Friday, February 6, 2009

Hidup Palestin!!! Hancur Israel!!! takbir!!!!!!!!

Salam Alaik...

Situasi politikus di Perak kini menjadi krisis perlembagaan... Pelbagai kejadian dan insiden yang tidak ingin dan ingin kita lihat berlaku di Perak... Aku sebagai seorang rakyat Pahang juga tertarik dengan segala perkembangan yang berlaku di Perak, kerana Perak itu berjiran dengan Pahang...

Aku baru je lepas melihat segala situasi yang berlaku di Perak yang ditayang di dalam Buletin Utama TV3 tadi... Kalau lihat dan dengar segala apa yang dicanangkan TV3 itu, jelas sekali Perak di ambang darurat... Mana tidaknya, TV3 menyatakan bahawa demonstrator bersenjatakan kayu dan batu melakukan tunjuk perasaan semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru... Di samping itu, TV3 juga menyatakan bahawa demonstrator menghalang kenderaan rasmi Raja Muda Perak dan menghina Paduka Seri Sultan Perak...

Tidak cukup dengan itu, Karpal Singh dan konco-konconya bakal memfailkan saman dengan menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama dan Kerajaan baru Perak sebagai defendan kedua dalam usaha untuk menidaksahkan kerajaan Perak yang baru itu... Hurm... kacau-kacau...

Hal ini semua berpunca daripada tindakan 3 orang Rana sp. yang menjadi ADUN Bebas dan menunjukkan taat dan setia kepada BN... Disebabkan spesies inilah, Paduka Seri Sultan Perak perlu membuat keputusan yang amat rumit...

Eh, berlebih pulak aku...

Aku duk Pahang la... Pahang darul Makmur yang kerajaannya masih utuh dan stabil... Dan Sultannya yang mesra rakyat... bila aku duk Pahang jadi tidak adillah bagi aku untuk mencarut pasal hal yang berlaku di Perak... Aku bukan makhluk yang mengetahui situasi sebenar di Perak... Yang tahu hanya Tuhan iaitu Allah, Raja Segala raja...

Cuma aku harap konflik politik dan perlembagaan di Perak dapat disetelkan dengan aman dan makmur... gunalah suara Sultan berperlembagaan dan lupakan dengan kehendak dan pilihan rakyat... raja lebih berkuasa, kan? Woups, salah... Aku kena bukak balik perlembagaan Malaysia nie...

Mari kita semua berdoa kepada kemakmuran dunia, mari doakan kemenengan kepada yang Haq dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang berjuang demi tanah air mereka...

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.. Lu pikir la sendri!!!!

2 comments:

Anonymous said...

papaleh ko ni dh minat politik ker skrg ,ni aku mmg selalu gak bc hal politik, syabas najid berjaya mengkatakkan pkr perak syabas

Anonymous said...

Ghuraba tidak akan tunduk melainkan kepada Allah. Ini adalah motto kehidupan kami. Apabila ditanya mengenai tyrani, kami tidak peduli kerana kami adalah tentera biasa Allah yang sudah pasti haluannya.. kami redha pada pemberian ini ya Allah.

Tetapi kami bukan hamba kepada manusia hatta Sultan sekalipun! Kami hamba mu ya Allah.

Raja Adil, Raja ditaati (syirik disembah), Raja Zalim, Raja Disanggah !