Saturday, June 22, 2013

Kontroversi dan Persepsi

Salam 'Alaik..

Kontroversi dan aku susah untuk dipisahkan.

Hasil carian 'Google' tentang SBPI Temerloh/SBPIT pada muka pertama akan menunjukkan pautan ke arah blog aku, ke arah entri tentang zaman aku menjadi pengawas. Maka, di situlah kontroversi bermula. Entri yang sudah beberapa tahun lepas itu (5 tahun lepas|2008) kembali dikorek, dan dinilai. Dan atas silap aku juga yang 'retaliate' setelah dikomen dan dengan jawapan balas aku baru-baru ini dalam entri baru menambahkan lagi ketegangan.

Statistik blog aku dalam empat hari kebelakangan ini menunjukkan peningkatan ketara ke arah entri-entri itu, dan carian kata 'blog SBPIT' menjadi sumber masuk yang agak banyak (secara relatifnya). Ini jelas sekali menunjukkan bahawa isu ini sudah tersebar dalam ruang lingkup SBPIT, dan mungkin kepada sebahagian kecil warga alumni. Dan tidak berat untuk aku katakan bahawa mungkin tanggapan buruk terhadap aku sudah menular.

Serangan balas aku baru-baru ini memburukkan keadaan lagi umpama menyiram minyak ke atas api. Bahasa yang agak santai dan tidak formal, diselangi dengan bahasa yang agak 'kasar'; apabila dibaca oleh 'orang-orang berkenaan' membuatkan mereka kurang berpuas hati. Maaf, mereka memang layak untuk tidak berpuas hati. Aku ketika itu masih lagi menggunakan kata-kata yang tidak formal sungguhpun aku tahu bahawa sasaran aku siapa. Maaf sekali lagi.

Sikap aku yang suka 'tulis lepas', dan sangat berani dalam menulis agak aku kesali. Sungguhpun entri aku itu benar pada mata aku, namun aku akui ada silapnya aku di situ.

Tindakan sesetengah pihak yang membaca dan menilai aku secara seluruhnya hanya berdasarkan satu entri merupakan satu tindakan yang zalim. Dan tindakan aku melabel sistem secara seluruhnya berdasarkan satu dua orang juga tindakan yang zalim.

Aku berharap selepas ini, kalau ada ketidakpuasan hati terhadap entri aku, bolehlah komen dalam entri itu. Jika mahu menegur 'di belakang langsir', emelkan sahaja kepada aku melalui betheredz@yahoo.com.my atau melalui Facebook aku, fb.me/betheredz. Aku bersedia untuk menarik balik mana-mana entri, atau memadam mana-mana perenggan yang dirasakan mencuit, namun haruslah dengan sebab yang agak kukuh.

Komitmen aku dalam membantu SBPI Temerloh dalam apa-apa aspek yang aku mampu tidak akan aku langgar. Insya Allah aku tetap akan memberikan kerjasama jika diperlukan. SBPI Temerloh itu sekolah aku, yang membentuk aku sehingga aku ke tahap ini. Aku tahu, tanpa SBPI Temerloh, siapalah aku. Dan aku masih berharap kepada doa-doa guru-guru dan rakan-rakan aku untuk berjaya. Kepada sesiapa yang berkenaan, tidak perlulah rasanya doakan keburukan seseorang hanya kerana beberapa sebab. Doa itu senjata, namun senjata harus digunakan dengan baik.

Satu fakta: seiap kali aku balik Pahang, apabila aku lalu di depan SBPI Temerloh, aku sering mendoakan kebaikan ahli-ahli di dalamnya.

Aku harap isu ini tidak melahirkan persepsi negatif kepada aku. Tapi biasalah, aku tidak mampu menghalang persepsi. Kekadang, ada yang baca entri nombor 1, namun tidak baca entri nombor 3. Kepada pihak yang terasa dengan entri aku, aku minta maaf sekali lagi. Benda boleh bawak berbincang.

Bersama rerakan beraya di rumah cikgu Abdul Razak Alias (Tahun 2011)
P/s: Ada juga yang membuka pautan 'Tentang Saya' dan klik gambar aku. Mungkin nak kenal siapa aku, muka macam mana. Nama aku Muhammad Redzwan dan aku punya nombor ID zaman sekolah dulu 0166.  (^.^)

1 comment:

Don Balon said...

kontrol nampok... gambor kuikui