Tuesday, March 30, 2010

Kita Mesti Bersatu!!!

Salam Alaik...

Islam merupakan satu agama yang dah lengkap (rujuk al-Maidah: 3)... Dan kelengkapan Islam tue terletak dalam al-Quran dan Sunnah Rasul dan para sahabat... Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara fuqaha' dalam sesetengah hal, sesungguhnya perbezaan itu hanya terletak dalam bahagian 'cabang'... Dan jikalau berbezanya pandangan dalam bidang asas, maka rujuklah fakta dan nas atau dalil dari Quran dan Sunnah...

Tak kira la kita dari firqah mana sekalipun, cuma silalah pastikan bahawa segala apa yang kita dapat bersumberkan dalil yang sahih... Jika ada orang berbeza pendapat dengan kita, carilah ilmu dan lihatlah pendapat mana yang lebih kuat dalilnya...

Macam Manchester United jugak la... Asasnya hanya satu, Manchester United, tapi dah ada 3 bahagian... Satu yang sokong MU tanpa kesah Malcolm Glazer, satu lagi yang sokong MU tapi join Red Knight, dan satu lagi sokong MU, tapi bila Glazer ambik alih, terus bukak satu lagi team, FC United of Manchester... Apa yang penting, walaupun dalam 3 firqah yang berlainan, satu je matlamat, untuk memastikan yang terbaik buat kelab yang mereka sokong, Manchester United FC...

Selamat Berjaya Malam Nie...
India, TenSport, 31/03/10, Jam 0015

p/s: Aku dah pernah tulis pasal perbezaan pendapat dulu... Jadi taknak ulang panjang-panjang... Hehe

Monday, March 29, 2010

Senyum~

Salam Alaik...

Senyum

dan senyum lagi...

Jika sedih, ingatlah benda yang menggembirakan...

Walau benda yang sedih itu kita kena ingat

Senyum

dan lupakan apa yang sedih

Jika teringat apa yang sedih

terus lupakan benda itu

Semoga sentiasa gembira~

Semoga sentiasa positif!!!

"It was a night to remember, that we must forget. We must never forget to not remember it. And if we do remember it, we must immediately forget it." (The Pink Panther 2 2009)

Allahumma inna na'udzubika minal hammi wal hadzan~
ameen...

Friday, March 26, 2010

Earth Hour?

Salam Alaik...

Earth Hour ialah satu kempen untuk memadamkan lampu selama sejam pada hari sabtu, bermula jam 8.30pm sampai 9.30pm...

Objektif kempen nie ialah untuk menunjukkan semangat cinta akan bumi...

Haha...

Bukan aku taknak join... Tapi kat India nie setiap hari aku ada 'earth hour' wajib... Haha... Tak main la sejam... Sekali earth hour kat Manipal nie, makan masa sejam lebih jugak... So, tak perlulah Earth Hour kat Manipal nie...

Menunjukkan apresiasi kepada bumi merupakan satu kewajipan pembekal tenaga di India... Haha... Ini menunjukkan India sangat mementingkan bumi... Setakat sejam tak heran la... Setakat lampu, tak kesah la... Kat sini steady je lampu, kipas, TV, laptop semua out~

p/s: Bila la daily Earth Hour kat Manipal nie nak berenti? Payah nak study woo...

Wednesday, March 24, 2010

Penat Seyh~

Salam Alaik...

Cuti yang benar-benar cuti selama 10 hari dulu memang menyebabkan aku banyak giler berehat... Sampaikan bila mula je kelas isnin lepas, dan sampai hari nie, aku kepenatan akibat badan aku terkejut... hehe... Biasanya bangun jam 10am, sekarang kena bangun jam 8 am pulak...

Semalam, aku kemas la meja aku yang memang dah sebulan tak digunakan untuk study... Bersepah dengan barang, dan laptop... Aku akui, sepanjang 6 bulan kat umah nie, memang jarang sekali meja tue digunakan untuk study walaupun saiznya besar... Ini semua sebab laptop melepak kat situ... Maka, bila nak study, mata terpandang laptop... Hehe...

Itulah sebab masa study break (break of study) tue, aku banyak melepak kat al-Maktabah lil Tobibiyyah fi Manipal (Perpustakaan la) sebab kat umah komfem tak study atau kurang study... Ini semua gara-gara bilik aku dan meja aku yang mesra online dan mesra tido berbanding mesra study...

Maka, setelah mengemas meja, aku dah selesaikan dua masalah utama aku... Iaitu: 1) Laptop dah dihalau dari meja aku dan diletakkan di atas meja kecik (kotak); dan 2) kertas first year aku letak dalam kotak dan kotak tue menjadi meja kecik yang aku buat letak laptop... haha... So, kertas tak bersepah, dan meja dah takde laptop...

Tue la sebab aku payah nak tulis blog sekarang... haha... Alasan sungguh...

Apa-apa pun, tahniah kepada United sebab menang menentang musuh ketat, the Kopites... Kepada the Kopites, silalah rebut tempat keempat dlam 7 perlawanan yang tinggal nie... haha...

Dah la, aku nak sambung study pulak~

Sunday, March 21, 2010

Tido Lagi, Lagi dan Lagi

Salam Alaik...

Hari nie merupakan hari terakhir sebelum cuti semester aku tamat... Aku rasa cukup gembira, bukan gembira sebab nak mula kelas, tapi aku gembira sebab penyeksaan 'tanpa aktiviti' selama 10 hari sebelum nie akan tamat...

Mujurlah dalam 10 hari tue, ada la beberapa aktiviti yang menarik sikit, seperti lunch di Ajay, masak-masak bersama Ediamin, layan novel The Lost Symbol etc... Kalau tak lagi beku la hidup aku kat sini...

Kalau takde aktiviti maka, tido la menjadi pilihan hati... Lepas subuh tido sampai kul 11am, pastu bangun sat layan internet... Pas lunch dan zohor, aku tido balik sampai kul 4... Lepas asar ingat nak maen bola, tiba-tiba tido balik... Sebelum Isyak, baru bangun nak solat maghrib... bagi salam kiri kanan, tunggu 5 minit, pastu sambung Isyak... haha... Pastu tak tido dah sampai kul 2am... Eish...

Kalau kira, ada la dalam 12 jam aku tido jer... Badan tak naik jugak... jadi, bila dah banyak tido nie, maka bila nak mula kelas nanti mulalah payah nak kembali kepada rutin biasa... Mulalah ngantuk dalam kelas sebab tak cukup tido... haha... Mudah-mudahan aku tak mengantuk insya Allah~

Tapi bagus jugak tido nie... Sebab kalau aku tido, tak kira la tempat atau masa, mesti aku akan mimpi (bukan mimpi basah kay)... Jadi, walaupun pada zahirnya takde aktiviti, tapi dalam mimpi ada jugak la aktiviti... Boleh la nak travel balik ke utara, atau balik ke Malaysia, dan mungkin jugak pergi ke 'black Taj Mahal' yang hanya dalam sejarah...

Sekurang-kurangnya minda aku memastikan aku ada aktiviti 'luar' walaupun badan sedap je melepak atas katil... hehe... Seronok sebenarnya bermimpi... Mengembara dengan tah sapa-sapa, dan ke mana-mana yang aku sendiri pun tak tau kewujudannya, dengan pelbagai plot dan drama, memang mengasyikkan...

Jadi, pas ada aktiviti (kelas) menjelang esok, maka kembara ilusi dan mimpi aku akan berkurangan... tentang mimpi tue semua, ada la aku tulis dalam 'Diari Seorang Lelaki'... Mana tau nanti ada masa bila aku terbaca boleh la aku gelak dengan 'kekarutan' mainan minda... haha..

Dah la, aku nak lipat baju lak nie.. Bersepah atas katil... Kalau tak lipat nanti takleh tido pulak...

p/s: Nanti kalau rajin aku tulis la dalam satu entri khas tentang mimpi aku~

Friday, March 19, 2010

Telekom Malaysia dan Man United?

Salam Alaik...


"Manchester United have announced their third major sponsorship deal in a week.

Following on from high-profile partnerships with Telekom Malaysia and Turkish Airlines, United have added a seven-figure contract with African telecoms giant MTN that will see the company become their exclusive South African telecommunications partner for the next three-and-a-half years.

"The partnership with MTN is a very important step in the club's plan to get closer to its family of fans based all over the world," said United chief executive David Gill.""

Dipetik di sini.

Dan lagi berita di sini

Ada komen?