Wednesday, December 4, 2013

Monsun

Salam Alaik...

Hujan itu rahmat
Kalau terlalu lebat
menjadi musibat

Nasi itu keperluan
Kalau berpinggan-pinggan?

Waktu hujan, biasanya mood akan sayu. Kenangan yang lama mula mudah menerjah minda. Suasana lembab, sejuk dan gelap, menggambarkan rasa.

Banjir diberitakan berlaku di banyak negeri, terutama negeri tanah tumpah darahku. Kuantan teruk terjejas, sekali menjejaskan pendapatku untuk in-house di HTAA. Harap semua rakyat Pahang tabah. Utamakan keselamatan.

Hujan 24 jam selama seminggu. Tidak asing bagi aku. Biar di bumi Pahang, atau ketika berada di Manipal. Bezanya hanya waktu; di sini hujung tahun, di sana bulan ogos-september. Macam-macam aktiviti ditangguhkan. Hatta ke kelas pagi, tidak sanggup meredah hujan meranduk takungan.

Kenangan ketika hujan di perantauan. Satu malam, berlari-lari di tengah padang. Main bola sepak, menyepak dalam limpahan cahaya lampu limpah yang dibiaskan rintik hujan. Kebebasan, ketenangan, kegembiraan seperti tiada yang mampu menekan. Hanya saat itu, hujan menggembirakan.

Mungkin, ada gembira tatkala hujan lebat di hari Jumaat. Kalau di India, rukhsah diutamakan.






No comments: