Sunday, July 31, 2011

Perutusan Ramadhan 2011 (Yang dicilok dari 2010 Punya)


Salam Alaik...

p/s: Ini perutusan lama yang aku ubah sket.. Selain itu, amacam Header baru aku?

"Selamat datang Peperiksaan, selamat datang Ramadhan, dan Salam buat Malaysia"

Entri ini telah ditulis pada, 9 Ogos 2010, tetapi disiarkan pada 10 Ogos 2010 dan kemudian disiar kembali pada 31 Julai 2011...

Menjelang Maghrib hari ini (kalau anak bulan keluar), insya Allah la semua umat Islam di India (dan mungkin seluruh dunia) akan mula menyambut ketibaan Ramadhan... Semua sudah arif tentang itu... Cuma, bilakah masanya anak bulan akan muncul, itu kurang arif kecuali bagi sesetengah (berdasarkan hisab)...

Tambahan: Kalau anak bulan tak keluar, maka puasanya di Manipal ini pada hari selasa..

Tak relevan Dan, pagi esok, di dalam hari pertama bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, aku dan sebahagian rakan seperjuangan akan mula menjawab peperiksaan Block II Stage IIa... Bagaimana menjawabnya, itu tengok lah dulu.. Insya Allah boleh... AKu berharap agar dipermudah segala urusan... Dan, apa-apa pun, perancang yang terbaik ialah Allah S.W.T...

Tak relevan lagi Apabila selesai Block II, maka cuti semester selama sebulan pun bermula... Dan tatkala itu, insya Allah akan aku pulang ke Malaysia... Dah hampir setahun beb tak balik... hehe... Last time aku pijak Malaysia 24 Ogos kot.. Aku pun tak ingat... Tapi cukup lama la....

Dan flight aku dari Bangalore Kochin (2011) insya Allah waktu petang kalau tak delay, naik AirAsia... Dan kalau berkesempatan insya Allah akan berbuka puasa di atas flight... Jadi, sampai ke poin utama aku nak tulis sebenarnya... 'Bagaimana menentukan waktu berbuka dah masuk atau belum?'...



Menurut Syeikh Yussuf al-Qardhawi, Presiden Persatuan Ulama' Dunia, waktu berbuka bagi muslim yang berpuasa ialah waktu matahari terbenam ketika kita di atas flight... Bukan waktu maghrib negara yang kita berlepas (e.g India) atau negara yang kita akan menuju (e.g Malaysia) atau negara yang kita sedang berada atasnya (e.g Indonesia)... Waktu berbuka ialah pabila kita tak nampak matahari (i.e matahari dah terbenam di ufuk barat), tak kira la jam berapa sekalipun....

Ini berasaskan Surah al-Baqarah ayat ke 187

"Eat and drink (sahur), till the white thread of dawn appear to you distinct from its black thread of fajr; then complete your fast (iftar) till the night appears"

Jadi, selagi mana tak malam, tak boleh berbuka puasa... Kena tunggu malam (i.e matahari terbenam) barulah boleh berbuka puasa...

Sekian sahaja untuk hari ini... Bacaan lanjut boleh klik kat:-

Scribe


dan jika faham arab buleh terus ke sini (nak guna google translator pun ok)

dan disentuh gak oleh blogger yang lain di sini

Dan selamat menyambut Ramadhan untuk semua... Semoga Ramadhan kali ini ialah Ramadhan yang lebih baik dari tahun lepas dan tahun sebelumnya... Gunakan Ramadhan sebagai platform untuk memperbaik diri, insya Allah...



Wallahu 'alam...

Friday, July 29, 2011

Declassified: Peti Keselamatan Aku


Salam Alaik..

Aku ada satu peti keselamatan yang mempunyai banyak barang dalam tue.. Sama ada barang tue punyai memori atau sangat penting.. Aku sendiri pun tak ingat kekadang sebab apa aku simpan barang tue dalam peti tue.. So, sebab aku tak tau nak letak apa dah kat dalam blog nie, aku 'declassified' inventori dalam tue.. Hehehe..

P/s: Hahaha.. Kalau takde idea buat la macam nie.. :P

P/p/s: Harimau Malaya kalah dengan Singa United Nation dengan Aggregat 4-6.. Takpe, Olimpik ada lagi.. Sukan Asia 2015 pun ada lagi.. World Cup 2018 pun ada lagi.. Berusaha!!

Wednesday, July 27, 2011

#5 Wordless Wednesday


Salam Alaik


Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?

Monday, July 25, 2011

Tinggal Kenangan

Salam Alaik..

"Pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan.. Inginku lupakan semua tentang dirimu, namun tak lagi kan seperti dirimu, bintangku.."

Haha.. Lagu yang menemani aku ketika aku menulis entri ini.. Best jugak menjerit menyanyi sorang-sorang dalam bilik depan laptop.. Apa aku nak cerita kali nie eyh? Pffftt.. Payah jugak bila bagi komitmen untuk tulis blog setiap dua hari dan pada masa yang sama ada komitmen untuk tidak menyebut tentang politik (Rujuk entri 17/07/2011)..

Memandangkan aku mulakan entri dengan lirik lagu, jadi aku terfikir untuk menulis entri tentang lagu.. Dalam playlist aku ada banyak lagu (2000 lebih), dan daripada banyak lagu tue, ada kurang lebih 20 lagu biasanya apabila berkumandang akan menyebabkan memori aku melayang kepada suatu peristiwa.. Maknanya lagu tue penting la..

Hari ini, aku akan kongsi sedikit kenangan itu.. hahaha.. Payah nie aku nak kongsi hal peribadi dalaman aku untuk sesiapa sahaja yang baca blog aku.. :P

Lagu pertama aku nak kongsi ialah 'I'm Yours'.. Pada firasat aku korang mesti agak lagu ini berkaitan dengan cinta.. Maaf, salah! Hehe.. Kalau tetiba lagu nie dimainkan dalam playlist aku maka aku akan teringat satu malam, di Intec.. Hahaha.. Masa tue aku tengah online dalam bilik aku sambil pasang playlist.. Lepas tue, keluar daripada biru out of the blue, ada seorang Mamat mesej aku ajak lepak kat luar.. Luar tue, bukanlah keluar hostel Cemara, tapi cuma keluar bilik.. Aku biar je la lagu terpasang..

Dia ajak aku lepak kat belakang bilik aku, betul-betul bertentangan dengan taman rekreasi berhampiran Cemara.. Masa tue dia sengaja ajak aku berborak.. So, aku ok je.. Lagipun aku agak eksaited nak berborak dengan dia.. haha.. Dah duduk kat belakang tue, aku open sebatang rokok, seperti biasa.. Dia tiba-tiba keluar jugak rokok, jenama L&M.. Aku serius tak pernah expect dia merokok.. Bila aku tanya, dia baru start sebab stress dengan 'relationship' dia dengan awek dia.. Hehe.. Bila dia nak mula cerita tentang awek dia tue, maka playlist aku tetiba memainkan lagu I'm Yours..

Kenapa hal ini signifikan? Haha.. Aku pun tak tau.. Tetapi setiap saat berlaku pada waktu tue memang ada dalam memori aku.. Mungkin muka Mamat tue macam Jason Mraz kot.. Aku sempat rapat dengan dia sekejap je.. Sebab masa tu dekat nak habis AUSMAT dah.. Budak engine, tapi hati nak jadi dokter.. Berbeza dengan aku, budak Medic, tapi otak lebih kepada 'engine'.. Dunia, dunia..

Lagu Kedua yang aku nak share ialah 'My Heart' dan 'Berdua Denganmu'.. Lagu nie semestina fames waktu aku SPM dulu.. Macam mana lagu nie boleh mendapat tempat dalam kotak memori aku? Hahaha..

Masa aku SPM, sekolah aku dah macam takde undang-undang.. hahaha.. Kalau ada pun, penguatkuasaannya lemah dan terhad.. Ketua biro disiplin pengawas (baca 'aku') pun smoking masa tue.. Henfon dihalalkan penggunaannya ketika SPM.. Maka, bebudak (baca 'aku') akan menggunakan henfon untuk SMS keluarga dan awek.. Hahaha.. Maka, aku selalulah bermesej dengan Minah nie, dulu (baca ex-Awek)..

Aku tak kata bahawa di kala SPM aku duk bercinta etc.. Cuma aku telefon Minah tue, dan SMS tatkala malam-malam waktu zon SPM dulu.. Dan pada satu malam, sebelum kertas Sejarah tak silap aku, aku telefon la Minah nie.. Aku pun tak ingat apa isi aku borak.. Maklumlah, bila bercinta, apa yang diborak tak penting.. Yang penting 'berborak'.. Maka, tatkala aku berborak dengan Minah tue, di depan dorm L01, aku terdengar lagu yang bebudak nie pasang sambil study dalam bilik.. Dan lagu tue My Heart dan Berdua Denganmu..

Sampai sekarang, bila aku dengar lagu tue, aku teringat zaman-zaman bercinta SPM dulu.. Hahahaha.. Bengong..

Lagu Ketiga yang agak signifikan ialah lagu 'Jika Kau Bercinta Lagi', Alleycats.. Lagu nie aku dengar/nyanyi masa aku balik Malaysia Ogos/September lepas.. Waktu tue cuti raya.. Tarikh 6 September bermula kronologi indah.. Drama berakhir sebulan lepas tue kot.. Dan lagu ini mencelah ketika aku dah nak balik Manipal, beberapa hari sebelum aku bertolak ke Manipal..

