Wednesday, July 25, 2012

AiPon

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah Cerpen..

Angin sepoi-sepoi bahasa melewati Sungai Dugong.. Kedudukannya kira-kira 5 kilometer daripada pantai membuatkan Sungai Dugong sentiasa berangin.. Syaifun Najah, seorang lelaki yang berumur 60 tahun berdiri di atas pentas.. Di depan rostrum tertulis 'Kampung Dewata Raya Kerajaan Sungai' dengan lambang bulan dan bintang di tengah-tengah bulatan yang seakan-akan peta dunia..

"Aku telah bermimpi bahawa Allah telah memberitahuku barang siapa yang berpuasa tanpa henti selama 48 jam dalam bulan Ramadhan akan dikurniakan ganjaran syurga dan pahala sebanyak 80 tahun amalan.. Dan barang siapa yang mengajak manusia lain berpuasa seperti itu, bakal dikurniakan pahala 88 tahun amalan," kata Syaifun Najah, atau lebih mesra dikenali sebagai Ayah Pon..

Ayah Pon terdiam sebentar.. Kemudian dengan perlahan dia tersenyum.. Hasratnya menjadi tokoh yang berkaliber menjadi kenyataan.. Buktinya di depan mata.. Hampir 500 orang mendengar ceramahnya mengangguk.. Mereka yang mendengar bukan calang-calang, semuanya profesional daripada Pakar Pembedahan Neurologi sehinggalah arkitek yang hebat.. Daripada tukang masak istana sehinggalah seorang guru tadika, semua kagum dengan Ayah Pon..

Kultus Ayah Pon yang digelar Kerajaan Sungai berkembang mekar dengan ramainya golongan-golongan yang ingin mencari kebenaran dan ketenangan di dalam jiwa.. Seorang blogger yang dikenali sebagai Obi Wan Cernobil menjadi ketua lajnah multimedia dan perhubungan sosial.. Tugasnya hanya mengemaskini kicauan dan Twitter, dan status dalam Facebook.. Obi pantas menyalin sabda Ayah Pon dan meletakkannya dalam Fan Page Facebook Kerajaan Sungai..

Ayah Pon bersuara lagi, "mungkin ada yang di luar tidak tahu hubungan saya dengan Tuhan.. Hatta barangkali tidak lama lagi saya akan dicop sesat lagi menyesatkan oleh JAKIM.. Tapi saya hanya ingin menyeru kebaikan kepada dunia.. Tidak ada niat lain! Sungguh, pihak salafi dan wahhabi akan menghentam saya kerana mereka cipta amalan baru, tapi mereka tidak tahu bahawa saya mendapat petunjuk daripada Tuhan dan Nabi.."

Hadirin yang ramai itu bertepuk tangan.. Ayah Pon semakin bangga.. Kalau dahulu, dia sering dipandang remeh dan dibuli.. Kini, pengaruhnya agak besar..

"Saya memberitahu amalan-amalan baru ini kerana saya diamanahkan oleh Tuhan untuk menyampaikan dan melengkapkan agama Tuhan ini.. Tetapi  orang kata saya melakukan bid'ah! Tidak! Saya hanya melengkapkan apa yang belum lengkap!" Ayah Pon menyambung semula ucapannya..

Pengikut Ayah Pon teruja dengan tutur kata manisnya.. Tidak pernah lagi Ayah Pon mengkafirkan sesama muslim, atau mengutuk jemaah lain.. Ayah Pon hanya menyeru kepada kebaikan.. Ayah Pon menyeru ahlinya agar solat 10 waktu sehari semalam.. Ayah Pon hanya menyuruh ahlinya membayar zakat 10% daripada pendapatan tahunan kepada orang miskin.. Malah Ayah Pon berkata wajib pergi menziarahi kubur sekurang-kurang sekali sebulan kerana boleh mengingati mati.. Bagi pengikutnya, Ayah Pon la yang paling hebat, dan baik..

"Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya menyeru agar semua bersama saya bersolat tarawikh 22 rakaat.. Witir buat sendiri di rumah.. Selang 4 rakaat kita baca quran 6 muka surat secara berjemaah.. Bersahurlah kalian malam ini bersama-sama, kemudian kita terus berpuasa selama 48 jam sehingga subuh lusa.. Makan sedikit kemudian berpuasa lagi.. Sungguh, inilah cabaran dan dugaan untuk kita.."

Tetiba kawasan Kampung Kerajaan Sungai riuh.. Kelihatan ramai yang berkopiah serta anggota polis menyerbu kawasan itu.. Pengikutnya tenang di tempat duduk masing-masing.. Seorang yang berkemeja biru, bersongkok dan ditemani dengan dua orang polis berpangkat inspektor naik ke pentas..

"Tuan-tuan dan puan-puan.. Inilah akhir zaman.. Saya bakal dicop sesat, dan segala kebaikan yang saya seru akan dicampak ke dalam tong sampah.. Inilah barua kerajaan dan JAKIM.. Mereka akan menuduh saya membawa ajaran baru yang menyimpang daripada Islam.. Sungguh, inilah kerja mereka di bawah Illuminati dan....." kata Ayah Pon sebelum mulutnya dicekup dan dibawa lari oleh seorang inspektor.. "Bersabarlah kalian, janji Tuhan pasti akan tiba!" jerita Ayah Pon semasa digari dan dibawa masuk ke dalam Lancer milik PDRM..

Lelaki yang berbaju biru itu mengambil tempat di rostrum.. Dengan tenang dia memberi salam dan memulakan kata-katanya dengan khutbah hajjah.. Dia kemudian menyambung, "atas permit polis, dan fatwa JAKIM, bahawa saya ingin mengumumkan ajaran Kerajaan Sungai sesat lagi menyesatkan.. Semua ahli hendaklah bertaubat, dan kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah berpaksikan al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W yang sebenar dan sahih.."

Seorang lelaki daripada kalangan pendengar tadi bangun.. "Hendaklah kita tenang.. Sesungguhnya Ayah Pon dah meramal perkara ini akan berlaku.. Kita seharusnya meneruskan ajaran Kerajaan Sungai dan jangan menaruh dendam kepada kerajaan, PDRM dan JAKIM.. Ayah Pon berkata bahawa kita hendaklah sentiasa aman dengan orang lain, dan janganlah bergaduh. TAKBIR!" pengikut AYah Pon bertakbir semuanya..

"Tangkap mamat tue.. Tak reti bahasa.." kata Baju Biru tadi kepada seorang konstabel polis.. Dengan tenang, lelaki yang bakal ditangkap itu menghulurkan tangannya, dan dibiarkan digari.. Lelaki itu berkata, "aku akan bersama Ayah Pon.. Doakan aku dengan puasa kalian"..

Hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah AYah Pon dihadapkan kepada polis.. Semua butir-butir pengenalan diri diambil, dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis sesudah itu.. Satu lagi ajaran sesat telah berjaya ditumpaskan.. Misi menghentam syiah dan puak Wahhabi di Malaysia akan diteruskan semula setelah tertangguh akibat ajaran baru ini.. Pegawai JAKIM berbaju biru itu tersenyum sinis seorang diri.. Malam itu dia akan berbuka puasa dengan Dato' Hassan Ali..

Saturday, July 14, 2012

"Mohon Lalu, Saya Student Medic!"

Salam 'alaik..

Jam menunjukkan pukul 4 petang, kereta dipandu perlahan keluar daripada bandar Jerantut.. Ada perjalanan yang masih panjang untuk sampai ke destinasi terakhir, Melaka.. Paling tidak, 4 jam di dalam kereta, memandu meredah lebuh raya.. Cuaca memang redup, berkat jerebu yang melanda Malaysia baru-baru ini.. Entah di mana la hutan terbakar.. Harusnya di Indonesia, negara yang banyak hutan, mungkin beruk pun banyak jugak..

Jalan Temerloh-Jerantut memang agak lurus.. Dibuka pada tahun 2001 tak silap aku, berjaya memendekkan masa.. Kalau dahulu, sejam lebih jugak la untuk ke Temerloh.. Tapi sekarang kalau dengan kelajuan 100km/j, boleh sampai dalam masa 40 minit.. Ya, had laju 90 km/j, tapi biasa la, selagi boleh tekan pedal minyak,takkan nak berhenti setakat angka 90, kan?

Jalan hari itu agak sibuk berbanding biasa.. Walaupun tak sesibuk ketika Himpunan Hijau minggu sebelum itu, tapi sudah cukup untuk menghadkan kelajuan pada kelajuan yang dibenarkan.. Mungkin ramai nak kembali ke tempat kerja masing-masing, maklumlah hari itu hari Ahad.. Malah, ada jugak konvoi bermotosikal, mungkin dalam 4-5 buah motor mencilok kiri dan kanan walhal jalan bapak besarnya..

Setelah 30 minit dalam kereta, tiba di simpang Sanggang berhadapan SM Teknik Sanggang.. Kenderaan mula bergerak perlahan dan beberapa buah kenderaan di depan aku mengelak sesuatu.. Setelah diamati, ternampak seorang lelaki muda sedang terbaring.. Orang ramai mula membantu mengangkat lelaki itu ke tepi jalan, nampak lelaki itu masih bergerak..

Semasa menyusur perlahan aku layangkan pandangan aku lebih luas.. Ada sebuah motor RXZ terbaring di bahu jalan, dan tiba-tiba mata aku berhenti.. Kelihatan seorang wanita yang dalam umur 40-an sedang merangkak menuju ke arah dua tubuh di tengah jalan masuk ke Sanggang.. Dua tubuh itu, dilihat seperti seorang kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa, dan keduanya tidak bergerak.. Kanak-kanak itu tersandar pada lelaki dewasa itu dengan hidung berdarah, masih tidak bergerak..

Aku memberhentikan kereta di bahu jalan.. Rokok yang ada di tangan dilepaskan ke jalan dan dipijak.. Telefon bimbit aku keluarkan daripada kocek seluar jeans Levi's lantas mendail nombor kecemasan.. "Salam, saya nak laporkan kemalangan di simpang empat Sanggang.. Macam ada dua orang yang memerlukan perhatian serius.. Kalau boleh hantar tiga ambulans."

Aku mencapai stetoskop yang tergantung pada lab coat aku dan aku sangkutkan di leher.. Aku bergerak pantas menuju ke arah kedua-dua mangsa yang masih terbaring kaku sambil menghembuskan sisa-sisa asap yang masih ada dalam paru-paru aku.. Perempuan tadi sudah memangku budak kecil itu sambil menangis.. Semakin jelas darah yang keluar daripada hidungnya.. Perempuan itu kelihatan hanya punyai kesan calar dan luka..

"Mohon lalu, saya student medic," aku mencelah di antara tiga empat orang.. Lelaki muda tadi sudah berada di bahu jalan manakala lelaki dewasa masih lagi kaku terbaring.. Aku melutut di hadapan perempuan itu dan meletakkan jari telunjuk aku pada leher kanak-kanak yang malang itu.. Perempuan itu, mungkin ibunya, masih menangis dan berteriak.. Denyutan karotid masih ada, walaupun perlahan.. Aku lihat telinga budak itu, tidak berdarah..

"Akak, biar saya tengok dia sekejap," pohon aku kepada perempuan itu.. Bau darah memang menusuk hidung.. Teringat masa aku kemalangan dua hari sebelum raya ketika di Manipal dulu, begitulah baunya.. Aku lihat budak itu, tiada kesan kecederaan dalaman di leher dan tengkuknya.. Darah keluar melalui hidung, dan kelihatan juga ada darah di kepalanya.. Aku rasa sekali lagi denyut nadinya, masih ada..

"Abang, tolong rasa denyut nadi ni selang seminit.. Kalau tak berdenyut bagitau saya cepat," aku meminta seorang abang yang ada kat sebelah.. Aku mengalih fokus kepada lelaki dewasa itu.. Aku melihat tanda kecederaan di tengkuknya, juga tiada.. Badannya tertiarap, dan aku meminta pertolongan orang ramai untuk alihkannya supaya terlentang..

"Sesiapa boleh tolong berlari ke Klinik Sanggang, kalau boleh mintak diorang datang sini bawah apa yang patut.. Kalau ada ambulan suruh bawak sini jugak," aku memberikan arahan.. Hidup aku 5 tahun di SBPI Temerloh memang menyebabkan aku tahu Klinik Desa Sanggang memang dekat dengan tempat kejadian, ada la dalam 100 meter..

Aku merasa denyut nadi di leher lelaki dewasa itu, tidak ada.. Aku angkat jari aku, dan cuba sekali lagi.. Masih tidak aku jumpa.. Aku gunakan stetoskop aku untuk mendengar di dadanya, juga tidak ada.. "Ini bahaya!" getus hati aku.. Terus prosedur CPR melintas dalam kepala.. Sungguhpun aku tak hadir kelas Basic Life Support ketika di Manipal dulu, namun pengalaman setahun setengah dalam farmakologi sudah memadai bagi aku..

Dengan pantas aku mencari tanda pernafasan.. Tiada pergerakan di dada, tiada hembusan dari hidungnya.. "Sesiapa ada basic CPR kat sini?" aku menjerit.. Tiada sahutan atau balasan.. Aku tak boleh tangguh lagi, nanti jadi lebih bahaya.. "Uncle dengan abang baju biru tue bolehtolong saya?". Mereka berdua berdiri di sebelahku..

"Ok, saya nak mintak uncle dengan abang buat CPR gilir-gilir.. Nanti lepas saya hembus nafas, tekan dada dia dalam kiraan 1001, 1002, 1001, 1002,. Sampai 15 kali, berhenti. Tekan kuat-kuat.. Patah rusuk pun takpe.. Abang dulu ye, uncle kejap lagi" aku memberikan arahan sambil menekan dada lelaki itu.. Uncle dan abang tue mengangguk faham lantas melutut di sebelah aku..

Tanpa buang masa aku mulakan prosedur untuk hembuskan nafas.. Selepas dua hembusan, aku bagi isyarat untuk mula menekan.. "Boleh tahan abang katang nie tekan.. Macam dah pernah belajar CPR je," aku bermonolog dalaman..

Setelah 3 pusingan CPR, kelihatan dua orang sedang berlari dari arah Klinik Sanggang.. Mereka membawa beg yang berwarna hitam, mungkin ada kit pertolongan cemas agaknya.. "Abang tolong take over CPR boleh?" soal aku kepada dua orang yang baru hadir tue.. "Ok.. Ambulan keluar kejap lagi.. Doktor tengokkan budak tue," balas abang tadi menganggapku doktor, mungkin kerana stetoskop di leher..

Denyut nadi budak itu masih ada.. Namun budak itu masih tidak sedarkan diri.. Perempuan itu sudah berhenti berteriak, penat agaknya.. Tapi air mata masih mengalir, teresak-esak.. Lelaki muda di bahu jalan sudah terduduk.. Ada seorang wanita, lagak gayanya seperti jururawat masyarakat sedang menguruskan lelaki muda itu.. Aku mencari pendarahan pada budak itu, namun tidak jumpa melainkan yang telah berhenti di kepalanya.. Aku ambil kapas daripada beg hitam itu dan bersihkan hidung budak itu..

Siren ambulan kedengaran.. Sebuah ambulan bertulis 'Klinik Desa Sanggang' berhenti di sebelah lelaki dewasa itu.. Endotracheal intubation dibuat oleh seorang perempuan pada lelaki itu dan kemudian Ambu bag dipasang.. Lelaki itu diangkat ke atas stretcher sambil dibantu orang di sekeliling.. Ambulan itu terus bergerak meninggalkan Sanggang..

Perempuan yang melakukan endotracheal tadi mula fokus kepada budak itu.. Aku berdiri perlahan, dan mula bergerak ke arah kereta.. Jauh lagi perjalanan untuk ke Melaka.. Aku ambil tisu dari dalam kereta, dan mencuci kesan pasir dan batu di seluar, dan kesan darah di tangan.. Selepas meregangkan tulang belakang dengan menggeliat, aku masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke Melaka.. Jam sudah menunjukkan pukul 5.10 petang..

"Aku dah lakukan yang terbaik bagi tahap aku. Yang lain serahkan kepada yang lebih pakar.. Tapi Tuhan penentu segalanya.."

Bergerak masuk ke jalan raya, aku mendengar bunyi siren yang kuat.. Tiga biji ambulan beriringan melepasi aku.. Aku mengeluarkan sebatang rokok, dan menyalakannya dengan tenang.. Stetoskop yang tersangkut di leher aku ambil dan letakkan di kerusi sebelah.. Aku menyusur perlahan dengan kelajuan 80km/j, menghala ke Temerloh.. Perjalananku masih panjang, ada lebih kurang 3 jam setengah lagi..

P/s: 5 perenggan pertama ialah kisah benar.. Perenggan seterusnya hanyalah imaginasi aku.. Sehingga sekarang, sesudah 6 hari, aku masih terbayang wajah kanak-kanak itu, dan aku rasa menyesal kerana tak berhenti untuk membantu.. Aku tak tahu apa yang terjadi kat mangsa-mangsa tue.. Aku harap mereka semua selamat..


Kalaulah.....


Berita sebenar: http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/nenek-maut-dalam-kemalangan-ketika-jemput-cucu-1.64980

Thursday, July 12, 2012

Ultimatum

Salam 'alaik..

P/s: Ini ialah sebuah cerpen.

"Salam 'alaikum. Mohon Encik Mamat datang ke pejabat sekarang," kedengaran suara wanita lunak berada di hujung gagang telefon Mamat. Mukanya yang baru bangun tidur bertukar kepada ekspresi pelik. "Apa kejadah kena datang ke pejabat hari cuti nie? Kata nak bagi aku cuti sebulan," bisik hatinya. Selepas gagang telefon diletakkan, dia bergerak ke bilik air dan terus mandi. Jam menunjukkan pukul 8 pagi, isterinya dah lama bergerak ke Hospital Jerantut untuk shift pagi. Tinggal dia seorang di rumah.

Kereta Perodua Viva yang baru dia beli hasil duit Skim Piramid Lakzer memecut laju merentasi Lebuhraya Pantai Timur. Ada kurang lebih sejam lagi sebelum tiba di Kuantan. Sepanjang perjalanan Mamat mengunyah kuaci Chacheer yang dibelinya di R&R Temerloh. Hasratnya untuk mengurangkan rokok boleh dilaksanakan jika mulutnya sibuk mengunyah. Tidak hairanlah berat badannya bertambah 6 kilogram dalam masa 4 bulan..

Mamat memarkir keretanya di hadapan pejabat. Parkir persendirian milik 'Kelab Bola Sepak Renjer Taman Permaisuri' itu tidak perlukan kupon Parkir MPK. Dia sudah 2 tahun bekerja sebagai pengurus pasukan yang terkenal di Pahang itu. Tetapi kontraknya akan tamat seminggu lagi bersama pasukan itu. Dia tidaklah sehebat mana, cuma mampu mengekalkan pasukan Renjer dalam Liga Super dalam dua tahun itu. Tahun pertama hanya dinombor ke 10, dan musim ini, Renjer mendapat nombor ke-9. Tidak banyak berubah.

Bosnya, Dato' Farouk Hassan duduk dalam pejabat sambil membelek-belek beberapa dokumen. Jarang sekali dapat jumpa Dato' Farouk dalam pejabat kerana dia sibuk menguruskan perniagaannya dalam sektor pembalakan dan perlombongan bijih besi di Pahang. Menjadi antara orang berkabel besar di Pahang, memang banyak membuka rezeki bagi dia.

"Salam Dato'," sapa Mamat selepas mengetuk pintu bertulis 'PENGERUSI' yang terbuka.
"Salam Mat. Meh duduk."
"Kenapa Dato' seru saya pagi-pagi nie?"
"Kontrak kamu akan tamat minggu depan, kan?"
"Ye Dato'. Kenapa?"
"Kamu taknak sambung ke?"
"Orang tak offer. Takkan nak hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pulak," balas Mamat, tergelak kecil.
"Baiklah, saya offer kamu kontrak 5 tahun untuk Renjer. Guane?"
"Eh, lama sangat tue Dato'. Saya kalau boleh nak sambung setahun, setahun. 5 tahun tu panjang komitmennya."
"Kamu tak sayang ke kelab kamu nie?" Dato' Farouk bernada sinis.
"Bukan macam tue Dato'. Saya tak berani nak janji sampai 5 tahun. Lagipun saya tak yakin untuk mampu bawak Renjer lebih tinggi."
"Kamu nak lagi jadi  pengurus Renjer?"
"Tentulah Dato'. Saya suka jadi pengurus. Cuma biarlah macam Pep Guardinola, sambung setiap tahun."
"Saya hendak keputusan yang jitu lagi tepat.  Saya offer kamu kontrak 5 tahun untuk menguruskan Renjer. Kalau kamu nak, kata nak. Kalau kamu taknak, tiada offer lain!" tegas Dato' Farouk.
"Bagi saya 48 jam untuk fikir, boleh tak Dato'?"
"Baiklah, saya bagi kamu sampai Sabtu jam 11 pagi. Dah, kamu boleh balik Jerantut."

Usai pertemuan dengan Dato' Farouk, Mamat pergi ke Teluk Cempedak. Dia menelefon isterinya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang lewat hari ini. Dia duduk bersila di pantai Teluk Cempedak seorang diri. Tidak ramai di pantai itu kerana semua sibuk bekerja atau menonton SUKMA Pahang yang sedang giat berlangsung. Dia termenung seorang.

"Gila apa Farouk! Bagi ultimatum sama ada nak sambung 5 tahun atau kontrak tamat. Apa ingat aku senang-senang je nak tentukan hidup aku 5 tahun? Aku pun tak tentu lagi misi dan visi aku untuk tahun depan. Aku pun tak tentu lagi boleh bagi komitmen untuk dua tahun depan. Bisnes MLM aku pun baru nak berkembang. Mana mungkin aku boleh menguruskan pasukan dan mencari downline serentak? Ini gila!" Mamat bermonolog dalaman. Kopi dalam gelas kertas itu masih tidak disentuh walaupun rokok dah 3 batang dihisap.

"Biasanya yang bagi ultimatum ialah pengurus kepada pengerusi. Bukan pengerusi bagi kat pengurus. Ini suatu perkara yang pelik. Kenapalah Farouk beria sangat nak aku jadi pengurus? Nak kata takda pengurus lain, tipu pulak. Shebbon Singh dulu pernah mintak jadi pengurus."

"Aku dah la tak bawak apa-apa kemajuan kepada Renjer. Malah aku beli 4 orang pemain baru, semua tak guna. Duk panaskan bangku penonton je. Kenapalah aku? Why always me?"

Mamat meneruskan monolognya.. Bukan tidak ada teman, namun di saat genting ini dia lebih suka berbicara sendirian, tidak mahu melempiaskan kebingungannya kepada orang lain.

"Bagi aku 48 jam? Serius? Untuk keputusan 5 tahun? You gotta be kidding me!" Mamat terus mengomel sendirian. Kopinya sudah sejuk. Rokoknya hampir habis walhal baru dibelinya semalam. Jelas keadaan meruncing seperti ini meningkatkan keinginannya kepada nikotin.

Dato' Farouk memang serius dalam hal berkaitan Renjer. Cuma jarang menunjukkan mukanya di pejabat sahaja. Setiap perlawanan Renjer di pantai timur akan dihadiri olehnya. Namun ultimatum yang diberikan kepada Mamat memang agak zalim. Take it or leave it! 


Mamat sebenarnya bimbang jika dia gagal memberikan 5 tahun kepada Renjer. Memang dia tak rugi apa-apa kalau dia ditamatkan kontrak dalam 5 tahun itu jika dia membawa jatuh Renjer, malah dia mendapat imbuhan yang banyak. Namun apa perasaan penyokong Renjer? Dia tidak mahu mengecewakan Dato' Farouk.

Mamat keliru. Bersetuju dengan kontrak 5 tahun yang dia sendiri tidak pasti sama ada mampu diberikan komitmen, atau hilang aktiviti kesukaannya iaitu mengurus pasukan bola sepak?

Siapa boleh bantu Mamat?

Tuesday, July 10, 2012

Jahit Perca Sengsara

Salam 'alaik

P/s: Ini ialah sebuah sajak

Sejuk kaki ini
walau dibalut kain tebal
di bawah gebar
mencari ilham

jiwa tiba
aneka ragam caranya
pelbagai warnanya
ada cerah putihnya
ada kusam kelabunya

bawah gebar perca
gelap gelita banyaknya
layan saja ini jiwa
sambil terkebil mata
menggamit suara lama
pandangan mesra
riak muka bersahaja
lenggok susuk bahagia

jahit kembali luka lama
tarik sikit-sikit perca lara
bebenang halus kecewa
terjalin sebuah cerita
dari bahagia
membawa duka

biar tiba ilham
di balik sehelai gebar
mencipta ingatan tebal
untuk jiwa ini

Sunday, July 8, 2012

Pembedahan: Minggu Kedua

Salam alaik..

"What bloody nonsense have you done in these bloody two weeks?" jerkah Prof Dr MVK.. Aku mengurut kepala yang disengkeh sebentar tadi.. Muka aku seperti biasa, poker face.. Kegagalan untuk menamakan kateter jelas menaikkan berang Prof.. "I failed you".. Hari itu, barannya cepat datang.. Sepanjang hari duk panas hati daripada sesi pagi, sampai ke sesi tengah hari..

Posting pemmbedahan memang memenatkan.. Pagi bermula pukul 8, dan habis pada pukul 12.. Berbeza dengan posting sebelum ini yang kekadang sudah dibenarkan balik pada pukul 10.30.. Rekod keselamatan kepala dah pecah pada minggu kedua.. Nampaknya, tidak ada apa lagi dah yang perlu dipertahan..

"You and your other three friends need to repeat GE on Monday at Muar," kata Prof MVK selepas Workshop.. Hari Jumaat itu perasaannya sangat bagus.. Tiada sengkehan, tiada tumbukan, dan tidak ada maki hamun.. Selamat semuanya.. Aku je yang suka untuk menundukkan pandangan aku.. Biasanya aku akan pandang ke depan, dan melakukan eye-contact kepada presenter, tapi hari itu; aku hanya tak mampu..

Apa-apa la.. Minggu kedua Pembedahan boleh dikatakan sederhana bagus.. Harapnya, eloklah minggu-minggu yang akan datang..

Dan hal yang lain~
'Aku masih gagal melupakan peristiwa lama. Jelas sekali yang terganggu dengan kronik ialah aku'..

Friday, July 6, 2012

Taruhan Kebebasan

Salam Alaik..

p/s: Ini ialah sebuah sajak..

Lihat ikan-ikan
tidak bebas renangnya
cukup makannya
senang kenyangnya

apakah bebas itu impian
walau kesenangan jadi taruhan?

Asal cukup makan
asal boleh bergerak
asal kembung kenyang perutnya
asal cukup asasnya
apa kesahkan kebebasan?

Itu ikan
pendek memorinya
tiada akalnya

manusia?
apa berani taruh kain batik, gula
untuk bebas
untuk aman
untuk masa depan?

Cium tangan autokrat
jangan digigit
jilat kaki mereka
jangan dipijak

gembirakah cucu cicitmu
dengan gula-gula
yang telah kau telan?

tepuk dada
tanya iman






Wednesday, July 4, 2012

Hijau Itu Gemilau, Biru Itu Satu.

Salam 'alaik..

Melaka maju negeriku sayang,
Negeri bandar teknologi hijau.

'Tagline' negeri Melaka terpampang di sekalian kawasan Melaka dari Alor Gajah sehingga ke Ayer Keroh, dari Pekan Durian Tunggal hingga ke Banda Hilir Melaka.. Teknologi hijau yang macam mana diimpikan oleh kerajaan Melaka tidaklah aku ketahui dengan lanjut..

Berbeza dengan negeri Pahang yang indah dan permai, memang sudah terkenal dengan kehijaunnya.. Walaupun bahagian teknologinya tidaklah sehebat mana, namun bahagian hijaunya itu memang gah sekali.. Mana mungkin tidak dikenali negeri 'Taman Negara'? Sungguhpun berpuluh Taman Negara di Malaysia nie, namun Taman Negara Kuala Tahan Jerantut tetap terbesar dan tertua!!

-gambar hiasan-

Itu daripada hal alam sekitar.. Kalau dilihat daripada aspek politik, kehijauan sudah mula bertebaran di muka bumi Malaysia.. Walaupun bukan majoriti berhijau, namun gerakan hijau telah melancarkan Himpunan Hijau yang dijangka mampu menarik lebih ramai rakyat Malaysia ke arah hijau..

Jadi, semasa aku balik ke Melaka Ahad lepas, aku singgah sebentar di Kerdau, melihat Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pahang.. Singgahnya aku hanyalah atas kapasiti 'media', saya ulang, kapasiti 'media'.. Aku tiba jam 3.30pm, iaitu waktu belum puncak.. Biasala, jadual perjalanan agak ketat untuk ke Melaka..

Masa aku pergi tu, tidaklah ramai mana.. Paling banyak pun seribu manusia.. Aku pergi tengok ada Aishah bagi talk dengan orang kuat PAS atas pentas kecil di bawah khemah.. Aku tak layan sangat sebab panas.. Tapi bagus jugak aku singgah, ramai kawan yang dah lama aku tak jumpa (ex-SMKA TAHAP) aku jumpa di sana..

Usai mengambil gambar majlis aku bergerak pulang ke Melaka.. Dalam perjalanan menuju ke Temerloh, kenampakan beberapa buah bas menuju ke Kerdau, berhijau-hijauan.. Di samping itu terdapat jugak konvoi berkereta.. Dan ada konvoi seramai lebih kurang 300-400 motorsikal orang muda berbaju hijau dan mengibar bulan purnama juga menuju ke Kerdau..

Tiba di Melaka aku mendapat berita bahawa kemuncak himpunan itu dihadiri oleh TG Abdul Hadi dan TG Nik Aziz.. Diberitakan bahawa beribu orang ada, dan jalan menuju ke Kerdau sesak sejauh 6km dari kedua-dua arah..

Dan juga atas kapasiti 'media' saya membuat liputan di Padang Jambu semalam.. Terdapat dua ceramah, satu ceramah Pakatan Rakyat dan satu lagi ceramah Barisan Nasional.. Dua-dua berdekatan antara satu sama lain dengan jarak tak sampai seratus meter.. Barisan ceramahnya di Padang, manakala Pakatan ceramahnya di rumah persendirian..

Parti komponen masing-masing menghantar wakil untuk berceramah di Pakatan, manakala di Barisan wakil daripada UMNO dan MIC memberi ceramah..

Saya tak nak komen banyak sebab saya datang nak ambik gambar je.. Taknak dengar pun retorik, atau kata-kata politik dari kedua belah pihak (Hehehe)..

Di pihak PR, terdapat gerai-gerai menjual aneka ragam barangan daripada minyak wangi sehinggalah makanan.. Yang hadir boleh tengok sendiri dalam gambar.. Yang bagi ceramah katanya Prof Aziz Bari, saya tak kenal yang mana satu..  Intipati banyak menyentuh manifesto PR untuk PRU ke 13 di samping mengondem dasar BN..


"Barisan nak bagi makanan percuma dua kali sehari kepada rakyat Melaka jika menang PRU 13. Agak-agak dari mana diorang nak cekau RM 60 000 sebulan untuk ini?" 





Di pihak BN, yang bagi ceramah seorang ustaz dan ketua pemuda Padang Jambu.. Kalau Ketua Pemuda tue baca, saya nak mintak maaf sebab flash kamera saya menyebabkan anda terkedu dan terdiam kerana diganggu konsentrasi.. Hehe.. Intipati banyak menyuruh pendengar mengenang budi 1Tayar, BB1M, BR1M, dan sebagainya di samping mengondem Anwar Ibrahim..




"Anwarlah yang meluluskan projek Highland Tower.. Kalau dia memerintah lagi, entah apalagi yang akan runtuh" 



Walau apa-apa pun yang dikatakan mereka, hendaklah didengari daripada kedua belah pihak, barulah namanya adil dan saksama.. Kalau belah PR kita boleh jumpa dalam talian atau ceramah sebegini, tetapi kalau dalam BN, bukak je TV.. Hehe..

Saya sebagai wakil 'media' berterima kasih kepada abang di ceramah Barisan kerana menghulurkan kerusi kepada saya..

Sekali lagi saya tekankan saya hanya hadir atas kapasiti 'media'.. Rakan-rakan media yang lain tidaklah kelihatan.. Hanya flash kamera saya je yang ada malam tue.. Takde flash lain dah..

P/s: Memperkenal teman sebilik aku yang baru, Encik John, Jack, Jane, dan Jill Doe.. Mana satu pun aku tak tau.. Apa-apa pun moga kau tahan 17 darjah selsius..