Wednesday, January 23, 2008

PENGEMBARAAN FINARE Bahagian 2

PENGEMBARAAN FINARE
Bahagian Dua

“Mengumumkan ketibaan Duli Yang Mulia Sultan Syarif al-Asmak, Sultan yang menaungi Kepulauan Rempah dan menjaga sekalian penduduknya. Paduka Sultan Syarif al-Asmak akan diiringi ke Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak. Maka sekalian penduduk Kepulauan Rempah yang ada menyaksikan peristiwa ini diminta untuk melaungkan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Paduka Sultan Syarif dijemput berangkat ke Balairung dengan diiringi Tok Penghulu Kampung Kerdau, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan.”. Laungan yang menandakan permasyhuran keberangkatan tiba Paduka Sultan Syarif. Ramai hadirin sekalian kampung bertepuk tangan tanda gembira. Paduka Sultan Syarif berkenan untuk mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata. Suasana yang hiruk pikuk seperti berada dalam sarkas. Firmatozoa, Redzwameba dan Nasharaden tenggelam dalam lautan manusia. Sultan yang sepatutnya dikawal telah berada jauh. Mereka bertiga sepatutnya berkawal tetapi telah terlupa arahan itu, lalai melihat kegamatan penduduk. Strategi kononnya menggunakan pelabuhan kedua agar rakyat dapat dikawal ternyata gagal.

“Weh, pengawal diraja, kenapa kamu duduk berdiam diri sahaja di sana? Tok dengar Paduka Sultan sudah hampir. Laungkan arahan ke Pelabuhan Dua cepat, Tok hendak menyambut Sultan ini.” Jerit Datok Penghulu yang sememangnya mampu untuk menjerit senafas walau umur sebaya dengan pokok jati dua pemeluk di belakang rumahnya itu.

“Aik, bukankah Sultan sudah sampai tadi?”
“Mana adanya. Kau tidur siang sampai mengigau, Redzwameba.”
“Lah, mana Sultannya? Firmatozoa, isyaratkan ahli isyarat diraja supaya berlabuh di Pelabuhan Dua. Dan kamu Redzwameba, panggil Datok Penghulu bersiap siaga.”
“Baiklah, Nasharaden.”
Berjalan seperti yang dirancang. Kapal ‘Permata Hitam’ milik Sultan menghampiri jeti sepanjang setengah kapal itu di Pelabuhan Dua. Permata Hitam, kapal yang bersaiz 90 kaki panjang dan 30 kaki lebar itu memang memukau. Saiznya yang besar tidak terlawan oleh kapal-kapal lain termasuk kapal dari Inggeris dan orang-orang Portugis mahupun Belanda. Permata Hitam yang bercat kelabu cerah menghampiri pelabuhan dengan perlahan, dikawal oleh Kapten Diraja, Kapten Fakhrull Scott yang dihantar Sultan ke sebuah negeri di sebelah China dan di hujung Dunia, untuk mengaji cara mengemudi kapal sebesar itu. Mengemudi Permata Hitam merupakan penghormatan yang besar kepada mana-mana pengemudi atau kapal kerana terletaknya tanggungjawab yang berat di atas bahu mereka. Antara kapten terkenal yang pernah berkhidmat dengan Sultan ialah Kapten Zam, kini sudah menghilang dari arena perkapalan.

Setelah berjaya merapati jeti yang berkedalaman 20 kaki itu, kapal sebesar itu nyata tidak bermasalah untuk berlabuh. Menjelang turunnya sauh di dasar laut Kampung Kerdau, segala penduduk kampung sudah berada di Pelabuhan Dua, menanti ketibaan Sultan Kepulauan Rempah yang disayangi. Sekalian penduduk nampak seronok dan gembira sekali dengan ketibaan Sultan itu kerana sudah lama Sultan tidak mencemar duli di Kampung Kerdau. Tangga yang diperbuat dari kayu yang disulam Jut dari negeri Filipina, diturunkan. Seorang demi seorang para pembesar Kepulauan Rempah turun dimulakan dengan Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Bentan Encik Zalia Hamzah, Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Syahbandaraya Kapten Rosyam Nor Jr., Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Datok Bendahara Diraja Encik Dol Lah Hakim dan Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally yang berasal dari Inggeris. Maka ketibaan pembesar berempat itu dilaung tetapi tidaklah cukup seorang iaitu Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Laksamana Laut Diraja yang sekian lama tiada dipegang sesiapa. Setelah Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally turun dari Permata Hitam, satu laungan yang paling kuat kedengaran.



