Monday, October 11, 2010

Siri Falsampah: Teori Kerinduan Manusia

Salam Alaik...

Yeah, kembali lagi Siri Falsampah yang dibuat oleh aku... hehe... Hari ini kita belajar falsampah mudah... Sangat mudah iaitu:-

"Semakin lama kita tidak melakukan sesuatu perkara, semakin kita rindu akan perkara itu."

Amacam... Mudah, kan?

Sebagai contoh, jika kita suka menulis blog atau berada dalam talian (online)... Apabila kita terpaksa untuk tidak berada dalam talian, seperti sambungan internet terputus akibat dipanah petir atau laptop punah disambar arus elektrik tahap gaban, kita semestinya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berada kembali dalam talian... Dan keinginan itu akan mencetuskan rasa rindu yang menyebabkan kita tak senang duduk, mandi tak basah, makan tak kenyang, dan semestinya tidur tak lena...

Begitu juga jika kita sering mendekatkan diri dengan alam, atau dengan kata lain menghayati keindahan alam sambil berfikir akan kebesaran-Nya... Jika tiba-tiba kita sibuk dengan urusan dunia seperti sibuk berkerja, atau sibuk belajar, suatu perasaan yang tidak senang duduk akan tiba, yakni kerinduan untuk mendekatkan diri kepada-Nya... Mungkin kekadang kita tidak perasan kita merindui-Nya... Kekadang kita sering terlupa apabila kita tidak keruan, tidak tenang, atau tidak senang duduk di sebalik kejayaan kita dan mula mencari-cari punca... Puncanya mudah, kerana kerinduan dalam mendekatkan diri kepada-Nya...

Selain itu, falsampah ni jugak boleh diguna pakai dalam hal kejahatan, atau keburukan... Seperti jika seseorang suka menonton pornografi... Dan apabila dah lama tak dapat tengok pornografi, rasa rindu kepada pornografi meningkat dan mencetuskan stimulasi rindu untuk mendapatkan pornografi... Haha... bengong punya contoh daa...

Tetapi, bila kita berurusan dengan perasaan manusia, maka, tidak semua perkara mamatuhi syaratnya... Sungguh! Falsampah ni ada pengecualian...

Kalau kita tak suka study, atau tak suka mengaji Quran, maka, tak kira la walau lama mana sekalipun, rasa rindu tu tidak akan wujud... Tidak ada langsung keinginan untuk mengaji atau study... Kita cuma rasa 'something fishy is going on' tapi tak pernah mengetahui bahawa puncanya ialah kerinduan... Maka, hanyutlah dalam badai dunia yang menikmatkan dan melemaskan...

Sebagaimana kalau kita tak suka menonton TV... Biarlah dah 10 tahun tak tengok TV secara ekstreem, tapi kerinduan tetap tidak berputik, sebab memang kita tak suka... Memang fitrah manusia untuk melakukan apa yang mereka suka, dan tidak melakukan apa yang mereka tak suka, tak kira la Tuhan suka atau tak... Perasaan nikmat memang sukar untuk dijelaskan... Seperti Siri Falsampah Sebelum nie.. hehe...

Kesimpulannya, kalau kita suka sesuatu perkara, dan perkara itu dah lama kita tak buat, maka rasa kerinduan untuk melakukan perkara itupun terdetik... Semakin lama ditinggalkan, semakin rindu untuk melakukan...

p/s: Aku tulis nie sebab dah lama study... borink dah... Walaupun dah 2 hari cuti study, tapi kerinduan tetap tidak ada... haha... apa maknanya?

2 comments:

Don Balon said...

Kahkah..ada betulnya jugok..

Tapi duan..
Rindu yang baik mesti dibaja supaya berbunga..
Kadang-kadang rindu itu sudah ada tetapi kita tiada menyadarinya..
Contohnya, ramai yang menitiskan air mata ketika melawat makam Rasulullah..
Padahal sebelum ni yang lelakinya tak pernah berjanggut, tak pernah menolong isteri di rumah..
yang perempuan pulak meletup bila suami nak mengembangkan sayap..
kuikui

Redz da Tsar said...

Betul tue Don... Keh sokong sangat... Cuma itulah, kekadang duk asyik merindui yang lain...

Itulah sebabnya siri ini siri Fal'sampah'.. hehe... Ada Falsafah dan ada falsampah...