Sunday, October 12, 2008

Kembara Mencari Tenang: Cerita Aku dan Ayam

Salam Alaik...

Semalam aku terasa amat bosan. Semangat aku untuk belajar amat rendah kerana aku perlukan sesuatu aktiviti yang mampu mengurangkan kebosanan aku. Aku tidak bosan untuk belajar, tetapi kebosanan itu tidak mampu membuatkan aku ingin belajar.

Seawal pagi aku menghantar mesej SMS kepada rakan aku, Pizul, bertanyakan tentang kesibukan dia pada hari itu kerana aku bercadang untuk melawat dia di Maktab Perguruan Teknik Cheras, mana tahu alang-alang aku boleh terus ke Nilai, melihat seseorang di sana. Setelah beberapa jam aku menunggu, jelas sekali dia amat sibuk kerana tidak membalas mesej aku.

Lalu, aku bergerak ke kafe siber untuk menulis entri berkaitan isu. Semasa menulis, aku disapa oleh Hakim dalam Utusan Yahoo (YM), lantas dia menjemput aku untuk melawat UIAM Gombak. Aku pada awalnya, ingin menolak kerana Gombak agak jauh. Tetapi, setelah memikirkan betapa bosannya aku di sini, di samping aku memerlukan semangat, aku lantas bersetuju.

Dalam jam 3 petang, setelah melayan kehangatan Permainan Pengurus Bola Sepak (Fooball Manager) aku berangkat ke Gombak. Di stesen komuter Shah Alam, aku terpandang 2 orang perempuan yang seagak aku Melayu, dan semestinya Islam. Mereka hanya memakai seluar pendek ketat. Apabila dipadankan dengan baju blaus pendek, mereka persis tidak berseluar. Lantaklah, pandailah mereka pilih yang mana baik, yang mana buruk.

Ketika dalam Sistem Transit Aliran Ringan, aku terpandang sepasang Mat Salleh. Mereka mungkin sedang bercuti di Malaysia. Aku tertarik dengan kebahagiaan mereka.Mereka sudah tua, mungkin sudah lama berkahwin, tetapi hubungan mereka sama seperti orang yang sedang hangat bercinta, persis sepasang kekasih di waktu muda. Kalau dilihat di Malaysia, pasangan sudah lama berkahwin, memang sudah tidak romantik. Jikalau ada, tidaklah seromantik ketika masih muda-muda dahulu.

Sampai aku di Gombak, aku terus mengambil bas Rapid KL ke UIAM. Perjalanan ke Gombak memang memenatkan. Tetapi aku tidak kisah sebab aku akan berjumpa kawan yang aku dah lama tidak jumpa. Semasa aku tunggu Hakim, aku membaca isu yang dikupas Mastika. Banyak benar isunya. Tetapi, aku tidaklah ingin kupas isu itu. Cukuplah Mastika yang kupaskan.

Hakim menyapa aku dari belakang, aku agak terkejut melihat susuk tubuh dia yang semakin kurus. Adatlah seorang pelajar. Mungkin teruk agaknya kerja yang diberi kepadanya. Aku mengekori sahaja dia sehingga ke biliknya. Dalam perjalanan itu, aku amat tertarik dengan seni bina UIAM, indah dan cantik. Penuh dengan nilai islamik.Petang itu, aku tidak melakukan aktiviti yang signifikan. Cuma penuh dengan aktiviti kutuk-mengutuk dan bermain bola sepak PES 2008.

Malam itu, aku bergerak dengan Hakim, menyusuri UIAM, bercerita tentang hidup masing-masing. Masalah yang kami bincangkan tidak akan aku ceritakan di sini kerana tertakluk di bawak Akta Rahsia Rasmi. Cuma, malam itu, aku mungkin berasa sedikit tenang. Sudah lama aku tidak bersama kawan rapat aku.

