Tuesday, October 5, 2010

Musafir? Jama' Dua Solat? 92km? 3 Hari?

Salam Alaik...

Bersempena JaSSI 2010 yang telah lepas, yang berlangsung di Mangalore, kira-kira 65 km dari Manipal yakni kurang lebih 1.5 marhalah perjalanan...

Adapun dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi pembacaan aku tentang Jama' dua solat dari pandangan empat imam mazhab yang dipetik 100% daripada buku berjudul, Fatawa Nabi fi as-Solat, karangan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, anak murid kepada syeikh ul-Islam ibnu Taimiyyah dan rakan kepada al-Hafiz Ibnu Katsir yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Tim Kuwais dan diterbitkan oleh Jasmin publication...

Bab: Menjamak Dua Solat Ketika Musafir

Di antara banyak petunjuk yang diberikan oleh Rasulullah S.A.W tentang solat ini, ternyata tidak ada yang menyebutkan adanya solat jamak pada waktu musafir sebagaimana yang dilakukan banyak orang dewasa ini. Tidak pula dilakukan slat jamak ketika singgah. Rasulullah S.A.W hanya menjamak solat apabila sedang melakukan perjalanan yang dirasakan berat, dan apabila akan berperang seperti mana yang kami sebutkan dalam kisah Peran Tabuk... Adapun jamak pada waktu baginda singgah di suatu tempat dan tidak sedang musafir, tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkannya melainkan jamak yang dilakukan baginda ketika di Arafah untuk melakukan wukuf, seperti yang dikatakan oleh imam asy-Syafie dan guru kami... Oleh kerananya, imam Abu Hanifah menganggap bahawa jamak hanya dilakukan ketika di Arafah sebagai bahagian dari kesempurnaan ibadah Haji... Adaun perjalanan yang dilakukan dalam ibadah tersebut tidak mempengaruhi apa-apa...

Sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan Imam Asy-Syafi'i menganggap jamak tersebut kerana adanya perjalanan... Kemudian mereka berbeza pendapat... Imam Asy-Syafi'i dan imam Ahmad bin Hanbal dalam salah satu riwayatnya berkata bahawa perjalanan yang dimaksudkan adalah perjalanan yang lama... Adapaun Imam Malik dan imam Ahmad dalam riwayat lain mengatakan bahawa penduduk Mekah boleh melakukan Jamak dan Qasar di Arafah... Adapun guru kami dan Abu al-Khitab dalam kitab Ibadahnya pada awalnya memilih pendapat terakhir ini, kemudiannya berubah pendapat dan menyatakan bahawa jamak dan qasar adalah bahagian dari perjalanan, sama ada yang jauh mahupun yang dekat, seperti pendapat ulama' salaf yang lainnya... Imam Malik dan Abu al-Khitab mengkhususkan bagi penduduk Makkah sahaja..

Rasulullah tidak pernah membataskan jarak jah dan pendeknya satu perjalanan yang membolehkan seseorang itu dapat melakukan qasar dan berbuka puasa ataupun tidak, akan tetapi baginda memberi kemudahan untuk melakukan hal tersebut selama mereka dalam musafir... Sebagaimana baginda membolehkan tayammum bila dan di mana sahaja setiap musafir...

Adapun hadis yang menyebutkan adanya pembatasan jumlah hari seperti satu, atau dua atau tiga hari tidak benar sama sekali... Wallahu 'alam...

Sebenarnya ada 4 bab lagi tentang musafir ni... Tapi terlalu panjang untuk disalin dalam masa yang singkat ini... Jadi, nanti kalau ada masa lebih, aku akan buat ringkasan untuk masalah ini berdasarkan pandangan imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Fatawa Nabi fis Solat...

Semoga bermanfaat...

Hadis Tambahan:

(1) Umayyah bin Khalid pernah menyatakan kepada Abdullah bin Umar, "Sesungguhnya kami telah mengetahui tentang solat orang yang mukim dan solat orang yang takut (Khauf) dalam Quran. Akan tetapi kami tidak menemukan solat bagi musafir itu disebutkan dalam al-Quran"...

Ibnu Umar menjawab, "Wahai saudaraku, Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad s.a.w dan ketika itu kita belum mengetahui apa pun. Kita hanya mengerjakan apa yang kita lihat dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

(2) Anas bin Malik mengatakan, "Kami pernah musafir bersama Rasulullah ke Mekah, baginda sering melakukan solat dua-dua rakaat hingga kami kemali ke Madinah"

(3) Ibnu Umar mengatakan, " Aku pernah menemani Rasulullah s.a.w selama dalam perjalanan, baginda tidak pernah melakukan solat lebih dari dua rakaat, begitu juga dengan ABu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan r.a."

Nota Kaki:
(1) Hadis ini sahih
(2) Hadis ini Sahih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Witr bab al-Witr fis Safar; oleh Muslim dalam Kita Shalah al-Masafirin bab Jawaz Shalah an- Nafilah 'ala ad-Dabah, oleh Abu Daud, oleh An-Nasai, oleh Ibnu Majah, oleh Imam Malik, dan oleh ad-Darimi
(3) Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Taqsir as-Solah, bab Solah ath-tatawwu' 'ala ar-Rihlah

2 comments:

Don Balon said...

Terima kasih rodonc..
Koi percaya masih banyak nas2 dari hadith yang diguna pakai oleh alim ulamak kita yang menyebabkan timbul kiraan dua marhalah ini serta had 3 hari tersebut..
Rujuklah pelbagai kitab sahabat..
InsyaAllah ketemu..
Apapun terima kasih kepada aok rodonc sebab menimbulkan persoalan ini.. menarik untuk dikaji bersama..

Redz da Tsar said...

Bukan ape Don, cuma Hadis yang Sahih atau Hassan tidak ketemu... Jika ketemu, kenapakah Ulama' Hadis seperti al-Hafiz Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dan lain-lain tidak menjumpainya...

Insya Allah, kita akan cari bagaimana perkiraan 2 marhalah itu timbul...

Cuma nak ditegaskan di sini, Rasulullah tidak pernah menetapkan secara khusus bahawa syarat musafir ialah 2 marhalah, atau 3 hari...

Malah ada Hadis dari nabi, nabi sendiri pernah bermusafir di satu tempat selama lebih 40 hari, dan masih mengqasar solatnya... nanti kena cari balik Hadis tue... Lagipun tak tau pun hadis tue status apa... =)

Wallahu 'alam