Semalam aku bukak blog aku.. Sedang aku scroll ke bawah nak check blog list 'Unsetanism', aku ternampak iklan Nuffnang yang aku letak beberapa hari lepas.. Biasanya iklan tue iklan bodoh-bodoh je, tapi semalam iklan yang berkaitan dengan Liverpool.. Kejadah apa?
Aku sebagai penyokong tegar Harimau Malaya, Pahang FC dan semestinya Manchester United rasa tindakan ini sebagai satu tindakan yang salah dan tidak berpatutan!
Kesalahan pertama ini aku tak kisah la.. Tapi jika sekali lagi iklan berkaitan dengan Liverpool menjengah blog aku, aku tanpa segan silu aku membawa hal ini ke mahkamah.. Hehe..
p/s: Pagi tadi keluar gambar peremuan seksi dalam iklan Nuffnang.. Kalau tak kawal, maka aku akan remove je la Nuffnang.. Hoho
Pada satu malam yang indah, yang dipenuhi tekanan akibat belajar dadah-dadah yang banyak (Farmakologi), iaitu pada malam (awal pagi) 8 januari 2011, aku yang bosan dengan selambanya bukak website United. Tapi sebab website United versi tue tak mengancam, aku bukak pulak yang ini.
Maka, aku pun melihat berita tentang Diara, dan pada malam yang sangat tegang dipenuhi dengan dadah-dadah, aku pun membaca tajuknya yang berbunyi:
"الصحف: الشياطين الحمر يستهدفون ديارا"
Bila aku baca je tajuk tue tersentap kejap aku... Maksud dia kalau diterjemah dalam bahasa Melayu takde la saspen sangat. Bunyinya "Akhbar: Syaitan Merah memburu Diara". Tapi bila aku baca dalam bahasa Arab, wallaweh, sungguh berkesan bunyinya.
Biasa dalam bahasa Melayu aku sebut 'setan merah' atau bahasa Inggeris aku baca 'Red Devils', tapi bila dalam Arab, asy-Syayateen ul-Hamr, sangat memberi kesan kat aku... Aku pun tak pandai nak terangkan kat korang macam mana kesan tue... Tapi itulah... Ah, pandai la korang fikir sendiri... Gaya penulisan tue memang sangat memberi impak dan membuatkan aku tersenyum seorang dan tergelak... Kalau gelak kuat-kuat nanti orang kata aku gila sebab duduk sorang-sorang...
Inilah akibatnya kalau 'boleh' baca dan faham bahasa Arab... Sampai sekarang kalau aku terfikir tentang 'Asy-Syayateen ul-Hamr' aku akan tergelak... haha... Teringat ayat Quran surah al-Isra' ayat 27:
Maksudnya- "Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan-syaitan (dalam Arab Syayateen), dan adalah Syaitan itu kepada Tuhannya kufur."
Banyak lagi ayat quran yang mempunyai perkataan 'syayateen' antaranya:-
Surah Maryam ayat 68, 83
Surah ash-Shafaat ayat 65
Surah asy-Syu'ara ayat 221
Surah al-An'am ayat 121
Surah al-Anbia' ayat 82
dan banyak lagi.
Tujuan aku menulis bukan nak kondem Syaitan Merah (a.k.a Red Devils), tapi aku nak kongsi ayat quran tentang pembaziran tue je... haha... Aku banyak gak membazir... Hari-hari.. Membazir masa, membazir duit, membazir nyawa dsb... Jadi, aku mengambil masa ini untuk menasihati diriku dan diri kita semua agar jangan menjadi saudara syaitan-syaitan.
Kepada penyokong Arsenal, Chelsea, Real Madrid dsb: Jika anda membazir, anda ialah saudara Syaitan!
MANIPAL, Ahad -- Ketua Geng Merpati yang menceroboh rumah penduduk di Manipal diberkas tengah hari tadi. Merpati itu yang berwarna hitam keperakan ditahan dalam usahanya untuk menceroboh bilik di rumah raya. Penahanan itu membantu siasatan dalam 3 kes pencerobohan yang lain.
Ketika dikepung oleh penduduk tempatan, merpati itu ditemani pasangannya yang mempunyai warna yang sama. Walau bagaimanapun, pasangannya berjaya meloloskan diri sebelum penduduk tempatan menutup tingkap dan menghalang merpati itu keluar dari bilik itu.
Merpati itu kemudiannya dibawa untuk disoal-siasat, dan kemudian dibebaskan setelah mendapat ikat jamin oleh penduduk yang enggan dikenali. Penahanan merpati itu belum cukup untuk menghalang kegiatan menceroboh rumah penduduk di Manipal pada musim mengawan merpati itu.
Berita lain:
MANIPAL, Ahad -- Pasukan Standard Kampung (24 I) yang memakai jersi Liverfool berjaya mara ke separuh akhir Liga Inter-Batch MMMC yang dianjurkan oleh Student Council. Pasukan itu yang menang satu perlawanan (vs 25 I) dan seri untuk 3 perlawanan yang lain berjaya mara setelah mengumpul 6 mata. Lawan mereka di separuh akhir masih lagi tidak diketahui dan akan diketahui menjelang petang ini.
Mengulas pencapaian itu, kapten Standard Kampung, Aliffdo berkata, "kita rasa seronok lah dengan pencapaian ini. Misi kami dari awal perlawanan sehingga habis, hanya satu. Dan kami berasa gembira la mengekalkan misi itu."
Ketika ditanya tentang misi itu, kapten itu enggan memberitahu. Pasukan Standard Kampung diwakili oleh Doo, Mantap, Rohil, Semi, Oyop, MatYie, Arvend, Redz dan Wawan.
Gambar Ihsan Irfan Bakhtiar
Update: Standard Kampung telah menjuarai pertandingan Futsal Interbatch 2010... Kejayaan Standard kampung disusuli dengan kejayaan Liverpool di EPL masing-masing menentang Chelsea dan West Ham... Apabila Standard Kampun menggantung kasut bola (tak main la makenye sebab dah menang), Liverpool kembali kepada prestasi hambar dengan kalah kepada Stoke City dan juga yang terbaru Spurs...
Pengumuman: Entri aku tentang Statistik Perokok telah dikemaskini dengan fakta baru. Boleh dirujuk di sini (tulisan warna kuning)
Apakah beza percaya dan yakin? Mungkin ada yang akan kata sama, dan ada jugak yang kata berbeza... Tapi aku bagi analogi mudah (mudah ke?) kali nie untuk membezakan yakin dan percaya...
Bayang kan kita berada di satu pertunjukan sarkas ngeri... Ada seorang pemanah hebat sedang membuat pertunjukan... Dia memanah sebijik epal yang diletakkan di atas kepala seorang pembantu sehingga epal itu terbelah dua... Pemanah tue ulang perbuatan yang sama sebanyak tiga kali, dan semua percubaannya berjaya...
Dan kita yang sedang berada di tempat duduk penonton mungkin akan percaya akan kehebatan pemanah tue... Tetapi adakah kita yakin?
Jika pemanah itu menyuruh kita meletakkan epal atas kepala kita, dan pemanah itu akan memanah epal itu, adakah kita akan berani menyahut cabaran tue? Kalau kita berani, maknanya kita bukan setakat percaya, tetapi yakin akan kebolehan pemanah tue....
Itulah yang membezakan percaya dan yakin... Tukarkan situasi tue kepada hal berkaitan iman... Iman yang kukuh ialah 'yakin dan percaya'... Adakah kita dah cukup yakin atau sekadar percaya? Tepuk dada dan lihat perbuatan kita~ Semoga iman kita kepada Allah dan rasul-Nya etc berteraskan keyakinan insya Allah...
Santai Sebentar~ (Ada kaitan dengan tajuk tapi sekadar persoalan, dan bukan tema) NotaKaki: Aku percaya United boleh menang malam nie, dan aku jugak yakin United boleh pergi ke final UEFA Champs League.... Menang UCL? aku percaya... Yakin? Belum lagi~
Islam merupakan satu agama yang dah lengkap (rujuk al-Maidah: 3)... Dan kelengkapan Islam tue terletak dalam al-Quran dan Sunnah Rasul dan para sahabat... Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara fuqaha' dalam sesetengah hal, sesungguhnya perbezaan itu hanya terletak dalam bahagian 'cabang'... Dan jikalau berbezanya pandangan dalam bidang asas, maka rujuklah fakta dan nas atau dalil dari Quran dan Sunnah...
Tak kira la kita dari firqah mana sekalipun, cuma silalah pastikan bahawa segala apa yang kita dapat bersumberkan dalil yang sahih... Jika ada orang berbeza pendapat dengan kita, carilah ilmu dan lihatlah pendapat mana yang lebih kuat dalilnya...
Macam Manchester United jugak la... Asasnya hanya satu, Manchester United, tapi dah ada 3 bahagian... Satu yang sokong MU tanpa kesah Malcolm Glazer, satu lagi yang sokong MU tapi join Red Knight, dan satu lagi sokong MU, tapi bila Glazer ambik alih, terus bukak satu lagi team, FC United of Manchester... Apa yang penting, walaupun dalam 3 firqah yang berlainan, satu je matlamat, untuk memastikan yang terbaik buat kelab yang mereka sokong, Manchester United FC...
Selamat Berjaya Malam Nie... India, TenSport, 31/03/10, Jam 0015
p/s: Aku dah pernah tulis pasal perbezaan pendapat dulu... Jadi taknak ulang panjang-panjang... Hehe
"Manchester United have announced their third major sponsorship deal in a week.
Following on from high-profile partnerships with Telekom Malaysia and Turkish Airlines, United have added a seven-figure contract with African telecoms giant MTN that will see the company become their exclusive South African telecommunications partner for the next three-and-a-half years.
"The partnership with MTN is a very important step in the club's plan to get closer to its family of fans based all over the world," said United chief executive David Gill.""
Yeah... Entri ke-4 dengan menggunakan Scheduled post..
Bercakap tentang minat, atau hobi, atau kegemaran, tentu macam-macam yang akan terbayang dalam kepala otak sekarang nie... Biase la, setiap orang lain minatnya... AKu pun banyak jugak benda minatnya... Apa yang aku minat, tak semestinya orang lain minat, kan...
Masa aku kecik-kecik dulu, aku suke sangat main pasir... Pasir nie memberi aku peluang untuk membuat karya seni aku, tidak kira la Istana, ataupun empangan ataupun sawah, Pasir memberi aku peluang untuk mengasah minda dan bakat yang terpendam dalam jiwa aku.... Tapi, biasa la, mesti ada yang menghalang kalau aku minat sesuatu... Kalau dalam bidang halang-menghalang aku main pasir nie, juaranya ialah Mak dan Ayah aku... hehe... Tapi nak wat gone, kan? Dah mende bahaye.. Kalau aku pon marah anak aku main pasir... Kalau nak main pasir, pergi pantai...
Bola Sepak a.k.a Man United Dalam proses membesar, minat aku kepada pasir dah berkurang, jadi kembali kepada minat-minat yang lain seperti Digimon, Buku Sticker tah ape-ape, dsb... Macam biase, kanak-kanak... Tah ape-ape mainnye... Tapi, sebagai seorang ex-kanak-kanak, aku menghargai minat mreka tue asalkan masih berpandukan logik dan berlandaskan syariah...
Bila dah besar, minat-minat nie semakin serius... Aku mula meminati sukan bola sepak, atau dengan nama lainnya Manchester United, si setan merah... haha... Minat nie agak parak jugak la... Fanatik jugak kot... Bukan senang nak tengok orang yang baru 3 bulan sokong United tiba-tiba jadi fanatik giler... Kalau kalah, murung je sepanjang hari... bercakap pun taknak.... hehe.. tapi itu dulu... Sekarang dah tak fanatik dah... kalau kalah, nak buat camne, kalau menang, tumpang hepi... Tapi sila jangan persoalkan sokongan aku kepada Malaysia... Walaupun kalah macam mana pun, atau lawan MU sekalipun, aku tetap sokong Malaysia.... Cuma jersi Harimau Malaya je tak beli LAGI... heh
Politik Bidang politik memang aku minat lama dah... Sejak umur 10 tahun lagi... Pasal politik nie memang dah banyak sangat dah pengalaman aku mengomen, mengkritik, memuji, memerli dsb... Dalam blog nie pon tak kurang dari 10 entri pasal politik.... Tapi itu dulu la.. Sekarang bila aku dah belajar bahawa politik itu dikotorkan ahli politik, terus aku malas nak ambik pot... Apa yang aku ambik pot ialah kenapa GST perlu dikenakan kepada rakyat, kenapa cukai rokok naik lagi, kenapa harga petrol taknak turun bawah RM1.40, kenapa nak jugak buat petrol yang mahal dsb... Adakah itu politik?
Fotografi minat aku dalam bidang fotografi sudah lama wujud... Sejak dari SBPIT lagi.. Cuma waktu tue, tak berkecimpung secara aktif jer... Almaklumlah, malas nak beli kamera... Bila sampai kat India, baru la beli sekor kamera yang diberi nama Davy Jones atau nama Melayunya Mokhsen... Aku malas lagi nak beli DSLR... Kalau ilmu belum cukup untuk mencari pose atau scene menarik, guna la DSLR harga RM40 000 sekalipun, tak guna jugak... So, sebab aku tengah jalan-jalan nie, maka aku bawak la sekali kamera aku... Insya Allah minggu depan aku tunjuk gambar aku yang aku amik dalam facebook...
Panjang la pulak aku punye entri... Banyak lagi minat aku... Nanti la pulak aku citer... Kalau panjang sagat bosan nantinye...
Cuma aku nak bagitau, apa yang kita minat tak semestinya orang lain minat, dan apa yang orang lain minat, tak semestinya kita minat... Hargailah minat seseorang itu selagi tidak melanggar syarak... Jangan duk kutuk-kutuk tapi bagi sapot kay~ Hingga bertemu lagi, dalam 3 hari~
p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~
Kalau je nama Israel, atau Yahudi, buat lah apa-apa pun, tetap kena pandang buruk... Hatta jaringkan gol kat Anfield, tapi tetap kalah dengan 'gol minit-minit akhir'... Kesian... Takpe la, Next Season boleh cuba lagi, kalau Top 4 la... Season nie, fokus kepada Top 4 dan Europa Cup dulu eh... Kami nak layan cubaan mendapatkan 4 piala...
"Kami tak bersalah, dia yang jatuh sendiri", kata mereka serentak
Pahang menten Liga Super... Ape kes? KDYM Sultan Pahang memang Sultan berjiwa rakyat Pahang~ Tahniah...
