Monday, January 4, 2010

Anugerah Kesan Khas Terbaik Festival Filem 2001 dan Isu Semasa

Salam Alaik...

Aku teringat masa aku umur 12 tahun, aku berada di Lembah Kelang, melayan cuti bersama keluarga di rumah mak sedara aku yang kini mengusahakan kedai kek dan kuih raya (promosi sket)... Pada suatu malam, aku dan keluarga yang baru pulang dari satu tempat yang aku lupa, membuka TV dan menonton satu filem yang hebat...

Aku yang masih kecik tue, memang tak faham la apa yang orang putih cakap... Apa yang aku tahu, orang putih tue sangat hebat dalam melakukan kesan khas yang giler hebat untuk zaman itu... Aku sangat kagum... Melihat keluarga aku yang lain, mereka menunjukkan muka pelik dan tertanya-tanya... Mungkin mereka mempunyai pemikiran yang sama dengan aku bahawa filem itu mengguakan kesan khas yang hebat...

Kalau tengok gaya filem tue, sangat bagus... Ada sebijik kapal terbang menghentam bangunan yang tinggi, dan aku agak bangunan tue kat US sebab Malaysia mana ada bangunan yang rupa bentuknya macam itu... Aku lihat teknik runtuhan bangunan yang pasca-hentaman itu sangat menarik... Sangat cantik jatuhnya, sangat tersusun dan tidak melibatkan bangunan lain di sekelilingnya...

Aku tanya la akak aku, apa nama cerita tue, sebab terlalu hebat seninya.. Akak aku cakap, “Nie bukan filem la mangkuk, ini breaking news”... Breaking News? Apekah itu... Aku yang tak tahu nie anggap la breaking news tue macam drama sinetron... haha...

Setelah beberapa kali keluarga aku berbual tentang filem tue, barulah aku tahu yang aku anggap filem itu rupanya footage ‘serangan pengganas’ ke atas WTC di NY... Hurmph... Aku pun pelik, hebat giler pengganas dapat hentam bangunan tue dan kawal letupan dan runtuhan... Apekah pengganas itu bekas jurutera syarikat meruntuh bangunan ke?

Dan, aku biarkan perkara itu dalam benakku...

Kini, 2010, aku tengok balik footage 911 tue, dan aku mendapat berita baru bahawa Building 7 WTC jugak runtuh , di samping North dan South Tower... Aku semakin pelik... Apa kejadah Building 7 ikut runtuh sedangkan tak kena hentam dengan kapal terbang pun... Maka bermulalah teori konspirasi~

Lihat lanjut di sini


Tambahan: Kalau dulu, tanpa perbezaan fahaman politik, ramai yang berselisih tentang Wahhabi, Bid'ah dsb.. Sekarang, isu baru pulak muncul, korang pun tahu ape, kan? Ada dalam kalangan PAS menyokong, ada yang membantah, Sama juga seperti UMNO etc...

APa-apa pun, semoga Allah memberi Hidayah kepada kita untuk meneliti isu ini sedalamnya dan memberi kita petunjuk ke arah keputusan yang terbaik untuk Agama, Negara dan bangsa... Jangan melatah tanpa usul periksa... Hehe...

Dan, aku ada terbaca satu blog, seorang Melayu, dan Islam... Dia tulis:

"Allah adalah merupakan Tuhan (yang sebenarnya yang berhak disembah) tetapi Tuhan tidak semestinya Allah, kerana mungkin Tuhan kamu bukan Tuhan kami iaitu Allah..."

Bila baca balik, aku rasa macam pelik ayat nie... Kenapa ye?

Apa yang aku tahu, dalam dunia yang besar nie, hanya ada satu Tuhan, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Pencipta langit dan bumi, kejadian siang dan malam, dsb... DIalah Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selain Dia... Dan Dia ialah yang Maha Esa, tiada sekutu, tidak beranak dan tidak diperanakan, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana... Ingat, Dialah Allah, Tuhan Yang Satu~

Jazakallah~

13 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Aku sendiri konpius dengan tulisan Mamat Melayu yang beragama Islam tu. Dia faham ke tak??? Kalo tak faham atau sekadar baru nak faham baik jangan tulis apa-apa. Nanti kena gelak je ngan orang sebabkan kedangkalan kita dalam memahami sesuatu isu..

ohmalaysia.com said...

ms 11 sept 2001, aku pun pelik tgk semua tv tunjuk psl benda tu. masa tu berita dunia kt TV1. then bukak tv3 pun sama. ms tu darjah 6, byk benda lagi x tau.

tp tragedi 11 sept 01 konspirasi US je tu. saje nk wat modal utk perangi islam

.b.e.d.d.y. said...

panulis blog tu memang seorang yang suka bersastera kot

dzul said...

betul..

kawan cinaku percaya tuhan dia adalah juga tuhan aku iaitu Allah, tuhan yang satu..tuhan seluruh alam semesta..dan aku tak menyangkal dakwaan dia. cuma hatinya tak terbuka untuk memeluk Islam..hah, apa macam..

ada sapa berani belasah mamat cina nih..dan sound dia xde hak utk mengaku Allah adalah juga tuhan dia?

p/s-dlm kristian mungkin akan wujud kekeliruan disbbkn konsep trinity (mgkin mamat tu merujuk kpd konsep trinity dlm kristian)

Finaz said...

"Aku tanya la akak aku, apa nama cerita tue, sebab terlalu hebat seninya.. Akak aku cakap, “Nie bukan filem la mangkuk, ini breaking news”... Breaking News? Apekah itu... Aku yang tak tahu nie anggap la breaking news tue macam drama sinetron..."

hahaha...sowee lah akak tak tahan terpaksa gelak gak...hehe

pungkar said...

aku x faham part ni... "tetapi Tuhan tidak semestinya Allah"...kunfius aku

Anonymous said...

ALA..

MMG KONSPIRASI..

PG JAHANAM LA MEREKA!

JJ KRN said...

"Tuhan tak semestinya Allah".


Haih.


Apa nak jadi.

bG said...

sebelum aku kucar kacir kat sini.. aku nk tny, kedai kek mak sedara ko tu kat mana? mana tawu boleh dpt murah.. huhu

Redz da Tsar said...

Echam: bila tak tahu buat-buat tahu atau bila tak tahu nak tunjuk dia tahu atau bila tatahu nak tunjuk dia prihatin denan masalah nie..

OM: haha... Konspirasi... Itu la pasal.. Dengar cter konspirasi Yahudi pun ade gak...

Beddy: Sastera apenye.. Teruk bebenor maksud gayenye...

Dzul: Hehe... Semoga budak cina tue dapat hidayah... Mamat tue kalu nak tlis pasal trinity pon, jangan la buat ayat macam tue, nampak sangat macam mengiktiraf tuhan diorang...

Akak Finaz: Takpe, gelak la.. Ketawa ialah ubat yang bagus...

Pungkar: hehe... Kalau la ayat tue + dengan niat maka buleh rosak akidah... heh...

Ghostone: Tang mana konspirasi? 911? Hehe...

Jaja: Tau takpe... Malas nak komen, boleh baca dan fikir sendiri...

Amir Ariff: Aku pun tak tau la.. haha...

faiq said...

oh bantulah die

Redz da Tsar said...

Faiq: Hehe... Kite cube~

Relevan said...

Takbirrr!!