Malam itu, kami tidur agak lewat. Esoknya, aku bangun juga lewat. Selepas mandi dan bersiap, aku makan di kafe UIAM. Selepas makan, aku mengemas barang, aku ingin balik ke Shah Alam. Setelah tidur sejam dua, aku kemudian bergerak meninggalkan UIAM pada jam 4 petang. Kembara aku minggu ini amat berjaya. Aku sudah kembali tenang. Sebagai seorang 'Lone Ranger', aku mencari ketenangan dengan bergerak, melawat kawan, dan sebagainya.

Cukuplah setakat ini. Aku ingin berusaha untuk menulis dalam bahasa Melayu (Malaysia) yang tulen sabagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SSBASA 'Malay Studies'. Aku sekarang ada tugasan yang perlu dilakukan, jadi aku memohon untuk berundur.

P/S:Cerita kali ini agak panjang. Maaf jikalau membosankan.

Saturday, October 11, 2008

Kupasan Beberapa Isu Semasa Berdasarkan Pandangan Saya...

Salam Alaik...

Hari ini saya ada membaca beberapa keratan akhbar tentang beberapa isu yang melanda Malaysia dan Dunia... Keratan itu saya ambil dalam Berita Harian hari ini edisi tengah...

Isu pertama yang saya tertarik ialah isu berkenaan dengan penyatuan parti komponen BN dalam satu parti iaitu BN, tidak lagi ada UMNO, MIC, MCA dsb (betulkan saya kalau saya salah)... bagi pendapat saya yang buta politik dan amat mentah dalam ilmu-ilmu politiuk ini, saya beranggapan penyatuan BN merupakan satu perkara yang amat bahaya kepada UMNO... Kerana, jika dilihat daripada nisbah parti komponen itu, dapat dilihat bahawa kepimpinan Melayu dalam BN bakal terhakis... Ditambah pula dengan perpecahan Melayu dalam politik dewasa ini, maka secara tidak langsung meningkatkan risiko kepimpinan Malaysia jatuk ke tangan bukan Melayu... Artikel ini bukan bertujuan untuk membangkitkan semangat perkauman, tetapi sekadar memberi pendapat yang boleh disanggah jika tidak dipersetujui atau difikirkan sedalam-dalamnya jika disokong...Saya malas memberi hujah atau pendapat lebih panjang sebab saya bukanlah ahli politik... Cukuplah pendapat ini...

Isu kedua yang saya tertarik ialah isu keruntuhan ekonomi... Walaupun keruntuhan ekonomi di Amerika dan beberapa bahagian lain di dunia amat teruk, termasuk jiran kita, Indonesia, Alhamdulillah, Malaysia masih lagi selamat dengan keruntuhan ekonomi yang agak kecil... Walaupun KLCI sudah menjunam ke bawah 1000 mata, tetapi tidaklah penurunan itu sampai merencatkan ekonomi negara... Adakah kemampanan ekonomi Malaysia ini disebabkan olehh kebijakan Menteri Kewangan Malaysia yang baru sahaja menerajui sistem ekonomi Malaysia ini? Atau faktor Menteri Kewangan sebelumnya, atau sebelum kepada sebelumnya? Tapi yang penting, ekonomi Malaysia (mungkin) masih stabil...

Isu seterusnya ialah berkaitan dengan penurunan harga minyak mentah sedunia... Saya ada membaca tadi bahawa harga minyak mentah dunia kini turun 4 dollar kepada 77 dollar... tetapi saya tidak pasti adakah 77 dollar itu harga minyak mentah yang sering dicarutkan oleh semua orang... Tetapi, jika itulah yang dimaksudkan, maknanya, harga minyak mentah memang sudah amat rendah jika dibandingkan dengan harga tertinggi pasaran dahulu iaitu 148 dollar... Betulkan saya jika saya salah... Jadi, jika begini situasi sekarang, saya rasa harga minyak petrol di Malaysia setelah rebat tunai dimansuhkan sepatutnya seperti dahulu, iaitu RM1.92/l atau lebih rendah daripada itu... Ini berita yang menarik...

Sebelum artikel ini menjadi lebih bosan dek kerana penggunaan bahasa yang agak baik dan betul, saya ingin menegaskan bahawa artikel ini merupakan pandangan peribadi saya yang boleh disokong dan disanggah... Sila tinggalkan komen untuk memberi pendapat, cadangan, sokongan atau bantahan... Terima kasih...

p/s: Layak tak aku jadi PM dengan gaya bahasa seperti nie? macam tak layak jer... Haha...

Friday, October 10, 2008

Kisah Toyol di Jerantut...

Salam Alaik...

p/s: Aku dapat idea dr cerita Dzul...

Suatu masa dahulu, aku pernah ke pasar malam Jerantut City... Melihat kesesakan orang memang seperti biasa... Tiada yang luar biasa...

Ketika itu, jam menunjukkan pukul 6.30pm... Aku ditugaskan untuk mencari makanan untuk makan malam... Biasanya aku beli Tau Fu Fa je... Sedap dan mudah...Aku pergi sorang je mase tue... Biasanya aku ajak Zimi dgn Ahmad sekali...

Selepas mencari dan membeli makanan yang dikehendaki, aku melalui satu lautan manusia yang amat padat... Aku pon pergi menjenguk kehebatan keramaian itu... Aku berhenti di satu sudut yang agak jelas... Melihat telatah si penjual ubat gatal-gatal...

Dia membawa sebijik bakul, dan dilaungnye dlam bakul tue ada toyol yang sudah dirantai... Huh, macam menarik... Ingat boleh tengok hantu kat pameran jer... Kat Jerantut pon boleh jugak... Tapi, sebelum dia nak tunjuk tue, dia akan membuat magik lain dulu, seperti melepaskan diri dari rantai la, dsb...

Aku mula naik bosan...

Dalam jam 1900, dia pun mulakan jampi serapah nak bangkitkan toyol... Sebelum tue, dia letakkan rantai atas bakul tue, sebagai cara untuk mengunci toyol tue jangan bagi terlepas... Haha... Bukan ikat, tapi letak... Hoh... Buat lawak jer...

Aku sabar... Nak tengok apa da buat lagi...

Pastu, dia seluk tangan dia dalam bakul tue, kemudian dia baca jampi lagi... Hurm... Aku dah mula boring...

Dia kata setelah 2 minit jampi, "Nampaknye toyol nie bahaya untuk dipamer keluar... Amat bahaya"... Aku dah agak... mesti auta punye...

Pastu dia kata, "Tapi, oleh sebab taknak mengecewakan saudara semua, saya akan dengarkan suara toyol...Ini betul-betul, bukan cobaan."

Dia tekan 'toyol' tue, kemudian dihalakan mikrofon kepada toyol tue lalu terkeluar lah bunyi persis kanak-kanak "HELP ME!"...

p/s: Huh, penipuan... Toyol tangkap kat England la tue... Dah la tak tunjuk toyol, bagi suara pon jelas dan nyata menipu... Penjual ubat memang layak jadi ahli politik, kuat pungkau, kuat janji, lantang bersuara, cakap lebat dan memunyai agenda tersembunyi (jual ubat)...

Wednesday, October 8, 2008

Semua nak citer tentang raya... Aku pon nak join gak...

Salam Alaik...

Raya aku tahun nie amat sederhana... Tidak langsung menggambarkan raya ini mungkin merupakan raya terakhir aku di Malaysia sebelum aku fly... Raya pertama, aku hanya lepak di rumah dan beraya di 2 rumah member aku... Firmad dan Firdaus Amiruddin... Mungkin kepenatan merencatkan perjalanan aku...

Raya pertama, selepas bermaafan dengan keluarga aku, aku bergerak ke masjid lam Jerantut... Masjid tue mengungkai kembali memori ketika aku kecik, masa aku ikut ayah aku ke masjid... Masa tue dia jadi imam... Aku sering meluahkan bunyi bising ketika itu... Biasa la budak kecik...

