Wednesday, July 30, 2008

Aku, kawanku, dan musuh ketatku...

Salam Alaik...

Aku baru sahaja balik dari stadium Shah Alam, menyaksikan perlawanan Chelsea FC melawan Malaysia XI...

Perjalanan pergi amat sengsara dek kerana kesesuckan lalu lintas dan sebagainya... Bila dah sampai Stadium kena jalan kaki 758.39m barulah sampai ke entrance C stadium... Dan aku amat tidak terkejut apabila melihat orang Malaysia dan asing membanjiri pintu masuk sehinggakan pak cik yang jaga pintu masuk berpeluh melampau... Kesesuckan orang melampau itu persis orang sedang melontar Jamrah semas musim haji... Selamat aku dan kawanku, Zul berjaya hidup dengan aman damai dan tidak dipijak...

Masuk ke dalam stadium, aku melepak dekat Yellow zone... Melihat keramaian orang itu, aku mengelengkan kepala kerana perlawanan Selangor vs Kedah lagi ramai... haha... Chelsea tak cukup glamer... Perlawanan bermula dan satu voey daripada Deco berjaya ditangkis penjaga gawang Malaysia, Helmi Eliza... Wah, permulaan yang baik...

Aku malas nak komen panjang sebab aku tau yang esok akan keluar surat khabar tentang perlawanan ini... Cuma aku nak tabik kehebatan pasukan Malaysia yang berjaya bertahan dengan jayanya... Serangan agak kurang tetapi peluang untuk gol ada...Cuma disia-siakan oleh penyerang...

Permainan malaysia tampak menunjukkan peningkatan dengan skill yang menarik dan berjaya meng'ayam'kan pemain Chelsea...Secara keseluruhannya, Malaysia boleh ke pusingan Akhir FIFA world cup pada 2020 jika membuat peningkatan....

Kawan aku, Zul, seorang Chelsea dengan bangganya menyalahkan padang stadium Shah Alam sebagai punca Chelsea gagal membenam Malaysia lebih dari 5-0... Percaturan Santhianathan dalam formasi 4-1-4-1 berjaya menghasilkan permainan yang menarik...

Dalam aspek musuh ketatku, aku melihat bahawa mereka amatlah ayam kerana tidak membenam Malysia 5-0... Dan jika dilihat perkembangan ini, jelas bahawa Arsenal, Liverpool dan tentu sekali, team yang tehebat di Eropah dan England, Manchester United mampu mengalahkan Chelsea kelak... Sesungguhnya, jika permainan seperti ini diteruskan oleh Scholari, maka, tidak hairanlah beliau akan dipecat awal...Haha...

Dah la, yang penting Chelsea tak best, best Malaysia lagi... Hidup Malaysia....

7 comments:

ceria seindah suria said...

wah..bestnye..dpt tgk match tu...

MHZ said...

r u sure?
hahaha

Redz da Tsar said...

alicia>
thankz coz leave comment...

Ame>
Aku sure 92.3%...

Rahimin Idris said...

chelsea? ptuiii!!! pergi mampus la chelsea. hidup kg. labu f.c!!!

n d s v n t h said...

ehem2
bengkek nih

kekekeke

Rahimin Idris said...

redz, bila nak balik jerantut?

Anonymous said...

chelsea ok per???
waklu cakap chelsea x bleh blah...
lu cakap bek2 sket r...
kang kpala jadi kaki baru lu tau...