Tiada ape yang dapat aku katakan hari ini selain daripada kekecewaan aku pada hari semalam... Dah la dari awal pagi sampai ke tengah malam internet down... Malam pulak United kalah dengan Arsengal... Mujurlah kalah 2-1... Kalau kalah 2-0 atau 3-0 lagi naya... Walau ape-ape pon kite kena bersyukur, kan?
Haha...
Esok aku ada paper biology... Disebabkan United kalah, aku akan pastikan tak semua akan kalah... Aku akan menang dalam Bio esok... Walau ape-apepon yang terjadi, aku kena menang dengan Bio dan Chemy... Pedulikan ape orang nak kate...
Arsenal dengan Liverpool tue tak lame... Pegang cakap aku... Sekejap je... Tengok la bulan feb 2009, united da kat atas... tapi, kalau united main macam semalam lagi, Tahun depan la nak ambik piala pon... Huh...
Kepada sesape yang hantar mesej pastu aku tak balas, mintak maaf... Anda bukan keseorangan... Aku berada dalam moral yang sangat rendah sebab kepenatan dan pelbagai masalah lain...
Hari ini, menjelang jam 10.15am, aku telah berjaya menamatkan tugas terakhir dalam assignment aku sepanjang berada dalam program AUSMAT iaitu 'Oral Assessment' untuk Malay Background Speakers Studies (Bahasa Melayu)... Tamatnya tugasan itu bermakna tiada lagi assignment untuk aku kecuali study untuk SSABSA...
Tajuk Oral Assessment aku tadi ialah Terapi Gen atau Gene Theraphy... Tajuk aku ini berjaya memikat para pemeriksa mungkin kerana tajuk aku ini yang pertama mereka dengar sepanjang tugasan mereka sebagai pemeriksa ujian lisan... Pada awalnya, aku agak gugup macam nak akad nikah pulak, tetapi bila masa soal-jawab, aku menjadi lebih bertenaga dan bersemangat...
Memandangkan ada beberapa soalan di luar bidang kajian aku, aku terpaksa melancarkan jurus Ahli Politik, iaitu menghamburkan kata-kata yang penuh retorik... Takkan aku nak cakap 'saya tak tahu la encik...'? Haha...
Hari ini sudah 30 Oktober, bermakna aku hanya ada esok, lusa dan tulat untuk study sebelum aku akan menjawab peperiksaan tubin... jangan korang kate tak tahu pulak ape itu tulat dan tubin... Kalau tak tahu rujuk kamus dewan... Mungkin tulat tue berasal dari perkataan 'too late' dan tubin dari perkataan 'too been' <-- Gramatic Error... Haha...
Malas aku nak pikir pasal exam lagi walaupun aku study dengan giatnya... Kalau aku fikir pasal exam, mesti aku akan fikir tentang 'balik rumah selepas habis exam', jadi aku akan tidak study... Haha... bapak la tak logik...
Esok ada kelas ESLS buat kali terakhir sebelum aku exam dengan mak angkat aku, Puan Faizah... Haha... Pasni mesti rindu perabih la kat die... Malam nie aku nak study Kimia dan Biologi (mungkin)... Matematik aku tak start study lagi... Nak mampus agaknye aku nie... Padahal matematik la paling tak stabil...
Malas aku nak mencarut panjang... Aku cuma nak ucap tahniah kat Man Utd sebab menang dengan WHU... Tahniah kepada Liv sebab menang dengan Pompey dan tahniah kepada Chelsea sebab menang dengan Hull City dan tidak lupa, tahniah yang amat teramat sangat kepada Spurs sebab berjaya mengikat Arsengal 4-4... Haha...
Dah la tue, aku nak solat asar plak... Dah lambat nie... Huhu...
p/s: Tulat maknenye '3 hari selepas hari ini @ hari selepas lusa' dan tubin maknanya '4 hari selepas hari ini @ hari selepas tulat'...
Aku baru sahaja pulang dari Bandaraya Jerantut dengan menaiki seekor Kancil Kelabu (Albino kot)... Perjalanan yang menjangkau 3 marhalah tue aku lalui dengan masa 2.5jam... Memang lame...
Sebelum aku cerita perjalanan pulang aku, biar aku cerita apa aku buat tym cuti... Hari Jumaat, aku hanya bergerak ke K.Pilah, melawat akak aku di sana... Hari itu aku tak buat ape2... Just duduk relax jer...
Sabtu, akak aku mengajak aku pergi tengok High School Musical 3: Senior Year, tetapi aku menolak sebab aku malas nak jalan jauh... Aku nak relax sahaja... Malam tue, ada Match Everton vs Man Utd... Aku malas nak tengok sebab aku dah malas nak ambik tau pasal bola sepak BPL sebab Malaysia kalah dengan Vietnam... Malam tue, aku lepak kat restoran Tom Yam dan tengok Ch813... Saje boring2...
Keesokan harinya, aku dah pepare balik pahang... Balik Paang jugak aku akhirnya... Masa balik Pahang, aku drive kereta Kancil Hijau akak aku... Aku race dengan Grand Livina akak aku yang satu lagi... Aku ingat aku dah kalah sebab aku tercicir kira2 19.451 minit... Tetapi, sampai kat Bera, aku berjaya intas kereta dia... Dan aku terus lead sampai Jerantut...
Sampai di Jerantut, aku menonton TV... Aku teringat ada match Chelsea vs Liverpool... Aku tak tengok... sebab aku dah berpantang dari tengok bola... Keputusan Man Utd vs Everton pon aku tak tau..
Malam tue, aku melepak sepuas-puasnye atas atap untuk kali terakhir sebelum aku exam... Aku melepak dan menghirup udara segar malam... Sebab dengki kat kesegaran udara itu, aku mencemarkan alam dengan CO dan Karsinogen... Haha... Puas hati aku... as lepak atas atap, aku menghantar sms kepada sorang kawan aku... Kemudian aku pun keluar... Semasa aku keluar...
____________________________________ Bahagian ini dipotong kerana mempunyai unsur-unsur diluar normal ____________________________________
Isnin, aku bangun pagi dan membeli sarapan... Kul xx.xxpm aku bertolak ke S.Alam... Perjalanan aku selamat sehinggalah aku sampai di suatu jalan raya yang seumpama lebuh raya... Aku melihat papan tanda 80km/j... Dan aku menganggap papan tanda itu seperti biasa... Dan aku menekan edal minyak sehingga 90km/j...
Dan...
____________________________ Bahagian ini terpaksa dipotong untuk keselamatan... ____________________________
Akhirnya aku sampai ke Shah Alam... dan aku sangat penat... Aku nak relax...
p/s: Bahagian yang berwarna biru itu hanyalah satu penipuan untuk menyejukkan hati setelah Man Utd seri dan Chelsea kalah (aku harap seri)...
p/s2: Bahagian yang dpotong tidak boleh disiarkan atas sebab-sebab keselamatan, ketenteraman, kemaksiatan dan sebagainya...
Hari ini merupakan jumaat kedua terakhir aku sebelum aku menempuh ujian SACE Board of SA... Jumaat kali ini agak bermakna apabila inilah Jumaat terakhir aku ada kelas kat INTEC... Inilah juga kelas terakhir Biologi aku sebelum exam...
Bila sebut pasal exam yang hanya seminggu lebih lagi, aku masih lagi berada dalam keadaan separa normal atau separa sedar... Aku masih lagi hidup seperti exam tue akan berlaku pada sem depan... Ah, pedulikan...
Sedang aku berkelas tadi, aku mendapat tahu yang kawan-kawan aku yang lain berhajat ingn pulang ke kampung masing-masing untuk mencari restu dengan keluarga... Aku ketika itu berfikir untuk pulang minggu depan... Tetapi memandangkan kalau aku pulang minggu depan, aku akan pulang ke Shah Alam sehari sebelum exam, jadi tak berapa bagus la untuk aku study...
Jadi, setelah habis kelas ESLS tadi, aku terus terfikir nak balik umah hari ini juga... Tidak boleh tidak... Maka, aku hantar mesej kat Mak aku untuk memberitahu aku akan pulang...
Sekembalinya aku dari solat Jumaat, mak aku telefon dan menyatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah akak aku di K.Pilah... Huhu... Alamak, kalau macam nie memang aku tak balik Jerantut la... Padahal Jerantut tue la tujuan aku sebenarnya...
Aku masih lagi menunggu berita terkini samada aku akan pulang ke Jerantut atau ke K.Pilah... Sama ada aku akan menonton Man Utd vs Everton di K.Pilah atau di Jerantut... Aku cuma berharap aku akan balik ke Jerantut, tanah tumpah darah aku, aku nak balik ke Pahang, negeri kecintaan aku, aku nak duduk atas atap sebelum exam untuk capai ketenangan malam...
Mampukah aku?
Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada segala makhluk-makhluk yang baca blog aku atas segala kesalahan aku, atau segala keceluparan aku mencarut, atau segala apa yang buat korang tak puas hati kat aku... Sebab aku taknak aku masuk exam dengan sumpah laknat korang semua...
p/s: Aku akan menggantung penulisan blog ini sehingga aku kembali ke Shah Alam... Kalau aku tak jadi balik, aku akan tetap menulis...
Hari ini sudah 19 Oktober 2008... Semalam, 18 Oktober, kelmarin 17 Oktober... Esok, kalendar akan setuju kalau aku kata 20 Oktober... Minggu depan pula, 26 Oktober... Dua minggu lagi, 3 November... Kalau dua minggu lagi 3 November, maknanya, kurang lebih, peperiksaan Lembaga Penilaian Menengah Senior Selatan Australia atau SSABSA akan berlangsung dalam 15 hari lagi...Tetapi, aku masih lagi tak cakna... 'Gior*' dengan kehidupan aku kini... Aku persis menganggap dua minggu lagi itu jatuh kepada 3 Oktober... Tapi malang sungguh, 3 Oktober dah dua minggu berlalu...
Jadi, walau apa-apa sekalipun yang berlaku, 3 November akan datang jua mengikut perancangan... Lainlah jika aku berjaya menggerakkan badan aku selaju mungkin untuk memecahkan zon relativiti masa yang dicanangkan Albert Einstein, mungkin juga aku boleh melambatkan masa... Tapi, itu hampir mustahil untuk berlaku kini...
Aku masih lagi culas memegang buku... Kalau aku pegang pun, sekadar untuk diisi ke dalam beg dan dibawa ke INTEC... AKu juga masih lagi menggunakan laptop untuk bermain game, melayari internet untuk melihat perkembangan semasa Man Utd dan memuat turun video aksi Ronaldo memperbodoh lawannya... Sepatutnya kini aku sudah menjdi ulat buku...
Sikap aku kini masih lagi seperti sikap aku sebulan sebelum ini, ketika menghadapi peperiksaan percubaan...Sikap ini jugalah yang aku buat beberapa bulan yang lalu sebelum peperiksaan pertengahan tahun... Sikap ini jugalah yang aku adaptasi sebelum aku mengambil SPM... Tapi, ketika itu nasib aku baik... Sangat baik... Tak dapat jawab, aku hentam dan alhamdulilah, betul... Tak semua, separuh dapat markah... Masa tu, tak hairanlah dapat result 'boleh tahan la'...
Tapi sekarang, SSABSA bukan permainan... SSABSA bukan SPM, trial atau mid-year... SSABSA ialah peperiksaan yang akan menetukan sama ada aku akan fly ke Australia, atau berkelana ke India atau Indonesia, atau hanya panjat bukit seksyen 2 untuk ke UiTM, atau paling teruk, aku kena sambung belajar asasi di Malaysia... Huh...
Kalaulah aku ambil tawaran untuk menjadi cikgu Matematik atau Kimia di bawah Program Pelajar Cemerlang Kementerian Pelajaran, aku boleh la buat sikap camni... Kalau aku ambil program Matrikulasi, sekurang-kurangnya aku dah fly ke Indonesia... Tapi, aku ambil SSABSA, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan pulak tue...
Tapi, kalau aku menyesal pun, Firmad tetap kata "sape suruh amik medic", cikgu SBPIT aku tetap kata, "Awak boleh punya", Man United tetap menang 4-0 dengan West Brom, harga minyak dunia tetap turun, harga barang kat Malaysia masih tinggi tak turun2 dan yang paling penting SSABSA tetap 2 minggu dari sekarang... Huh...
Aku taknak 6 minggu dari sekarang , bila aku dapat result SSABSA, aku bermonolog dalaman, "kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie" sebab masa tue dah terlambat, dah jauh sangat... Betul kata imam al-Ghazali, perkara yang paling jauh ialah 'masa yang lepas'...
Sebagai solusi kepada kes ini, aku ingin melancarkan satu operasi tergempar yang diberi nama Ops. Lasmin [bukan Ops. Oktober (Syaaz 2008)]... Ops ini mempunyai modus operandi yang luar biasa yang mana aku akan buka bukujika dan hanya jika aku tidak berblog, tidur, main, tengok game Man Utd, balik umah, berborak dan keperluan2 biasa manusia...
Paham tak modus operandinya?
Ops Lasmin bermula sekarang...
p/s: Agak-agaknye la kan, berjaya tak aku dalam exam kalau buat ops macam nie?
Aku menamatkan hari pertama exam dengan perasaan yang bercampur baur... Dengan Interview yang aku boleh agi hanya 50-50, aku menjawab ESL pon dengan keadaan yang tak aman... Mana taknye, dah la kepenatan selepas interview, ditambah pulak dengan exam waktu petang... Humph... Belum campur sejuk membeku bilik exam tue... Jelas sekali perjuangan aku masih belum selesai...
Man United mengekalkan rekod tak menang kepada 3 match berturut-turut, walaupun dengan kehadiran player faveret aku, CR7... Tapi seri tue pon adalah satu peningkatan di mana sebelum ini hanya kalah 1-2 dengan LIV dan Zenith st. Petersburg...
Masuk hal dunia, krisis kewangan persis memuncak... AIG dah nak bankrap... Indeks Komposit BSKL dah jatuh dibawah paras terendah... Dengan Najib ambil alih portfolio kewangan, aku harap ada perubahan la... Ye la, die kan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UKM...
Perjuangan segalanya masih belum selesai... Exam tak habis lagi... Match tak sampai 1/4 lagi... Ekonomi tengah down... Ramadhan tak habis lagi... Banyak lagi perjuangan yang perlu ditempuhi...
p/s: Ape plak aku citer pasal perjuangan nie? Kecewa ke? haha... Aku jadi makin serius, betul ke?
Hari esok merupakan hari bermulanya perjuangan aku dalam Trial Exam dengan subjek pertama ialah ESL... Aku bermula agak lambat jika dibandingkan dengan rakan aku yang lain kerana aku pada paginya perlu menghadiri temuduga University of Adelaide... Maknanya, aku ada 2 exam esok, lengkap seperti IELTS (Writing, Reading n Listening dalam ESl; Speaking dalam Interview)... Haha...
Hari ini aku kena tidur awal sebab dah 4 hari aku tido pukul 6am... Starting hari Jumaat sampaila pagi tadi... Ini semua disebabkan study yang agak keterlaluan... haha... Tak pernah dalam hidup aku, aku tidur lambat selama 4 hari berturut-turut dan bangun selewat 12pm juga berturut-turut...
Bukan sahaja aku berjuang pada hari esok, rakan-rakan aku yang lain juga berjuang...mereka juga akan menjawab ESL... Tidak juga aku lupakan kepada saudara seagama aku, juga berjuang dalam bulan Ramadhan, mengekang nafsu dari menguasai diri...
team faveret aku, Mannchester United juga akan berjuang menentang Villareal di Old Trafford dalam saingan peringkat kumpulan awal pagi esok... Kiranya banyak la yang akan berjuang esok memberi impak yang agak signifikan dalam hidup aku....
Sorry man Utd, aku tak dapat tengok sejauh mana keselebetan atau kehebatan kau bermain pagi esok...Aku ada komitmen lain...
In short, good luck untuk semua benda atau manusia yang akan berjuang esok...
Menjelang laungan azan kira-kira 30 minit lagi maka, ramadhan ke-4 akan menjelma... Sahur aku pagi tadi masih sama seperti biasa dengan kehadiran secawan nestum yang panas bercampur susu pekat manis F&N...
Kehadiran aku ke kelas tidak memberi signifikan sangat kerana tiada unsur yang berjaya menarik aku mencapub...Mata aku dalam kelas sentiasa terang hari ini melainkan tym Listening ESLS... Mungkin bosan mendengar radio mencarut... Huh... Satu perkara yang agak menarik berlaku yang mana tutorial telah ditangguhkan ke Isnin... Alhamdulillah...
Tym Matematik, Puan Yati tak masuk kelas, khabarnya ada berlaku kejadian negatif di rumahnya, kasihan dia... Waktu kosong tue aku isi dengan membaca The Star, tentang kedatangan Berbatov ke Manchester United, Robinho ke Man City dan tokey baru Man City, Dr. Sulaiman Al-Fahim...
Kira-kira beberapa minit nak masuk Bio, aku bergerak ke seat aku dan melihat seorang kawan (boleh kira kawan ker? Tak kot...) aku yang kalut dan memang sentiasa kalut... Serabut mata aku tengok... Huh, konflik dalam diri aku terhadap dia ni memang dalam...
Tym Bio, kami diberi crossword puzzle... OK gak la, ada kepelbagaian dalam pembelajaran... Sekurang-kurang aku semangat nak baca Bio, dan membelek glosari... Selepas solat, datang Puan Faridah... Masuk kelas dan sambung perbentangan... Dalam mendengar perbentangan, aku tertarik pada tajuk Rashid, tentang pengurangan subsidi minyak... Hahah... Macam pergi BTN pulak... Aku diberi tugas menyetelkan In-Depth study yang akan dihantar hari Isnin nie gak... Maka, jadual aku sepanjang minggu ne penuh... Sorry to say... Hahah...
Thankz kepada Hazra, Iman, Mint kerana memberi kad Ucapan Ulang Tahun ke-19 aku... Aku menghargai segala pengorbanan korang membuat kad tue sepanjang masa Malay Study tadi...Hahah...Nice card...
Baiklah, cukuplah setakat nie... Ada satu lagi post dalam draft aku, tetapi aku rasa better aku tak publish, aku taknak kena ban...Hehehe...adios....
Ahad ini, aku bejaya tidur sampai kul 11pg... Setelah 2 minggu tak dapat bangun lambat... Hehe... Tengah hari tiada apa yang aku boleh ceritakan setelah perjalanan aku masih sama...
Petang, dalam jam 1643, aku dapat panggilan daripada Zul Katak dan mengajak aku ke UiTM induk untuk berjumpa dengan Munirah... Memandangkan aku free time tu, aku setuju aje... Dalam jam 1715, aku dan Zul bergerak ke UiTM... Ke Dataran Cendekiawan... Tunggu Munirah di situ...Pas jumpe die, aku n Zul borak la dengan die... Lame gak la.. Sampai kul 8pm... Memikirkan kesebukkan aku, aku terus mengharap agar Zul balik... Sesampai kat kolej, aku lepax n buat some assignments jap...
