Saturday, October 30, 2010

Semangat

Salam Alaik...

Biasanya Jumaat di Masjid Manipal, khatib akan mula berkhutbah pada jam 12.45pm dan akan habis pada 1.15pm. Dan aku, bersama geng-geng budak Malaysia yang tidaklah terlalu baik sangat akan bergerak ke Masjid menjelang jam 1.10pm. Sengaja untuk melarikan diri dari khutbah.

Teringat pulak kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ketika kuliahnya di Masjid Tengku Ahmad dulu bahawa orang yang datang solat Jumaat sebelum khutbah akan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada orang yang datang bila khutbah dah habis. Hehe... Astaghfirullah...

Jumaat semalam tidak terkecuali, gerak dari rumah jam 1.10pm... Kiranya target sampai Masjid khatib dah masuk khutbah kedua, dan kiranya bersedia untuk solat je... Sampai kat masjid, duduk sat (kenapa la tak buat tahiyyatul masjid dulu?)... Tiba-tiba dengan azan... Wallaweh... Khutbah tak start lagi rupanya...

Habis azan, khatib naik...

"Innalhamdulillah. Nahmaduhu wa nasta'inuh, wana'udzubillahi min sururi anfusina, wa min sayyiati a'malina, man yahdillah, fahuwa mudilalah, wa man yudhlil, falaha diyalah...."

Aik... Lain dah intronye.. Biasanya intro (tak pernah berubah):

"Alhamdulillahi wahidil ahad"

Hurm... Khatib lain nie.. Dah la start lambat... Aku pun layan je la... Tengah mata-mata nak kuyu tue, aku pelik... Awat panjang sangat intro Arab dia... Dah la bersemangat waja, berkhutbah dengan suara yang keras (lantang)...

Tengah aman dengar-dengar, sambil mata dah bersedia nak tido,

"Nasiina bikitabillah, nasiina bikitabillah!" laung khatib tue lantang.

Tersentak jap aku... Wallaweh.. Ini bukan intro... Ini dah khutbah... Khutbah dalam Arab... Huhu... Seronok! Aku pasang telinga lagi... Memang fokus habis la... Sebab selama nie dengar khutbah Malayalam atau Kannada... Memang sepatah haram tak faham.. Kali ni bahasa Arab buleh la blah...

Daripada banyak-banyak perkataan yang khatib tue cakap... Aku sempat tangkap tiga jer poin... Aku rasa ok la daripada Malayalam dan Kannada langsung tak dapat apa...

  1. Kita telah lupa dengan kitab Allah (al-Quran)
  2. Kalau al-Quran itu bukan daripada Allah, nescaya terdapat banyak percanggahan dalamnya
  3. Barang siapa yang tidak beriman dengan ketentuan Allah (Qadha' dan Qadar), ialah orang yang fasiq!
Hehe.. Walaupun bahasa Arab dalam kepala otak nie dah berkarat, tapi karat-karat pun, ok lagi la... Haha... Selain dari 3 poin di atas, doa tue buleh la aku faham... Hari-hari doa, takkan tak faham makna kot...

Bila doa yang akhir-akhir khutbah, selepas doa kaum Muslimin, selawat ke atas nabi, dan para khulafa' ar-Rasyidin, khatib menambah doa kepada Imam Hussain bin Ali r.a. dan saudaranya Imam Hassan bin Ali r.a... Wah, rare nie... Biasa kat Malaysia doa kat Sultan atau Raja je, kat sini, pada hari semalam, nama Hassan dan Hussein sekali ada... (Jangan kata khatib tue syiah pulak, nanti terjadi fitnah)...

Kesimpulan, khutbah hari semalam memang mantap... Bersemangat, spontan dan paling penting: ringkas dan padat... Tak macam khutbah di Malaysia, melayut panjang... Dah la baca teks... Huhu... Patutla makmum semua duk mengangguk (tersengguk) setuju jer...

Pengakhiran: Firman Allah S.A.W dalam surah Yusuf ayat kedua:

"Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an dalam bahasa Arab agar kamu semua berfikir"

Sapa yang berkesempatan, adalah sangat bagus untuk belajar bahasa 'Arab... Aku menyesal meninggalkan 'Arab waktu menengah atas dulu... Serius....

p/s: Aku sebenarnya nak tulis keistimewaan hari Jumaat dalam entri nie... tapi memandangkan bila aku cek status sesetengah hadis, ada hadis berunsur 'dhaif'... Jadi, aku tangguh dulu la... haha... Sehingga bertemu kembali kelak!

Wallahu 'alam

No comments: