Tuesday, November 16, 2010

Salam

Salam Alaik...

Raya Haji Eid al-Adha kembali... Kat India diorang panggil Bakrid.. Tak tau la sebab apa... Aku tak kesah pun, asalkan ada cuti dan ada solat sunat hari raya... Hehe...

Selamat Eid al-Adha la kepada semua Muslimin di seluruh dunia khasnya yang membaca blog aku nie...

Esok meriah la surau-surau apabila ramai datang membantu menumbangkan haiwan korban... Biasanya kat Malaysia lembu la yang menjadi keutamaan... Tapi di India, kerana lembu sangat sensitif, jadi korban di sini hanya kambing...

Kambing pun kambing la, asalkan Sabtu nie ada sambutan di rooftop Premier Greenwood gulai kambing... (^^) Alhamdulillah...

p/s: Apa-apa pun aku merindui daging bakar dengan cicah kicap... Pegh... Klasik... Kat sini, takde la nak dapat lembu walaupun lembu bersepah merata-rata...

Sunday, November 14, 2010

Nampak Elok Je...

Salam Alaik...

Autopsi ialah satu terma yang digunapakai untuk merujuk kepada prosedur post-mortem iaitu pembedahan selepas mati untuk mengkaji punca kematian seseorang... Autopsi hanya untuk orang yang mati, dan sebaliknya Biopsi, hanya untuk orang hidup...

Boleh tahan tak intro aku? Hehe...

Aku dah pergi 3 autopsi dari 4 autopsi yang diwajibkan untuk pelajar MBBS seperti aku.. Alhamdulillah, aku balik dengan selamat tanpa pitam, pengsan, muntah dsb... Dan juga takde badi mayat ikut (khurafat sungguh).... haha...

Daripada 3 kes autopsi tue, dua daripadanya kes RTA atau dengan kata lain Road Traffic Accident, atau Kemalangan Jalan Raya... Dua-dua kes tak menyeramkan dari segi rupa luaran... Mayat elok, tanpa ada kesan yang teruk seperti patah, tercabut kepala dsb... Hanya ada luka kecil dan kesan lebam...

Agak-agak kenapa maut? Sakit jantung sebab terkejut? Haha... Tak... Maut sebab pendarahan dalam otak... Ya, tak nampak di luar, tapi di dalam tengkorak penuh darah yang bakal menyebabkan fungsi otak hilang dan seterusnya maut...

Biasanya yang pendarahan otak nie sebab tengkorak pecah atau retak, atau paling koman otak lebam sebab berlaga dengan tengkorak akibat pergerakan yang ekstrim...

Jadi artikel aku yang panjang lebar nie sebenarnya nak memesan supaya penunggang motorsikal, SILA PAKAI HELMET!

Ada seorang student Malaysia di India maut beberapa hari lepas sebab pendarahan bawah dura atau secara umum pendarahan otak jugak la... Kepala terhantuk kat longkang setelah terbabas mengelak Auto (Beca Bermotor)...

TAPI, kalau pakai helmet TAK IKAT tak guna jugak... Kalau pakai helmet, dan ikat kemas TAPI BAWAK MACAM SETAN sama jer la... Yang penting, ikut undang-undang keselamatan jalan raya.. Boleh mengurangkan risiko eksiden dan maut... Tapi, ingat, ajal maut di tangan Tuhan... Kalau dah ikut semua tiba-tiba sebijik kelapa jatuh atas handle dan kemudian terbabas melanggar bas dari arah bertentangan, nampaknya takde rezeki nak hidup lama...

Sekian... Keh3x

Wednesday, November 10, 2010

Adakah Anda 2 Peratus Terhebat?

Salam Alaik...

Albert Enstein katanya telah menyediakan satu teka-teki yang hanya 2% daripada populasi dunia mampu menjawabnya... Dan aku lampirkan satu gambar tentang teka-teki itu... Klik gambar untuk paparan lebih jelas...

Persoalannya: Siapakah yang memelihara ikan?

Layan...

Aku dah tau jawapan.. tengok korang plak macam mana... Huhu...
Boleh copy dan save gambar untuk disebarkan... Mana tau, ada yang dapat jawab.. haha...

Kalau dapat jawab, aku tak bagi hadiah sebab kos penghantaran dari India mungkin dah melebihi nilai hadiah itu...

Kalau ada masa terluang dan terasa macam nak menguji minda, boleh la try... Cikgu-cikgu boleh ambik bagi kat anak murid tengok IQ sapa power...

Amaran: Nama, watak, dan situasi hanyalah rekaan semata... Aku cuma terjemah dan ubah sikit... Meminum beer (yang memabukkan) adalah haram di sisi Islam...

Sapa dapat jawab, sila tinggal di ruang komen berdasarkan turutan berikut:- No rumah, warna rumah dan nama pemilik..
Contoh: #6 Ungu Redz

Selamat Mencuba, dan selamat maju jaya...

ADAKAH ANDA 2% DARIPADA POPULASI DUNIA ITU?

