Monday, August 29, 2011

Selamat...

Salam Alaik...

"Selamat Hari Raya"

Terima kasih..

Sunday, August 28, 2011

Kenyataan Blog Aku

Salam Alaik..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya pada malam (pagi) ini.. Di kesempatan ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dijangka telah sepatutnya tiba di Low Cost Carrier Terminal KLIA, Malaya..

Perjalanan pulang ke Jerantut mungkin mengambil masa yang lama memandangkan lebuhraya Karak-KL akan disesakkan oleh pemandu yang ingin ke Kelantan.. Insya Allah saya akan berada di Jerantut sebelum matahari tegak di atas kepala hari ini, dan bakal berbuka dengan keluarga tercinta pada hari terakhir Ramadhan (kalau anak bulan keluar).. Kiranya memang tak sempat tarawikh la kat Malaya..

Segala urusan untuk menghubungi saya akan tergendala selama beberapa hari, kerana kecelakaan Celcom yang membunuh nombor lama saya yang cantik.. Jadi saya akan mempunyai nombor telefon baru (sementara) selama beberapa hari.. Bila dah ada nombor telefon baru atau sementara, saya akan umumkan dalam Facebook, ok..

Segala plan sepanjang raya boleh diatur, dengan menghubungi saya..

Sekian, jika umur panjang kita akan bertemu lagi..

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua..

Friday, August 26, 2011

Laporan Kajian Tidur Malam Hari

Salam Alaik..

Aku dah tak ingat macam mana nak buat laporan amali sains.. Serius, tak tipu.. Jadi aku buat la ikut cara aku, boleh?


Tarikh ujikaji: 12-13 Ogos 2011

Hipotesis: Redzwan akan tidur malam dengan memakan promethazine 50mg (antiHistamin)

Pembolehubah-pembolehubah:-
--dimanipulasikan: Tablet Promethazine 50mg
--dimalarkan: Suasana dan aktiviti malam
--bergerakbalas: Durasi tidur

Metode:
1. Redzwan tidak memakan promethazine pada awal pagi 12 Ogos 2011 dan memakan promethazine 50mg pada awal pagi 13 Ogos 2011..
2. Redzwan akan cuba untuk tidur.
3. Keputusan dicatatkan di bawah

Keputusan:
12 Ogos 2011 - Redzwan tido kul 8 pagi selepas terkebil-kebil selama dua jam
13 Ogos 2011 - Redzwan tido kul 1.30 pagi sehingga 2.30 pagi setelah 20 minit terkebil-kebil

Kesimpulan:
Promethazine 50mg membantu Redzwan tido di waktu malam walaupun tidak lama.. Hipotesis dibuktikan benar..

Catatan: Promethazine ialah antihistamin yang mampu menyebabkan kemengantukan (drowsines). Modusnya sama seperti diphenhydramine dalam ubat batuk cuma promethazine masyhur penggunaannya dalam 'mabuk kenderaan'.. Promethazine tidak menyebabkan ketagihan dan tidak begitu merbahaya.. Orang yang mengambilnya dinasihatkan supaya tidak memandu dan mengerjakan mesin berat untuk keselamatan.. Promethazine sering digunakan sebagai preskripsi melalui kaunter untuk kepayahan untuk tido (insomnia).

Promethazine ada banyak lagi kegunaan dan juga mempunya kesan sampingan lain yang tidak merbahaya seperti kekurangan peluh, kering mulut, penahanan urinari, dan sebagainya..

Amaran: Pengambilan promethazine dan ubat-ubatan yang lain tanpa ilmu dan preskripsi doktor yang sah sangat tidak bagus untuk kesihatan, dan boleh mencederakan badan.. Paracetamol takpe sebab mempunyai jurang keselamatan yang tinggi..

Sekian.. Sehingga bertemu lagi..

Wednesday, August 24, 2011

#9 Wordless Wednesday

Salam Alaik


Apakah Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?


Monday, August 22, 2011

Au Revoir

Salam Alaik...

Dua Puluh Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
  1. Pagi menyambut ketibaan Azizanhakim a.k.a Apek Jijan ke Manipal. Datang ke Manipal jauh dari Belgaum, untuk melambai kengkawan yang kehidupan mereka di Manipal mungkin akan berakhir.
  2. Kacau Wawan sepuas hari dengan Apek. Sebab lepas nie 6 bulan mungkin tidak sempat mengganggu dia. Haha.
  3. Segerombolan kawan batch 25 datang rumah nak join melambai Do, Wawan, Oyop, Mat Yie, Panjang dan Hafiz.
  4. Aku, Apek dengan Edi bergerak ke Mangalore Airport dengan teksi, mahu hantar budak yang disebutkan di atas ini sampai check in.

  5. Siap hantar masuk, gerak ke City Centre Mangalore, bertemu dengan Ayam untuk berbuka sekali. Nasi Arab Apek belanja.
  6. Masuk Spar, beli bahan basah untuk masak dan hadiah untuk bebudak perempuan yang dijangka meninggalkan Manipal malam tue.
  7. Gerak balik Manipal dalam pukul 9pm, dengan teksi. Ayam ikut sekali gerak ke Manipal. Pukul 10, teksi pancit dalam perjalanan. Berusaha dengan pakcik driver teksi tue tukar tayar sebab nak balik on-time sebelum pukul 11pm.
  8. Sampai Manipal tepat 11pm, prepare lebih kurang lepas tue set-set Mirae, Mun, Fit dengan Zaty tiba di rumah raya untuk bagi harta pusaka seperti vespa, barang dapur.
  9. Apek, Ayam, Edi dan Aku bagi hadiah yang dibeli kat Mangalore kat bebudak tue, stail cabutan bertuah.

  10. Lambai tangan kat diorang, dalam hujan rintik-rintik. Diorang akan meneruskan perjalanan ke Ooty, tempat percutian tanah tinggi.
Dua Puluh Satu Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
  1. Lepak rumah yang blackout. Layan cerita hantu dengan Ayam dan Edi. Apek, Mantap dah tido masa tue.
  2. Pukul 2.30am teman Edi masak sahur. Ayam dengan Rohil layan cerita Korea. Aku naik kejap ambik laptop lepas tue format sebab ada masalah teknikal.
  3. Pukul 4am sahur sedia, dan makan ramai-ramai. Masih 6 orang di meja makan, walaupun 2 orang dah gerak keluar. Aku, Edi, Rohil, Mantap dan tetamu kehormat Apek dan Ayam.
  4. Tido sepanjang hari, sementara Edi dan lain-lain bersedia untuk masak berbuka.
  5. Petang keluar dengan Apek beli air, buah etc.
  6. Berbuka dengan enam orang tadi, dan juga Zaid, ahli baru Rumah Raya. Welcome. :)
  7. Lauk berbuka: Ayam golek Edi Style, Daging masak kicap, Bawal masak merah, Kobis Masak Lemak.

  8. Lepas berbuka, berborak panjang sampai hampir miss waktu Isyak.
  9. Lepas Isyak gerak ke Nature makan Ais krim, Ayam belanja. Kena paksa. hehe.
  10. Gerak ke Teaze untuk layan Bubble Tea pulak, sesi tembak menembak pearl berlaku.
  11. Dalam jam 10.45 hantar Apek ke Udupi. Dia nak naik bas ke Belgaum. Ayam, Aku, Edi, Rohil, Mantap, dengan Farid follow. Tunggu bas sampai jam 12am baru sampai.
  12. Lambai tangan kat Apek. Selepas tue, fikir idea nak letak vespa Edi kat mana. Sebab tayar belakang pancit. Mujur bawak motor lebih. Haha. Tinggal vespa kat hotel mana tah, esoknya ambik.
Dua Puluh Dua Haribulan Lapan Dua Ribu Sebelas.
  1. Edi masak sahur, seperti biasa.
  2. Ayam gerak ke Mangalore pukul 10am kurang lebih. Dia cadang nak gerak kul 7am, tapi biasalah, Ayam.. Haha..
  3. Habis kisah Au Revoir. Sambung study untuk praktikal.

Sunday, August 21, 2011

Sesuatu Yang Lebih Besar

Salam Alaik..

Setiap perkara yang berlaku dalam dunia nie ada kadar kepentingannya.. Ada yang sangat penting, ada yang agak penting, ada yang sekadar penting, ada yang kurang penting dan ada yang tidak penting..

Perkiraan kepentingan sesuatu nie biasanya subjektif.. Ada yang meletakkan kerja sesuatu yang paling penting, dan ada yang meletakkan keluarga paling penting, dan ada yang meletakkan cinta sebagai sesuatu yang sangat tidak penting.. Ini semua subjektif berdasarkan pemikiran setiap orang.. Lain orang lain pentingnya..

Kalau tanya aku, 'apa yang paling penting dalam hidup aku' aku pasti akan sukar untuk menjawabnya.. Mungkin orang lain akan kata 'agama'.. Aku akui aku meletakkan agama sebagai sesuatu yang sangat penting, tetapi pada masa yang sama adakah perbuatan aku benar-benar menunjukkan agama itu penting? Klise manusia.. Agama paling penting tetapi perbuatan tidak menunjukkan agama itu penting.. Sama dengan perangai aku..

Dalam sesuatu hal kita sering meletakkan apa yang kita 'fikirkan' sangat penting mendahului yang kurang penting.. Itu fitrah.. Tak terkecuali aku.. Aku juga sering meletakkan sesuatu yang aku 'fikirkan' penting mengatasi yang lain.. Tetapi pemikiran aku tidak sebaik mana.. Seringkali apa yang aku rasakan penting itu sebenarnya tidak penting, malah sesuatu bencana..

Aku pernah buat satu keputusan sangat penting atas sebab ingin melupakan sesuatu perkara.. Dan keputusan itu memberi efek yang sangat berkuasa dalam timeline hidup aku.. Pada pemikiran aku keputusan itu bakal memberikan impak yang positif, tetapi pada hujungnya, ia tidak merubah apa-apa melainkan sesuatu dalam timeline aku.. Maka aku terseksa dengan pemilihan yang salah..

Perkara yang lepas jangan dikenang..

Satu masalah, untuk menyelesaikannya ada dua cara.. Satu cara memerlukan keazaman yang sangat tinggi dan konsisten manakala satu lagi cara memerlukan pengorbanan yang agak besar tetapi mudah untuk dilakukan.. Aku memilih opsyen kedua sebab opsyen kedua aku rasa penting.. Dan, tadaa.... Masalah tak selesai, aku pun rugi.. Tapi takpa la, itu sebagai satu pengajaran bagi aku, pengajaran yang pahit..

Masalah yang sama, ditambah dengan salah pilih opsyen; aku cuba selesaikan selesaikan dengan cara yang lain.. Opsyen awal tadi dah terlambat.. Jadi opsyen yang baru kena aku fikirkan.. Kali ni, aku akan cuba berhati-hati.. Sepanjang berbulan yang akan datang akan aku gunakan untuk meneliti opsyen tergempar nie dan melihat setakat mana opsyen nie memberi impak kepada aku sebelum aku membuat pilihan..

Kepentingan itu Subjektif..

Aku pun tak tahu apa yang aku cuba sampaikan.. Tapi pandai korang la nak fikir sendiri.. Aku main tulis ikut apa yang keluar dalam kepala otak aku je.. Hahaha..

Ada sesuatu keputusan yang aku menyesal, tetapi manis.. Ada keputusan yang aku bangga tetapi pahit.. Apa yang penting, bila dah pandai buat keputusan, tunggulah natijahnya, baik atau buruk lain cerita..

Pandai buat baik, pandailah terima pahala.. Pandai buat jahat pandailah terima bala.. Pandai buat keputusan, pandailah terima efeknya..






p/s: Au revoir kepada rerakanku yang selamat bergerak meninggalkan bumi India.. Semoga selamat hendaknya, dan moga hidup dengan aman..

Friday, August 19, 2011

Indah Itu Pedih

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah sajak..

I
Senyummu seindah suria pagi
Menyinari seluruh hatiku ini
memenuhinya dengan secerah cahaya
membuatkan aku sentiasa ceria

setiap kali jarum saat berubah
sering menambah memori indah
kenangan bersama kau dan aku
membuatkan masa hampir beku

II
Di saat tiba waktu berduka
koyak hati dipenuhi luka
pabila kisah indah hancur punah
luka takkan berhenti berdarah

Setiap kisah melayang di minda
menusuk tepat ke dalam dada
tidak pernah sedalam itu ditikam
senyap diri sendiri menderita kelam

III
Masa indah tidak pernah ku lupa
kerana kesannya sangat sengsara

12 Ogos 2011
Pukul 05:55
Rumah Raya

Wednesday, August 17, 2011

Jawapan Untuk Soalan


Salam Alaik..

Alhamdulillah.. Aku dah selesai bertapa.. Maka selepas beberapa hari bertapa, aku dah boleh terbang dan berjalan atas air.. Cuma berada di dua tempat pada masa yang sama je belum dapat lagi.. Tunggu la!

Ok, kembali kepada topik asal.. Aku dapat beberapa soalan la dalam entri aku yang ini.. Dan aku berterima kasih kerana sanggup dan sudi meluangkan masa untuk menjawab.. Haha.. Aku ingat takkan ada soalan, tapi nyata tanggapan aku salah..

Ok soalan dan jawapan..

Anon I: Bilakah kali pertama emak ko beli kasut kat ko?
Jawapan: Aku tak ingat la.. Mungkin masa aku kecik kot, kasut yang bunyi-bunyi kat tapak tue.. Haaha

Wi Sega: Ko rasa ko poyo ke tak?
Jawapan: Aku dah bagitau dalam entri tue, yang aku rasa aku poyo.. Haha.. Maaflah, aku tak suka kepoyoan, tetapi kekadang tak boleh elak nak jadi poyo.. Maafkan aku..

Anon II: Salam..kata bertapa..boleh bukak internet jugak?oh bila tarikh tutup pertanyaan ni ye?
Jawapan: Masa nie guna scheduled post, jadi bertapa tak efek sangat la.. Dan, dah tutup dah pertanyaan..

Orked: Kenapa kau suka mengkritik secara berlebihan? erm, on certain topic la..
Jawapan: Hoho.. Kau dari dulu kata aku suka mengkritik.. haha.. Aku terima.. Aku mengkritik (bagi aku tak berlebihan) sebagai satu cara meluahkan pandangan aku.. Dan tak silap aku, aku sentias amemberi kritikan membina.. Hahaha... Thankz sebab tak jadi Anon.. Kau memang berani..

Anon III: Redz apa khabar?
Jawapan: Ceh.. Bergantung pada keadaan.. Masa aku tulis nie aku sihat la.. Mungkin esok lusa tak tahu la..

Anon IV: apa nama adik beradik kamu yang lain?ni pun kiranya soalan berkenaan diri kamu jugak la kan.
Jawapan: Nama adik beradik aku yang lain dirahsiakan atas sebab keselamatan.. Maaf la tak dapat jawab.. :P

Anon V: Bila agak2 nak buka pintu hati utk cinta seterusnya? Dah ready? Belum? Apa ciri-ciri wajib perempuan pilihan ko?
Jawapan: Hurm, pintu hati aku sentiasa terbuka untuk cinta, kerana cinta itu fitrah.. Ready? Itu soalan subjektif.. AKu tak tau nak jawab macam mana.. Haha.. Ciri-ciri wajib jugak subjektif.. Aku pun tak tau aku nak yang macam mana.. Haha..

Anon VI: awat hang cute sangat?
Jawapan: Ini soalah yang tidak relevan sebab aku tak cute.. Jadi, tidak ada jawapan yang konkrit atas penipuan.. Hahah..

Anon VII: Ko smoker kan? Ada rasa nak berenti x?
Jawapan: Aku dah 8 kali buat plan nak berhenti.. AKu serius nie, tak tipu! Tapi biasanya plan aku gagal sebab aku TERLUPA aku ada plan tue.. Hahaha.

Penangan bertapa:-



Ok bai!

#8 Wordless Wednesday


Salam Alaik..
Power manapun kau, nanti mati kena hurung dengan semut jugak

Apakah Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?


Sunday, August 14, 2011

Cerpen: Hadiah Untuk Kamu


Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah cerpen

10.00pm, 9 Januari 2011
Sebuah magnet peti sejuk yang kecil, sebesar syiling 20 sen diperhatikan oleh Mamat sejak daripada sejam yang lepas.. Buku Pengurusan Perniagaan yang dibukanya sebelum Maghrib tadi masih belum berubah muka suratnya walaupun peperiksaan akhir Universiti tidak lama lagi.. Dalam ralit memerhati, dia kekadang menyentuh magnet itu dan melihatnya dari dekat.. Dan perbuatan itu diulang-ulang sepanjang sejam itu.. Penangan magnet itu lebih hebat daripada fokus yang didapati daripada pil kuda..

"Cukupkah?" Mamat bermonolog dalaman.. Pertanyaannya itu kepada diri sendiri sangat merumitkan.. Apakah magnet itu tidak cukup untuk menjadi hadiah untuk percintaannya dengan Minah yang baru berakhir beberapa bulan yang lepas? Adakah magnet itu akan memberi emosi yang berlebihan untuk perhubungan mereka yang telah tamat? Segalanya berpusing di ruang lingkup itu.. Mamat keliru..

"Kenapakah begitu susah untuk memilih hadiah?" Mamat menung sendiri.. Dia sendiri tidak pasti apakah hubungan dia dengan Minah sekarang? Sesudah terpaksa mengorbankan perasaannya kerana sebab-sebab tersendiri.. Mamat kini sepi, sendiri.. Terasa dirinya sangat bersalah kerana meranapkan hati Minah.. Dia tahu yang hati Minah ranap kerananya.. Bukan kerana Mamat putus cinta dengannya, tetapi kerana Mamat menutup segala ruang yang lain untuk Minah bercinta..

Sungguh, Mamat menyesal dan malu.. Sejak daripada Mamat memutuskan hubungan dengan Minah, Mamat tidak pernah berjumpa dengan Minah.. Mamat mahu berjumpa, atau paling kurang bermesej dengan Minah, tetapi sejak sms Mamat pada malam tahun baru tidak berbalas, Mamat segan.. Mungkin Minah berazam untuk melarikan diri daripada Mamat..

Mamat bertawakal.. Dia menulis surat kecil, menyatakan rasa sesal dan malu, serta memohon maaf atas segala kesalahan dia kepada Minah.. Dia juga sempat menyelitkan kata-kata semangat dan ucapan selamat kepada Minah.. Mamat menangis perlahan menulis surat itu.. Air matanya membasahi kertas sehingga dakwat yang digunakan untuk menulis meresap sedikit meninggalkan kesan pada surat kecil itu..

Mamat memasukkan surat itu ke dalam kotak, kemudian diletakkan magnet sebagai hadiah itu.. Dibalutnya kotak itu dengan kertas usang, dan dililit benang berwarna merah jambu sebagai sentuhan terakhir.. Dia kental dan yakin.. Biarlah ini surat terakhir, dan hadiah terakhir daripadanya kepada Minah.. Selepas ini mungkin dia tidak akan berhubung lagi..

08.30am, 10 Januari 2011
Mamat memberikan hadiah itu kepada sahabat baiknya, Abu untuk diserahkan kepada Minah.. Abu senang berjumpa Minah memandangkan mereka belajar dalam fakulti yang sama, Fakulti Undang-undang, manakala Mamat belajar di Fakulti Ekonomi.. Jadi peluang untuk Abu memberi hadiah itu kepada Minah sangat tinggi.. Mamat pula sangat jarang ke fakulti Undang-undang setelah hubungannya dengan Minah tamat..

Bukannya Mamat taknak memberikan hadiah itu sendiri kepada Minah.. Tetapi Mamat tak mampu berhadapan dengan Minah.. Seringkali apabila mereka terserempak, Mamat jadi gugup, dan jantungnya berdegup kencang.. Mungkin kerana Mamat rasa bersalah dan malu kerana meninggalkan Minah begitu sahaja.. Mamat bukan tidak sayang, tetapi terpaksa melakukannya untuk mengelakkan kemudharatan yang besar..

Mamat masih ingat, setahun sebelum itu ketika mereka berdua baru habis STPM.. Mamat dan Minah sudah bercinta ketika itu.. Mamat dan Minah mendapat tawaran Pengajian Undang-undang bersama-sama.. Tetapi Mamat tahu, jika mereka bersama dalam fakulti yang sama, hubungan mereka akan menjadi lebih intim.. Mamat mahu mengelakkan keintiman itu kerana beberapa faktor yang lebih besar.. Lalu, Mamat korbankan pilihannya dan memilih fakulti Ekonomi, dan mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi lebih rapat, walaupun masih rapat.. Sehinggalah mereka putus...

12.30pm, 10 Januari 2011
Abu pulang dari kuliah, dan memberitahu Mamat bahawa dia gagal memberikan hadiah itu kepada Minah.. Minah terlalu sibuk.. Mungkin menyibukkan diri kerana ingin mengubat pedih, efek daripada perhubungan itu.. Mamat menyuruh Abu memegang hadiah itu, sehingga Abu boleh memberi hadiah itu kepada Minah.. Dalam hati, Mamat sudah tahu bahawa Abu takkan memberikan hadiah itu, kerana Abu seorang yang alim, tidak mahu berurusan dengan perempuan bukan Mahram.. Tapi, Mamat senyap..

10.30pm, 10 Julai 2011
Hadiah itu telah Mamat lupakan.. Sedang dia membelek mejanya yang serabut, dia ternampak bungkusan kecil.. Ya, hadiah yang dia pernah ingin beri kepada Minah, enam bulan lepas.. Abu memang tidak mahu memberikan hadiah itu.. Mamat faham.. Mamat juga dalam dilema dengan kekeliruan perhubungan dia dengan Minah, kini.. Tidak pernah berhubung, tidak pernah berjumpa, malah jika mereka bertentang mata secara tidak sengaja, hati Mamat sayu, dan sedih.. Mamat duduk di kerusinya, perlahan dan merenung hadiah itu.. Selama sejam dia terpaku, sambil memikirkan kisah cintanya ala korea dua tahun yang lepas.. Dia senyap, dan menung sendiri..

Mungkin hadiah itu tidak akan pernah sampai..

p/s: Entri ini dikeluarkan menggunakan 'scheduled post' memandangkan saya bertapa di Gua Hira'. Terima kasih.

Friday, August 12, 2011

Diari Seorang Lelaki VI

Salam Alaik..

Bintang tampak segan malam ini.. Awan-awan yang berarak di musim tengkujuh memang kejam, tidak memberikan peluang kepada sang pencinta bintang untuk berimaginasi tentang syurga dunia.. Angin bertiup agak kencang, menggoncang diri yang kurus kering, dibalut dengan sweater tebal dari kain bulu bebiri..

Berdiri sambil memeluk tubuh yang kecil, di atas balkoni yang tinggi memberikan sudut pandang yang sangat luas ke bumi bawah.. Kurangnya cahaya bulan gagal menghilangkan panorama indah di waktu malam yang disinari lampu-lampu kecil pendaflour dan kalimantang yang berbaris kemas di tepi jalan.. Sejuk malam tidak menggegar sedikit pun tubuh yang panas dibalut baju tebal..

Dari hujung mata ternampak susuk tubuh menghampiri.. Dibekukan dirinya persis tidak perasan tibanya tubuh itu.. Secara perlahan dia menyandarkan dirinya ke besi penghalang balkoni itu, seraya tergelak kecil..

"Tak sejuk ke? Lama tunggu?"
"Sejuk luar tak menggentarkan jiwa yang panas"
"Panas hati ke tunggu lama?"
"Tak la.. Biasa je.. Seronok tengok langit malam, walau tiada bintang."
"Oh eyh? Ada apa nak tunjuk ke malam nie?"
"Bintang di langit takde, jadi tiada bintang atau buruj yang boleh ditunjuk."
"Jadi malam nie tengok kegelapan je la?"
"Tengok kamu dah cukup bagus.. Kamu pun bintang jugak!"
"Ada-ada je la."

Dan gelak kecil menambah bunyi alam yang sunyi.. Jikalau ada bau pohon kemboja, pasti sunyi itu seperti kuburan..

"Ada benda yang saya nak cakap hari ini."
"Apa dia?"
"Kamu jangan terkejut pulak."
"Cakap je la. Kalau terkejut pun tak teruk. Hehe."
"Ok," kata berhenti seketika, mendehemkan tekak membuang segala kahak yang mungkin terlekat.
"Ok........."
"Kamu nak tak kawen dengan saya?"
"..."

Aku terjaga dari mimpi.. Celaka! Punya la sejam aku terkebil-kebil atas katil payah nak tido.. Sekali dah tido dapat mimpi best, tetiba terjaga pulak! Dah la jawapan kepada soalan tu tak dapat.. Hamjadah! Aku bangun, ambik wudhu', pastu solat jap.. Kekgi nak sahur pulak..

Lepas subuh pasti payah lagi nak tido.. Maklumlah, bila study break nie jam biologi dah lari habis.. Tido waktu siang, study waktu malam.. Habis keindahan puasa.. Hurmph..

p/s: Soalan-soalan dari entri yang lepas akan aku jawab nanti.. Bila masa mengizinkan dan aku stabil untuk menulis.. Hehe..

p/p/s: Entri ini dikeluarkan menggunakan 'scheduled post' memandangkan saya bertapa di Gua Hira'. Terima kasih.

Wednesday, August 10, 2011

#7 Wordless Wednesday


Salam Alaik


Apakah Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?


p/s: Entri ini dikeluarkan menggunakan 'scheduled post' memandangkan saya bertapa di Gua Hira'. Terima kasih.

Monday, August 8, 2011

Anda Tanya Saya Jawab


8Salam Alaik..

Tajuk kat atas nie memang poyo habis la.. Maaf, aku memang dah lama teringin nak buat tajuk macam tue.. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku memberi peluang untuk korang bertanya apa sahaja tentang hal peribadi aku, dan hanya tentang aku..

Pertanyaan boleh diajukan dalam ruangan komen FB, atau wall FB aku atau komen dalam ruangan komen di bawah.. Boleh tinggalkan nama (digalakkan), dan sesiapa yang pengecut boleh guna anonymous.. Ok?

Ingat, soalan tentang aku dan aku sahaja! Soalan yang takde kaitan dengan aku tidak akan dilayan.. Soalan seperti 'bila tarikh lahir Najib Razak' atau 'apa henfon yang Anwar Ibrahim guna' akan tidak dilayan.. Soalan seperti 'apa makanan kegemaran kau' atau 'kenapa kau hensem' dibenarkan ..

Aku boleh memilih soalan untuk dijawab sebab hal peribadi aku tak semua boleh ditabur ke sekalian alam maya.. Aku akan menjawab tanpa pembohongan dan penipuan. Jawapan aku juga insya Allah takde unsur politik (Hahahahahahaha).. Bulan Ramadhan la katakan.. :)

Sila tembak soalan yang dah lama terbuku di dalam hati.. Aku bagi masa sampai yang akan aku beritahu kelak..
Hensem Haram Tak Aku? Hahaha..
p/s: Soalan tentang agama amatlah sangat tidak digalakkan kerana aku bukan mufti dan ulama'..

Sunday, August 7, 2011

Hantu


Salam Alaik...


Hantu nie pesen macam orang biasa.. Kalau nampak hantu nie, komfem tachycardia, palpitation, nausea, dan headache..

Pesen aku zaman sekarang nie suka letak 'encrypted message'.. Pandai-pandai la nak tafsir sendiri kalau rajin..

Ramadhan ada hantu ke? hahaha.. Fikir sendiri..

p/s: AKU DENGAN INI MENGUMUMKAN BAHAWA AKU AKAN PERGI BERTAPA KAT GUA HIRA' SELAMA 10 HARI.. ENTRI SELEPAS-SELEPAS INI IALAH ENTRI YANG DIJADUALKAN KELUAR (SCHEDULED ENTRIES).. AKU TIDAK BERADA DALAM TALIAN SAMA ADA BUKU WAJAH, KICAUAN, BLOG DAN SEANGKATAN DENGANNYA.. HARAP MAKLUM DAN BERI KERJASAMA..


Friday, August 5, 2011

Bila Dunia Sudah Terbalik

Salam Alaik..

Bagaimana metode untuk kita membedakan keterbalikan dunia-raya ini ketika yang terbalik itu merupakan norma hidup yang menjadi paksi pergerakan seharian sebahagian daripada jiwa kita? Bagaimanakah mahu meletakkan paksi kepercayaan kita bahawa segala yang berputar di sekitar dunia yang kita hidup ini merupakan keterbalikan atau negatif daripada yang benar?

Solusinya tampak mudah, lihatlah ke arah yang benar! Dan bagaimana mahu melihat ke arah yang benar tatkala pancaindera kita sendiri yang terdiri daripada mata, telinga dan segalanya menghantar data yang palsu itu sebagai yang betul dan sahih?

Alam sarwajagat kini dibenarkan dengan persepsi dan khabar angin, penipuan dan penyalahgunaan! Apakah sebahagian daripada kita mampu melihatnya? Bagaimana mahu melihat ke arah kebenaran tatkala segala pancanindera dibutakan dan ditulikan dengan kedangkalan kita mencari maklumat dan ilmu di luar kotak kepercayaan kita?

Izinkan saya memberi satu misal, tatkala seorang yang kecil mungkin lima tahun dididik dalam satu suasana yang sangat kondusif dan diterapkan maklumat yang dangkal seperti '1+1=3'; dan sepanjang pemerolehan ilmu itu, dia hanya berguru dengan guru yang mengajarkan '1+1=3' dan tidak pernah walau sekali dalam hidupnya mencari guru yang lain. Bagaimana agaknya tatkala dia berada di alam luar, apakah mudah dia menerima satu fakta daripada yang baru didapatinya bahawa '1+1=2' sebagai satu kebenaran? Itu satu misalan yang sukar untuk difahami, apabila semua daripada kita tidak pernah melalui detik dan saat bahawa '1+1=3' merupakan satu kebenaran..

Biar sahaja saya memberi misalan yang lain.. Apabila anda diasuh semenjak daripada kecil bahawa salah satu daripada perkara yang membatalkan puasa itu ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga hidung, apakah dengan mudah anda akan menerima pendapat yang lain bahawa perkara itu sebenarnya tidak membatalkan puasa? Tidak! Kita akan cuba sedaya upaya anda untuk menepis segala hujah maklumat baru itu kerana kedalaman kepercayaan anda membutakan dan menulikan pemikiran kita!

Bagaimana pula jika dibesarkan dalam suasana keluarga yang mempunyai pemikiran yang anti-kerajaan, atau dengan kata lain pro-pembangkang? Bilamana diasuh dan disuap segala pemikiran bahawa setiap yang kerajaan lakukan itu salah selama beberapa tahun, tidak hairanlah pabila keluarga itu melahirkan satu anak muda pewaris bangsa yang matanya dibutakan dan telinganya ditulikan daripada kebaikan kerajaan..

Sungguh rugi sesiapa sahaja yang membuang segala nikmat pancaindera tatkala pertarungan pemikiran berlaku! Tidak hairanlah bakal lahirnya satu generasi yang hanya melihat kepada satu paksi, tanpa melihat kepada paksi yang lain..

Jika disuapkan sejak dari kecil bahawa 'Akademi Fantasia' itu indah, dan 'Adik dan Quran' itu bosan, maka tidak langsung dapat ditepis bahawa segala yang berkaitan dengan Akademi Fantasia disanjung megah tatkala 'Adik dan Quran' musnah dan ranap! Apabila Akademi Fantasia sampai ke hujung, maka bercucuran air mata menangisi pemergian satu program yang berakar di dalam jiwa, bukan sekadar biji-biji yang ditabur di atas konkrit dan asfalt! Seperti biasa, 'Adik dan Quran' rebahnya tidak mendapat cerita, dan pemergiannya tidak dirindui kerana dangkalnya satu institusi bernama keluarga! Ini hanya satu misalan, dan bukannya satu realiti kasar!

Bagaimana program yang punyai kredibiliti yang tinggi dalam mendidik pewaris bangsa, yang bakal menaikkan mercu tanda dihapuskan begitu sahaja sedang penyebar khabar palsu dan pengampu yang mencurahkan air liur sebagai bayaran kepada kontrak kewangan menjadi tunjang penyebar fikrah dan harakah? Apakah generasi penipu dan pembodek yang ingin dilahirkan? Jahillah orang yang mendambakan si tukang karut dan melupakan keindahan ilmu yang sebenar! Bangsatlah bangsa yang membuang masa melihat dunia yang mereka ingin lihat tanpa mengalih pandangan walau seketika ketika termampu mencari kebenaran!

Jadi, apakah kaitan tajuk yang tergantung di atas dan isi yang ditulis? Tiada! Tiada kaitan sama sekali melainkan kepada sesiapa yang berfikir tanpa membutakan mata dan menulikan telinga sendiri.. Ya, entri ini memang tiada maksud, dan tiada isi.. Entri ini sekadar menyemakkan mata dengan bahasa yang sukar difahami dan mengarut! Buat apa membacanya sehingga habis apabila segala bait kata-kata tidak difahami? Perlu apa mengorbankan masa yang indah untuk membaca sesuatu yang tidak punya nilai dan melalut?

Isinya mudah: Persepsi itu realiti.

Salam Ramadhan..

p/s: Header aku sebagai satu tribute untuk Papagomo kerana trafik aku banyak daripada blog dia.. Hahahaha.. Aku buat header macam dia tak semestinya aku sependapat dengan dia, ok!!

Wednesday, August 3, 2011

#6 Wordless Wednesday


Salam Alaik


Apakah Wordless Wednesday?

'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?


Monday, August 1, 2011

Jangan Cakap Politik!

Salam Alaik

p/s: Ini lanjutan daripada perutusan Ramadhan yang dikeluarkan dalam entri yang lepas..

p/p/s:Anak bulan dah sah muncul kat Manipal..

Ramadhan datang lagi!
Di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang membaca blog aku ini.. Kalau berpuasa biarlah berpuasa habis-habisan ye dop, puasa dari buat benda mengarut, puasa daripada menonton video porno, puasa dari cakap politik (cakap politik = cakap bohong) etc..

Gunakan sepenuhnya Ramadhan sebagai latihan dan satu ujian untuk kita harungi selama sebulan.. Alang-alang berpuasa, boleh la mulakan sesi mengurangkan rokok, atau mula start diet yang seimbang dan lain-lain.. Sukan dan aktiviti seperti belajar dan bekerja jangan diabaikan.. Tak elok orang kabor..

Sembang jangan lebat, mata jangan ligat tengok ke hulu ke hilir.. Pakai jangan seksi, jangan menayang bentuk badan atau make-up tebal-tebal.. Kalau ada 'penyampaian hadiah' dalam bulan Ramadhan, jangan la pergi pakai stylo mengarut, dan make up macam hantu.. Tak elok orang kabor, hendak pulak yang jenis penjuang, kan? Abaikan..

Puasa kali ini merupakan puasa kali ke-3 aku berjauhan dari bumi Malaysia.. Semestinya perangai setan seperti membeli murtabak, atau tapai atau ayam percik di Malaysia tidak dapat aku lakukan di India.. Selain itu, sekarang musim hujan kat sini, jadi aku memang tak dapat la nak eksesais seperti orang di Malaysia yang setiap petang jalan kaki mengunjungi pasar Ramadhan.. Hehehe..

Solat Tarawikh insya Allah akan aku buat, kalau tak kat masjid aku buat kat rumah.. Malam kena study betul-betul.. Mungkin berjaga sampai subuh.. Hahaha.. Memang perangai aku macam tue nak buat macam mana.. Aku nie jenis kelawar..

Dan akhir sekali, ramai orang tanya bila aku balik Malaysia.. So, aku jawab mudah - "dramatik".. Faham sendiri la ye..

Sekian, selamat berpuasa siang dan malam.. Biar ikut sunnah segala amalan!!