Sunday, October 25, 2009

K.O.M.I.T.M.E.N

Salam Alaik...

Komitmen... Satu perkataan yang sering kali diperkata oleh ramai orang termasuk yang berkapel, ahli politik, ibu, suami, adik-beradik, dsb... Komitmen dalam berkapel ada banyak signifikan..

Contoh, kalau nak meyakinkan pasangan, "I akan bagi komitmen 100% dalam hubungan kita, serius!"... Kalau nak menafikan hubungan dengan orang lain (main kayu tiga), "Serius, komitmen I dengan U juga... Bukan dengan dia"... Dan yang paling sadis pabila nak putus, "I tak boleh la bagi komitmen kat U sebab I ada komitmen lain..."

Sebut komitmen dalam berkapel, kita bukan sekadar memberi komitmen kepada pasangan kita, tetapi kita kena jugak bagi komitmen dengan benda lain... Komitmen paling utama yang kita patut bagi ialah kepada Allah... Kenapa? Sebab kalau kita komitmen 100% kepada kapel jer, maka senang la nak buat perkara-perkara lagha dan melupakan batas-batas agama...

Kedua, komitmen kepada ibu bapa... Dalam berkapel, komitmen jugak kena bagi kat ibu dan bapa kedua-dua belah pihak, baik di pihak kita atau pihak pasangan kita... Kerana kita sedang manalinkan hubungan dengan anak mereka... Jangan duk berkapel tapi ayah mak mereka tak tau... Ayah dan mak sendiri pulak jangan dilupakan semasa berkapel...

Ketiga, komitmen kepada rakan... Ini banyak berlaku kini... Apabila berkapel jer, dah mula lari dari rakan-rakan... Bila diajak keluar, dibagi alasan nak date dengan kapel la... Ini jelas sekali boleh merosakkan ukhwah sesama kawan... Balik-balik kalau clash (mintak jauh), jumpa kawan jugak... Ceit...

Keempat, komitmen kepada diri kita... Janganlah bila berkapel, diri tak terjaga... Study lari, bilik tak kemas sebab tak sempat nak jumpa awek, makan dicatu sebab nak belanja awek dsb... Kalau komitmen terhadap diri sendiri tak terjaga, maka tak mustahil awek tue boleh lari dari kita... Sapelah kita dengan kapel kita kalau kita tak terurus... Ada faham...

Komitmen terhadap awek aku taknak cakap sebab semua dah tahu, kan?

Jadi, kesimpulan, nak berkapel kena fikir banyak komitmen... Kadang-kadang sesetengah orang asyik fikir keseronokan tanpa memikirkan komitmen-komitmen yang banyak nie... Bila dah kapel mula la rasa menyesal sebab banyak komitmen... Bagi yang jenis buaya, komitmen memang takde dalam kamus hidup diorang...

Sila ambil perhatian, aku tulis nie bukan nak promote kapel, tapi sebagai peringatan... Kalau yang belum berkapel lagi, sila jangan... Kalau nak kapel, sila kapel selepas kawen... Kalau sekdar nak berkenal-kenalan, cukuplah yang mana yang patut... Jangan berlebih... Nanti kalau kawen, takde ape nak cerita dah...


Mana yang dah kapel, sila bagi komitmen kepada semua di atas... Dan sila kawen awa... Bahaya lambat-lambat... Takut boleh terluka dan terlepas komitmen~

Sila komen kalau tak puas hati!!! Hehe...

Sekadar suka-suka...

p/s: Glory glory Man United!!!

13 comments:

SyaZwan said...

Menarik...setuju...dan peringatan yang berguna =P

aya hidayah said...

one thing to ponder.....what actually the 'hukum' of coupling before marriage in Islam...

[ps: its easy to say but really hard to implement..]


so for those who invovle in coupling without any right relationship [me myself included MAYBE] u r highly encouraged to read the articles bout coupling...most recommended is in iluvislam.com...

*1st reader of this comment is the one who write..so this advice is for me in da 1st place & also for others who read this comment too~(^__^)*

u cannot be other person but u can be a better person...

As-Saff: 2 & 3 ...

bG said...

komitmen terhadap game mlm ni lagi penting dari kapel..

Redz da Tsar said...

Hukum komfem haram~ Takde syak... Itulah sebab dah kata dalam artikel tue, bahawa sapa yang sedang berkapel, sila kawen cepat... Sape yang belum, jangan buat~ And, I have already read the article in iluvislam before i write this...

Redz da Tsar said...

Dari Iluvislam.com

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

SUmber iluvislam.com
Untuk dikongsi... banyak lagi artikel tentang percintaan sebelum berkahwin dalam nie..

aya hidayah said...

haha...sori klu previous comment mcm dedicate to u..not at all~ ur blog have soo many admirer...so hope them to read it~

neway, nice reply~

dah matang..=)

Redz da Tsar said...

hehe... Sebenarnya masih lagi ada yang tak paham dalam komen 1st tue...
But, buat-buat paham jer... Apa maksud dah matang?

anum farida said...

wah...nsihat yg bgus..
tq duan...

:D

Anonymous said...

anum: hehe.nasihat tuk diri sndiri kn.gud luck exm!

tuan punya blog: setuju.setuju sokong man u je.hehe

Henshin said...

hehe...komitmen aku ttp pada pelajaran...ibu bapa..adik beradik..khidupan..semua laa...percintaan termasuk juga..hmm...

Don Balon said...

Riduan Jerantut Manipalil kurinar..
kuikui

Hanisham Ab Halim said...

Wehhh rodong,
MAN U dah kaloh wehh ngan Liverpool..

Redz da Tsar said...

Koi tau kalah... haha... takpe... Koi dah buat analisis nafsu dah~