Wednesday, December 19, 2012

Poker

Salam Alaik..

Hidup ini hanya sekali, dan setiap masa yang berlalu itu tidak akan boleh diganti balik.. Setiap saat, setiap perbuatan yang lepas telah pergi, akan tetap pergi dan tetap berlaku.. Tidak ada cara untuk kembali  memperbaiki apa yang telah terjadi..

Sebahagian daripada kita membawa kisah lama ke masa ini.. Tidak senang untuk melupakan segala memori, segala apa yang telah berlaku dan dilalui.. Sebahagian memori yang lalu akan tetap bersama kita, dan memberi impak kepada kita, kini atau akan datang..

Bezanya cuma, apakah kita membawa pengalaman silam itu sebagai teladan yang akan membantu kita ke arah positif? Atau menjadi duri dalam daging yang menjahanamkan kita daripada dalam? Kekadang kita sengaja berpaut kepada memori itu, untuk membantu kita bergerak ke atas, ada juga yang membiarkan memori itu berpaut kepada kita, memberikan beban yang menarik kita ke bawah?

Keputusan kita pada hari ini akan merencana hidup kita di hadapan.. Perbuatan kita hari ini akan memandu kita menggunakan baki-baki masa nyawa kita.. Kita mungkin tidak boleh sentiasa melakukan perbuatan yang sempurna, namun kita boleh berusaha ke arah kesempurnaan.. Sekurang-kurang kita tahu bahawa percubaan kita itu, telah dilakukan dengan baik..

Untuk membuat keputusan, dan melakukan langkah pertama menuju ke arah suatu visi yang besar bukan mudah.. Perkara itu seperti memperjudi apa yang tinggal pada kita.. Jika besar taruhan, maka besarlah hasilnya.. Apa yang tinggal hanya berani atau tidak mengambil risiko berpandukan kebarangkalian dan situasi semasa..

Suatu keputusan harus dibuat.. Satu langkah harus dihayun sebagai pemula.. Yang bakal merubah pandangan aku kepada masa hadapan..

Semoga keputusan itu dilakukan dengan penuh hati-hati kerana taruhannya besar..


No comments: