Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru, Permulaan Baru

Salam Alaik..

Usai P2S1 (Peperiksaan dalaman MBBS MMMC), semangat untuk belajar merudum jatuh. Jelas sekali ugutan 'supplement' gagal memberi kesan yang panjang. Posting-posting pertama dalam tahun akhir ini bermula dengan aman iaitu posting Kecemasan dan Trauma (A&E), Perubatan Komuniti (ComMed) dan yang akan tamat menjelang hujung minggu ini: kanak-kanak (Paeds)..

Dengan berakhirnya posting kanak-kanak pada hari esok, makanya aku akan mengetuk pintu bahagian perubatan (Medicine) pada minggu depan.. Perubatan merupakan antara komponen yang paling penting dalam Sarjana Muda PERUBATAN dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dan merupakan antara jabatan yang paling tegas, serius dan berat..

Jabatan kanak-kanak yang sedang aku berada sekarang nie, merupakan jabatan yang tidak kurang sibuk dan penting.. Namun, jelas sekali disiplin aku dalam jabatan nie ke laut! Banyak terlajak tidur, dan pelbagai perangai-perangai yang tidak menggambarkan aku sebagai seorang pelajar perubatan yang bakal menjadi doktor (insya Allah) dalam masa setahun..

Jadi,  posting dalam JaBatan Perubatan minggu depan dalam tahun 2014 merupakan satu peluang untuk aku berubah.. Tidak ada lagi kurang disiplin dan kemalasan tahap gaban, dan tidak ada lagi alasan-alasan bangang untuk tidak merekod kes dsb.. Semoga jabatan baru dalam tahun baru ini merupakan satu permulaan yang baik untuk aku berubah.

BERSIHkan jiwa, UBAH perangai dan aku akan TURUN ke hospital dengan semangat waja! Doakan aku!

Azam tahun baru aku hanyalah ingin menjadi lebih baik dan tidak memberikan 'cemas' kepada diri sendiri menjelang dan selepas P2S2..

p/s: Ingat aku nak sangat ke lajak tido?

No comments: