Pages

Thursday, December 31, 2009

Perutusan Tahun Baru Masihi

Salam Alaik...

Sudah 364 hari kita berada di tahun 2009, dan beberapa jam lagi menggenapkan 365 hari kita di tahun yang bakal kita tinggalkan... Meninggalkan satu tahun dan berubah kepada satu tahun yang berikutnya merupakan satu perkara yang tak boleh elak buat masa kini... Pada masa hadapan, mungkin kewujudan mesin masa mampu mengubahnya...

Bila di ambang akhir tahun, kita perlulah melihat ke belakang, dan berfikir apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara sepanjang setahun itu? Adakah kita hanya mengharap sumbangan agama, bangsa dan negara kepada kita tanpa kita balas balik? Tapi jangan risau, kita ada sumbangan kita kepada negara seperti cukai, sokongan kepada bola sepak setelah menang SEA game dsb... Dan apa pula sumbangan kita kepada bangsa dan agama? Tepuk dada tanya minda~

Selain itu, kita kena berfikir dan meneliti apakah visi kita tercapai? Sepenuhnya atau hanya sebahagian? Dan sebagainya... Jika gagal, kenapakah gagal? Bolehkah ditangguhkan misi dan visi itu untuk tahun yang mendatang?

Dan, ketika bertukarnya tahun, iaitu ketika detik 12 malam/12 pagi, 31 Dis/1 Jan, kita kena sudah ada visi dan misi kita dalam menghadapi 365 hari yang berikutnya (366 hari kalau tahun lompat)... Apakah matlamat kita? Jika matlamat tahun sebelumnya masih tidak sempurna, maka adakah kita akan teruskan matlamat itu? atau sekadar biarkan ia dan bangkit dengan matlamat yang baru?

Apa-apa pun matlamat kita, kita kena pastikan bahawa perjuangan kerana Agama, bangsa dan negara itulah yang utama~ Berdoalah mengikut matlamat kita dan hadapilah tahun baru dengan muka yang berseri dan senyuman yang manis... Selesaikan matlamat kita secepat mungkin sebelum tahun 2010 berakhir kerana kita mungkin tak mempunyai tahun baru yang lain~

Sebelum menamatkan entri bagi tahun 2009, aku nak letak beberapa statistik blog aku:

  1. Tahun nie aku menulis sebanyak 142 entri berbanding 133 tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 9 entri dan 133 entri lebih banyak daripada tahun 2008
  2. Purata entri sebulan ialah sebanyak 12 entri, dengan entri terbanyak disiarkan pada bulan Disember iaitu sebanyak 19 entri.
  3. Jumlah entri terendah yang disiarkan selama sebulan ialah pada bulan Ogos sebanyak 3 entri sahaja kerana ketika itu aku kat Malaysia dan tiada sambungan terus internet di rumah
  4. Blog aku dibuka sebanyak sekurang-kurang 17000 kali, tidak kira oleh aku atau orang lain.
  5. Blog aku sudah berumur 2 tahun 3 bulan dengan entri pertama pada 6 september 2007.
  6. Jumlah pengikut, tak kira yang ikhlas atau tak menjangkau 50 orang, termasuk 'pengikut tidur' a.k.a yang follow privately.
Terima Kasih kepada yang menyokong dan membaca blog aku... Dan kepada blogger yang lain, teruskan perjuangan anda dan aku janji, aku akan sentiasa membaca tulisan anda jika aku ada peluang dan masa...

Selamat Tinggal Akhir Tahun Masihi 2009 dan Selamat Datang Tahun Baru Masihi 2010
Glory~

Redz der Tsar
(Yang jarang mempunyai visi dan misi tahunan)
http://betheredz.blogspot.com

Tuesday, December 29, 2009

Surat Khabar Kertas Dan Surat Khabar Dalam Talian

Salam Alaik...

Minat aku dalam membaca berita (melalui surat khabar, bukan baca berita dalam TV) memang dah lama wujud... Sejak dari zaman sekolah lagi, pantang masa rehat, lepas makan terus pergi library layan surat khabar... Masa sekolah dulu, aku tak layan sangat Man United, atau bola... Sekadar tengok je, dan tak ambil pot sangat walaupun aku pernah kantoi beramai-ramai masuk bilik TV bukan pada waktunya sebab nak tengok EURO 04 (masa PMR)... Hehe...

Bila aku masuk Universiti, atau lebih spesifik INTEC, aku selalu beli surat khabar... Tak tau la, macam dah jadi hobi... Masa nie dah layan bola dah... Memang bukak bahagian sukan la mula-mula, sebab bahagian sukan je la yang boleh percaya... AKu tak kata bahagian lain tak boleh percaya, tapi ikut berita la... Kalau berita politik, hurmphhh, tolak tepi la sebab ak elakkan perkara syubhah dan fitnah... Wahaha...

Bila nak dibandingkan surat khabar biasa, dengan online, aku rasa surat khabar tradisi jugak yang terbaik... Boleh di bawa ke mana-mana, ringan dan sebagainya... Masa tengah buang air besar pun boleh baca surat khabar... Kalau bawak laptop dalam tandas, payah la... Bantainye basah mula la seriau cari kain, tabur beras dsb...

Biasanya, kalau bab surat khabar klasik nie, aku memang beli yang pro-kerajaan je... Kalau beli pro-pembangkang nanti apa pulak penaja aku cakap, kan? Hehe... Inikan negara demokrasi, mana boleh beli surat khabar suka hati jer.. Kalau berita berhaluan kiri, online la jadi pilihan... Tak boleh nak buat apa la, kan...

Bila kat India nie, jangan harap la aku nak layan surat khabar kertas... Tak dapat a weyh... Banta tengok tulisan je dah pening berputar-putar... Takde langsung yang lurus... Semua macam megi... Tengok bahagian sukan pulak, penuh dengan kriketnye... Eish... Biase la, hidup kat negara yang hebat kriket... Kat Malaysia tak banyak pulak cerita tentang squash... Bola banyak la...

Nak taknak, terpaksa la layan online kalau nak baca berita... Maka, disebabkan aku nie tak suka sangat berita online, maka jangan harap la aku selalu baca... Baik baca blog dari baca berita... Bila aku tak baca berita Malaysia, maka banyak la isu yang aku terlepas... Dalam seminggu kadang-kadang hanya 2 kali je bukak berita online...

Punya la jarang aku layan berita online sampaikan Najib dah jadi PM pun aku tak sedar... Pilihan raya kecik pun aku terlepas... Berita Bung Mokhtar kawen pun aku tau dari facebook... Eish... Kesian betul aku nie... Tapi kalau bab bola sepak memang aku update... Nak-nak yang dalam sokernet... Memang terbaik~

Jadi, kat sini aku nak buat satu pengumuman, sapa-sapa yang boleh pos kat aku surat khabar boleh bagi nama kat aku... Aku nak surat khabar tue sampai pada hari yang sama... Amacam? Ada bran?

Sunday, December 27, 2009

Aku dan Fotografi

Salam Alaik...

Fotografi memang menjadi minat aku sejak aku kecik lagi... Cuma masa aku kecik aku tak amik gambar sebab aku takde kamera... Kamera famili aku yang aku tak ingat jenamanya pun dah rosak masa zaman aku... Aku memang jarang la pegang kamera... Tapi bila diberi peluang, aku gunakan peluang tue habis habisan...

Contohnya bila aku ada trip ke KT dengan famili aku, dan kebetulan akak aku ada beli kamera Canon Ixus dan memberi sepenuhnya kuasa kepada aku untuk menyenap suasana sepanjang trip itu, maka aku gunakan peluang itu dengan sebaiknya... Snap-snap-snap segala aspek dan sudut... Semakin banyak gambar, semakin gembira... Walaupun tak sehebat mana, aku ambik jugak gambar...

Gambar Yang Aku Snap Kat KT guna Ixus

Dan, bila mana tarikh aku bergerak meninggalkan Malaya semakin hampir, sekali lagi aku diberi kepercayaan untuk memegang kamera itu, dan sekali lagi aku gunakan untuk mengambil gambar di sekitar rumah aku dan juga segala apa yang aku buat sepanjang beberapa hari sebelum meninggalkan Malaya... Hasilnya, boleh la untuk fotografer macam aku nie....


Jerantut: Sunset Sebelum Keluar Malaya Guna Ixus

Sampai kat India, diberi peluang kadang-kadang untuk menggunakan kamera Wawan ketika melakukan aktiviti seperti melayan Hanumanagundi dan Turtle Bay serta Malpe, aku gunakan jugak peluang itu habis-habisan... Semakin lama, semakin aku puas dengan gambar yang aku snap.... Hehe...

Kamera aku sendiri bermula dengan kamera Telefon Genggam aku... Piksel memang la tak hebat, tapi kira ok la, kalau nampak situasi yang best, boleh aku snap terus, sebab Telefon Genggam memang dalam genggaman sentiasa... hehe... tapi sekarang kamera Telefon Genggam tue dah rosak... Jadi tak boleh nak snap sesuka hati dah....

Telefon Genggam Punya Hasil


Lagi Gambar Guna Telefon Genggam Aku


Jadi, aku bertekad untuk membeli sebuah kamera... Aku bukak eBay, gedung beli belah terkemuka dunia yang mempunyai cawangan di setiap pelusuk rumah yang mempunyai kebolehan 'dalam talian' (online) untuk mencari kamera... Nak memilih bukan senang... Susah weyh... Memula ingat nak cari kamera dengan Piksel tinggi, tapi tiba-tiba terberkenan dengan kamera ultra fokus... Aku pun bid... Ingat dah kalah, sebab ada bid lagi tinggi, tapi takpe la, aku layan je la... Tengok-tengok, menang pulak.... Wahahaha... Sebab bidder yang lagi tinggi tue tidak boleh dipercayai... Jadi dapatlah aku kamera itu dengan harga yang aku pun dah tak ingat... 4000 rupee kot, dalam 320 ringgit... Seken hen je...

Antara Gambar Guna Olympus Aku~


Dan, kamera tue bertungkus lumus sepanjang Ramadhan dan Aidil Fitri untuk membekukan suasana yang ada ketika itu... hehe... Gambarnye banyak di Facebook... Antara gambar-gambar awal kamera tue kat sini...

Kini, aku semakin suka membekukan suasana dalam bentuk digital... Kalau selak album-album, boleh tersenyum jugak la aku... Dan, aku pun dah belajar edit guna photoshop, untuk mengemaskan lagi gambar tue... Hasilnya, ok la jugak... Kalau nak layan gambar aku, boleh la pergi ke flickr aku atau blog gambar aku... Kalau rajin, bagi la komen kat gambar tue... hehe...

Berangan jugak nak beli DSLR, tapi mengenangkan seni aku tak cukup tinggi, aku biarkan dulu... Aku nak guna Olympus aku sampai barai dulu, baru aku tukar... haha... Aku tak sabar untuk travel ke utara India, sebab aku nak sangat ambik gambar suasana seluruh India... Hehe... Kepada kamera, sila jangan buat hal... Ha, lupa nak bagi tau, kamera aku bernama Davy Jones, atau nama Melayunya Mokhsen~


Ni la kamera aku, Olympus C740 Ultra Zoom, 10x optikal, 3x digital

Friday, December 25, 2009

Pokok Tanpa Buah

Salam Alaik

Akan aku tanam pokok itu
dengan harapan ia berbuah
lebat sehingga tidak nampak walau daun
hingga rantingnya lendut menanggung buah
dan ku harap buah itu manis
manis secukupnya
agar nikmat kepada aku
dan kepada yang merasainya

tapi setelah beberapa tahun
ku agak ia sudah matang
ia tidak mengeluarkan buah
hanya penuh daun, dan ranting
batangnya kemas, kukuh
rantingnya lurus ringan
aku kecewa

aku maki dan carut kepada pokok itu
aku ugut mahu tebang ia
mahu bakar ia
mahu letupkan ia dengan C4
atau langgar dengan kapal selam Scorpion
atau buat tuduhan bersifat peribadi kepadanya
aku buat macam-macam
kerana kecewa

datang ayah aku
geleng kepala dengan sifat aku
yang tidak sabar
yang tidak bersyukur

ayah aku bawa aku jauh sedikit dari pokok itu
melihat dari jauh
tika tengah hari terik
dia suruh aku perhati dengan sabar

aku nampak
beberapa manusia
musafir barang kali
berhenti di depan pokok itu
duduk dibawahnya
dan menogok air minum
terukir senyum pada mulutnya
dan aku senyum kembali

rupanya apa yang ku rasa tidak berguna itu
ada juga hikmahnya
walau tidak seberapa
tetapi tidak mengapa

ayah aku berkata lagi
jika tidak kau tanam pokok itu
masakan musafir itu tersenyum
atas usahamu
atas jasamu
Lagi bagus pokok itu ada
dari tiada
dan adanya pokok itu tidak langsung menyusahkan kamu
malah memberi untung
walau tidak banyaktetapi lebih baik dari tiada

aku lalu tersenyum dan panjatkan syukur

ps: Teringat pepatah arab, "Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah"... Sapa dapat bagi tema dan persoalan bagi sajak aku nie memang hebat~

Wednesday, December 23, 2009

Adakah Al-Fatihah Anda Sekadar Melepaskan Batuk Di Tangga?

Salam Alaik...

"Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).

Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut."

Ini ialah satu petikan daripada satu entri yang aku kopi dan pes dalam blog aku... Sumber aku rahsiakan, cuma aku nak bagitau yang entri ini ada dalam website terkemuka di Malaysia... Walaupun tak sehebat drmaza.com atau islam.gov.my, tapi website ni memang glamer dalam kalangan remaja yang mencari maklumat tentang permasalahan mereka...

Apa yang aku nak kata bukan pada isi entri ini, cuma aku nak bertanya, apakah hak penulis nie untuk menyatakan bahawa seseiapa yang tak sedar sebanyak 7 huruf dalam al-fatihah nie tak ade, hanya sekadar melepas batuk di tangga? Adakah sapa yang tak sedar itu membaca al-fatihah secara main-main atau tak serius? Aku akui aku tak perasan, tapi tuduhan yang menyatakan melepaskan batuk di tangga tue memang sangat tak bagus...

Apakah sesiapa yang membaca al-fatihah secara khusyuk, dan juga memahami maksud dan mendalami segala apa yang ada dalam al-fatihah tapi tidak menyedari 7 huruf itu hilang dianggap melepaskan batuk di tangga? Ini satu tuduhan yang serius... Kalau baca al-fatihah lintang pukang, tanpa tajwid dan laju, barulah boleh dianggap melepaskan batuk di tangga...

Bagi pendapat aku yang cetek ilmunya ini, aku rasakan bahawa frasa 'melepaskan batuk di tangga' ini sangat tak sesuai... Mungkin boleh ditukar kepada frasa lain... Ya, aku tau, perkara nie memang perkara cabang, dan kurang pentingnya berbanding isi yang ingin disampaikan, tapi agak-agak la... Perkara ini boleh menimbulkan fitnah kepada agama...

Sekadar berkongsi,
Sila komen...

Jazakallah~
Redz der Tsar

Tuesday, December 22, 2009

Benda Macam Tue Pun Boleh Hilang? Hurmph...

Salam Alaik...

Cuba bayangkan, korang ingin poskan motor korang menggunakan khidmat pos laju kepada kawan korang yang berada kira-kira 400km dari tempat korang... Dan tiba-tiba, ya, tiba-tiba motor tue dilaporkan hilang dengan jayanya... Apa komen korang?

Adakah korang akan menyalahkan Pos Laju yang tak efisien? atau menyalahkan diri sendiri kerana menggunakan khidmat Pos Laju yang korang dah lama agak tak efisien? atau nak salahkan kawan korang sebab mungkin kawan korang tue dah dapat motor tue, tapi pura-pura kat dapat?

Hehe... Banyak kemungkinan nie... Tapi bukan kisah motor yang aku reka nie yang aku nak fokus, tapi kes lain, yang lagi berat iaitu kes kehilangan enjin Pasawat Tempur F-5E milik TUDM...

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana enjin yang bernilai 10% daripada 'komisyen yang dikhabarkan diberikan kepada orang tertentu sebagai usaha membantu membeli Scorpion' itu hilang? Sapa yang patut disalahkan?

Kenapa enjin yang sekurang-kurang sebesar dua kali almari baju rumah aku itu boleh hilang... Bukan sebijik, tapi dua bijik... Hilang pulak masa proses penghantaran... Kena rompak ke?

Ahli teori konspirasi menurut BH menyatakan kemungkinan enjin itu dibawa ke luar negara dan akan kembali dibeli di negara ini... Dan, sapa yang akan beli? Petani? Peneroka? Petronas? Atau TUDM? Hehe... Suspen giler.... Ini berdasarkan ahli konspirasi dalam BH... Aku tak komen ape-ape... Modus operandi nampak mudah dan sangat bagus... Hehe... Tapi, teori tetap teori, kan?

Prinsip birokrasi pun gagal menghalang kejadian ini... Ape kes? Katanya birokrasi penting dalam melakukan sesuatu perkara lebih sistematik? Adakah ini hasilnya?

Jagalah barang tue elok-elok... Owh, lupe, duit tue duit cukai dari rakyat... Tak kesah la hilang... Bukan gaji Pegawai TUDM pun... Takpe la nak hilang... Tak rugi ape-ape kepada Pegawai TUDM itu...

Aku nak salahkan tukang hantar Enjin tue la.. Ape kejadah dia buat sampai hilang? Rasuah ka? Haha... Serahkan kepada SPRM la...

Kesimpulan: SIla jaga barang anda betul-betul agar tidak kena kutuk dengan aku... Hurmph...

Sumber: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20091222201821/Article/index_html

Sunday, December 20, 2009

Kalau Macam Nie La, Komfem Aku Tak Kesah Pahang Masuk Liga Super dan Liverpool Nombor 8 BPL

Salam Alaik...

Sebagai seorang pengurus pasukan Pahang dalam Football Manager 2008, aku rasa sangat berbangga mempunyai skuad Pahang sehebat ini... Kalaulah betul-betul macam nie, aku rasa Sultan Bola dah diangkat jadi presiden FIFA dah... Malaysia mesti lawan Argentina kat Final World Cup 2010 Afrika Selatan.... heh...

Tapi, nak buat camne, kalau dah 'game' tue, tetap la 'game'...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Steady Lawan Derby 4-1


Pahang Hebat atau Liverpool Lemah?


Baca elok-elok...

Kalaulah realiti, aku rasa budak-budak muda kat Mamak pakai jersi Pahang FC warna putih, bukan warna merah... hehe...

p/s: Klik gambar untuk lebih jelas

Kalau 10-0 pun takpe

Salam Alaik...

Serius Malaysia main lagi cantik... Kalau buat lagi, memang nak jadi macam Liverpool la... Humphh

Sabo je la~

Saturday, December 19, 2009

Marilah Berfikir dan Bersyukur Serta Berdoa~

Salam Alaik...

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang teradapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir" - Ali - Imran: 190

Semasa aku balik main futsal petang semalam, lebih kurang jam 7pm, ketika maghrib sudah 50 minit berlalu, dan isyak tinggal lagi 30 minit, aku melangukkan kepala aku untuk melihat langit malam... Mencari-cari anak bulan yang pernah menguji aku dan kawan-kawan aku masa raya dulu... Dan akhirnya aku jumpa... Rendah, mungkin baru lepas keluar dari ufuk barat agaknya... Kalau keluar dari ufuk timur, komfem dah aku pengsan...

Aku pandang bulan tue sambil menggenyeh mata dan kanta lekap aku, mungkin tersilap pandang... Aku nampak anak bulan 2 Muharam tue sangat unik... Tak seperti anak-anak bulan atau mak-mak bulan sebelum nie... Sangat unik...

Anak bulan tue memang dah nampak, tapi aku nampak lagi bentuk bulan yang bulat, iaitu aku nampak bahagian Bulan yang tidak disinari cahaya matahari... Sangat unik... Sambil naik motor dengan Doo, aku tengok dan renung lagi bulan tue, dengan harapan aku mampu membekukannya dalam bentuk digital... tapi aku fikir balik, boleh ke nak amik gambar dengan kamera cabuk aku tue? hehe...

Sampai kat umah, aku tengok lagi anak bulan tue... Dengan harapan bayang-bayangnya masih lagi ada... Aku lari masuk bilik, isi kamera aku dengan 4 bijik peluru jenama Sony ke dalam magazinnya, aku bawak keluar ke balkoni dan letak elok-elok atas onepod (ala-ala tripod), dan sanap-snap sebanyak dua kali... Pegh... Jadi weyh... Maka, aku tunjukkan bulan yang aku puji tue... Selama aku hidup 20 tahun, 2 bulan dan 19 hari, tak pernah nampak benda macam nie... Munkin hadiah sempena awal muharam kot... Alhamdulilah~
(Nak gambar lebih jelas, sila klik pada gambar~)

Cantik tak?

Lagi satu

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang teradapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lalu berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka" - Ali Imran 191 & 192

Maka, marilah kita berdoa kepada Allah untuk diberi petunjuk dari-Nya dan digolongkan dalam golongan yang berfikir di samping kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak... Insya Allah...

Jazakallah
Redz der Tsar
http://betheredz.blogspot.com

Thursday, December 17, 2009

Bila PBL dan Class Test Datang Menjelma, Maka Bermulalah Sesi Melukis

Salam Alaik...

Yeah... Akhirnya tamat sudah PBL dan juga Class Test untuk hari ini... Sangat seronok walaupun tah ape-ape jawab dan bentang tadi... Apakan daya, dasar belum rajin masih menguasai diri...

Semalam, aku berada di Baitul Hikmah Manipal Universiti sebagai satu amalan klise pelajar Medic, iaitu study di Library... Dan apabila otak aku semakin lemah dan mengantuk dibuai sejuk dingin library dan khusyuknya anatomi, maka aku pun mempunyai satu idea bernas yang tidak difikirkan oleh Munshi Abdullah ataupun Frank H. Netter sekalipun...

Setelah menghabiskan kira-kira 20 minit, maka satu masterpiece telah dikeluarkan oleh aku dengan jayanya... Aku bagi tajuk 'Seni Library II'... Amacam? Ada kelas tak? Tengok je la kat bawah nie:-





Sekali pandang, kalau tak baca betul-betul, aku rasa macam buku tareqat pulak... haha... Kalau aku letak tajuk 'Maqam dalam Tareqat' atau 'Roh Tarekat dalam otak manusia', agak-agak ada orang beli tak? haha... Aku jual RM10... Sapa nak beli boleh kontek aku melalui emel... hehe...

Lagi satu, aku nak buktikan Jawi masih ada nilai dalam ilmu Sains dan Matematik... Cuma sesetengah orang je taknak belajar jawi dan taknak aplikasi jawi dalam hidup... Aku respek Kelantan dengan signboard jawinya... Walaupun ada sesetengah tak reti baca, tapi sekurang-kurang boleh buktikan yang Bahasa Melayu (atau bahasa Malaysia) mempunyai 2 jenis tulisan... hehe...

Aku berharap, dengan keluarnya gambar ini dapat memberi ilham kepada DBP atau sape-sape je la untuk membuat satu Atlas Anatomi Manusia dalam bahasa Melayu bertulisan jawi... Sesuai untuk aki-aki atau tok wan-tok wan yang nak belajar badan manusia... Kita mulakan dengan 100 cetakan dulu, amacam? Ada market tak? Walaupun nampak tak logik, tapi ok jugak kalau mencuba... AKu rasa kalau buat 'Edisi Terhad', harga atlas nie boleh melonjak kepada RM250 sebijik... Itupun belum kira kalau lelong kat eBay... Pegh...

Munshi Abdullah komfem bangga dengan aku~

Sampingan: Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah... Dan Selamat kepada pasukan Malaysia yang sedang berjuang sekarang nie... Aku tak dapat nak sapot terus, sekadar dari jauh je sebab aku ada hal petang nie~

Update: Malaysia menang emas bola sepak Sukan SEA dengan jaringan 1-0.. Tahniah

Redz der Tsar
http://betheredz.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2009

Setan Merah Lawan Musang Kuning

Salam Alaik...

Sambil aku melayan nota Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), aku melayan perlawanan Man United vs Wolverhampton awal pagi tadi... Keputusan? Hehe, tak payah cakap la... Yang penting, setakat 5.30pm waktu Malaysia, Liverpool no 8 Liga... Amacam?

Hehe... Chelsea si singa biru pulak akan menentang pompey awal pagi esok... Dan sebagai penyokong tegar atau dengan kata lain kipas-susah-mati United, aku mengharapkan si singa Biru kalah 9-1 dengan pompey... Tapi, peluang untuk kalah tue, sangatlah tipis...

Berbalik kepada setan merah... Setan merah yang dilanda masalah pertahanan, kini bertambah masalah apabila Vidic dengan jayanya mengalami kecederaan betis... Tak tahu la semat tak jumpa Fulham sabtu nie... Apa yang pasti, defend yang available untuk United ialah Evra, De Laet, Carrick, dan Fletcher (Sejak bile Carrick dengan Fletcher defender nie?) saje... Ape yang penting pulak, bila Carrick kat CB, memang clean sheet... Wah~ haha...

Tentu ada yang kata, "Wolv turunkan second team boleh la menang!!" Aku tak kesah... Asalkan menang... Betol tak?

Malaysia pulak ke Akhir, khamis nie, kan? Aku taknak komen lebih... Harapan mestilah agar malaysia menang... kalau tak menang komfem kena tabur dengan ayat, "Dah agak dah, hangat-hangat taik ayam je"... Pastu orang politik yang kuasai FAM pun back-up team Malaysia... Hehe... Klise sungguh...

Dan, internet aku nampak ok dan sihat sebab boleh skyping selama sejam tanpa putus... Sapa-sapa nak skype dengan aku boleh la sekarang nie (ceh, macam VIP pulak)....

Lagi satu, Manipal yang selama nie terik, tiba-tiba mendung pagi tadi~ Bagus gak, tak payah aku nak ambik wudhu' dengan air musyammas setiap kali zohor tiba~

Tuesday, December 15, 2009

Kenyataan Blog Encik Redz der Tsar

Salam Alaik..

Sejak 3 hari lepas, internet aku membengongkan dirinya... Ini menyebabkan aku gagal untuk melayari internet dengan mudah dan pantas lalu mengganggu masa study aku... Oleh sebab kelembapan internet aku, cubaan untuk memberi komen, blog walking, facebooking dan sebagainya sangat terganggu... Cubaan membuka laman blog sahaja mengambil masa 7 minit, komen 10 minit dan facebooking 11 minit...

Jadi, esok mungkin aku akan serang Airtel bertanyakan masalah ini...

Oleh itu, maaf kalau aku tak komen atau terlepas isu menarik dalam blog korang~

Monday, December 14, 2009

Kalaulah Tak Dan

Salam Alaik...

"Sahaja aku solat Subuh 2 rakaat dijamakkan dengan Zohor jamak 'takdan' kerana Allah"

Kebanyakan muslim mesti ada jugak yang tak sengaja terlepas solat Subuh kerana tilam dan selimut yang empuk di samping bantuan setan untuk tidur lama dan tak tersedar-sedar atau nama pendeknya, tido mati...

Aku mengaku jugak yang aku kadang-kadang tido mati tak terjaga walaupun jam loceng hatta 'call' dari orang yang tersayang jugak... Jadi, dalam situasi ini, apa yang patut kita buat? Hehe..

Jadi, sebelum aku berkongsi lebih banyak, aku cuma nak bagitau yang entri aku nie berasaskan kata-kata Ustaz aku masa kat sekolah dulu... Aku cuma malas sket nak mencari dalil atau nas Quran Sunnah, atau pendapat imam-imam yang empat dalam mengupas isu ini...

APa yang paling penting, apabila kita terlajak atau terlepas solat Subuh kerana tertidur, maka hendaklah kita solat sejurus selepas kita terjaga, tak kira la pukul 2pm atau sampai asar sekalipun... Jangan tinggal langsung... Kalaulah kita bangun pukul 1.30pm, maka itulah subuh bagi kita... Jangan pulak kata, 'Ala, dah miss subuh, takyah solat la'...

Dan, perkara ini hanya bleh diaplikasikan kepada sesiapa yang 'tertidur' dan tak bangun-bangun sewaktu subuh... Kalau tersedar dalam waktu subuh, tapi tido balik, itu aku tak berapa pasti... Tanyalah yang berpengetahuan dalam bidang ini, dan jangan pulak tanya Vladimir Puttin pulak... Hehe

Dan bukan setakat SUbuh sahaja, kalau tertidur dan terlepas Zohor dsb pun boleh jugak atas tiket 'tak sengaja'...

Amaran:
  1. SIla jangan pasang niat dari awal bahawa nak tido sampai kul 9.30am dan terlepas Subuh... Kalau pasang niat camtu, maknanya dah sengaja la taknak bangun subuh...
  2. Niat yang aku tulis kat atas tue bukan niat yang betul.. Mana ada jamak 'takdan', nak-nak pulak jamak dengan ZOhor.. Eish... Ingat, takde jamak 'takdan' dalam solat... Sila jangan memandai buat niat camtu... Niat mudah je kalau terlepas, sama dengan niat yang biasa kita buat
  3. Solatlah pada awal waktu, itulah yang afdhal... Suruh la kawan atau family kita sembur kita dengan air kalau liat sangat nak bangun, asalkan kita bangun subuh... Kawan-kawan pulak, jangan biarkan je kalau dah tengok member tue hampir terlajak Subuh...
  4. Sekali lagi aku nak cakap, aku kongsi benda nie berasaskan pendapat Ustaz aku... Kalau sapa-sapa boleh kongsi sumber, bagus jugak... SIla komen... Nanti aku cari sumbernya...
Betulkan aku kalau aku salah
sekadar berkongsi
Wallahu 'alam

KEMASKINI TERKINI:
1. "Barangsiapa yang tertidur atau terlupa mendirikan sembahyang, maka hendaklah dia sembahyang apabila mengingatinya dan tidak dikenakan kaffarah melainkan dengan melaksanakan perkara tersebut. [Al BUkhari (572), Muslim (684)]"

2.Penting jugak bahagian ni..iaitu niat qada solat. Untuk senang bagi penerangan.Ada dua situasi berbeza yang membuatkan niat qada solat berubah.

situasi pertama: Terbangun lewat subuh,tapi belum masuk waktu zohor..Maka niat solatnya
Usorli fardhu subhi rakaataini adaan lilla hi taala.

Situasi kedua:Terbangun lewat bangun subuh, tapi dah masuk waktu zohor..Maka niat solatnya
Usorli fardhu subhi rakaataini qadaan lilla hi taala.

http://neesajun.blogspot.com/2008/11/bila-boleh-qada-solat.html

3.Pendapat yang rajih ialah:

a. Mereka yang tertidur kerana kepenatan dan terlepas waktu subuh, waktu solat mereka ialah ketika jaga. Ini bagi kes si fulan yg tidak ada sesiapa yg menemaninya.

b. Jika seseorang sedang tidur kerana keletihan dan jika ada rakannya yang jaga hendaklah mengejutkan kawannya itu dgn kadar segera jika waktu solat sudah hampir luput. Ini kerana orang yg jaga hendaklah berusaha menghindari rakannya terlepas suatu kefardhuan BUKAN membiarkan dia terus tidur atas alasan dia tak berdosa kerana keletihan. yang benar ialah yang melihat kawannya terlepas waktu solat itulah yang perlu dipersalahkan.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/14/kejut-orang-tidur-waktu-subuh/

4. Terdapat beberapa pendapat dan masalah mengenai perkara ini, iaitu:
a. Menurut Imam Haramain, wajib meniatkan tunai atau qadha’ pada sembahyang berkenaan, kerana tingkatan fardu yang dikerjakan pada waktunya (tunai) dan yang dikerjakan diluar waktunya (qadha’) adalah berbeza. Oleh itu wajib diniatkan tunai ataupun qadha’ untuk membezakan keduanya.
b. Pendapat kedua ini mengatakan bahawa tidak wajib meniatkan tunai ataupun qadha’, kerana sembahyang tunai mempunyai waktu yang berbeza dengan sembahyang qadha’. Lihat pada contoh di atas, sembahyang zohor tunai dikerjakan pada waktunya, sedangakan sembahyang zohor qadha’ dikerjakan bukan pada waktu sebenarnya. Apabila ia sudah dapat dibezakan, maka tidaklah perlu diniatkan ta’radh padanya.
c. Masalah: Seseorang yang mengerjakan sembahyang qadha’ berniat mengerjakan sembahyang tunai, bagaimana hukumnya? Contoh, seseorang itu telah terlepas sembahyang subuh, lalu bila teringat diapun mengqadha’ sembahyang berkenaan. Tetapi ketika melakukan niat sembahyang di niatkan – Sahaja aku sembahyang fardu Subuh tunai…. – bagaimana kedudukkan niatnya itu? Menurut satu pendapat yang diperkuatkan oleh Imam Mawardi, sembahyang qadha’nya itu tidak sah.
d. Menurut Pendapat yang lebih sahih di dalam mazhab syafi’I mengenai hukum meniatkan tunai dan qadha’ – Tidak disyaratkan berniat tunai atau qadhak pada sembahyang.

http://members.tripod.com/ahkam_2/07/qaidahjl.htm

Friday, December 11, 2009

7 Tips Mengelakkan Kecederaan Parah Akibat Kemalangan

Salam Alaik...

p/s: Entri nie memang takde kaitan dengan sape-sape...

Kalaulah korang terasa macam nak eksiden, aku turunkan beberapa petua yang boleh ditimbang tara sebagai langkah awal...

  1. Pastikan anda memakai topi keledar ketika dalam kereta untuk mengelakkan hantukan yang kuat kepada stereng di samping memakai tali pinggang keledar...
  2. Bagi yang naik motor, pakai jaket kulit yang kemas dan kachak serta topi keledar full-face untuk mengelakkan muka dan badan anda bercalar jika eksiden...
  3. Bacalah doa naik kenderaan dengan harapan anda dilindungi ketika memandu...
  4. Kalau nampak Mat Rempit tengah pecut laju kat belakang anda, sila himpit mereka ke tepi, dengan harapan mereka tak memecut laju dah.. Kalau kena maki, sabar, insya Allah dapat pahala... hehe
  5. Jangan bawak kenderaan terlalu perlahan atau terlalu laju... Cukuplah sedang-sedang, sebab kalau terlalu perlahan nanti boleh disondol oleh kereta yang laju, dan kalau laju boleh tersondol orang lain
  6. Ingatlah orang tersayang dan ingat Tuhan ketika memandu atau membawa kenderaan... Walaupun kadang-kadang kemalangan bukan sebab kita, kita kena jugak pastikan tidak ada kemalangan yang disebabkan oleh kita
  7. Ini paling penting untuk penunggang motor kat India dan Malaysia: KALAU DENGAR BUNYI HON DARIPADA BAS ATAU LORI KAT BELAKANG, SILA PASTIKAN ANDA MEMULAS 'THROTTLE' ANDA DENGAN KUAT SEKALI KERANA ITU MUNGKIN KALI TERAKHIR ANDA MEMECUT DENGAN MOTOR ANDA~
Sila jangan ambil berat artikel ini... Sekadar melawak bodoh jer... Hehe... Doa tue yang penting..

Thursday, December 10, 2009

Kalau Dah Nama Pun Yahudi, Tambah Dengan Carlsberg... Memang Terbaik...

Salam Alaik...

Kalau je nama Israel, atau Yahudi, buat lah apa-apa pun, tetap kena pandang buruk... Hatta jaringkan gol kat Anfield, tapi tetap kalah dengan 'gol minit-minit akhir'... Kesian... Takpe la, Next Season boleh cuba lagi, kalau Top 4 la... Season nie, fokus kepada Top 4 dan Europa Cup dulu eh... Kami nak layan cubaan mendapatkan 4 piala...


"Kami tak bersalah, dia yang jatuh sendiri", kata mereka serentak

Pahang menten Liga Super... Ape kes?
KDYM Sultan Pahang memang Sultan berjiwa rakyat Pahang~
Tahniah...

Wednesday, December 9, 2009

Kachak?

Salam Alaik...

Kebanyakan orang akan guna macam-macam benda nak bagi mereka kachak atau chun...




Tapi mereka lupa, rahsia yang sebenarnya ialah:


'dekatkan diri kepada Tuhan'

p/s: Entri sambil menyelam minum air... Foto diambil semata-mata untuk 'test' flash kamera aku jer~

Tuesday, December 8, 2009

Bila Buku Biokimia Ditolak ke Tepi, dan Sebatang Pensel Warna Hitam Berada di Sisi Kertas Putih Kosong

Salam Alaik...

Tadi, layan lepak kat Library, sengaja mencari nahas dalam keadaan senyap-sunyi-sepi umpama Tanah Perkuburan yang tiada rempit merempit kat tepinye... Aku kalau bab library nie memang anti... Bukan ape, aku cuma tak suke lepak library dengan keadaannya sunyi dan sejuk, kalah hutan... Hutan Taman Negara pun ada bunyi cengkerik dan katak...

Kalau aku pergi library maknanya satu je, aku perlukan 30 minit masa optimum untuk fokus... Iulah sebab kalau aku ergi library, biasanya 45 minit je... 30 minit fokus giler, sampai kalau gempa bumi pun takkan berjaya mengganggu konsentrasi aku... 15 minit berikutnya aku akan melayang menjauh dari library, dan kemudian aku balik setelah berjaya menghabiskan 45 minit...

Selepas melayan Histo dan biokimia selama 30 minit, mulalah otak aku hilang fokus... Selamat masa exam tak hilang fokus, kalau tak mampus aku... hehe... Bila dah hilang fokus kat library, apa lagi korang boleh buat? menjerit? berasap? dengar lagu? layan internet? Semua di atas memang tak logik... Apa lagi, hayunkan pensel ke atas helaian kertas dan menjelmakan imaginasi ke dalam dunia realiti la... Haha... Hasilnya:



Monday, December 7, 2009

Sunyi Kembali

Salam Alaik...

Legenda 2009 melabuhkan tirainya semalam... Hiruk-pikuk sepanjang Jumaat-Ahad nie akan dirindui, bermula dengan College Day jumaat, sampailah Legenda 2009 sabtu... Ahad, melayan kunjungan rakan dari Bangalore di Malpe, melayan bola sepak persahabatan dengan sahabat Bangalore, dan bola sepak interbatch petang tadi...

Keseluruhannya, akitiviti minggu nie sangat bagus... Sangat menarik, diserikan lagi dengan kemenangan bergaya Man United dan kekalahan Chelsea serta Liverpool yang seri... Cuma diburukkan dengan berita pertahanan MAn United yang cedera...

Petang tadi, melayan inter-batch, vs Batch 25, aku turun la main sebagai DMC... Memang dah lama tak main competitive match macam nie... Sekali turun penat jugak la... Mujur la menang, dan mengangkat Batch 24 ke no-3 inter-batch... hehe... Syukur...

Legenda, menarik dengan kehadiran ramai sahabat... Food Festival juga mantap, cuma dengan persembahan tarian yang lebih-kurang-sama agak mengurangkan prestij... Tapi, takkan nak harap Legenda macam AJL pulak, kan? hehe...

Untuk pengetahuan semua, aku dah potong rambut aku... Bukan ape, saja nak kembali ke zaman INTEC... Wlaaupun tak sependek INTEC, tapi ok la... hehe...

Kehadiran rakan-rakan dari seluruh India seperti KArad, Belgaum, Bangalore, Mangalore, Davangere sangat menceriakan suasana... Rumah Raya (rumah aku) sangat meriah... Bukan senang nak tengok semeriah tue.. Last sekali meriah masa JASSI dan Raya dulu...

Dan, paling penting, kulit aku jadi semakin gelap kerana selalu berjemur sepanjang hujung minggu nie... Esok cuti, akan digunakan sebaiknya untuk berehat... Sudah kepenatan dengan aktiviti-aktiviti nie... hehe...


Gambar terkini aku boleh tengok dalam facebook.

Wednesday, December 2, 2009

Pejuang Keamanan dan Kedamaian

Salam Alaik...

Sedang dunia sedang berputar ligat
sedang pasca perlawanan Arsenal vs Chelsea masih hangat
sekitar Israel sibuk sembelih rakan aku kat Israel
sekitar politik Malaysia yang haru biru
semasa pemburu haram membunuh dolfin dan ikan paus di Antartika
semasa pembalak Malaysia menggondolkan hutan Pahang
Aku memilih untuk senyap
Buat apa nak layan kalau kita nasihat taknak dengar
buat apa nak kutuk kalau mereka kutuk sesama sendiri
buat apa nak halang kalau ada tangan ghaib yang 'back-up'
buat apa susah-susah, kalau usaha komfem gagal
baik duduk bilik lepak tido
baik duduk bilik baca buku
baik layan diri sorang-sorang
tengok keindahan ciptaan-Nya yang tak tau sampai bila
Tapi bab agama, lain la pulak...

Hehe...



Layan diri sorang-sorang cari ketenangan ok jugak kadang-kadang... Pakai seluar ala-ala Angkatan Tentera Malaysia, memang sah macam Lone Ranger... Hehe...

Saturday, November 28, 2009

Rempit: Satu Keajaiban dan Penghormatan

Salam Alaik...

Amaran: Artikel ini sangat sesuai untuk kertas esei Bahasa Melayu PMR... Harap maklum...

Menjadi Mat Rempit merupakan satu impian kanak-kanak mahupun remaja kini. Sungguhpun jika ditanya secara umum, tiada yang akan mengakui minat mereka untuk merempit pada masa hadapan. Tetapi di dalam hati, mereka sering tergoda dengan keberanian Mat Rempit ketika di atas jalan raya. Fenomena Rempit yang bermula sejak era KL Menjerit ini sebenarnya memerlukan kekuatan mental, fizikal dan otak yang terbaik.

Menjadi Mat Rempit membuatkan otak Mat Rempit itu, atau lebih saintifik, serebellum Mat Rempit itu menjadi tajam. Serebellum ialah bahagian otak yang mengawal ketepatan dan kepersisan sesuatu gerakan. Tanpa serebellum yang hebat, mana mungkin Mat Rempit mampu membawa motor mereka menyelit di antara dua lori sampah, atau mengawal motor ketika melakukan aksi 'wheelie' ataupun 'wheekang'.

Di samping itu, otak Mat Rempit ini sangatlah unik untuk dibandingkan dengan manusia biasa, hatta seorang doktor ataupun ahli politik. Kebolehan ahli politik ialah menyelinap ke dalam otak manusia dan mempengaruhi manusia itu, tetapi Mat Rempit pula berkebolehan dalam menyelitkan unsur dalam otak mereka ke dalam enjin dan jiwa motornya. Setakat ini para saintis yang mempunyai otak yang juga hebat pun gagal mengesan bahagian otak manakan yang boleh berhubung terus dengan motor. Hal ini dibuktikan dengan kehebatan Mat Rempit mengawal motornya, seperti motor itu ialah sebahagian daripada otot dan saraf Mat Rempit itu sendiri.

Mat Rempit juga mempunyai kelenjar Adrenal yang sangat ekstrim yang dikawal rapi oleh bahagian otak yang bergelar Hipothalamus. Buktinya, Mat Rempit menjadi berani apabila berada di atas jalan raya. Setiap kali menyelit antara dua kereta ataupun lori, Mat Rempit menunjukkan kehebatan dalam mengawal pengeluaran hormon ACTH lantas menyebabkan hormon seperti Adrenalin dan Noradrenalin gagal dirembeskan dengan banyak. Ini dibuktikan dengan Mat Rempit yang langsung tidak gementar dan berdebar berhadapan dengan lori ataupun kereta, hatta dengan polis sekalipun.

Tidak terlalu melampau jika mengatakan bahawa Mat Rempit juga mempunyai kehebatan dalam sistem saraf yang mana setiap kali berlaku kejadian seperti dihimpit kereta ataupun tedengar siren polis, Mat Rempit mampu memberi tindak balas refleks yang mengagumkan. Kehebatan saraf Mat Rempit ini mungkin 3 kali ganda hebat daripada saraf wartawan Melodi yang juga hebat mengesan kontroversi dan isu hangat.

Kesimpulannya, jika mahu menjadi Mat Rempit yang sejati, seseorang itu memerlukan otak yang sangat hebat dan juga sistem saraf serta kawalan hormon yang terbaik. Jika kita melihat Mat Rempit yang terkorban di jalan raya, marilah bersama menyambut kematian orang yang mempunyai kehebatan otak ini dengan menanam mayatnya di tepi jalan tanpa perlu mandi jenazah. Angkatlah mayat itu seperti syuhada, dan kambuslah mereka dengan pakaian mereka itu, dan biarkanlah jasad dan pakaian itu menjawab bagaimana mereka mati di dunia. Sebagai penutup, ingatlah, walaupun Mat Rempit mempunyai otak yang kuat dan tajam, tetapi jelas sekali mereka TIADA AKAL!


Mat Rempit: Otak Hebat, Akal Tiada. Gambar dari http://hesmel.blogspot.com

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Salam Alaik

Salam Aidil Adha dari pihak pengurusan betheredz.blogspot.com... Semoga aidil adha merupakan titik tolak kepada kita untuk terus berkorban setakat yang kita mampu demi agama, negara dan bangsa...

Salam~

Wednesday, November 25, 2009

Berfikir Sejenak

Salam Alaik...

Hidup sebagai seorang rakyat Malaysia memang sangat menguntungkan... Serius... bersyukur giler kalau jadi rakyat Malaysia... Lihat sahajalah negara yang aman dan makmur nie, tak berperang dah sejak 13 Mei 1969... Kalau ada pun, perang kecik-kecik melawan penjenayah bersenjatakan pisau potong daging... hehe...

Kat Malaysia, kereta-kereta yang berada di jalan raya sangat cantik, menakjubkan dan indah pada rupa... Terutamanya kereta yang berjenama negara seperti Proton Juara dan Saga... Baru-baru nie, keluar pulak MPV baru Perodua... Jelas sekali industri automobil negara sangat pesat membangun...

Cikgu-cikgu pun sekarang pakai kereta besar, ada yang pakai Civic, City, Vios, Waja malah ada yang pakai Evo Lancer... Jangan terkejut... hehe... Kalau doktor ataupun pensyarah, mesti dah beli macam-macam dah... Belum campur dekan ataupun ahli perniagaan... Camry pun dah tersebar merata... Semua nak pakai kereta besar...

Tapi, kat India, pensyarah a.k.a lecturer pakai motor je... Kalau ada kereta pun, setaraf Nissan Charade jer... Dekan MMMC pun pakai Suzuki Maruti, ala-ala viva la.... Sempoi je hidup diorang nie... Pro-Chancellor Universiti Manipal pakai Civic jer, sedangkan kalau kat Malaya komfem dah Mercedes mata belalang juta... Belum campur kereta aksesori kat rumah untuk anak-anak seperti Lancer ataupun Mazda RX7...

Saja terfikir menda nie sebab tadi nampak lecturer aku pergi dewan lapah (dissection hall) naik motor... Bawah nie motor die...

Motor Lecturer aku... Anatomi





Monday, November 23, 2009

Empat Perkara Secara Ringkas

Salam Alaik...

Satu
Kemenangan Manchester United dan Chelsea sabtu lepas memang sudah dijangka, begitu juga dengan persembahan konsisten Liverpool untuk 7 perlawanan terakhir ini.... Tetapi kekalahan Arsenal kepada Sunderland agak tidak menepati ramalan... Bukankah Arsenal satu tim yang hebat? Menang selalunya dengan gol yang melebihi 2 butir, tetapi semalam kalah pulak... Jelas sekali tidak semua mampu diagak dalam bola sepak.... Kedudukan Top 5: Chelsea, Man United, Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa... Ok la, ekstra, aku letak tim ketujuh: Liverpool... hehe

Dua
Aku agak berbangga bila ada seorang rakyat Malaysia berpakaian lengkap Melayu, bersama tanjak dan bersamping songkek berjumpa dengan Presiden Barrack Obama untuk menyerahkan watikah perlantikannya sebagai duta Malaysia ke AS... Bangganya aku bukan kerana berjumpa presiden Pak Cik Sam (Uncle Sam) tue, tetapi bangga kerana dia bangga berpakaian seperti itu di sana... Walaupun agak panas (aku rasa la), dia tetap bangga.... Pegh... Kalau aku jadi PM, komfem, aku pergi mesyuarat PBB pun pakai macam tue jugak...

Tiga
Perlantikan seorang Ahli Parlimen sebagai duta berstatus menteri ke sebuah negara yang sangat jauh menimbulkan persoalan bagi aku... Bukannya apa, cuma aku rasa pelik, sepatutnya seorang ahli parlimen perlu bekerja bersama rakyat di Malaysia... Jika beliau berada di negara lain, benua lain, bagaimana beliau mahu memberi komitmen kepada kawasannya... Aku dulu ada sekali melayan seorang Dato' Zul Deen (bukan nama sebenar) dalam fesbuk berkaitan isu seorang ahli parlimen tak dapat tauliah untuk berceramah, Dato' tue bagi alasan kata ahli parlimen tue perlu menumpukan perhatian kepada kawasannya, dan tidak perlu berceramah... tetapi apa pulak komen Dato' nie dalam isu nie? Ok fine, kepentingan negara lebih penting, tetapi tak bolehkah lantik orang lain? Perlantikan itu adakah sekadar menjaga hati kerana duta itu digugurkan dari kabinet? Malas nak komen lebih, bahaya kepada aku dan negara...

Empat
Aku tak jadi nak potong rambut pendek sebab undian 50-50...

Sunday, November 22, 2009

Alahai, payahnya la...

Salam Alaik...

Situasi Satu:
Seorang anak muda di sebuah masjid di bandaraya Jerantut sedang mengangkat takbiratul ihram buat kali ke-5 setelah 4 kali gagal sambil menyebut 'usolli-usolli-usolli'.

Situasi Dua:
Seorang remaja berumur 20 tahun disuruh ke saf belakang kerana tidak memakai ketayap/songkok/kopiah ketika berjemaah di surau al-Muflihin, Gombak.

Situasi Tiga:
Seorang dewasa berumur 35 tahun dipandang serong kerana solat dengan menggunakan 'cap' atau topi.

Situasi Empat:
Seorang suami menghabiskan masa selama 50 minit untuk mandi hadas kerana bimbang air tidak rata sepenuhnya

Situasi Lima:
Seorang pelajar ilmu feqah Universiti Utara Malaysia dimarahi akibat mempersoal kata-kata seorang ustaz yang pada pendapatnya kata-kata ustaz itu tidak mempunyai dalil yang kukuh.

Situasi Enam:
Seorang remaja dituduh wahhabi kerana tidak membaca doa selepas solat semasa solat berjemaah di Masjid Tengku Ahmad

Situasi Tujuh:
Dua kumpulan manusia bertelagah akibat berbeza fahaman tentang hukum mengangkat al-Quran tanpa wudhu' sampai tuduh menuduh sapa ahli sunnah wal jamaah dan sapa bukan

Heish... Susahnya la jadi Muslim...
(Islam susah atau muslim yang menyusahkannya?)
Betulkan aku kalau aku salah...
Wallahu 'alam

Saturday, November 21, 2009

Sepintas Lalu

Salam Alaik...

"Aku cuma harap korang main betul-betul... Jangan kalah dah... Kita dah la tercicir 5 poin sekarang nie..."

Glory-glory~

Thursday, November 19, 2009

Kenapa Aku Tak Boleh Jadi PM?

Salam Alaik...

Saje boring-boring selepas Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) nie, aku rasa macam nak mengarut jer... Kekadang aku terfikir jugak, aku rasa aku macam nak jadi PM Malaya masa aku dah besar (tua) nanti... Tapi kekadang aku terfikir balik, boleh ke jadi PM aku nie? Sebab ape aku kate gitu, meh biar aku tulis yang mane dan...

  1. Sebagai seorang PM, aku mestilah hebat dalam berkata-kata... Walaupun aku pandai berkata-kata, tetapi tidak semestinya aku hebat... Kalau ada orang panggil aku buat perasmian majlis Oimpik, mampus aku nak berucap... Bantainye semua orang tido, tak ke malu aku dan kerajaan aku... Itu belum masa perhimpunan agung parti... Bantai aku berucap, semua perwakilan tersengguk, tak ke naya aku.. Komfem pemilihan kalah teruk...
  2. Sifat seorang PM nie jugak memerlukan kesabaran dalam menghadapi masalah... Walaupun aku nie seorang yang happy-go-lucky, tetapi setiap masalah yang aku hadapi biasanya aku hadap dengan happy jugak... Sepatutnya seorang PM perlulah menghadap masalah tue dengan serius... Nanti aku kena cop Baby-Like PM pulak... Eish...
  3. Selain tue, PM mestilah realistik dalam melaksanakan sesuatu atau melihat impak atas satu usaha, tetapi aku nie jenis sentiasa positif dan positif lagi... Cube bayangkan kalau ekonomi negara jatuh teruk, pastu aku dengan selamba cakap kat kabinet, "relax-relax... Sekarang jatuhlah ekonomi kita, lama-lama nanti naik la balik... Ekonomi kite masih stabil an selamat"... Tak ke bengang pakar ekonomi... Pemegang/pemain saham komfem dah tak undi aku nanti...
  4. PM nie pulak lagi, mesti hebat dalam membuat keputusan yang tepat dan cepat yang mana aku sangat lemah bergantung pada keadaan semasa... Cube bayangkan kalau ade kontraktor US datang Malaya kata nak buat jambatan dari Langkawi ke Tanah Besar, dan pada masa tue kawan aku kontraktor besar nak jugak projek tue... Pastu kontraktor US tue pulak tawar harga murah, tapi kawan aku tawar harga mahal giler... Kalau aku bagi US, nanti kate lupe ke anak bangsa, kalau bagi kawan aku, kate bagi ke kroni. Eish... Kalau aku jadi macam tue, mboh aku batalkan je projek tue... Bila batalkan, rakyat Langkawi pulak bising, bila teruskan, peniaga feri Langkawi pulak bising... Aduh... Ini contoh ye... Takde kena mengena dengan hidup atau mati...
  5. PM pulak asyik sibuk je sepanjang masa... Kalau aku jadi PM, aku mana boleh sibuk-sibuk nie... Kalau tibe-tibe ade Menteri atau Ahli Parlimen ajak berbuka puasa kat Kedah, dan pastu pulak ade ceramah politik kat Bangsar, mampus aku... Nak kena ke Kedah, pastu balik ke Bangsar pulak... Kalau tak pergi nanti, tak dapa dekat dengan rakyat... Dua-dua penting untuk menjaga persepsi... Huhu..
  6. Haa... Nie antara yang best la nie.. Kalau jadi PM, kena rajin-rajin kat Malaya... Tapi kalau aku jadi PM, komfem malam sabtu atau malam ahad aku terbang ke UK, layan Man United punye game... Kalau tak kantoi, takpe la... Cube bayangkan kalau tengah aku melompat sokong United, tibe-tibe ade kamera fokus kat aku... huhu.. Semua rakyat tengok PM diorang lari dari Malaya layan Man United... Sedangkan Pahang FC vs Shahzan Muda tak pernah pun jenguk... Maka hebohlah sokernet.blogspot.com dengan kehebatan aku menyokong United tue...
  7. Lagi satu, sebagai PM aku kena pandai menyerang balas tuduhan atau fitnah dengan ilmiah dan beradab... Tetapi itu bukan aku... Kalau aku kena tuduh, biasanya aku lawan balik, hentam peribadi si penuduh aku tue... Contoh A tuduh aku guna C4 letupkan perempuan skandal TPM, aku akan balas kat A, "alah, ko tue steady je meliwat pembantu ko takpe plak!!!"... (Sekali lagi ditegaskan, ini hanya contoh dan takde kaitan dengan sape-sape... Harap Maklum)
  8. Dan serius, aku tak pandai membuat manifesto yang gempar-gempar... Sebab aku takut aku tak mampu laksanakan... PM mestilah hebat dengan memuat manifesto yang maha hebat, dapat memancing hati rakyat dan menyakitkan hati pihak lawan.. Dan PM mestilah optimistik dalam melihat manifesto itu, yang mana aku walaupun sentiasa positif, tak mampu untuk bersikap seperti itu untuk sesuatu yang belum pasti...
Jadi, inilah antara sebab aku tak layak jadi PM... Kalau aku nak jadi PM jugak, aku kena bah diri aku supaya sesuai untuk meletakan kaki aku sebelah kat neraka dan sebelah lagi kat syurga...

p/s: ini hanya pendapat peribadi aku dan takde kaitan dengan politik dsb... Ini hanya karya fiksyen jenaka yang tak sinis dan tidak serius... Jangan ambil berat karya ini dan dah baca, simpan dalam jiwa sahaja... hehe

Wednesday, November 18, 2009

Doktor, Maza dan Kemanisan...

Salam Alaik...

Kalau duduk kat India nie, ada satu air oren atau mangga jenama Maaza... Manis dia terlampau sangat la... Sampai boleh kering tekak aku... Kalau ayah aku mium Maaza nie, boleh melambung kandungan gula dalam darah sehingga 20mmol/L... Boleh masuk E & A sebab hiperglisemia...

Aku nie bukan seorang yang kuat manis... Serius... Kalau rasa manis sangat biasenye aku tambah air... Kalau makan kat Ali Hijrah atau al-Awwal, komfem aku tambah air putih dalam teh tarik dia... Manis melampau... Deria rasa manis aku sangat kuat kot...

Kalau manis pun, aku layan tapai, dodol atau kuih berintikan gula melaka (cth: Buah Melaka)... Itupun takleh manis sangat... Kalau terlebih manis, aku boleh termuntah dengan jayanya... Itulah sebab kalau aku balik dari mamak Shah Alam, selepas layan teh tarik, selalu rasa tak sedap tekak... Ceit...

Baik layan Coke atau Pepsi dari layan Maaza...