Beberapa hari itu merupakan hari yang berat.. Bait lagu yang berbunyi 'selamat tinggal, aku mengundurkan diri' aku gunakan untuk Wall Photo dan Status Facebook aku sepanjang beberapa hari sebelum berangkat ke Manipal.. Boleh tengok sendiri.. Bait lagu tue memang kena la dengan diri aku yang terpaksa meninggalkan Rumah aku, atapa rumah aku, keluarga aku, Jerantut dan Malaysia untuk ke Manipal.. Sedih woo..

Dan selain dari itu, aku terpaksa 'selamat tinggal aku mengundurkan diri' kepada seseorang.. Dan seseorang itu kini 'tinggal kenangan'.. Lagi Jika Kau Bercinta Lagi nie memang 'serampang dua mata', atau 'membunuh dua ekor burung dengan satu batu'.. Cukup la cerita tentang lagu sampai sini.. Menulis bait lagu Alleycats nie dah cukup membuatkan aku rasa nak berhenti menulis sebelum bersepahan lagi rahsia aku akan bertebaran.. Hahaha..

Dan, sampai sini dulu.. Ada masa nanti aku tulis lagi beberapa lagu.. Ok?

p/s: Aku korek entri lama aku untuk cari beberapa bahan.. Lepas tue aku jumpa entri nie.. Bila tengok balik, kebanyakan yang aku pernah jawab tak sama dengan realiti yang pernah berlaku pada aku.. Soalan tue kebanyakan pernah belaku kat aku selepas tue..

Sunday, July 24, 2011

Perjuangan Perlu Diteruskan

Salam Alaik..

Suatu masa dulu, tatkala selepas SPM.. Aku kena pergi sekolah sebab ada penyampaian hadiah.. Dan dialog ini berlaku sehari sebelum tue.. Rambut aku sangat panjang masa tue, memang tak sesuai untuk dipertonton kepada bebudak sekolah.. Haha

Mak: Potong la rambut tue.. Esok nak ambik hadiah..
Aku: Taknak la mak.. Ambik hadiah je pun..
Mak: Biarlah kemas sikit.. Kalau hensem baru sesuai nak ambik hadiah..
Aku: Takpe la mak.. Perjuangan untuk menyimpan rambut sebagai tanda penentangan ke atas sistem undang-undang sekolah perlu diteruskan..
Mak: Ikut kau la nak buat apa..
Aku: Takpe mak, jangan risau.. Cikgu mesti bagi punya ambik hadiah walau rambut panjang..
Mak: Ok..

Dan, aku pergi ambik hadiah sehari selepas tue dengan rambut yang sangat panjang.. Cikgu semua tegur.. Aku peduli apa, perjuangan kena tetap! Haha.. Balik-balik aku dapat jugak hadiah tue: sebuah jam tangan yang aku pakai sampai sekarang, sebatang pen, sijil bertimbun, dan macam-macam lagi..

Agak-agak kalau aku potong rambut masa tue, mesti aku menyesal sebab perjuangan aku dikambus ke dalam lubang kubur..

Pergi ambik hadiah bukan alasan untuk mengorbankan perjuangan aku, ok! Kalau aku memang tak berjuang untuk berambut panjang, aku tak kisah potong rambut semata-mata mengambil hadiah..

Kehkehkeh..

Berambut panjang bukan satu perjuangan yang hakiki.. Cuma apa yang ingin aku tekankan, jangan sebab yang remeh perjuangan itu dimusnahkan..

Friday, July 22, 2011

iPhone Aku?


Salam Alaik...


Sejak bila aku ada iPhone? Dan sejak bila aku sign-up untuk Facebook for iPhone? Aku rasa sesuatu yang agak keikanan (fishy) berlaku dengan akaun FB aku..

Adakah aku digodam? Aku rasa aku tak cukup glamer atau tak cukup penting untuk digodam.. So, kenapakah?

Sesiapa yang ada jawapan bagaimana 'Facebook for iPhone' boleh ada dalam page aku sedangkan aku takde iPhone?

p/s: Entri ni sebenarnya ditulis pada 15 Julai.. Tapi sebab ada 4 entri lain yang dah lama tunggu Q, jadi terpaksalah ditunda tarikh siarannya..

Wednesday, July 20, 2011

#4 Wordless Wednesday


Salam Alaik..

-Gambar yang pernah membuatkan dia senyum-
-Ketika Study Break Desember-Febuari 2010/11-

Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?

Tuesday, July 19, 2011

Letupan, Ekonomi dan Borak

Salam Alaik..

13 Julai 2011, Mumbai dikejutkan dengan tiga letupan yang mengorbankan lebih 20 nyawa.. Setelah kes serangan ke atas Hotel Taj Mahal dan kawasan sekitar Mumbai yang meragut lebih 100 nyawa, kali ini intensiti serangan tampak kerdil, tetapi tetap serius..

Aku dapat tau cerita nie bila aku bukak FB JPA India.. Aku terus cari kat al-Jazeera, sebab al-Jazeera merupakan sumber berita antarabangsa aku sekarang nie.. Ternyata, benar terdapat letupan di Mumbai.. AKu tak kisah sangat, sebab aku masa tue sedang menyokong Harimau Malaya menentang Meriam Tin yang berkesudahan Meriam Tin menang 4 - 0..

Lewat malam sket, aku macam biasa meneruskan rutin harian bermesyuarat tengah malam di Malaysian Hall Nandini Store.. Sedang melepak sambil melayan Gudang Garam Untuk Pasaran India yang tak berapa 'kaw' tokey kedai tue pun bukak cerita pasal kes bom nie.. AKu terjemah lebih kurang la, ok..

"Kes bom kat Mumbai nie dah bunuh 17 orang (pada masa tue).. Saya rasa ini semua kerja Pakistan, Mujahideen yang ada kaitan dengan Ben Laden. Amerika la bagi duit kat Mujahideen Pakistan buat bom sana bom sini kat India nie.."

Aku tanya, "ape kes Amerika pulak terlibat?" sambil tersenyum sinis stail aku..

"Sekarang ekonomi India tengah naik.. Matawang Amerika turun.. Dulu satu dollar 50 rupee, sekarang satu dollar 40 rupee.. Ekonomi semua naik, Amerika je yang jatuh."

Telinga aku masih khusyuk mendengar.. Mulut aku muncung sambil hembus asap bentuk 'O', mata pulak kerling awek Cina lalu depan kedai, baru lepas dinner agaknya.

"Ringgit pun naik, dulu sedollar RM3.8, sekarang sedollar RM3," sampuk Edi..

Aku angguk je la.. Kaki duk bersilang, sandar bukan main lagi, kalah mafia..

Tokey tue sambung, "Amerika hantar orang Pakistan suruh bom India bagi orang takut.. Bila orang takut, ekonomi India jatuh dan ekonomi Amerika naik la sikit.."

"Ini semua strategi Amerika nak bagi negara lain yang nak naik jatuh.. India la salah satu mangsa.. Amerika bagi duit kat Mujahideen Pakistan suruh bom India, lepas tue Amerika senyap macam takde kaitan apa-apa secara langsung.. Ekonomi dia naik, ekonomi India jatuh, Pakistan kena tuduh," tambah Tokey Nandini lebih kurang..

Aku duk senyap.. Malas nak balas cakap lebih kurang sebab Tempe nie jenis payah nak faham bahasa Inggeris slang Perancis aku.. Aku angkat punggung lepak luar kedai.. Aku ingat orang Malaysia dan Islam je sedar yang Amerika nie tekong konspirasi, orang India pun ada yang sama pemikirannya.. Kehkehkeh..

Tue sebab aku suka lepak dengan orang tua yang suka berborak.. Dia punya borak, pehhhh.. Dengar dan layan sangat masyuk.. Tambah dan bakar lebih kurang supaya semakin hangat.. Memang berisi borak malam tue.. Kalau bab percaya, kena fikir guna otak la dulu der, baru boleh 'konsider' untuk percaya..

p/s: Balik Malaysia nanti seronok jugak borak dengan orang tua hal-ehwal politik ye dop? Maklumat yang diorang ada, boleh kalah menteri dan ahli parlimen.. Pehhh..

Sunday, July 17, 2011

Kenyataan Blog Aku

Salam Alaik..

Aku dengan ini berhenti daripada mengulas tentang politik secara jelas dalam laman Facebook dan blogspot.. Segala ngomelan dan leteran aku akan hanya dapat didengari melalui twitter..

Tempoh masa 'berlindung' nie akan tamat pada waktu yang akan diberitahu kelak..

Malah, aku juga membuat keputusan untuk memberikan kebebasan bersuara dan memberi komen kepada semua manusia dalam page FB dan blog aku tanpa tapis, tanpa ban, tanpa block, dan tanpa delete..

Setiap komen adalah di bawah tanggungjawab dan dosa-pahala sendiri.. Aku memohon berlepas tangan..

AKu sedar kebebasan memberi komen dan sebagainya dalam FB dan blog aku nie mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri, tetapi sebagai menghormati demokrasi tidak terpimpin, aku tak kisah..

Tetapi, sebarang komen yang menghina Islam, akan terus dipadam dengan serta merta tanpa gagal.. Maaf, ini aku tak boleh bagi demokrasi..

Segala kesulitan amat dikesali..

Friday, July 15, 2011

K-Drama

Salam Alaik..

K-drama memang menjadi kegilaan sesetengah remaja kat Malaysia (dan luar negara) sekarang nie.. Mungkin genrenya yang bersifat komedi-romantik memang mudah mendapat tempat, selain faktor utamanya: kekacakan dan ketampanan heronya, dan tak kurang kecantikan dan kecomelan heroin K-drama..

Kalau tengok dalam FB, ada sesetengah remaja nie obses dengan K-drama dan K-pop sampaikan 'profile pic', 'tagged pic' sehinggalah 'page' yang diorang 'suka' penuh dengan hal ehwal pelakon dan penyanyi Korea.. Sampai ada yang dah pandai cakap Korea.. Penangan K-drama dan K-pop memang ekstrim..

Aku disuap dengan K-drama ni masa zaman INTEC dulu, oleh member se'AUSMAT'.. Dia layan K-drama hampir setiap waktu lapang.. Selamat internet INTEC macam celaka, kalau tak, mesti beratus drama dah dia layan.. Aku nie jenis noob dengan K-drama masa tue.. Aku pelik kenapa la dia suka sangat tengok K-drama..

Dengan semangat inkuiri yang tinggi, aku pun kata kat dia, "apa kata aku tengok K-drama dengan kau", sambil aku berharap yang aku akan minat/lekat dengan K-drama.. Dia cadangkan satu cerita kat aku, 'Love Story in Harvard' (LSIH).. Lepas tue aku pun tengok la citer LSIH tue.. Aku lekat dengan LSIH 4-5 episod je.. Lepas tue aku bosan sebab bila masuk part romantis, aku dah tak berminat.. K-drama dalam hidup aku kemudiannya senyap sehingga ke MMMC..
Kat MMMC bebudak ramai tengok cerita Full House dengan apa tah satu lagi.. Aku tak ambik pot sangat Full House, tapi aku ambik pot yang lagi satu tue (maaf tak ingat tajuk citer).. CIter tue aku layan 3 episod je sebelum aku bosan, walaupun kawan-kawan aku yang lain rate cerita tue 'K-drama wajib tonton'.. Haha.. Tapi gagal untuk menjerumus aku..

Lepas setahun, aku layan satu K-drama tajuk You're Beautiful.. Dan seperti biasa, ekspektasi aku bahawa K-drama nie akan berjaya buat aku tertarik untuk 3 episod je.. Tapi lain yang aku ekspek, lain yang jadi.. Aku tengok start dari episod 10, dan aku bertahan sampai episod akhir (16).. Lepas tue, aku jadi rindu, then tengok episod 1 sampai episod 9.. Haha.. Bangang sungguh..

Aku pun tak tau apa faktor yang sahih yang menyebabkan aku lekat dengan You're Beautiful.. Setakat nie aku saspek aku lekat sebab ada satu watak yang bernama 'Shin Woo' mempunyai perwatakan dan jalan hidup yang hampir sama dengan aku, pada waktu tue.. Kiranya aku dapat menghayatinya la.. Haha..

Member aku, Edi cadang aku tengok cerita My Girlfriend is Gumiho.. Dia dah khatam citer tue 3 kali dalam sebulan.. Pehh.. Aku tak teringin pun nak tengok Gumiho.. hahaha.. Aku tak tau sebab apa.. :P

Sekarang, aku tunggu satu K-drama tajuk Heartstrings/You've Fallen For Me.. Pelakon yang sama berlakon sebagai 'Shin Woo' dalam You're Beautiful.. Citer Heartsrings tue tak habis lagi, so, aku kena tunggu seminggu sekali la.. Aku nak tengok setakat mana aku bertahan.. Sekarang baru 4 episod, dan aku nampak karakter hero tue dah ada mirip aku.. hahaha.. So, sepanjang berehatnya series House M.D, Chuck, dan Dexter; aku akan menunggu Heartstrings..

Dalam HD aku bersepah series yang aku layan sejak bulan 4 dulu, mula dari Merlin (Season 1, 2 dan 3), The mentalist (Season 1, 2 dan 3), Modern Family (Season 1 dan 2), serta The Big Bang Theory (Season 1, 2 dan 3).. Secara terkumpul aku layan 11 season series, yang berjumlah lebih 200 episod dalam masa dua bulan.. Punyalah banyak masa aku.. Haha.. Ada lagi Burn Notice dalam HD aku, tapi aku tangguh dulu la..

Bila aku layan series, aku akan kurang berFB dan berada dalam talian.. Bila aku tak layan series, aku akan banyakkan berFB dan berada dalam talian.. Aku kena suppress aktiviti dalam talian dan aktiviti depan laptop.. Nanti aku tak study.. So, bye - bye!

Wednesday, July 13, 2011

#3 Wordless Wednesday


Salam Alaik..

Terima kasih PapaGomo.. :)


(Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?

Tuesday, July 12, 2011

Cerpen: Begini Rupanya Menjadi FRU


Salam Alaik..

p/s: Ini merupakan cerita pendek.

Kelas petang tadi membuatkan Mamat penat.. Mahunya tidak, dua jam disumbat dengan sejarah Malayan Union yang ditentang menggunakan tunjuk perasaan dan demonstrasi yang dihalalkan Raja-raja Melayu dan para pemimpin Pekembar.. Bukannya Mamat tidak suka akan subjek sejarah, cuma dia merasakan kurikulum sejarah itu satu cara untuk menyelami minda separa sedarnya untuk menyanjung perjuangan anak bangsa ke arah kemerdekaan..

Mamat tahu betapa berjasanya Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn, dan rakan-rakan berjuang menggunakan kuasa rakyat dan semangat bangsa untuk memperoleh kemerdekaan.. Biarlah Indon mahu pertikai bahawa merdeka Malaysia bukan melalui perjuangan tulen.. Bagi Mamat, perjuangan tulen ialah perjuangan yang berjaya dengan meminimakan tumpahnya darah ke tanah.. Mamat cuma tidak puas hati apabila perjuangan haluan kiri tidak diiktiraf oleh kurikulum.. Bagi Mamat, itu satu diskriminasi yang terancang..

Mamat dah tidak mahu berfikir tentang subjek sejarah di kelas tadi.. Selepas dicabut baju dan seluarnya sehingga tinggal seluar katoknya, dia baring di atas katil empuknya.. Berbantalkan beruang Tedi, dia cuba melelapkan matanya yang dah separa terkatup.. Sambil mencuba untuk tidur, dia terbayang-bayang impiannya menjadi seorang Perdana Menteri yang berkaliber.. Bayangan imaginasinya berlarutan sehingga dia tertidur..

"Bangsat Celaka Haram Jadah!" Mamat melatah.. Dia terjaga dengan ekstrim daripada tidur apabila tidurnya diganggu oleh bunyi bising burung merpati mengawan di tingkap biliknya.. "But*h punya Merpati! Takda masa lain ke nak bising?".. Mamat hilang kawalan emosi.. Mungkin burung itu silap masa dan tempat mengawan ketika Mamat sedang mimpi menaiki Bumblebee dengan Megan Fox..

Mamat panas hati dan perasaan.. Merpati itu selamba mengawan macam tak peduli Mamat menjerit dan mencarut.. Mamat lagi la rasa tercabar, nak pulak Mamat nie pantang dicabar.. Mamat tutup tingkap biliknya, menyebabkan burung Merpati itu terperangkan antara tingkap dan jaring nyamuk biliknya.. Burung tu memang dah tak boleh lari.. Terperangkaplah dua merpati sejoli itu..

Tanpa tunggu, Mamat capai setin penyembur nyamuk Baygon, dan menutup hidungnya dengan mafla yang dibelinya ketika pasar lambak dahulu.. Dia acukan Baygon itu ke arah merpati yang terjebak itu, dan menekan picu Baygon tersebut.. Maka kalutlah merpati dua ekor itu cuba lari tetapi gagal kerana tersekat.. Mamat memang tak fikir dah.. Dia sembur sampai Baygon itu jadi ringan.. Dia tak kisah sebab dia dah tutup hidung, cuma merpati je la yang teruk.. Melepek tak larat terbang kerana efek 'Acetylcholinesterase Inhibitor' sangat ekstrim..

Bila merpati tu dah lemah, Mamat tangkap dan ikat kaki merpati tu kemas-kemas dengan tali rapia.. Seekor lagi dibiar layu di tingkap.. Merpati yang diikat itu cuba meronta lemah, tapi Mamat tak terjejas.. Ye la, merpati lawan manusia, komfem tak bergerak merpati tu.. Mamat campak merpati tu ke dalam bakul dan merpati yang lagi satu Mamat lepaskan, walaupun tak larat terbang..

Mamat puas hati.. Merpati dah tak mengganggu tidurnya.. Kekejaman Mamat menyembur gas pemedih mata dan air kimia Baygon ke arah merpati itu membuahkan hasil.. Mamat dalam hati berkata, "kebebasan berkicau aku boleh bagi, tapi kena waktu aku tak tidur la!".. Mamat senyum sinis dan memandang merpati yang terikat dalam bakul di luar pintu biliknya..

"Macam nie rupanya perasaan menjadi FRU" - bisik Mamat sebelum tertidur dengan sendirinya..

Sementara itu, ratusan merpati sedang menuju ke arah rumah Mamat setelah menerima laporan bahawa Mamat menyalahguna kuasa menyeksa merpati walaupun termaktub dalam undang-undang alam bahawa merpati mempunyai kebebasan untuk mengawan kerana merpati takde akal yang sehebat manusia..

Siaplah Mamat, tidurnya akan terganggu lagi..




'Mamat memang tak peduli merpati tue sakit ke, maut ke. Apa yang penting Mamat hanya mejalankan tugas.. Apa tugas Mamat? Pastikan tidur secukupnya.' - Kalau tak banyak masa boleh terus ke minit 8:48

TAMAT

Sunday, July 10, 2011

Keris Tajam Akal Tumpul

Salam Alaik..

Sajak di ambang tengah malam 09 Julai 2011.. Sewaktu aku sedang belajar, kira-kira 12 jam sebelum BERSIH 2.0 dan PATRIOT.. Semoga bagus untuk dibaca.. Inteprestasi bebas..








