Tuesday, August 31, 2010

Aku Jarang Dalam Talian

Salam Alaik...

Aku jarang dalam talian... Kalau nak kontek aku, boleh usha fon aku +60199005006

terima kasih

Tuesday, August 24, 2010

Aku Sudah Pulang III

Salam Alaik...

Aku dah tiba di Jerantut.. Terima Kasih..

(^_^)

No fon aku masih lagi tiada... Dan jika ada nombor baru, akan aku letakkan di sini..

(^__^)

Dan selamat berpuasa

(^___^)

Dan Selamat Berbuka dengan juadah Malaysia (^____^)

Puisi Terbaru aku, klik sini

Friday, August 20, 2010

Aku Ingin Pulang II

Salam Alaik...

Ok... Aku serius takde masa yang banyak untuk mengarut panjang... Cuma aku nak kata yang aku akan bergerak keluar Manipal... Bila keluarnya entri nie, maknanya aku dah dalam bas bergerak ke Bangalore.. Travel Timeline aku:-

9.20pm: Bergerak dari Manipal ke Bangalore
21/08
9.00am: Tiba di Bangalore dan layan shopping di Bangalore
22/08:
4.20pm (India): Departure dari Bengaluru International Airport
10.35pm (Malaysia): Arrival kat LCCT dan diangkut oleh akak aku ke K. Pilah
23/08
Kurang lebih 10am: Bergerak ke Jerantut
Kurang lebih 1pm: Tiba di Jerantut

Ini secara ringkas... Jadual berubah kalu flight tunda (memang kerja AirAsia tunda jer)...

Nota Penting:
1. No fon aku di Malaysia sebelum nie semuanya tidak boleh digunakan dan sebarang usaha untuk menghubungi aku hendaklah melalui no fon mak aku....
2. No fon baru akan disiarkan di Fb sejurus selepas aku dapat no baru
3. Doakan aku
4. Jumpa di Malaysia insya Allah...

Jom Tengok Bintang

Salam Alaik...

Lama sudah tak tengok bintang dan bulan di waktu malam... Langit Manipal, di kala dekat-dekat mahu ditinggalkan ini semacam memanggil-manggil sahaja... Langit cerah, tak hujan, tiada bebanan pelajaran dsb...

Dah lama aku merinduimu langit... Selama ini hanya ku lepaskan tatkala memecut motorku untuk Subuh, dan mungkin malam ini, malam terakhir Ramadhan aku di Manipal dapat melihat dan bersamamu di awal pagi....

Aku bukan ahli nujum yang melakukan perbuatan tanjim, aku hanyalah penggemar malam, yang mengembara dalam malam, kerana malam itu sunyi, dan indah untuk dihayati... Bebas dari perangai kurang asam tempe, hanya ditemani, langit, bumi, aku dan cengkerik.... Tiada yang lain...

Dan, bila ku berada di atas atap di Jerantut, akan ku kenang langit malam Manipal ini... Walaupun langitnya tidak segah langit di Malaysia, tetapi dia tetap menemani aku sepanjang setahun ini...

Belantik, Biduk dan Pari, keluarlah!!!

Wednesday, August 18, 2010

Aku Mahu Pulang

Salam Alaik...

Aku mahu pulang... Lagi 4 hari di Malaysia, lagi 5 hari di Jerantut insya Allah... (^^) Tak sabor weyh...

Penat haram dah nie study...

Sebelum balik:-
1. Forensik esok last paper
2. Setelkan hal Residential permit yang menghilangkan dirinya
3. Beli barang sket
4. Banyak lagi la.. Malas nak tulis..

Balik lah Malaya dengan aman~

Monday, August 16, 2010

Ayah Saya Kata Macam Tu!

Salam Alaik...

p/s: Dipetik di Saifulislam.com oleh Hasrizal Abd. Jalil (Abu Saif)

***************************************************************

GURU NANAK DAN KUCING ASHRAM

Pernah suatu ketika Guru Nanak dan pengikut-pengikutnya mahu mengerjakan sembahyang cara mereka. Tetapi mereka diganggu oleh kucing ashram yang menyelit-nyelit di celah kaki mereka. Lantas Guru Nanak mengarahkan supaya kucing ashram itu diikat di tiang setiap kali mereka mahu bersembahyang.

Selepas beberapa ketika, Guru Nanak telah meninggal dunia. Pengikutnya masih mengamalkan ajaran Guru Nanak seperti biasa dan setiap kali mereka mahu bersembahyang, mereka akan menambat kucing ashram tersebut di tiang. Akan tetapi selepas kucing ashram itu mati, pengikut-pengikut Guru Nanak mencari pula kucing lain untuk diikat setiap kali mereka mahu mengerjakan sembahyang!

Berkurun selepas itu, barulah ahli teologi membongkarkan hal ini, betapa kesilapan telah berlaku apabila pengikut ajaran Guru Nanak menyangkakan bahawa sembahyang mereka tidak sah tanpa kucing yang ditambat di tiang! Mengapa semua ini terjadi? Jawapannya mudah, bertaqlid buta dan agama menjadi ritual. (–”The Guru’s Cat” from The Song of the Bird by Anthony De Mello)

Saya kisahkan cerita di atas kepada pelajar-pelajar sebuah kolej semasa mereka mengikuti sebuah kursus yang saya kendalikan bersama Fitrah Perkasa. Para pelajar dibawa ke tepi pantai dan kami belajar zikir dan fikir terhadap kebesaran Allah berpandukan ayat 190 serta 191 surah Aali Imran. Kemudian kami bersolat dua rakaat. Selepas solat di atas pasir, saya kisahkan cerita kucing ashram tersebut dan saya tanya kepada pelajar, mengapa kalian menyapu muka selepas memberi salam tadi? Soalan itu saya biarkan tergantung supaya pelajar kaitkan ia dengan kisah Guru Nanak dan kucing ashram itu tadi.


***********************************************************


dipetik di sini

Renung-renungkanlah... Walaupun nampak enteng, kekadang perkara macam ni la kita tak cakna... (^^)


Selamat beramal...

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Ya Imtihaan, Ahlan Ya Ramadhan, Salam Ya Malizi

Salam Alaik...

"Selamat datang Peperiksaan, selamat datang Ramadhan, dan Salam buat Malaysia"

Entri ini telah ditulis pada, 9 Ogos 2010, tetapi disiarkan pada 10 Ogos 2010...

Menjelang Maghrib hari ini, insya Allah la semua umat Islam di India (dan mungkin seluruh dunia) akan mula menyambut ketibaan Ramadhan... Semua sudah arif tentang itu... Cuma, bilakah masanya anak bulan akan muncul, itu kurang arif kecuali bagi sesetengah (berdasarkan hisab)...

Dan, pagi esok, di dalam hari pertama bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, aku dan sebahagian rakan seperjuangan akan mula menjawab peperiksaan Block II Stage IIa... Bagaimana menjawabnya, itu tengok lah dulu.. Insya Allah boleh... AKu berharap agar dipermudah segala urusan... Dan, apa-apa pun, perancang yang terbaik ialah Allah S.W.T...

Apabila selesai Block II, maka cuti semester selama sebulan pun bermula... Dan tatkala itu, insya Allah akan aku pulang ke Malaysia... Dah hampir setahun beb tak balik... hehe... Last time aku pijak Malaysia 24 Ogos kot.. Aku pun tak ingat... Tapi cukup lama la....

Dan flight aku dari Bangalore insya Allah waktu petang kalau tak delay, naik AirAsia... Dan kalau berkesempatan insya Allah akan berbuka puasa di atas flight... Jadi, sampai ke poin utama aku nak tulis sebenarnya... 'Bagaimana menentukan waktu berbuka dah masuk atau belum?'...



Menurut Syeikh Yussuf al-Qardhawi, Presiden Persatuan Ulama' Dunia, waktu berbuka bagi muslim yang berpuasa ialah waktu matahari terbenam ketika kita di atas flight... Bukan waktu maghrib negara yang kita berlepas (e.g India) atau negara yang kita akan menuju (e.g Malaysia) atau negara yang kita sedang berada atasnya (e.g Indonesia)... Waktu berbuka ialah pabila kita tak nampak matahari (i.e matahari dah terbenam di ufuk barat), tak kira la jam berapa sekalipun....

Ini berasaskan Surah al-Baqarah ayat ke 187

"Eat and drink (sahur), till the white thread of dawn appear to you distinct from its black thread; then complete your fast (iftar) till the night appears"

Jadi, selagi mana tak malam, tak boleh berbuka puasa... Kena tunggu malam (i.e matahari terbenam) barulah boleh berbuka puasa...

Sekian sahaja untuk hari ini... Bacaan lanjut boleh klik kat:-

Scribe


dan jika faham arab buleh terus ke sini (nak guna google translator pun ok)

dan disentuh gak oleh blogger yang lain di sini

Dan selamat menyambut Ramadhan untuk semua... Semoga Ramadhan kali ini ialah Ramadhan yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun sebelumnya... Gunakan Ramadhan sebagai platform untuk memperbaik diri, insya Allah...



Wallahu 'alam...

Friday, August 6, 2010

Deja Vu

Salam Alaik...

"Tengah melepak dengan aman di Nandini Store, tiba-tiba aku terasa situasi itu pernah aku lalui. Cuma 'bila' sahaja yang menjadi persoalan. Ya, situasi yang sama, dengan pakcik Nandini duduk, dan ada dua orang tempe membeli recharge (a.k.a Topup), dan Edi yang gelak besar kat sebelah aku. Ya, sememangnya perkara ini macam pernah kulalui dulu."

Dan, perkara ini memang selalu berlaku kepada semua orang. Dipanggil 'Deja Vu' atau maksudnya 'sudah pernah dilihat' atau 'already seen' dalam bahasa Perancis. Kalau taktau, boleh tanya Rahimin Idris sebab dia pernah buat buku 'Bukan Deja Vu'.

Secara mudah la, deja vu nie ialah perasaan seperti korang pernah rasa yang korang berada dalam situasi itu. Cuma korang tak ingat bila. Situasi itu biasanya teringat secara spontan. Dan, kalau untung, korang boleh predict apa yang akan berlaku, sebab korang macam pernah mengalami situasi itu.

Faham? Senang je kan? Hampir semua pernah merasai perkara nie. Dalam bahasa sainifiknya Deja Vu ni dipanggil 'promnesia' = pro (before) - nesia (memory)... Dan setakat ini, kejadian promnesia aka Deja Vu nie masih lagi misteri kerana amat payah untuk mendapatkan subjek (bahan kajian) yang promnesia ketika kajian dijalankan. Atau dengan kata lain, promnesia ini tidak boleh dibuat-buat.

Dan, kembali kepada satu soalan utama, kenapakah ada Deja Vu?

Kalau tengok Final Destination (1-4), Deja Vu membantu watak-watak menyelamatkan diri dari maut.. Sila jangan percaya la Deja Vu boleh selamatkan dari maut, sebab ajal maut itu hanya hak Allah. Dia boleh sesuka hati jer nak tarik nyawa bila masa ditentukan...Adakah Deja Vu membantu kita? Hurm, takde lagi cerita yang sahih mengaitkan Deja Vu dan penyelamatan diri...

Jadi, kenapakah Deja Vu? Adakah sengaja otak nak memainkan kita? Atau Situasi itu memang betul-betul pernah berlaku?

Firman Allah,

"Tidak Aku jadikan sesuatu itu sia-sia" [Ali 'Imran; 191]

Jadi, pastinya ada hikmah di sebalik Deja Vu nie... Apakah?

Dan aku masih tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Cuma satu je pendapat (atau teori) aku. Deja Vu dicipta untuk menunjukkan kepada manusia bahawa sesungguhnya setiap perjalanan hidup kita, setiap perkara yang kita buat, akan buat dan telah buat, semuanya telah ditetapkan oleh-Nya...

Kenapa aku cakap macam tue?

Kalaulah masa depan kita masih belum ditetapkan, mana mungkin situasi yang akan berlaku, telah terbayang di depan kita dalam keadaan tidak sedar. Dan apabila situasi itu berlaku, maka kita pun terbayang bahawa kita pernah melalui situasi yang sama, watak yang sama, cuaca yang sama, dan tempat yang sama.

Dan itulah Deja Vu. Allah cuma mahu menunjukkan bukti kekuasaannya dan bukti Qada' dan Qadar-Nya... Dan bukti bahawa segalanya telah diatur....

Firman-Nya,

"Tidakkah kau tahu bahawa Allah mengetahui semua tentang langit dan bumi? Sungguh, semua telah tercatat dalam al-Kitab (Lawh Mahfuz). Sesungguhnya semua itu amatlah mudah bagi Allah" [Al-Hajj: 70]

dan

"Tidak ada musibah ditimpakan ke Bumi dan tidak juga kepada diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh menjadikan yang sedemikian itu amatlah mudah bagi Allah" [Al-Hadid: 22]

dan

"al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan kepada seluruh penduduk alam: iaitu bagi seiapa yang ingin tetap teguh dari kalangan kamu untuk jalan yang betul, dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam" [at-Takwir: 27-29]

Rasanya tak perlu la nak terangkan pasal ayat-ayat atas nie, sebab dah 'self-explained'...

Deja Vu hanyalah satu bukti aqli (akal) untuk meyakinkan manusia tentang qadha' dan qadar-Nya... Ya, setiap perjalanan hidup manusia sudah tertulis.. Kalau Dia berkehendak bahawa aku ke neraka-Nya, maka itulah aku, dan jika Dia mahukan aku ke syurga-Nya, maka itulah nasib aku...

Sesungguhnya beriman kepada Qadha' dan Qadar merupakan satu keperluan untuk mencapai takwa... Dan percayalah kepada Qadha' dan Qadar yang diimani oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah ini... bukan beriman kepada Qadha dan Qadar yang diimani golongan 'Qadhariah' yakni satu cabang dari Muktazilah...

Selamat berfikir, dan renung-renungkanlah entri aku yang pendek ini...

Tuesday, August 3, 2010

Sajak: Bulat-budak-comel

Bulat-bulat comel
warna warni macam pelangi
buat dari getah asli
produk Malaysia
ditiup kembung membulat
tak diikat kempis kembali

bulat-bulat ceria
ditiup-tiup lagi
oleh kanak-kanak riang
semakin besar semakin seronok

bila buccinator lenguh
dilepaskan semua angin
dan belon kembali kempis
bulat comel itu lega

Datang sorang budak comel
lagi comel dari giant
ambik belon itu
dan tiup lagi
tiup sekuat hati
dan bulat-bulat comel mengembung

bebudak keliling seronok
bulat-bulat comel tak buat apa-apa
budak comel II terus tiup
dan belon dari getah asli itu kembung lagi
dan terus mengembung

BAM!!

bulat-bulat comel dah pecah
akibat tidak mampu menahan tekanan
apabila melepasi isipadu maksima
dan budak-budak comel gelak
kepada budak comel II

bulat-bulat comel
tetap objek, makhluk
mengembang maksima
dan akhirnya runtuh, pecah

bulat-bulat comel II pula ditiup
dan hidup bulat-bulat comel yang lain
berjalan seperti biasa.

Jika tidak pecah, akan kempis hilang udara
tidak ada yang kekal
melayan budak-budak comel
yang lama-lama akan hilang comel juga.

Tiup-tiup sampai besar


BAM!!! Woups... Overloaded