Off Topic: Semoga semua pendakwah di jalan Allah diberikan kemudahan dalam urusan dakwahnya dan dalam urusan menyebarkan kefahaman tentang Islam kepada semua. Tetapi, halangan dan cabaran tue memang asam-garam pendakwah, kan? Jadi, terima je la~

Tuesday, November 17, 2009

SPBIT atau SBPIT?

Salam Alaik...

Semalam aku sengaja mencari-cari Facebook cikgu-cikgu aku kat SBPIT, dan ada la terjumpa beberapa orang... Dalam mencari tue, aku teringat yang SBPIT ada pengetua baru, jadi aku pun bukak la wikipedia, nak tengok update nama pengetua... Masa aku baca artikel tue, aku terperasan sesuatu di bahagian sejarah sekolah perenggan akhir (klik sini untuk membaca terus di wikipedia):

"Terkini, nama-nama kelas bagi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh telah diubah kepada Smart, Perfect, Brilliant, Intelligent dan Thinker, dan sekaligus membentuk singkatan nama sekolahnya iaitu SPBIT."

Aku nak tanya, sapa la yang buat mende nie? Mesti seorang yang warga SBPIT jugak, kan? Macam mana boleh wujud kesilapan macam nie? Eish... Sila ubah kalau rajin... Aku malas nak ubah lagi...

Sunday, November 15, 2009

Biarkan atau Tidak?

Salam Alaik...

Rambut aku memang selalunya panjang... Apabila aku kecik dulu, masa sekolah rendah, rambut aku memang panjang, tetapi tidaklah sepanjang sekarang... Biasanya masa tue, rambut depan atau atas je yang panjang, sebab aku sikat belah tepi...

Bila masuk sekolah menengah, rambut aku panjang lagi, lebih panjang dari sekolah rendah... Sebab aku dah mula belah tengah, jadi rambut aku panjang kat atas... Kalau tarik, boleh sampai hidung la... Walaupun aku Ketua Biro Disiplin, aku tetap punya rambut yang panjang... Cuma, dalam 5 tahun aku kat situ, sekali je kena hampir botak... Itupun sebab sekolah buat undang-undang gila, suruh budak potong rambut guna mata satu... Aku jugak yang last sekali potong rambut tue, itupun lepas berdebat dengan Kapten ROR...

Lepas SPM, aku biarkan sahaja rambut aku tidak terpotong... Memang kembang + serabut + panjang giler la... Pergi sekolah masa Hari Anugerah Cemerlang pun masih panjang, siap kena tegur dengan cikgu lagi... Hehe...

Bila masuk INTEC, aku masih lagi kekalkan kepanjangan rambut aku... Cuma tidaklah sepanjang lepas SPM... Dan, kadang-kadang aku potong pendek bagi boleh jadi pacak... Kiranya kat INTEC nie la rambut aku mula pendek... Walaupun tak selalu, tapi boleh la tahan pendek...

Kalau kat India, aku biarkan dia panjang... Sejak lepas AUSMAT, aku biarkan dia panjang dan gunting hanya sekali sekala... Bila kat India, rambut aku agak panjang... Semester pertama, aku gunting sekali... Bila balik umah bulan 7 baru nie, aku ingat nak potong pendek, buat spike, tapi aku kansel saat-saat akhir....

Sekarang, rambut aku giler panjang... Walaupun tak speanjang budak Aussie, aku rasa dah cukup panjang bagi aku... Rambut belakang dah lebih bahu, rambut atas dah cecah bibir... Cuma belah tepi je nipis dan pendek sikit sebab Yob yang potong selepas raya...

Aku nak buat pendek rambut aku nie... Tapi aku sayang sebab nak simpan sampai sepanjang nie makan masa lama... Tapi kalau panjang, serabut pulak aku nak uruskan... Nak pakai gel atau minyak rambut memang aku tak suka... Ada yang kata suruh aku pendekkan rambut, ada yang kata biar je macam nie... Aku pulak 60-40... 60 untuk biar, dan 40 untuk potong... Kiranya aku nak ambik pendapat korang la nie, nak biar atau nak potong...

Undian:
Siapa yang rasa perlu potong, sila undi ya, dan sapa rasa perlu simpan, sila undi tidak... Undi anda merangkumi hanya 40% dari markah penuh... Sesiapa pun boleh cuba untuk mengubah keputusan aku dengan meninggalkan komen... Untuk mengundi sila lihat ruangan sebelah kanan entri ini..

Untuk pengguna facebook, sila ke sini untuk mengundi

Friday, November 13, 2009

Suatu Masa Ketika Aku Masih Kecil

Salam Alaik...

Masa kecik dulu aku selalu belajar mengaji al-Quran dengan ayah aku... Biasanya lepas Maghrib aku akan belajar la... Dan biasanya jugak aku akan belajar al-Quran kat tingkat atas rumah aku, tempat ayah aku selalu solat dan mengaji masa dia sihat dulu sebab kat situ tenang kot...

Aku masa kecik dulu, ada masa culas nak mengaji, ada masa rajin giler... Dan pada satu malam yang aku tak ingat aku umur berapa, mungkin darjah 5 atau 6, aku pergi ke tangga untuk naik tingkat atas, hajatnya mahu mengaji al-Quran dengan ayah aku... Sampai kat tangga aku duduk diam dan memasang telinga... Aku dengar ayah aku mengaji kat atas... Sebab aku seorang anak yang baik aku taknak la ganggu dia mengaji... Jadi, aku pun selamba pergi melepak kat depan layan Buletin Utama...

Aku pun pelik gak, kenapa mak aku tak suruh aku naik atas mengaji sedang aku menonton Buletin Utama dengan penuh khusyuk... Aku biarkan saja... Asal dapat layan berita Malaysia dan berita dunia sudah... Masa tue aku tak ambik pot langsung bola sepak nie... Aku suka layan politik dan isu semasa... haha...

Semasa sedang melepak kat ruang tamu tue, aku terdengar enjin kereta Datsun putih ayah aku masuk parkir rumah... Aku tanya la kat mak aku, "bila pulak ayah keluar?"... Mak aku selamba jawab, "ayah keluar kul 6.30pm tadi solat jemaah kat masjid..."

Jadi, suara sapa yang mengaji kat tingkat atas umah aku tue?

Wednesday, November 11, 2009

Tok, Nak Air Satu

Salam Alaik...

Aku dulu kat Malaya memang selalu turun pasar malam/pekan sari kat bandaraya Jerantut... Memang sangat meriah... Pelbagai kaum wujud, tak kira Melayu, India ataupun Cina... Malah, orang Asli pun turun bersama memeriahkan pasar tue...

Kalau dah kata pasar, memang sangat bising la... Tak boleh tak bising... Dengan orang tawar menawar sampai la Mat Rempit jalan-jalan usha awek... Semua bising... Campur bunyi generator lagi masyuk... Ceis...

Tapi yang paling mendapat tempat selain kedai jual jersi Golok dan kedai Ayam Goreng, ialah kedai ubat herba... Ramai la datang dari seluruh Pahang, dan kadang-kadang ada jugak sesat dari Kelantan atau Kedah mempromosi ubat-ubat herba mereka... Pakai tiang speaker 3 meter melangit, cakap-cakap macam ahli politik dah, ayat hambur macam penceramah agama... macam-macam...

Tapi yang paling aku pelik dan rasa macam nak gelak ialah bila mana ada satu PakCik yang menjual air jampi... Dia beria-ia kata air jampi tue sangat mujarab dalam membentuk minda anak-anak supaya jadi lebih pandai dan boleh dapat 10A, sangat hebat dalam mengawal anak muda yang liar, boleh elak gangguan Syaitan dsb...

Maka berteriak la PakCik tue kata "Air jampi nie 100% dibacakan ayat al-Quran"... Hehe... Cuma satu aku nak tanya kat PakCik tue (tapi tak tertanya), "PakCik, kalau saya beli air nie, saya minum dengan selawat 40 kali campur dengan Habbatus Sauda', dan saya minum tiap-tiap kali sebelum makan dan sebelum solat, adakah saya akan menjadi pandai tahap Gaban?"...

Mesti sapa-sapa yang baca perenggan kat atas nie akan jawab, "Kalau tak berusaha mana boleh pandai!!!"... Ok... Betul tue, tepat sekali... Kalau minum air jampi ke, air mentera ke, air Habbatus Sauda' ke, makan kismis 45 bijik ke, kalau tak berusaha mana boleh jadi:... Inilah dia sebahagian daripada silap kita dulu-dulu... Asyik bergantung kepada air jampi dan umpama membuat air jampi tue seperti dewa yang boleh membijakkan orang...

Aku tak kata tak boleh minum, cuma kalau sapa-sapa yang beli tue silalah jangan kata, "dengan air nie, boleh la anak aku berjaya"... Tapi aku yakin, pada zaman IT dan kepesatan pelajaran dan keluasan jajahan ilmu ini tidak ada lagi sikap seperti ini... Khurafat + Syirik namanya tue... Nak minum boleh, tapi sandarkan permintaan kita kepada Allah selaras dengan usaha kita...

Lagi satu yang best dalam bab pagar-memagar makhluk halus nie... Bila pagar rosak atau runtuh atau pecah, mulalah masing-masing menikus kata dah takde perlindungan dari kejahatan makluk halus... Ceit... Ape kejadahnya paku tue yang menghalang? Ini semua kuasa Allah... Bila pagar pecah, macam Allah dah takde je nak cover kita... Haduyai... Doa mohon perlindungan sudah cukup... Tak perlu nak perantara seperti paku, batu dsb... Boleh jadi khurafat nie...

Hurm, sebelum aku berundur, aku cuma nak pesan, kalau ada apa yang aku salah, sila betulkan... Aku cuma manusia biasa yang tidak sempurna...

Jazakallah
Wallahu 'Alam

Tuesday, November 10, 2009

Rindu Sama Kamu

Salam Alaik...

Intro: Tahniah kepada Chelsea kerana berjaya menang menentang United semalam... Serius, kekalahan semalam tidaklah merunsingkan aku langsung kerana aku tahu segalanya akan berputar kembali seperti musim-musim sebelum ini... Lihat sajelah nanti...

Ahad baru nie, semasa aku kat Bangalore, kat kedai kamera, aku terpandang sesuatu yang muncul dalam mimpi aku beberapa hari sebelum tue... Aku nampak dia sangat comel... Kulitnya lembut, pergerakannya menawan, dan serius aku rasa macam nak picit-picit je tanda geram...

Kalaulah aku dapat dia, serius, aku akan buat apa yang paling aku suka untuk dia... Mimpi tue jelas meningkatkan nafsu aku kepada dia... Ya, kepada dia yang sudah lama tidak aku jumpa... Geram sungguh... Tak pernah aku rasa segeram ini untuk memegangnya...

Rindu aku dulu sudah terubat ketika di Malaya... Tetapi kini, setelah hampir 3 bulan, dia kembali... Sengaja membuatkan aku terliur dengan lenggoknya... Aku membayangkan kalaulah dia tahu aku sayang dia, tentu dia akan mahu kepada aku...

Tetapi, aku dan dia berbeza... Dia kepunyaan orang lain... Dia ada komitmen lain... Dia jauh berbeza dari aku... Aku hanya mampu memandang dia dari luar sahaja... Tak mampu untuk aku memegangnya dengan tanganku...

Mahu saje aku merompaknya dari genggaman si empunya... Tetapi aku tahu batas aku sebagai Muslim tidak boleh mengambil apa yang bukan hak aku... Biarlah dia bersama tuannya... Biarlah aku menanggung derita melihatnya gembira bersama tuannya... Biarlah aku simpan sahaja nafsu aku kepadanya... Tidak lama mungkin... Hanya paling kurang 10 bulan saje... Kelak di Malaya, akan aku gunakan sepenuhnya kesempatan untuk meluahkan segalanya kepada dia...

Indahnya kau~Rindu aku sama kamu... Alangkah indah kalau aku dapat kamu dan akan aku masak kamu dengan tempoyak dan sedikit cili padi... Wah~ Maaf, gambar dia tak jelas sebab dalam akuarium... Gulai Masam Ikan Patin a.k.a Patin Masak Tempoyak, bilalah lagi aku mahu merasa kamu~

Monday, November 9, 2009

Misi Tercapai

Salam Alaik...

Misi 1: Teman Mun beli kamera DSLR dia...
Komen: Tercapai, nama kameranya Orked...

Misi 2: -daripada Doo, sulit dan persendirian-
Komen: Tiada komen

Misi 3: Beli but untuk Doo
Komen: Nike Merah Hitam

Misi 4: Melepak melepaskan tensi
Komen: Berjaya

Misi 5: Shopping~
Komen: Hehe... Tiada komen~

Friday, November 6, 2009

Aku dan Loghat Pahang

Salam Alaik...

Aku ialah seorang pelajar yang berasal dari Pahang... Mak bapak aku pun orang Pahang... Aku sekolah sampai umo 17 tahun pun kat Pahang... Aku hidup pun penuh dengan orang Pahang... Naik kereta pun aku dengar Pahang fm... Lagu faveret pun Menghilir di Sungai Pahang... Ayah aku orang Lipis, mak aku orang Tembeling... Aku dulu sokong Pahang FC... Kebanyakannya Pahang la aku nie...

Tapi, aku duduk kat Pahang, kat bandar Jerantut... Kat kawasan perumahan... Satu je yang aku tak berapa Pahang... Iaitu loghat dan slanga aku... Aku tak pandai sangat berloghat Pahang... Sikit-sikit tau la aku... Kalau setakat perkataan yang eksklusif di Pahang tue aku tahu maknenye, tapi tak pernah pulak aku cuba mengaplikasikan dalam hidup aku...

Petang-petang lepas SPM dulu, sesalu sangat aku melepak tengok bola Liga Jerantut... Aku selalu duduk kat Grand Stand, tempat orang-orang otai (tua & separuh abad) duduk... Aku selalu dengar mereka berloghat Pahang, dan aku faham... tapi untuk aku cakap amat payah...

Lidah aku cuma mewarisi kelajuan percakapan orang Jerantut tetapi tidak kosa kata dan seninya.. Aku hanya mewarisi seni memerli dengan lembut tapi tajam... Tetapi tidak melalui loghatnya yang unik... Itulah satu yang aku ralat sangat... Tak reti berloghat Pahang... Ramai orang luar Pahang tak sedor yang Pahang nie mempunyai loghat yang unik, banyak dan lembut... Deme tak tahu yang Pahang juga punya loghat... Aku cuba untuk membawa loghat ini... tetapi tidak boleh tanpa orang kedua.. kalau aku nak berloghat Pahang, aku kena berdua...

Jadi, aku berikrar hari ini, aku akan cuba berloghat Pahang dan belajar selok belok seni loghat Pahang apabila aku berkesempatan di Malaysia nanti~

Wednesday, November 4, 2009

Mainan Tido~

Salam Alaik...

Penat aku tido petang tadi... Daripada lepas zohor, berhenti jap masa Asar, pastu sambung balik sampai la mak aku call dari rumah bertanyakan perihal exam tadi...

Dalam masa aku tido tadi, macam-macam mimpi menerjah otak aku... Penat gak cuba untuk recall mimpi tue... Akhirnya berjaya jugak... Tapi yang paling best sekali aku mimpi ada orang tanya aku, "tak rindu gulai masam ikan patin ke?"... Ceit... Saje je nak bagi aku terliur eh... Hampeh punye mimpi...

Mak aku kata, kalau mimpi tentang ikan, tak lama lagi dapat duit banyak... hakhakhak... Elaun aku nak masuk la tue... Cepat-cepat elaun~ Aku mahu simpanan yang mantap... Takde la aku perlu mencatu urusan aku... Hehe...

Banyak lagi mimpi aku... Aku rasa tak payah la nak tulis satu-satu... Bukan menarik pun... Mungkin kepenatan sangat pas exam tadi... Esok plak exam Physio... Wallaweh... Baca tak habis lagi... Pulun la malam nie...

*Amaran oleh aku: Percaya akan mimpi bermakna sesuatu boleh membawa kepada khurafat dan syirik~

Monday, November 2, 2009

Malaysia Oh Tanah Airku

Salam Alaik

Cuma mahu mengutarakan rasa rindu diriku kepada tanah tumpah darah aku... Cuma mahu melihat buminya yang hijau dan makmur... Cuma mahu menyelinap di dalam cahayanya yang panas... Cuma mahu menyelami isi hatinya dengan sepenuhnya... Cuma mahu menghidu khabar beritanya yang panas... Cuma mahu memerhati kontroversi dan politik serta kekalutannya... Cuma mahu memikirkan apa yang salahnya di sana... Cuma mahu menggelengkan kepala tanda tidak setuju tanpa mampu mengubahnya... Cuma mahu diam belajar sebab peperiksaan bermula esok... Cuma mahu lihat hidup di India kini dan mengimbas sesekali keadaan di Malaysia...

Cintaku pada Malaysia tidak pernah pudar... Serius...

Gambar dari Razaklatif.com

Saturday, October 31, 2009

Incredible India dari Pandangan Aku: TNB dan Hemisfera Utara

Salam Alaik...

Satu
Kejadian black-out yang selalu berlaku kat Anantha Nagar seminggu kebelakangan ini jelas sekali mengganggu usaha aku untuk belajar malah tido di waktu dekat-dekat nak exam nie... Aku tak tau nak marah sapa... Takkan nak marah TNB plak? Komfem bukan TNB yang bersalah dalam hal nie...

Black-out menyebabkan aku bergerak ke Perpustakaan Manipal U yang setinggi 6 tingkat... Aku tahu, kalau aku mula study kat library, fokus aku akan meningkat... Jadi, aku bawaklah nota Biochem sebagai bahan... Sebelum ni, kat INTEC aku dah ada pengalaman study kat Library beberapa kali... AKu rasa tak sampai dua kali kot... haha...

Sampai kat Library Manipal U, aku lepak kat tingkat 2... Cari kotak yang berada di sudut untuk mencapai fokus maksima... tapi aku tak belajar dari pengalaman aku kat INTEC dulu... Aku lupa bahawa diri aku nie "semakin tinggi fokus terhadap sesuatu, semakin cepat aku mengantuk"... Fokus 100% berjaya la jugak recall apa yang dah belajar dulu walaupun mengantuk cepat...
Library~ Syurga Nerdie

Dua
Sekarang di India, malam semakin panjang... Subuh macam biasa, 5.15am dah masuk... Tapi Maghrib bapak awal... Pukul 6.04pm dah masuk maghrib... Kiranya kul 6.30 dah totally gelap dah... Kalau kat Malaysia, biasanya orang balik main bola sebab Maghrib dah masuk... Tapi kat sini sekarang, balik main bola semua cakap "cepat weyh, Isyak dah dekat"... Haha.. Penangan duduk kat hemisfera utara...

Semalam, sempat la aku snap beberapa gambar kat End Point (Pusat Rekreasi: Padang, Taman, Trek Joging)... Saja nak snap sebab baru belajar beberapa teknik CS3... Hehe... Semangat lebih la nie... Aku turun dalam kul 5.50pm... Layan sunset la plak... haha... Ingat pagi tadi nak layan sunrise, tapi bangun lambat la plak~ Boleh layan gambau kat bawah nie...

Tiga
Man United vs Blackburn... 0130 Malaysia, 2300 India

Di balik batu


Di balik The Redz Devil


Sunset

Pondok Kecil: Ada dua orang tengah lepak kat situ

Oh Bulan~