Showing posts with label finare. Show all posts
Showing posts with label finare. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

Terima Kasih...

Salam Alaik…

Berada di Malaysia selama ‘sepurnama kurang 4 hari’ sempena cuti semester memang positif… Melayan puasa selama 2 minggu di rumah dan berbuka puasa dengan juadah Malaysia yang tidak ada tolok bandingnya memang terbaik… Tambahan pulak dengan aktiviti yang tak putus-putus menghangatkan suasana cuti di Malaysia… Segala masalah dapat dilupakan sebentar, dan yang paling penting berada di rumah itu satu kepuasan (naik atas atap tak payah cakap la)…

Sebab aku masih tidak mengucapkan selamat eid al-Fitr kepada pengunjung blog nie secara terang, aku mengambil kesempatan tiba di Manipal ini untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri (ini Bahasa Melayu) kepada semua yang membaca blog aku… Dan maaf tidak berkesempatan menulis blog sepanjang di rumah kerana ingin menggunakan 100% masa semaksima mungkin di Malaysia… Dan, tak lupa, adat masyarakat Malaysia yang suka meminta maaf zahir dan batin ketika raya nie… Kalau ada salah dan silap aku (sememangnya ada), haraplah dimaafkan… Kalau boleh, tegur, supaya aku akan cuba berubah…

Banyak perkara berlaku dalam sepurnama ini… Sungguh… Kebanyakannya positif, dan sebahagian kecilnya negatif seperti hasrat aku untuk mengunjungi rumah blogger Jerantut yang tidak kesampaian… Maaf sekali lagi… Harap jangan gelarkan aku munafik kerana mengkhianati janji… Kalau nak cerita perkara-perkara itu, komfem tak tercukup masa korang nak baca… Tapi, nikmat Allah lagi banyak dan walaupun kering air laut dijadikan dakwat, nikmat-Nya tetap tak terhitung…

Bertepatan dengan tajuk, iaitu terima kasih, aku mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada sahabat handai dan rakan-rakan kerana sudi meluangkan masa yang berharga bersama aku ketika di Malaysia, antaranya Jeneral Saha, Zimi, Ijoi, Firmad, Maliq (Arif Zhafir), etc… Nanti berpeluang berjumpa lagi kita… Terima kasih jugak kepada yang berkonvoi dari Temerloh kerana tak kesah menghabiskan masa selama separuh hari untuk melawat kami di Jerantut… Dan kepada yang join konvoi di Temerloh jugak, korang memang terbaik…

Banyak lagi yang aku nak berterima kasih, tapi tak cukup masa dan idea… Sebab terlalu banyak… Apa-apa pun, kalau ada umur yang panjang, nanti kita berjumpa lagi… Insya Allah…

p/s: Aku jamukan beberapa foto kenangan bersama rakan-rakan ketika di Malaysia… Banyak lagi dalam Fesemboq (Facebook), kalau rajin tengok la…

Kat rumah Firmad

Setiausaha aku: Ahmad dan Zimi

Bebudok Temerloh

Dah lama nak naik... Baru berkesempatan


Kat rumah legend SBPI Temerloh, Cikgu Abdul Razak Alias

Tuesday, July 13, 2010

Maaf La Yek: Unfinished FINARE

Salam Alaik...

Dulu aku pernah buat cerita yang aku rancang panjangnya boleh buat novel atau sekurang-kurang buat filem... Tapi sayang, usaha aku terhenti dek kerana kesibukan AUSMAT dulu, ya, 2 tahun lepas... hehe... Cukup lama...

Bila nak sambung balik, aku dah hilang semua plot yang aku buat... Takpun ada tertinggal kat Malaysia... Cerita tue memang dah cukup sampai ke penamatnya... Siap segala latar masa, tempat dan sebagainya... Aku nak buat cerita nie, memang aku layan segala peta, sejarah dan sebagainya untuk memastikan tak nampak sangat 'pedooh'nye... hehe...

Tapi, lepas 3 bahagian, aku terpaksa berhenti... Cerita yang aku rancang sejak SBPI Temerloh, dan bermula selepas habis SPM, terpaksa digantung ketika di AUSMAT... Eish... Bukan takde idea kay, takde masa jer... Kalau ada buku perancangan aku tue, dah lama aku sambung balik.... hehe...
'
Sapa nak beli cerita aku nie untuk disambung, aku boleh jual bermula dengan RM30... Bid paling tinggi dapat... haha... *Tertakluk kepada terma dan syarat*

Berikut la tiga bahagiannya:-

Hikayat Pengembaraan Finare:
part 1: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare.html
part 2: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare-bahagian-2.html
part 3: http://betheredz.blogspot.com/2008/02/pengembaraan-finare-bahagian-3.html

Selamat membaca, mengomen, dan mengtongsampahkan apa yang aku terpaksa tunda penamatnya...

Watak mungkin ada kaitan dengan yang hidup, tapi perwatakan takde kaitan lansung... Kalau ada pun, sikit-sikit je...

p/s: Aku rasa, seingat aku, hikayat nie ada 15 bahagian paling koman... Haha

Monday, October 20, 2008

Plan Gila: Kumpulan FINARE (anak syarikat Perintis 020six Group of Company) SBPI Temerloh

Salam Alaik...

Ruangan Plan Gila kali ini ingin membawa pembaca melangkaui memori aku ketika Tingkatan 4, 2005... Aku nak cerita tentang pengalaman aku membuka syarikat yang digelar FINARE... Banyak cara nak sebut, Fi-Na-Re atau Fai-ner...

Kisah ini bermula apabila aku dan Nasharuddin Othman atau aku gelarkan Nasha berbincang untuk membuka perusahaan ala SMKA TAHAP... Apekah bisnes kami? Tunggu jap... nanti aku cerita...

Step pertama kami ialah ,encari rakan kongsi ketiga... pada awalnye, kami ingin mengambil Zul Katak sebagai partner memandangkan die tokey koperasi, ada pengalaman dalam bidang perniagaan... Tapi, setelah perbincangan gagal untuk mengambil khidmat dia, Firmad anak DO Raub, datang untuk menawarkan diri... Jadi, kami pun dah ada partner...

Perniagaan kami bermula pada suatu malam Ahad (sebab prep takde) di dorm L07 dengan modal RM33, RM11x3...tak banyak kan? haha... Standard la perusahaan kecil dan sederhana... Dengan modal permulaan kami sebanyak itu, kami membeli pemanas air (heater), sos sebotol, beg plastik dan beberapa bungkus sosej... Ya, tentunya anda tahu apa yang kami jual- Asrama style...

Pada perniagaan pertama kami, kami menerima banyak cemuhan dek kerana barang jualan kami, sosej rebus amatlah sempoi dan nampak tak sedap dari luar... Haha... Adatlah berniaga... Mula-mula memang kena kutuk sebab ada malaun-malaun dengki... Setelah kami membuat pengenalan dan penerangan tentang modus operandi kami, ramai yang ingin mencuba... Tak mahal, RM0.50 jer...

Hari pertama, kami mencatat pulangan sebanyak RM50.00 rasenye... Untung tak? Haha... Otak bisnes...

Minggu-minggu berikutnya, kami meneruskan perniagaan kami... Dari permulaan sebanyak 10 bungkus sosej, kami menjalar kepada 15 dan seterusnya 20 bungkus sekali berniaga... kami juga mengembangkan perniagaan daripada sosej rebus kepada fish ball rebus, dan crab cake rebus... Kami juga pernah mencuba untuk menjual pau rebus (kukus) tapi gagal sebab kekurangan gajet...

Sebagai langkah mempromosi perniagaan kami, kami pernah mengedarkan pamplet tentang prniagaan kami... Kami juga pernah melalak kat asrama untuk menarik perhatian pelanggan dan mencapub...

Dalam mencari stok perniagaan, kami selalu mencari stok kat Haddad Jaya Food Temerloh... Kat situ amat murah stok dan mudah untuk mendapatkan stok secara pukal... Segala alatan dan barang kami cari kat situ...

Semasa menjalankan perniagaan, banyak kenangan manis kami... Aku paling tak tahan apabila Nasha dan Firmad asyik-asyik begaduh... Macam anjing dan kucing pulak... Tapi kitorang steady...

Untuk menjadikan perniagaan kami lebih sistematik, aku menguruskan akaun... Aku dibei kepercayaan itu kerana aku nie jujur, amanah, berhemah tinggi dan segala aspek yang positif (angkat bakul sendiri sket)... Aku juga mengawal bajet agar tidak kerugian...

Perniagaan kami berjalan dengan amat lancar dan berjaya... Kami menyambut kejayaan kami dengan mengajak Miss Lenny Nurlinda, teacher English kami untuk keluar makan doa selamat... haha... Nak tau kat mana? Kat Pizza Hut Temerloh... Grand giler... Perniagaan kecil-kecilan buat majlis kat Pizza Hut... Belanja cikgu plak tue...

Selepas itu, kami menyambut kejayaan kami dengan berbelanja di KFC, McD dan sebagainya... Bapak untung... Dengan berbekalkan modal RM33 yang kami tak pernah tambah, kami dapat makan besar kurang-kurang 4 kali...

Setelah ditambah, ditolak dan dikira, kami menyimpulkan pendapatan kami melebihi RM600... Kira-kira 300% daripada modal asal... Untung kurang lebih RM570++... Kami mula bergerak slow apabila mendapat persaingan dengan 'Pasar Malam Parking Cikgu' yang dianjurkan oleh Koperasi SBPI Temerloh dalam usaha untuk melenyapkan perniagaan kami... Taktik yang berjaya... tetapi, dalam bergerak slow itu, kami masih dapat menghabiskan stok kami...

Kami berhenti berniaga apabila masuk suku keempat tahun 2005 kerana kemalasan yang amat sangat.... Kami amat berpuas hati dengan perniagaan itu... Sangat puas hati...

Semasa tingkatan 5, kami ingin memulakan kembali FINARE, tetapi, semangat muda itu sudah tiada... Dan perniagaan itu hanya hangat-hangat tahi ayam... Walaupun begitu, FINARE tetap di hati...

p/s: Suatu kali semasa kami mencari stok berniaga, kami ada satu memori yang best... Nanti aku cerita balik...tTunggu kemunculan: 'Plan Gila: Fly Secara Tidak Rasmi dan Kantoi...'

Wednesday, September 3, 2008

Berkaitan dengan siri 'Hikayat Pengembaraan Finare' aku!!!

Salam Alaik...

Ada sesetengah daripada member aku tertanya-tanya akan kehilangan hikayat pengembaraan Finare aku... Aku ingin menjelaskan di sini bahawa hikayat itu masih dikarang tetapi ditangguhkan sebentar dek kerana kekangan masa... Segala kesulitan amat dikesali...

Hikayat Pengembaraan Finare:
part 1: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare.html
part 2: http://betheredz.blogspot.com/2008/01/pengembaraan-finare-bahagian-2.html
part 3: http://betheredz.blogspot.com/2008/02/pengembaraan-finare-bahagian-3.html

Kalau sesapa nak baca, silakan... Ada idea atau pendapat, boleh komen terus...
Terima Kasih...