Monday, September 1, 2008

1 Ramadhan; 1 September

aku dan cap baru aku


Salam Alaik...

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini aku masih sempat merasainya... Ramadhan kali ini agak signifikan kepada aku kerana mungkin inilah Ramadhan terakhir bagiku di Malaysia sebelum aku mungkin berangkat ke Australia tahun depan... Ramadhan kali ini gak membawa makna kerana ulang tahun kelahiran aku juga jatuh pada hari ini... sedar tak sedar aku dah tua rupanya... Ulang tahun yang terakhir di Malaysia sebelum aku fly jugak... Heheh...

Terima kasih kepada akak aku kerana membelikan aku kek (walau aku dah tua) sebelum aku solat Tarawikh di Masjid Baru semalam... Terharu la jugak... Terima kasih kepada Cik Farah kerana menjadi manusia bukan keluarga pertama yang wish dan bagi hadiah... Terima kasih jugak kepada rakan-rakan yang lain, yang wish pakai SMS, Friendster dan sebagainya... Terima kasih... Hadiah-hadiah birthday aku banyak: keputusan seri Chelsea dan Liverpool, cap, hadiah dari akak aku yang aku rahsiakan, dan sebagainya...

Hari ini jugak aku balik Shah Alam setelah bersahur di Jerantut, berbuka di Shah Alam... Rindu kat Murtabak Syed, Ayam Percik, Air Tebu, dan sebagainya.... Rindu kat Gulai Masam Ikan Patin, Gulai Lemak ayam yang aku buat sahur tadi dan sebagainya... Rindu segala-galanya...Rindu nak semayang kat Masjid Lama, Rindu nak main mercun, rindulah segala-galanya lagi...

Hari ni gak aku balik Shah Alam dengan Farah, Anum dan rummate Farah kat USIM... OK lah... Tak berapa bagus sangat tadi sebab telinga dengan tekak aku ada problem sikit...Sampai kat Kolej dalam kul 6.30pm, aku beli nasik ayam, dengan air mangga kot, pastu balik, parking beg dan tulis blog... Loker pon aku tak sempat nak bukak...

Akay, aku nak pergi ready untuk iftar pulak... Allahumma laka sumtu, wabika amantu, wa'ala rizqika aftartu, birahmatika ya arhamar Rahimin...

Jom sekali...Pasni pergi Tarawikh pulak...

2 comments:

Rahimin Idris said...

pegrgi oversea? bagus! selamat berpuasa wan!

Anonymous said...

hepy birtday hubby..hehe