Salam Alaik
Lilin I
membantu menerangi manusia
yang sedang diselubungi gelap
tika bekalan cahaya putus
membantu manusia
mencari jalan dan arah
supaya tidak terlanggar batas
Lilin II
membantu manusia lalai
dalam hanyut khayal
dibuai imaginasi indah
dengan realiti huduh
membakar diri
untuk memanaskan wid dan popi
Lilin III
meletak manusia ke lembah syirik
dipuja bagai Majusi
dihurung hulu hilir
memuja si mambang
mengharap bantuan entah siapa
Ubat Nyamuk I
menyelamatkan manusia
dari gangguan makhluk halus
elak ngiang telinga kanan kiri
elak bertepuk tampar sesama sendiri
elak bintat merah tumbuh
elak kulit cantik tersiat
Ubat Nyamuk II
membunuh si kecil
yang dahagakan darah
kerana darah hanya santapannya
yang mahu membesarkan anaknya
yang sedang berada di dalam telur
Pilih dua antara lima
mana yang kamu rasa terbaik untuk kamu
mungkin tidak bagi yang lain
fikirlah dan renunglah
sesuatu yang baik mungkin buruk
jika disalah guna
sesuatu yang buruk mungkin baik
jika diguna dengan betul
Redz Der Tsar
2254 26102009
Carutan Coretan Tatkala Blackout di Manipal
Pengalaman Indah ketika Study di India
Mungkin kini masa untuk Reaktor Nuklear di Karnataka
kembali ke zaman 50-an
study di bawah api
cuma tiada papan batu
7 comments:
Duan,
Belajo dalam gelap tu bukan setakat belajo malah dapat rase mimpi indah sbb tido masa tgh baca buku... heheh
ubat nyamuk 1..
aku benci nyamuk..
satu2 nya binatang yg xkan pupus kot..
haha
sila jauhkan lilin daripada langsir anda~
tafsir quran kte same..heh...no point..
black out??
haram sedey..
huhu~
Echam: Hehe... Itulah masalahnye... Exam dah dekat tapi selambe je tido sebab blackout~
Amir Ariff: Cool la.. Haha... Tak dapat bunuh nyamuk, pasang kelambu, jangan bagi nyamuk dekat... Lalat camne beb?
Faraheen: baek~
Ida: Uiks, hebat betul pemerhatian ko... Sampai tafsir tue pon ko nampak
Portgas: Setiap malam kowt blackout... hampeh
kalau lalat, libas dgn kain.. tu petua nenek aku..
Post a Comment