Tuesday, January 29, 2013

Setahun

Salam 'Alaik..

Hari ini genap setahun masihi berpisahnya ayahku daripada dunia ini.. Sungguh, walaupun dalam 3 tahun sebelum pemergian ayah aku tidak punyai banyak masa bersamanya, namun wajah ayah tetap ada di dalam mindaku.. Kerinduan aku kepada arwah ayah teramatlah tinggi.. Cumanya tidaklah aku mampu menzahirkannya.. Minda aku sering bermimpikan arwah ayahku, kekadang aku sedar aku bermimpi dan  kekadang aku berasa seperti berada dalam dunia realiti.. Mungkin mindaku mahu memberikan aku nikmat berjumpa ayah, sungguhpun hanya dalam mimpi..

Hasrat aku untuk menjadi anak yang soleh, yang mampu mendoakan ayah masih jauh.. Aku hanya mampu berharap agar segala ilmu yang telah ayah beri, segala buku dan kitab yang dia tinggal dan segala hartanya yang diberikan kepadaku dapat digunakan dengan sebaiknya..

Seringkali jika membaca al-Quran, aku terbayang ayahku yang mengajarku mengaji masa kecil dahulu.. Setiap kali aku bersolat di masjid lama, aku teringat zaman ayahku menjadi imam di situ.. Melihat mimbar yang pernah ayah berdiri memberikan khutbah.. SubhanaLlah, sebak..

Semoga ayah dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh..

Aku selalu balik ke Jerantut.. Kekadang dua minggu sekali.. Kata orang, kenapa rajin balik sedangkan perjalanan ke Jerantut tue bukan dekat, 4 jam.. Aku ada alasan tersendiri.. Kekadang aku ada punyai hal di Jerantut, kekadang aku sengaja balik.. Aku balik kerana aku tahu betapa sedih meninggalkan rumah dan tidak mahu menyesal jika tidak meluangkan masa yang banyak di rumah.. Cukuplah 3 tahun yang aku hanya balik 3 kali..

Tak ramai orang akan faham.. Tidak ramai yang tahu erti kehilangan.. Kehilangan ini tidak sama dengan kehilangan buah hati, awek dan sebagainya.. Banyak bezanya, tidak dapat diungkapkan..

Hargailah orang tua, dan berjasalah kepada mereka.. Bawakanlah kepada mereka berita gembira dan elakkanlah mereka daripada sedih dan kecewa..

Jangan menyesal jika sudah terlambat..

Setahun sudah..

Setahun yang lepas, pada ketika ini aku sedang tidur.. Ketika itu sebuah mesej masuk, dan satu miskol.. Aku terkilan kerana aku subuh di bilik dengan awal.. Jikalau aku meneruskan niat untuk subuh di masjid, nescaya aku mendapat berita dengan awal..

Semoga Allah merahmati ayahku, dan mengampunkan dosanya.. Semoga dia dalam kalangan hamba-Nya yang soleh..

Amin..


1 comment:

Don Balon said...

Sebak koi baca weh.. ayoh koi baru 5 tahun pergi..
semenjak tu koi memanc 2 minggu kadang seminggu sekali balik jerantut..
Mok koi tinggey soranc weh..