Malam, dalam jam 2000, aku terima mesej dari aidi, mengajak aku ke Awwal untuk tgk perlawanan sulung Manchester United vs Portsmouth... First half, aku tengok sampai habis... Second half, aku kena balik sebab takleh keluar kolej lebih jam 2300...Kalau tak, bergaduh lagi aku dengan pak guard...
Tiba saat yang memenatkan... Aku mencari TV... Memula, aku bergerak ke blok 4, dan dengan segala hormatnye, ASTRO kat situ cam bodoh...Patut la takde orang... Pergi ke blok 6, blok aku, ada orang tengok TV, tapi tengok citer Cine... hadoh, bengangnya aku... Balik bilik, bukak internet nak tgk live telecast... Setelah penat tunggu window terbukak, akhirnya live telecast muncul... Sesampai minit ke 56, internet down... Bangsat!!! Aku mencarut... Aku refresh.. Tunggu 10 minit, baru keluar... Hurmph.... 0-0 lagi... Aku tunggu lagi, memang internet macam sial... Penantian yang penuh tanda tanya memang menjengkelkan... Aku refresh, dan match habis... 0-0... Masuk penalti...
Aku pon tgk jam, kul 0000... Confirm citer cine dah habis... Aku bergerak ke bilik TV... Tengok kosong...Pegh... Memang berbunga hati... Bukak je TV, haha... ASTRO cam sial gak... Bodoh!!! Aku mencarut lagi... Dengan kekecewaan melampau, aku ke bilik... Refresh internet memang lembab... Aidi bagi tau kat aku Man Utd menang penalti 3-1.... Tapi aku tak percaya sebab takkan menang 3-1 kot...Lagipon memang Aidi rajin menyejukkan hati aku...
Dan...
5 minit pastu, aku dapat mesej... "FA Community Shield EOM: MAN 0- POR 0(MAN win 3-1 on penalties). Next Match: MAN v NEW @ 2300; 17/08/08 POR v CHE @ 2030" sender: 26633
Neville, United Captain with Charity Shield after winning against Pompey by Penalty Shootout
Pegh... Seronok giler... Penat lelah tue aku lupekan.... Haha... Pastu, aku dapat call... Letih berlakon sebagai seorang yang 'dingin'... Bukan ape, aku taknak perasaan sebenar aku, iaitu seronok bila dapat call dari seseorang mengganggu aku... Aku taknak menyusahkan orang lagi... Aku taknak merisaukan orang lagi...Hurm... Abaikan...
Aku baru sahaja balik dari stadium Shah Alam, menyaksikan perlawanan Chelsea FC melawan Malaysia XI...
Perjalanan pergi amat sengsara dek kerana kesesuckan lalu lintas dan sebagainya... Bila dah sampai Stadium kena jalan kaki 758.39m barulah sampai ke entrance C stadium... Dan aku amat tidak terkejut apabila melihat orang Malaysia dan asing membanjiri pintu masuk sehinggakan pak cik yang jaga pintu masuk berpeluh melampau... Kesesuckan orang melampau itu persis orang sedang melontar Jamrah semas musim haji... Selamat aku dan kawanku, Zul berjaya hidup dengan aman damai dan tidak dipijak...
Masuk ke dalam stadium, aku melepak dekat Yellow zone... Melihat keramaian orang itu, aku mengelengkan kepala kerana perlawanan Selangor vs Kedah lagi ramai... haha... Chelsea tak cukup glamer... Perlawanan bermula dan satu voey daripada Deco berjaya ditangkis penjaga gawang Malaysia, Helmi Eliza... Wah, permulaan yang baik...
Aku malas nak komen panjang sebab aku tau yang esok akan keluar surat khabar tentang perlawanan ini... Cuma aku nak tabik kehebatan pasukan Malaysia yang berjaya bertahan dengan jayanya... Serangan agak kurang tetapi peluang untuk gol ada...Cuma disia-siakan oleh penyerang...
Permainan malaysia tampak menunjukkan peningkatan dengan skill yang menarik dan berjaya meng'ayam'kan pemain Chelsea...Secara keseluruhannya, Malaysia boleh ke pusingan Akhir FIFA world cup pada 2020 jika membuat peningkatan....
Kawan aku, Zul, seorang Chelsea dengan bangganya menyalahkan padang stadium Shah Alam sebagai punca Chelsea gagal membenam Malaysia lebih dari 5-0... Percaturan Santhianathan dalam formasi 4-1-4-1 berjaya menghasilkan permainan yang menarik...
Dalam aspek musuh ketatku, aku melihat bahawa mereka amatlah ayam kerana tidak membenam Malysia 5-0... Dan jika dilihat perkembangan ini, jelas bahawa Arsenal, Liverpool dan tentu sekali, team yang tehebat di Eropah dan England, Manchester United mampu mengalahkan Chelsea kelak... Sesungguhnya, jika permainan seperti ini diteruskan oleh Scholari, maka, tidak hairanlah beliau akan dipecat awal...Haha...
Dah la, yang penting Chelsea tak best, best Malaysia lagi... Hidup Malaysia....