Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, October 19, 2008

Ops. Lasmin (hakcipta terpelihara)

Salam Alaik...

Hari ini sudah 19 Oktober 2008... Semalam, 18 Oktober, kelmarin 17 Oktober... Esok, kalendar akan setuju kalau aku kata 20 Oktober... Minggu depan pula, 26 Oktober... Dua minggu lagi, 3 November... Kalau dua minggu lagi 3 November, maknanya, kurang lebih, peperiksaan Lembaga Penilaian Menengah Senior Selatan Australia atau SSABSA akan berlangsung dalam 15 hari lagi...Tetapi, aku masih lagi tak cakna... 'Gior*' dengan kehidupan aku kini... Aku persis menganggap dua minggu lagi itu jatuh kepada 3 Oktober... Tapi malang sungguh, 3 Oktober dah dua minggu berlalu...

Jadi, walau apa-apa sekalipun yang berlaku, 3 November akan datang jua mengikut perancangan... Lainlah jika aku berjaya menggerakkan badan aku selaju mungkin untuk memecahkan zon relativiti masa yang dicanangkan Albert Einstein, mungkin juga aku boleh melambatkan masa... Tapi, itu hampir mustahil untuk berlaku kini...

Aku masih lagi culas memegang buku... Kalau aku pegang pun, sekadar untuk diisi ke dalam beg dan dibawa ke INTEC... AKu juga masih lagi menggunakan laptop untuk bermain game, melayari internet untuk melihat perkembangan semasa Man Utd dan memuat turun video aksi Ronaldo memperbodoh lawannya... Sepatutnya kini aku sudah menjdi ulat buku...

Sikap aku kini masih lagi seperti sikap aku sebulan sebelum ini, ketika menghadapi peperiksaan percubaan...Sikap ini jugalah yang aku buat beberapa bulan yang lalu sebelum peperiksaan pertengahan tahun... Sikap ini jugalah yang aku adaptasi sebelum aku mengambil SPM... Tapi, ketika itu nasib aku baik... Sangat baik... Tak dapat jawab, aku hentam dan alhamdulilah, betul... Tak semua, separuh dapat markah... Masa tu, tak hairanlah dapat result 'boleh tahan la'...

Tapi sekarang, SSABSA bukan permainan... SSABSA bukan SPM, trial atau mid-year... SSABSA ialah peperiksaan yang akan menetukan sama ada aku akan fly ke Australia, atau berkelana ke India atau Indonesia, atau hanya panjat bukit seksyen 2 untuk ke UiTM, atau paling teruk, aku kena sambung belajar asasi di Malaysia... Huh...

Kalaulah aku ambil tawaran untuk menjadi cikgu Matematik atau Kimia di bawah Program Pelajar Cemerlang Kementerian Pelajaran, aku boleh la buat sikap camni... Kalau aku ambil program Matrikulasi, sekurang-kurangnya aku dah fly ke Indonesia... Tapi, aku ambil SSABSA, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan pulak tue...

Tapi, kalau aku menyesal pun, Firmad tetap kata "sape suruh amik medic", cikgu SBPIT aku tetap kata, "Awak boleh punya", Man United tetap menang 4-0 dengan West Brom, harga minyak dunia tetap turun, harga barang kat Malaysia masih tinggi tak turun2 dan yang paling penting SSABSA tetap 2 minggu dari sekarang... Huh...

Aku taknak 6 minggu dari sekarang , bila aku dapat result SSABSA, aku bermonolog dalaman, "kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie" sebab masa tue dah terlambat, dah jauh sangat... Betul kata imam al-Ghazali, perkara yang paling jauh ialah 'masa yang lepas'...

Sebagai solusi kepada kes ini, aku ingin melancarkan satu operasi tergempar yang diberi nama Ops. Lasmin [bukan Ops. Oktober (Syaaz 2008)]... Ops ini mempunyai modus operandi yang luar biasa yang mana aku akan buka buku jika dan hanya jika aku tidak berblog, tidur, main, tengok game Man Utd, balik umah, berborak dan keperluan2 biasa manusia...

Paham tak modus operandinya?

Ops Lasmin bermula sekarang...

p/s: Agak-agaknye la kan, berjaya tak aku dalam exam kalau buat ops macam nie?

Monday, August 25, 2008

Politik itu hantu, sesumpah, penipu dsb...

Salam Alaik...

Dalam entri kali ini aku nak meraba sedikit tenang politik di tanah airku yang tercinta, bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-51... Aku sebagai seorang pelajar sepatutnya dilarang KERAS untuk membabitkan diri dalam arena politik ini, tetapi memandangkan jika aku memendamkan rasa adalah lebih teruk, baik aku luahkan sahaja...

Dalam pada menyentuh isu sumpah menyumpah nie, aku rasa amat jelek sekali... Bukannye ape, tapi macam sumpah-menyumpah ala sesumpah nie macam dah jadi mainan dalam politik...Bermula dari isu liwat, sumpah mubahalah, sumpah lian menjadi modal... Dalam isu pembunuhan, sekali lagi sumpah digunakan... Kini, terbaru, mantan MB juga nak bersumpah laknat atas tuduhan rasuah... Alahai, pelik aku... Aku dah muak dengan sumpahan nie... Macam sumpah nie perkara 'seder' (senang) je... bertambah pelik, macam-macam pendapat dari segenap pelusuk tanah air pula mengkritik atau menyokong si sesumpah nie... Ada sekali tue, mase aku tengah makan di Shah Alam, aku terdengar satu kumpulan parti pro-pembangkang berkata sesumpah Saiful tak betul la, tak ikut syarak la (memang pun), tapi si pihak pro-kerajaan, ada pulak kate sumpah tue betul... Tidak tamat di situ, segala macam tuduhan sekarang ni nak dijawab dengan sumpah... Barangkali mereka yang bersumpah nie memang dah nak jadi sesumpah kot... Aku tidak menolak sumpah, tetapi jangan la sampai sumpah itu menjadi mainan...

Masuk pula bab Khalid Ibrahim mencadangkan buka 10% untuk kaum lain di UiTM... Haha... Aku dah agak, mesti bertalu-talu tembakan dihalakan ke Khalid...Si pembangkang pula bersetuju dengan cadangan Khalid tue... Demonstrasi yang dianjurkan oleh pelajar tiba-tiba dihalalkan...AUKU persis tidak mampu menghalang pelajar itu...Tapi, banyak yang lupa bahawa kepimpinan dahulu bukan setakat mencadangkan, bahkan melaksanakan kemasukan kaum lain ke Matrikulasi dan MRSM... Tidakkah itu juga melanggar polisi MARA? Tapi oleh sebab yang melaksanakan ialah si Pemerintah, maka dihalalkan sahaja... Cuba kalau Najib yang memberi cadangan tue, pasti segala masyarakat di Malaysia menyokong dan menyambut usaha itu dan semestinya, pembangkang, mesti membangkang habis-habisan cadangan tue... Apa-apa cadangan dari pembangkang, akan ditentang pro-kerajaan dan disokong pro-pembangkang dan begitu juga sebaliknya... Politik itu hantu... Aku yang kat kampus UiTM seksyen 17 nie pon tak heran cadangan tue sebab aku nampak ramai cina dan India belajar kat sini, di mana? UITM!!! Ada orang bising? Takde.,.. Sebab orang tak tahu...

Maka, ada pulak kes PRK Permatang Pauh... Ada pihak melarang kaitan isu peribadi, tetapi ingatlah, sifat-sifat pemimpin dan tingkah laku peribadi itulah yang menggambarkan kepemimpinan... Adakah pemimpin yang rajin togok arak perlu dipilih?Adakah pemimpin yang ambik duit judi layak menjadi wakil rakyat? Adakah pemimpin yang kuat mencarut boleh jadi MB? Adakah pemimpin yang gila seks perlu diundi? Ini semua isu peribadi pemimpin itu... Adakah perkara-perkara seperti ini yang patut dilarang sebagai bahan kempen? Alamak, kacau sungguh politik...

Aku bukan seorang liberal kerana membenci politik... Malah, aku bukan seorang yang buat 'dek' je tentang politik... Aku juga mengkaji politik, aku suatu masa dahulu juga peminat setia politik... Politi itu tidak bersalah... Yang membuatkan politik itu macam bangsat ialah pemain-pemain, perasuah-perasuah, sesumpah-sesumpah, talam 2 muka, dan pelakon-pelakon dalam dunia politik Malaysia... Sebelah pihak kata dialah yang ingin membela rakyat, tetapi sudah 51 tahun merdeka, rakyat masih lagi macam terseksa (bukan aku tak bersyukur, tetapi aku rasa rakyat boleh dapat lebih dari tue)...Sebelah pihak lagi kata 'kamilah harapan baru untuk malaysia", tetapi sesama sendir bertelagah, kejap nak buat negara islam, kejap nak buat sekular, kejap nak itu, kejap nak ini... Hadoi, tolong la...

Kesimpulan, semua karakter dalam dunia politik perlulah berubah... jadikan balik politik itu seperti benda yang suci, bukan seperti benda yang kotor, penuh dengan tipu helah, tuduh menuduh dsb... Politik itu bagus kalau kena caranya... Jangan la sampai politik menyebabkan rakyat-rakyat tidak terbela, bergaduh sesama sendiri... Jangan sampai rakyat muak dengan politik... Macam aku...

Aku taknak tulis panjang (walaupun memang dah panjang) sebab aku taknak aku punya bilik digeledah, aku taknak membuat sumpah laknat mahupun akuan bersumpah, aku taknak dihumban dalam penjara, aku taknak dikutuk oleh lawan ataupun kawan, aku taknak biasiswa aku ditarik walau aku cakap benda yang betul, aku taknak blog aku kena 'ban', dsb... Katakan TAK NAK!!

Akhir kalam (sekali lagi), permainan politik itu hantu di Malaysia, pemecah belah bangsa dan rakyat!!!
Baik aku suck-suck kok atas atap sambil fikir mase depan aku, dari aku fikir pasal politik, politik tu kan hantu...