Ish, lari topik plak... Patut la kalau buat esei selalu merapu...

Raya kedua, aku masih di rumah... Melayan sepupu aku yang cun-cun datang... Sepupu dari KL semuanya.. Masa raya la baru nak jumpa... Raya kedua memang aku tak keluar rumah... Jadi anak dara...

Raya ketiga, aktiviti jalan-jalan bersambung... Aku jalan rumah SU Sulit pizul, Rumah pizul dan pergi rumah terbuka YB Amizan, DUN Tahan... kire raya ketiga aku aktif la...

Raya keempat, aku melawat member di temerloh... dengan malik, pizul n firmad... raya la umah Mr. Sepet, Zul, Mursyed dan Cikgu Razak...

raya kelima, duk umah... aku dapat tiket 7.30 mklm... malas sebenarnye nak balik... tapi aku kena berjuang...

cukuplah serba sedikit tentang raya aku tahun nie...

p/s: Semoga raya taun depan lebih bermakana...

Tuesday, October 7, 2008

Lone Ranger

Salam Alaik...

Sebelum aku masuk ke tajuk utama aku, aku ingin memberitahu suatu berita gembira tentang Trial Exam aku... Matematik aku, walaupun menurun, masih lagi menemui standard pencapaian biasa aku, maknanya masih menepati target selepas exam la... Malay study pun sama... Masih mencapai standard piawai dan melangkaui target post-exam aku... Markah? Malay aku dapat 78 (antara yang terendah) dan Matematik 69 (Antara tertinggi)... haha... Alhamdulillah...

Masuk ke topik utama... Aku seorang lone ranger... Apakah maknanya? maknanya aku memang selalu bergerak bersendirian... Kenapa? Ni la aku nak cerita...

Aku dari kecil memang selalu bergerak atau berjalan atau bermain atau bersama member... Aku amat rapat dengan 2 orang member aku kat rumah, Zimie Hamdan, dan Ahmad Sulaiman... Mereka nie memang kawan rapat aku kalo kat umah... Kalau aku balik umah confirm jumpa diorang... Tidak boleh tidak...

Masuk sekolah menengah, aku berkawan dengan ramai orang... Aku dah pernah cerita dalam blog aku tahun lepas... Masa tue aku masih bukan lone ranger... kalau kat rumah tym tue, memanjang la ajak Pizul dengan Firmad keluar...

Lepas SPM, aku lepak dengan set-set Aznan Ali n da geng... Masa tue, aku suka jugak keluar dengan Pizul dan Firmad... Keluar mandi sungai Jenerih sama-sama...

tapi kini, aku suka bergerak seorang... Kenapa yerk? Aku pon sering terfikir... Aku seorang yang sempoi tapi serius, tak suka buang masa bodoh tanpa aktiviti, dsb... Jadi, bila aku keluar sorang, aku rasa aku akan lebih fokus kepada hala tuju aku... Aku keluar sorang menyebabkan aku akan fikir tentang aku, diri aku dan semuanya tentang aku... Aku tak payah fikir tentang orang lain.... Nak kata aku selfish pon ok gak la...

Kalau aku ada tujuan nak keluar, aku akan keluar bergerak sorang... Pergi beli barang ke, jumpa member ke (Kalau aku memang keluar nak jumpa member, memang la kena gerak dengan member tue...), study ke dsb... Bila bergerak sorang, amat senang... Tak leceh nak fikir orang tue lambat ke, jumpa awek ke, dsb...

Faktor lain mungkin aku seorang yang suka mencari ketenangan dunia... Aku kalau keluar wajib ada rokok... Kadang-kadang member aku tak merokok, benci rokok dan amat anti-rokok, jadi amat leceh la aku nak merokok kalau macam tue... Member-member aku kat sini semua skema, payah la nak keluar dengan diorang... haha...

Boring ke? Kalau keluar sorang memang boring, tetapi aku lebih suka boring dari serabut... Haha... Aku pon dah biasa boring...Kadang-kadang, kalau ada member kat sebelah lagi boring kalau member tue tak reti nak berhibur...

Senang kata aku tak minat la benda serabut lagi menyerabutkan nie...

Tapi tak semestinya aku memang sentiasa sorang... Aku akan bergerak dengan member aku kalau ada aktiviti lasak seperti mendaki, mandi sungai, cycling, dan macam-macam lagi... Maknanya aku bukan seorang yang lonely...

Ingin aku tegaskan di sini, aku bukan terpaksa lonely, tetapi aku biasanya akan memilih untuk alone... Haha... Apa-apa la...

p/s: Apa petua nakpastikan aku suka bergerak dengan member?

Monday, October 6, 2008

Kembali semula: Tragedi PT dan Laptop...

Salam Alaik...

Aku malas nak cerita pasal raya sebab aku tau ramai dah cerita pasal keenakan ketupat, nasi himpit, lemang dan sebagainya... Jadi dalam entri kali ini aku nak cerita perjalanan pulang aku ke Shah Alam...

Bermula di Jerantut City pada jam 1930, aku mengharapkan jalan yang sesuck pada tengahari dan petang semalam sedikit lengang... Tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

Perjalanan yang aku tempuhi dari Jerantut City ke Lanchang melalui LPT amat ancar dengan amat kurang kesesuckan... Cuma apabila bas itu bergerak bermula di tol Karak di Lebuhraya Karak-KL, kenderaan semuanya melakukan transformasi kepada unta padang pasir... Kelembapan pergerakan disebabkan oleh kesesuckan di plaza tol Karak-Gombak... Bayangkan betapa jauh jem tue...

Biasanya aku atas Highway Karak hanya lebih kurang 45 minit, tetapi kesesuckan itu telah membawa aku berada atas Lebuhraya itu dalam 2 jam... Alhamdulillah, selepas di plaza tol Gombak, laluan amat lancar dari Pekeliling ke Shah Alam... Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4 jam keseluruhannya telah mengambil masa 6 jam...

Apabila aku sampai di terminal Shah Alam, aku stabang la sket... dalam masa menunggu teksi pada jam 0130 tue, aku mendengar ada pengumuman dari Cik Kaunter, "Perhatian kepada pemegang tiket ke Kota Bharu pada pukul 8.30 malam, sila tunggu sebentar kerana bas mengalami kesesuckan". Huh... Tengok tue... Betapa sesucknye jalan...

Bila aku balik kolej, aku kemas kinikan Research Paper aku dan Outline... Huhu... Baru balik dah bukak asignment... memang rajin giler aku... Beg baju pon aku tak hantar dalam bilik lagi... Sampai-sampai aku bukak laptop atas meja, dan terus tengok Research Paper tue...

Maka, setelah selesai kerja aku itu aku pon mengangkat beg aku untuk dibawa ke dalam bilik... Tiba-tiba, tali beg aku tersangkut pada laptop dan laptop aku menjunam setinggi 75cm menghempas ke lantai... Sebotol jem menjadi mangsa korban malam itu...Botol jem itu mengalami kecederaan parah di badan dan lambakan percikan jem merah itu menjdaikan jem itu layak ke tong sampah je...

Sambung balik, Aku tengok laptop aku yang aku beli pertengahan tahun lepas, monitor dan hard disk nye terpadam... Aku punya bulu tengkuk meremang... Selepas itu, aku mengangkat laptop aku dengan tenang sebelum mengelap semua percikan jem... Semasa mengelap, aku melihat baterinya terkeluar sikit... Lega... Maknanya, kematian monitor dan hard disk tue bukan disebabkan hentakan tetapi keputusan bekalan kuasa... Aku hidupkan kembali laptop aku, dan alhamdulillah, dia hidup dengan jayanya...

p/s: Memang barang-barang lama nie teguh, kan?