“Mengumumkan ketibaan Duli Yang Mulia Sultan Syarif al-Asmak, Sultan yang menaungi Kepulauan Rempah dan menjaga sekalian penduduknya. Paduka Sultan Syarif al-Asmak akan diiringi ke ‘Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak’. Maka sekalian penduduk Kepulauan Rempah yang ada menyaksikan peristiwa ini diminta untuk melaungkan laungan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku. Paduka Sultan Syarif dan pembesar-pembesar Negara iaitu Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Bentan Encik Zalia Hamzah, Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Syahbandaraya Kapten Rosyam Nor Jr., Pembesar Berempat Pegawai kepada Menteri Perdana Datok Orang Kaya Datok Bendahara Diraja Encik Dol Lah Hakim dan Menteri Perdana Datok Orang Kaya Seri Penasihat Diraja Datok Encik Ajax Ally dijemput berangkat ke Balairung dengan diiringi Tok Penghulu Kampung Kerdau, Datok Penghulu Bendang Serantai Haji Ajak Ali Asmawan.”. Laungan yang menandakan permasyhuran keberangkatan tiba Paduka Sultan Syarif. Ramai hadirin sekalian kampung bertepuk tangan tanda gembira. Paduka Sultan Syarif berkenan untuk mencemar duli bersalaman dengan rakyat jelata. Suasana yang hiruk pikuk seperti berada dalam sarkas.

***
Setelah Sultan Syarif al-Asmak tiba di ‘Balairung Seri Istana Hinggap Iringan Paduka Tengku Asmak’, maka sekalian rakyat memenuhi Lapangan Berbumbung Nipah yang dibina khas untuk mendengar titah Sultan Syarif al-Asmak yang baru sahaja tiba. Sekalian rakyat jelata amat tekun menunggu untuk mendengar sepatah titah pertama dari Paduka Sultan. Paduka Sultan bangun dan bertitah dengan lantang, “One small step of Sultan in this Kampung Kerdau is one giant leap for Kerdauian. Perkataan inilah yang Ajax Ally ajar kepada beta. Beta ingin menyampaikan rasa gembira beta dek kerana berjaya membangunkan kampung ini sehingga tahap ini. Beta yang pernah datang 14 tahun dahulu, ketika beta muda-muda, amat merasai perubahan yang berlaku. Terima kasih kepada Datok Penghulu Ajak Ali Asmawan kerana menyediakan kawalan keselamatan yang mantap kerana jika beta di tempat lain, beta mungkin akan cedera dihimpit. Selepas ini beta ingin berjumpa dengan pengawal beta tadi.” Titah Sultan Syarif al-Asmak yang memang terkenal dengan feelnya yang tidak minat untuk bercakap panjang dan selalu mengarut.

Di bawah pokok Tualang Putih di belakang Astaka Diraja, Redzwameba, Firmatozoa dan Nasharaden sedang merawat luka mereka sendiri kerana menahan rakyat yang ingin bersalaman dengan Sultan.

-Kalau beginilah kerja kita hari-hari, memang masaklah kita Redzwameba.
-Ya, betul katamu itu. Tidak lama lagi memang kuruslah aku yang memang dah
kurus ni.
-Tengok Nasharaden, tidur pula. Mentang-mentang senjatanya sudah berjaya
mengagumkan Paduka Sultan.
-Lantak dia lah. Yang penting kita kena kawal Paduka Sultan lagi selepas ini.
-Baik kita berehat sebentar.

***

No comments: