Salam Alaik...
Kalau duduk kat India nie, ada satu air oren atau mangga jenama Maaza... Manis dia terlampau sangat la... Sampai boleh kering tekak aku... Kalau ayah aku mium Maaza nie, boleh melambung kandungan gula dalam darah sehingga 20mmol/L... Boleh masuk E & A sebab hiperglisemia...
Aku nie bukan seorang yang kuat manis... Serius... Kalau rasa manis sangat biasenye aku tambah air... Kalau makan kat Ali Hijrah atau al-Awwal, komfem aku tambah air putih dalam teh tarik dia... Manis melampau... Deria rasa manis aku sangat kuat kot...
Kalau manis pun, aku layan tapai, dodol atau kuih berintikan gula melaka (cth: Buah Melaka)... Itupun takleh manis sangat... Kalau terlebih manis, aku boleh termuntah dengan jayanya... Itulah sebab kalau aku balik dari mamak Shah Alam, selepas layan teh tarik, selalu rasa tak sedap tekak... Ceit...
Baik layan Coke atau Pepsi dari layan Maaza...
Off Topic: Semoga semua pendakwah di jalan Allah diberikan kemudahan dalam urusan dakwahnya dan dalam urusan menyebarkan kefahaman tentang Islam kepada semua. Tetapi, halangan dan cabaran tue memang asam-garam pendakwah, kan? Jadi, terima je la~
3 comments:
Biar manis lebih pada seyuman tapi kurang dalam minuman apa pun kawan supa aok juga mekala manis2 ngat emboh terjeluok juge jadinya.
Suka dengan wanita yang manis manis..kemanisan dalam segala minuman kan membawa padah..kecuali tongkat Ali..
hiperglisemia..
peh budak medik..!
Post a Comment