Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan Buat Rakyat Malaysia

Salam Alaik...

Aku rasa tidak terlambat untuk aku mengucapkan salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang mengaku dia rakyat Malaysia walaupun waktu Malaysia kini dah pukul 1050pm... Aku lambat sikit bukan sengaja, tetapi ini semua sebab aku baru jer dapat berada dalam talian setelah sekian lama menyepi...

Banyak benda aku nak tulis sebenarnya, dari pengalaman aku ketika balik Malaysia sehinggalah Man United menang dengan Arsenal beberapa malam yang lepas.. Tapi memandangkan masa orang duk sibuk berarak kat depan parlimen, aku duk dalam kelas memulakan semester baru, maka aku tak berkesampaian... maaf...

Cuma aku nak ucapkan terima kasih kepada Doo dan Scott sebab bagi aku 'topi musim sejuk' dan Rohil bagi key chain Taj Mahal... Tak lupa kepada kawan-kawan yang bersama aku ketika aku di Malaysia seperti Nadz, Qudus, Epol, Pizul, Malik, Scott, Zul, Firmad, Farah, serta kawan aku ang layan SMS aku seperti Hakim, Mursyed, Rahimin dsb...

Memandangkan result aku tak sedap mata memandang, aku rasa aku perlu mengurangkan masa dalam talian sebagai laluan kepada masa belajar... Harap faham yerk... huhu... Ada masa nanti aku cerita la balik... Kalau aku sempat, malam ni aku upload gambar aku semasa perjalanan ke Malaysia, di Malaysia dan perjalanan pulang ke India dalam facebook...

Sehingga bbertemu lagi~

1 comment:

Don Balon said...

weh duan
koi hantor sms ke 019 aok langsung tok berbaleh..
aok tok pakey ke no tu?
apa pun selamat berpuasa dan beraya di rantau orang..
Pegi mana2 pakai topeng..
India lagi cepat merebak koi rasa..
orang ramei..
pengotor pulok tu kuikui..
jangan maroh Duan..
:)