Versi Muka Surat Penuh..


Friday, July 8, 2011

Paranoid


Salam Alaik..

Kata-kata seorang Anarkis yang menentang kekejaman sebuah kerajaan yang paranoid. Diterjemah dari petikan filem 'V for Vendetta', antara filem tentang revolusi terbaik yang pernah aku tengok.

"Sementara keganasan itu boleh digunakan sebagai ganti perbualan, kata-kata akan sentiasa mengekalkan kuasanya. Kata-kata menawarkan tindakan untuk sesuatu maksud, dan kepada orang-orang yang mendengar, kata-kata menjelaskan kebenaran. Dan kebenarannya ialah, ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan negara ini, kan? "

"Kekejaman dan ketidakadilan, tiada bertoleransi dan penindasan. Apabila kita mempunyai kebebasan untuk membangkang, untuk berfikir dan bercakap seperti yang kita rasa tepat, kita kini mempunyai sistem penapisan dan sistem pengawasan yang memaksa kita patuh dan menyembunyikan kebenaran."

"Kenapa hal ini berlaku? Siapa yang patut dipersalah? Ya, tentu ada orang yang lebih bertanggungjawab daripada orang-orang yang lain, dan mereka akan tetap kekal bertanggungjawab. Tetapi sekali lagi kebenaran perlu diberitahu, bahawa jika anda sedang mencari orang yang bersalah, anda hanya perlu melihat di dalam cermin."

Sumber (Bahasa Inggeris): V (V for Vendetta)

"People should not fear the government, the government should fear the people.." - V

V for Vendetta ni mengisahkan seorang penentang kerajaan Britain yang semasa itu penuh dengan konspirasi dan penindasan ke atas rakyat Britain.. Kerajaan Britain dalam filem itu berkuasa kerana menimbulkan isu yang menakutkan rakyat seperti peperangan, keganasan dan wabak penyakit.. Lalu kerajaan itu menawarkan keamanan dan keselamatan rakyat dengan cara menindas rakyat, menyekat suara rakyat dan menangkap rakyat tanpa bicara..

Keamanan dan ketenteraman memang dapat dikawal dengan cara itu.. Tetapi, kesengsaraan rakyat dari dalam tidak dapat ditahan apabila segalanya disekat termasuk kebebasan bersuara, kebebasan media dsb.. Malah, jika menyimpan gambar yang mengutuk kerajaan, akan ditangkap dan diseksa..

V, protagonis cerita ini ialah mangsa ujian virus yang direka kerajaan, tetapi selamat kerana mempunyai sistem imun yang tinggi.. V berjaya melarikan diri dari kem ujian itu dan membina hidup.. Dan, kemudiannya, dia keluar dan mengumumkan penentangannya ke atas kerajaan yang korup, diktator, zalim dan bangang.. Dia memulakan kempennya dengan meletupkan 'Old Bailey', iaitu mahkamah Britain, simbol keadilan.. Berita di TV milik kerajaan memalsukan berita tersebut dan menyatakan Old Bailey dimusnahkan oleh kerajaan untuk digantikan yang baru..

V kemudiannya menyerang stesen TV dan menggunakan saluran Kecemasan untuk menyiarkan mesejnya ke seluruh London agar bersama dengan dia, setahun selepas itu untuk memberi sokongan dan meletupkan parlimen.. Tindakan V untuk meletupkan parlimen ialah satu kesinambungan usaha Guy Fawkes (1605) yang ingin meletupkan parlimen kerana memperjuang kebebasan beragama, tetapi gagal..

Pada akhirnya, V berjaya meletupkan parlimen, dan pada masa itu semua rakyat bersama V di hadapan parlimen mengabaikan pegnumuman dan arahan kerajaan agar tidak ikut berhimpun..

Tengok la cerita nie.. Best!

Wednesday, July 6, 2011

#2 Wordless Wednesday


Salam Alaik..



Apakah Wordless Wednesday?
'Wordless Wednesday' ialah satu kempen mengeluarkan entri yang semata-mata gambar tanpa penjelasan yang panjang ke atas gambar itu.. Kalau ada penjelasan yang panjang, tidaklah namanya 'Wordless', kan?

Monday, July 4, 2011

Sila Minta Maaf!


Salam Alaik..

Semalam aku bukak blog aku.. Sedang aku scroll ke bawah nak check blog list 'Unsetanism', aku ternampak iklan Nuffnang yang aku letak beberapa hari lepas.. Biasanya iklan tue iklan bodoh-bodoh je, tapi semalam iklan yang berkaitan dengan Liverpool.. Kejadah apa?


Aku sebagai penyokong tegar Harimau Malaya, Pahang FC dan semestinya Manchester United rasa tindakan ini sebagai satu tindakan yang salah dan tidak berpatutan!

Kesalahan pertama ini aku tak kisah la.. Tapi jika sekali lagi iklan berkaitan dengan Liverpool menjengah blog aku, aku tanpa segan silu aku membawa hal ini ke mahkamah.. Hehe..

p/s: Pagi tadi keluar gambar peremuan seksi dalam iklan Nuffnang.. Kalau tak kawal, maka aku akan remove je la Nuffnang.. Hoho

Sunday, July 3, 2011

Peludah Warna dan Maksudnya

Salam Alaik..


A Samad Said sejak kebelakangan ini terkenal dengan puisinya yang agak pro-rakyat.. Agaknya semangat seniman zaman pra-kemerdekaan meresap ke dalam jiwa A Samad Said.. Sajak di bawah ialah satu sajak terbaru A Samad Said.. Temanya sangat jelas, di samping persoalan yang amat mudah difahami oleh kalangan rakyat yang memberi mata dan telinga ke arah situasi politik negara..

Deklamasi sajak ini oleh A Samad Said sendiri boleh didengar di sini, dengan iringan musik.. Kepada pejuang-pejuang negara, boleh menghayatinya..


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Pada 1. 7. 11. Oleh A. SAMAD SAID

Maksud sajak nie mudah sahaja untuk difahami.. Berdasarkan waktu dan situasi sajak ini ditulis, kita dapat tahu Peludah Warna berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang disokong oleh A Samad Said sendiri..

Rangkap pertama menerangkan betapa pihak-pihak tertentu sangat marah dengan perhimpunan yang menggunakan kuning sebagai warna tema, dan T-shirt kuning sebagai seragam.. Pihak itu juga melakukan rampasan T-shirt kuning di seluruh negara, dan menggunakan akta tertentu untuk menangkap orang yang menyokong perhimpunan ini atas dasar perhimpunan ini bahaya kerana ada kaitan dengan 'komunis'.

Rangkap kedua menunjukkan semangat penyokong perhimpunan itu yang tetap tidak padam walaupun ditangkap, dan disumbat ke dalam lokap.. Ungkapan menjahit perca kain mungkin menunjukkan penyokong dan penganjur perhimpunan ini berusaha keras untuk menjelaskan objektif dan tujuan perhimpunan ini, serta menghapuskan tanggapan bahawa perhimpunan ini dibiayai oleh Kristian dan Yahudi serta Komunis.. Penganjur berusaha keras menunjukkan perhimpunan ini ialah suara rakyat, agar rakyat dan peserta perhimpunan ini damai dan tenang walau ditekan oleh pihak-pihak tertentu..

Rangkap ketiga, baris pertama dan kedua mempunyai unsur metafora yang tinggi.. Aku tidaklah tahu apa maksud yang sebenar baris-baris itu, melainkan sekadar anggapan sahaja.. Aku mengganggap bahawa cahaya matahari itu para pejuang dan peserta perhimpunan, akan dihalang dengan sedaya upaya, serta objektif dan suara pehimpunan itu (sinar mentari) akan disekat, agar tidak sampai kepada Marhaen seluruhnya seperti menghadkan berita di media massa, dan sebagainya..

Baris berikutnya bermaksud pihak tertentu itu memang berusaha keras menghalang gelombang kuning ini, diungkap dalam terma 'peludah warna' kerana membenci warna tema perhimpunan tersebut, kuning.. Mereka bersedia dengan mengerah pasukan Polis, dan FRU sebanyak mungkin ke ibu kota, mengadakan sekatan di jalan raya untuk memastikan perhimpunan ini tidak berjalan lancar..

Rangkap terakhir menutup sajak dengan satu sinis yang jelas.. Pihak tertentu menggunakan kuasa mereka secara kurang betul untuk menghalang perhimpunan ini.. Mereka menggunakan kuasa mereka sesuka hati kerana mereka sudah terbiasa memegang kuasa dengan lama, sejak dari zaman kemerdekaan lagi.. Mereka angkuh dengan kuasa yang mereka dapat..

p/s: Ini ialah terjemahan aku ke atas sajak ini.. Bukan bermaksud politik, cuma aku mahu mengasah skill menafsir sajak berdasarkan apa yang aku belajar dalam Komsas sewaktu sekolah menengah dulu.. Rugilah belajar komsas tapi tak praktikkan.. Kepada pihak yang terasa, maaf lah, aku cuma mahu memberi maksud, bukan mengutuk.. Sekadar menimbulkan apa yang A Samad Said cuba sampaikan mengikut pendapat aku..

Friday, July 1, 2011

Diari Seorang Lelaki V

Salam Alaik..








P/s: Jangan melakukan spekulasi atau gosip liar. Sila anggap segala anggapan anda salah. Coretan bersahaja ini tidak ditujukan untuk sesiapa.. Komen tidak dibenarkan untuk mengelakkan spekulasi timbul yang mengundang kepada fitnah.. TQ!