporari, beliau berkata bahawa mentera dan jampi lama-lama yang tidak berasaskan ayat Quran dan Hadis Nabi DIHARUSKAN untuk diamalkan selagi tidak ada unsur syirik dan khurafat..
Kalau duk puja besi, panggil jembalang tanah atau seru penjaga kawasan, maka itu ialah syirik dan haram diamalkan.. Kalau sekadar sebut besi dan doa kepada Allah supaya tulang sekuat besi, takde masalah..
Mungkin ada daripada tulisan awal aku nie yang perlu diubah.. Aku akan ubah nanti la bila berkelapangan jika perlu..
Saturday, November 6, 2010
Cerpen: Diari Seorang Lelaki
Monday, October 11, 2010
Siri Falsampah: Teori Kerinduan Manusia
Yeah, kembali lagi Siri Falsampah yang dibuat oleh aku... hehe... Hari ini kita belajar falsampah mudah... Sangat mudah iaitu:-
"Semakin lama kita tidak melakukan sesuatu perkara, semakin kita rindu akan perkara itu."
Amacam... Mudah, kan?
Sebagai contoh, jika kita suka menulis blog atau berada dalam talian (online)... Apabila kita terpaksa untuk tidak berada dalam talian, seperti sambungan internet terputus akibat dipanah petir atau laptop punah disambar arus elektrik tahap gaban, kita semestinya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berada kembali dalam talian... Dan keinginan itu akan mencetuskan rasa rindu yang menyebabkan kita tak senang duduk, mandi tak basah, makan tak kenyang, dan semestinya tidur tak lena...
Begitu juga jika kita sering mendekatkan diri dengan alam, atau dengan kata lain menghayati keindahan alam sambil berfikir akan kebesaran-Nya... Jika tiba-tiba kita sibuk dengan urusan dunia seperti sibuk berkerja, atau sibuk belajar, suatu perasaan yang tidak senang duduk akan tiba, yakni kerinduan untuk mendekatkan diri kepada-Nya... Mungkin kekadang kita tidak perasan kita merindui-Nya... Kekadang kita sering terlupa apabila kita tidak keruan, tidak tenang, atau tidak senang duduk di sebalik kejayaan kita dan mula mencari-cari punca... Puncanya mudah, kerana kerinduan dalam mendekatkan diri kepada-Nya...
Selain itu, falsampah ni jugak boleh diguna pakai dalam hal kejahatan, atau keburukan... Seperti jika seseorang suka menonton pornografi... Dan apabila dah lama tak dapat tengok pornografi, rasa rindu kepada pornografi meningkat dan mencetuskan stimulasi rindu untuk mendapatkan pornografi... Haha... bengong punya contoh daa...
Tetapi, bila kita berurusan dengan perasaan manusia, maka, tidak semua perkara mamatuhi syaratnya... Sungguh! Falsampah ni ada pengecualian...
Kalau kita tak suka study, atau tak suka mengaji Quran, maka, tak kira la walau lama mana sekalipun, rasa rindu tu tidak akan wujud... Tidak ada langsung keinginan untuk mengaji atau study... Kita cuma rasa 'something fishy is going on' tapi tak pernah mengetahui bahawa puncanya ialah kerinduan... Maka, hanyutlah dalam badai dunia yang menikmatkan dan melemaskan...
Sebagaimana kalau kita tak suka menonton TV... Biarlah dah 10 tahun tak tengok TV secara ekstreem, tapi kerinduan tetap tidak berputik, sebab memang kita tak suka... Memang fitrah manusia untuk melakukan apa yang mereka suka, dan tidak melakukan apa yang mereka tak suka, tak kira la Tuhan suka atau tak... Perasaan nikmat memang sukar untuk dijelaskan... Seperti Siri Falsampah Sebelum nie.. hehe...
Kesimpulannya, kalau kita suka sesuatu perkara, dan perkara itu dah lama kita tak buat, maka rasa kerinduan untuk melakukan perkara itupun terdetik... Semakin lama ditinggalkan, semakin rindu untuk melakukan...
p/s: Aku tulis nie sebab dah lama study... borink dah... Walaupun dah 2 hari cuti study, tapi kerinduan tetap tidak ada... haha... apa maknanya?








