Salam Alaik...
Dalam tajuk kali ini aku nak mencarut tentang pengalaman aku dalam industri perokokan... Iaitu berkenaan dengan tahap pembelajaran aku dalam bidang ini...
Orang biasanya bangga bila dapat ijazah, tetapi dalam konteks aku ini, aku dapat ijazah dalam biang perokokan... Layak ke nak bangga? Haha... Langsung tidak...
Aku bermula dengan sijil perokokan pada umur aku 14 tahun, tetapi sudah bermula mempelajari bidang ini pada umur 11 tahun...Untuk mendapat sijil ini aku perlu pandai 'menarik' asap rokok yang dipenuhi kandungan nikotin, dan berpuluh-puluh karsinogen serta beribu-ribu bahan kimia yang merbahaya... Caranya mudah, cuma perlu hisap rokok seperti tarik nafas, dan pada awalnya aku terbatuk macam orang dah kena kanser... Setelah aku berjaya 'menarik' asap rokok tue, aku dah dikira mendapat sijil perokokan...
Apabila dah dapat tarik, aku mula dengan menghisap secara profesional untuk mendapat diploma.. Dan diploma aku memerlukan aku menghisap rokok secara perlahan dan melayan kandunan nikotin yang bakal mengalir dalam darah aku... Untuk pengetahuan pembaca sekalian, nak dapat diploma ini bukan susah, cuma perlu merokok secara konsisten sehingga anda boring... Haha.. Disamping itu, dalam diploma ini, aku perlu mengkaji faktor-faktor dan kesan merokok... Untuk membuktikan aku dah berjaya manghayati seni ini, aku pernah mendapat markah 97/100 dalam esei BM ketika trial SPM tak silap aku..Dalam konteks kebosanan, aku dah pernah sampai nak termuntah isap rokok... Kirenya dah dapat diploma la..Dan aku dapat diploma tue tahun awal 2008, pada umur 18 tahun...
Kemudian, aku meneruskan pembelajaran aku ke tahap ijazah sarjana muda, iaitu ijazah sarjana muda dalam bidang seni merokok... Dalam bidang ini aku mengambil pengkhususan dalam 2 perkara iaitu menghasilkan 'O' dan keluarkan asap ikut hidung... Dan, dalam perkara kedua, mengeluarkan asap ikut hidung, aku dah berjaya buat semenjak dari aku ambik diploma lagi... Hehe... Dan, setelah berguru dengan encik Sazzul Iqbal, aku berjaya berlatih membuat 'O' dan akhirnya berjaya secara konsisten pada hari ini, dan akhirnya aku dah dapat ijazah... Tahniah untuk aku...
Aku akan menyambung pengajian dalam bidang ijazah sarjana, iaitu sarjana berhenti merokok, antara bidang yang paling payah sekali dalam industri perokokan... Dan dalam usaha aku untuk berhenti tue, aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai ranjau dan duri... Aku dah mula mengkaji untuk Sarjana ni sejak aku berumur 17 tahun... Tetapi memang payah...Aku mengambil cabaran ini kini dan insya Allah target aku, sebelum aku berangkat ke Australia aku dah dapat Ijazah Sarjana...
Bila sebut akan kedoktoran atau PhD, aku perlu mengambil inisiatif untuk memberhentikan perokok-perokok tegar sekurang-kurangnya seorang... DAn aku akan cuba membuat PhD ini selepas mendapat ijazah sarjana dan MBBS, insya Allah... Sokonglah aku dalam pembelajaran ini...
Soalan lazim:
1. kenapa aku merokok?
Jawapan: Aku merokok pada awalnya kerana inkuiri, bosan dan pengaruh rakan sebaya, kemudian kini, aku merokok kerana ketagihan nikotin..
2. Apa sedapnye merokok nie?
Jawapan: Dapat nikotin, release tension sebab nikotin boleh tenangkan minda, dan mengisi masa lapang...
3. Kau kan akan jadi doktor, takkan merokok plak?
Jawapan: Aku akan cuba berhenti... Lagi pun aku boleh tunjuk sempadan kepada pesakit aku... Kalau aku berjaya dapat Ijazah Sarjana, aku boleh tunjukkan tauladan... Hehe...
Tambahan:
Ciri perokok professional:
1. Tak habiskan sebatang rokok sampai ke puntung
2. Hisap dengan lambat, penghayatan.
3. Dapat ijazah sarjana muda...
Hehe...
Tue je malam nie...
Thankz for reading...
10 comments:
aok nok kena sengkeh? u mana aok masuk neh?
woi... member aku hisap rokok sampe paru2 dia terbakor. tahap ape plak tu. hahaha...
Kepada Rahimin
U sendiri-sendiri...
Marah ke? Just pendapt aku
Sultan,
Tahap paru terbakar tue aku tak tau sangat... Mungkin PhD kot...
mana ada marah..sengkeh tu tanda prihatin! hahaha
Rahimin'
terima kasih atas keprihatinan anda...
wagaggaa.
k la.
aku cONgrats kan k.
hahaha.
ahaaaaaa....
1. Tak habiskan sebatang rokok sampai ke puntung
yeayy!!
betul jugak aku ounye teori ni..
aku salu beranggapan cmtu, ternyata mendpt perakuan dr pihak sang pro itu sndri...
tahniah kpd ciknad
aq nk taw..
bp lame rekod plg lame ko penah thn x sentuh r0k0k eh?
Beddy>>
aku setakat nie rekod 4.5 hari... OK la gak...Hehe...
Rekod kedua, 72jam dan ketiga 48 jam...
redz..
ak nk ckp 1 je...
pliz..
cube berenti merokok ek...
pliz...
Post a Comment