Salam Alaik...
Lepak-lepak di Nandini Store dengan Doo dan Edy selepas balik library memang satu rutin... Dan malam tadi mendengar lagu Mentera Semerah Padi M. Nasir... Lalu timbullah satu persoalan... Apakah maksud 'Kersani'?
Sebelum membebel panjang, aku letak dulu lirik mentera semerah padi...
M. Nasir
Mentera Semerah Padi
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu
Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok
Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Aku ambik kat
sini
Memula dengar aku ingat mentera semerah padi nie hanya mentera lagu biasa, yang takde kaitan dengan apa-apa jampi klasik... haha... Lepas aku dengar dan timbulnya persoalan tentang apa itu 'kersani', maka aku pun balik dan tanya Mr. Wikipedia...
Maka jawapannya:
Besi Kersani adalah istilah yang sering digunakan di dalam mantra pendekar silat dan penganut ilmu batin di kawasan Nusantara (Indonesia dan Malaysia) terutama di dalam budaya Melayu. Di dalam bahasa Minangkabau besi kersani disebut sebagai basi karasani. Istilah besi kersani ini juga tertulis di dalam Alkitab di Kitab Yeremia 15:12 versi Terjemahan Lama, yang berbunyi: "Adakah besi yang dapat memecahkan besi dari utara, yaitu besi kersani?". Istilah kuraisani (bahasa Melayu lama untuk kersani) ini juga terdapat di dalam Naskah Melayu tua yang ditemukan di Tanjung Tanah, Kabupaten Kerinci yang berisi tentang undang-undang dari Raja Aditiawarman untuk daerah tersebut [1]
Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan
[2] atau
khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dari
Iran,
Afganistan,
Tajikistan,
Turkmenistan dan
Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.
Nampak tak apa maksud kersani?
Kenapa Kersani ada dalam Mentera?
Untuk melambangkan kekuatan yang baca mentera tue la... Takkan tak baca kat atas nie... hehe... Jadi, mentera yang mengandungi unsur perkataan kersani nie memang wujud la... Dan semestinya bila namanya 'mentera' maka ada unsur metafizik... Ishk... Nampak tak unsur khurafat kat situ? Hehe..
Maka katanya Mat Kilau, pahlawan kebanggaan Pahang, juga punya mentera yang ada unsur kata kersani, yang berbunyi lebih kurang begini:-
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........
Hehe... Adakah ini petua untuk menjadi kuat dan hebat? Gagah dan berani? Oh, anda salah... Ini sekadar mentera untuk pembakar semangat (bukan semangat hantu tue)... Sekadar satu rima yang membawa maksud yang dalam..
Kalau ingat baca mentera nie jadi kuat, atau pakai besi kersani boleh jadi kuat, nanti ada risiko untuk khurafat, dan mungkin boleh menjadi syirik... Aku dah bagi amaran awal-awal ok...
Tapi bila baca kat
sini, aku dapat tambahan banyak lagi mentera... Mula la sifat syak wasangka dalam diri aku menyelaputi sisi-sisi husnuzon aku... Maka bilamana terbaca akan mentera ini, aku berfikir sejenak betapa mentera ini ada unsur yang nampak 'islamik' tetapi diselit dengan sedikit unsur khurafat, bid'ah dan wahdat al-wujud...
Aku bukan mufti atau ulama' untuk menilai benda tue... Haha... Sesuka hati aku jer nak kata khurafat la, bid'ah la, wahdat al-wujud la... Jadi, aku tarik balik komen aku di atas tue... Boleh tengok sendiri dalam
blog tue untuk menilai... Tapi, mengikut pengamatan aku yang kurang ilmunya ini, maka janganlah diamalkan mentera atau jampi atau doa itu kerana jelas sekali tidak menepati syariat Islam dan sunnah Nabi S.A.W...
Eish... Ape kejadah? Nak cerita pasal besi kersani tetiba pulak termasuk dalam mentera, khurafat dsb nie? Lari topik sudah!
Mengetahui sejarah itu penting, yang benar jadikan panduan, dan yang salah dijadikan sempadan... (^^)
Aku nak exam selasa nie... Bebudak SPM, aku ada block exam... Jadi, aku menggantung dulu la penulisan blog ini selama semaksimanya sehingga minggu selepas minggu depan...
p/s: Teringat petua seseorang kepadaku untuk mengelakkan diri ditahan ketika pemeriksaan pengawas sekolah (zaman rambut panjang dulu). Baca ayat ke 9 (tak silap aku) surah yassin... Jangan amalkan, kerana tidak menepati sunnah!!
Tambahan (26 Mac 2014)
Setelah bertanya kepada Ulama' kontemporari, beliau berkata bahawa mentera dan jampi lama-lama yang tidak berasaskan ayat Quran dan Hadis Nabi
DIHARUSKAN untuk diamalkan selagi tidak ada unsur syirik dan khurafat..
Kalau duk puja besi, panggil jembalang tanah atau seru penjaga kawasan, maka itu ialah syirik dan haram diamalkan.. Kalau sekadar sebut besi dan doa kepada Allah supaya tulang sekuat besi, takde masalah..
Mungkin ada daripada tulisan awal aku nie yang perlu diubah.. Aku akan ubah nanti la bila berkelapangan jika perlu..