Thursday, July 2, 2009

Antara Kontroversi, Realiti, Persepsi dan Reputasi: Of Bunga Telur and Balley Shoes

Salam Alaik...

Dalam dunia yang serba moden kini, yang dipenuhi dengan teknologi lebih-lebih lagi teknologi maklumat yang membawa maklumat tanpa sempadan, sering wujud berita-berita yang tidak berasas...

Apa masalahnya? Ko nak percaya, percaya la... Kalo ko taknak percaya, tak yah la amik kesah...

Huhu... Mentaliti ini sebenarnya sangat bagus tetapi tidak patut diamalkan... Apa yang penting ialah kita sama-sama memastikan berita yang palsu itu tidak disampaikan dalam kalangan kawan-kawan atau masyarakat sekeliling kita... Aku tak suruh pun memberhentikan maklumat tue sebab aku tau mustahil untuk menghentikan berita, hendak-hendak lagi kalau guna internet... Popaleyh payoh... Sedang zaman Hang Tuah yang takde radio pon berita senang tersebar dalam kalangan ahli mesyuarat tingkap yang dianggotai makcik Peah atau Makcik Orked (tak kira la apa nama pun), inikan pulak zaman yang lagi hebat...

Bukannya ape, berita yang mengarut atau tak berasas ni sebenarnya mampu menggugat kestabilan ukhwah dalam kalangan kita...Bila ukhwah dalam kalangan kita dah ranap, maka masyarakat, seterusnya negara boleh jadi hampeh... Eish... Tolonglah!!!

Nak tengok keburukan berita palsu? Banyak woo... Haha.. ku bukan nak cerita pasal berita palsu sebenarnya.. ku nak cerita pasal persepsi dan realiti...

Ok... Banyak orang mengakui bahawa realiti itu penting dalam menentukan sesuatu perkara... tetapi aku nak tanya, setakat mana yang realiti itu benar-benar realiti? Kebanyakan orang menganggap sesuatu itu realiti padahal ia sekadar persepsi... Persepsi la yang sebenarnya menentukan sesuatu perkara...

Aku bagi contoh... Jika seseorang pelajar memakai seluar pendek ala-ala boxer bermain futsal, tentunya orang sekeliling akan memandang bahawa budak itu tak tutup auratnya dan tak tahu malu... Maka timbullah segala macam khabar... Ada la bertanya "anak sapa tue?"... haha.... Tapi mungkin realitinya dia pakai boxer sebab dia bagi pinjam seluar dia kat member dia... sebab member dia tue seluarnya koyak sehingga punggung... Tapi, persepsi segala-galanya...

Lepas kejadian itu, mungkin ke mana-mana sahaja budak tue pergi, dia akan di'cap' budak yang pakai boxer... Haha... Walaupun lawak contoh aku, tapi kira ok la untuk idea pagi-pagi buta nie...

Lihat pulak dalam konteks politik... Rakyat marhaen mungkin membenci seseorang ahli politik berasaskan apa yang dia dengar tanpa mengkaji terlebih dahulu... Contoh: ada satu ketua kampung dituduh di'queen control'... Betul ke atau sekadar tuduhan tak berasas? Secara tidak langsung persepsi 'dia dikawal oleh bini dia' menerjah dalam minda semua penduduk kampung itu walhal dia sangat tegas... Nanti masa pemilihan ketua kampung, kecundang la dia sebab persepsi lebih dari realiti...

Dalam bab agama pulak... Sesetengah pihak (aku tak kata semua) mengatakan bahawa kita kena baca yassin pada malam jumaat di surau kerana itu ialah syariat... Padahal budaya membaca yassin di surau pada malam jumaat hanyalah satu adat... Tapi bila ada mufti membangkitkan hal ini, maka bisinglah orang kampung menyatakan mufti tue sesat dsb... Hal ini semua kerana persepsi dan bukannya realiti....

Kesan persepsi sangat mendalam... Sekali seseorang dah ditanam dengan sesuatu persepsi, maka payahlah untuk mengubah persepsi itu... Serius!!! Hanya realiti yang berlaku di depan mata tanpa ada keraguan yang munasabah sahaja mampu mengubah persepsi itu walaupun realitinya perkara itu sudah lama berlaku... Cuma kemalasan mencari maklumat dan hanya taat dan setia kepada persepsi membekas dalam jiwa mereka... Betul tak?

AKu takde la kata yang aku nie hebat atau bersandar pada realiti... Aku juga punya kelemahan untuk membezakan realiti dan persepsi... Apa yang penting ialah berusaha menuntut ilmu dan mencari maklumat... Insya Allah realiti menjadi tunjang maklumat kita... Sama-sama kita berusaha...

Ramai yang melihat epal itu gugur, tetapi hanya Isaac Newton sahaja yang bertanya 'kenapa?' - Marilah kita menjadi orang yang berfikir...

p/s: Reputasi dan kontroversi dalam tajuk di atas tidak ada kaitan secara langsung dalam entri ini... Haha

9 comments:

Monsieur Anonymous said...

epal??
wey, da msuk musim surian doew..
durian da gugur..
balik r cepat..
nnti x sempat..
=p

Basuh Baju said...

persepsi lahir kerana kita tidak mengenali. persepsi wujud apabila kita sekadar mendengar cakap2 orang. daripada persepsi wujudlah mentaliti.

mentaliti akan mempengaruhi tindak tanduk kita..

cthnya: kita tak pernah mengenal orang cina. orang2 tua kita memberitahu cina makan babi. jadi jgn datang rumah dia makan guna sudu dia. itu melahirkan persepsi dan mentaliti kita.

disebabkan mentaliti kita itu, kita tak nak kenal dengan cina..

ps: tp dalam politik, persepsi ialah segalanya.. kebenaran tidak penting.. percayalah..

dzul said...

entah kenapa sejak dulu manusia lebih suka persepsi daripada realiti..

mungkin juga realiti bukan semestinya realiti sehingga darjat persepsi diangkat ke tahap realiti pula..

pada aku mempercayai persepsi merupakan satu pendosaan..

fara anak abah said...

mungkin kerana persepsi 2 lbeh kurg cam fantasi...
antare fantasi dan realiti,org akan lbeh suke fantasi..
sbb reality 2 kdg2 mnyakitkan ati.
wallahua`lam..
masuklah kte dlm kalangan mereka y bfikir..
n act like 1..=)

Lah said...

nk komen boley?

dey macha geleii..koi dh kt malaysia

ape barang layan hindustan..blk la woi!!

nk bincang transformasi pemuda malaysia ngn ko ni..hahaha..ko kn politikus serpihan jalanan..=p

fadzil hafiz said...

saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara.persepsi dan realiti adalah dua perkara yang tidak sama.malah berbeda.namun begitu.ia amat sukar untuk dibezakan.

MieTo said...

2 la ko byk sangat tengok citer hindustan..

dah melalut tak tentu pasal.
pasai pa(bak kata pokyie)..

Don Balon said...

Durian kebun koi tengoh galok gugur weh..
moh la kala nok makan drian pree.. :)

Redz da Tsar said...

don, kalo boleh koi nak balik dah.. tapi skrg koi jauh ngat...

hehe... kalo drian aok tahan sampai bulan 8 koi tak kesah dtg gelanggi atas nama ukhwah... 15 minit je dr jerantut.. huhu