Sunday, November 7, 2010

Ketua Geng Merpati Diberkas

Salam Alaik.

MANIPAL, Ahad -- Ketua Geng Merpati yang menceroboh rumah penduduk di Manipal diberkas tengah hari tadi. Merpati itu yang berwarna hitam keperakan ditahan dalam usahanya untuk menceroboh bilik di rumah raya. Penahanan itu membantu siasatan dalam 3 kes pencerobohan yang lain.

Ketika dikepung oleh penduduk tempatan, merpati itu ditemani pasangannya yang mempunyai warna yang sama. Walau bagaimanapun, pasangannya berjaya meloloskan diri sebelum penduduk tempatan menutup tingkap dan menghalang merpati itu keluar dari bilik itu.

Merpati itu kemudiannya dibawa untuk disoal-siasat, dan kemudian dibebaskan setelah mendapat ikat jamin oleh penduduk yang enggan dikenali. Penahanan merpati itu belum cukup untuk menghalang kegiatan menceroboh rumah penduduk di Manipal pada musim mengawan merpati itu.



Berita lain:

MANIPAL, Ahad -- Pasukan Standard Kampung (24 I) yang memakai jersi Liverfool berjaya mara ke separuh akhir Liga Inter-Batch MMMC yang dianjurkan oleh Student Council. Pasukan itu yang menang satu perlawanan (vs 25 I) dan seri untuk 3 perlawanan yang lain berjaya mara setelah mengumpul 6 mata. Lawan mereka di separuh akhir masih lagi tidak diketahui dan akan diketahui menjelang petang ini.

Mengulas pencapaian itu, kapten Standard Kampung, Aliffdo berkata, "kita rasa seronok lah dengan pencapaian ini. Misi kami dari awal perlawanan sehingga habis, hanya satu. Dan kami berasa gembira la mengekalkan misi itu."

Ketika ditanya tentang misi itu, kapten itu enggan memberitahu. Pasukan Standard Kampung diwakili oleh Doo, Mantap, Rohil, Semi, Oyop, MatYie, Arvend, Redz dan Wawan.

Gambar Ihsan Irfan Bakhtiar

Update: Standard Kampung telah menjuarai pertandingan Futsal Interbatch 2010... Kejayaan Standard kampung disusuli dengan kejayaan Liverpool di EPL masing-masing menentang Chelsea dan West Ham... Apabila Standard Kampun menggantung kasut bola (tak main la makenye sebab dah menang), Liverpool kembali kepada prestasi hambar dengan kalah kepada Stoke City dan juga yang terbaru Spurs...

Pengumuman: Entri aku tentang Statistik Perokok telah dikemaskini dengan fakta baru. Boleh dirujuk di sini (tulisan warna kuning)

Saturday, November 6, 2010

Cerpen: Diari Seorang Lelaki

Salam Alaik...

p/s: Ini sebuah cerpen.

Jam di atas meja belajar berwarna coklat itu berbunyi bising. Hendak dicapai, tangan yang malas itu terlalu berat untuk diangkat menekan punat merah jambu di kepala jam itu. Lalu ditarik selimut tebal yang juga berwarna merah jambu itu meliputi seluruh badannya yang bergetar marah akan jam yang berbunyi bising.

Beberapa minit selepas itu, sinaran mentari menerobos melalui tingkapnya menyuluh tepat ke tubuhnya yang berselimut tebal. Dia lantas menyumpah seranah sang mentari yang hanya menjalankan tugasnya. Dia bangun dengan muka kelat dan masam, menuju ke arah tingkap. Dan sedang ingin menutup tingkap itu, dia ternampak segerombolan manusia sedang melintas di hadapan rumahnya. Mereka berpakaian hitam, bertutup kepala dan membawa pada setiap seseorang sebiji bola berantai yang berasap.

Dia menjadi kaget, lantas berlari deras menuju ke pintu, berhajat untuk bertanya tentang itu kepada rakannya, di tingkat bawah. Ketika dia melepasi pintu dan menghala ke tangga, badannya terasa amat berat dan bergerak perlahan. Langkahnya dirasakan sangat kaku dan keras, berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk menuruni anak-anak tangga yang dirasakan bergoyang.

Melepasi tangga, berhadapan dengan tingkap dia melihat perarakan hitam itu berkawat kemas, dan setiap jiran-jirannya keluar rumah berpakaian hitam dan mengikuti perarakan itu. Dia berasa sangat pelik. "Mana mungkin aku tidak tahu jika ada perarakan besar seperti ini," getus hatinya pelik.

Sedang langkahnya masih berat, dan keras, dia menuju ke bilik kawannya. Dia bergerak sangat perlahan, sehinggakan semut yang berarak di sebelahnya lebih laju memawa gula. Sedang dia bergerak perlahan, dia melihat kawannya juga berpakaian hitam, dan keluar menuju ke pintu depan. Dia cuba menjerit memanggil rakannya itu, tetapi suaranya seakan tersangkut di kerongkong, gagal melepasi tekaknya yang kering dipanah matahari.

Dia cuba mengejar, tetapi pergerakannya yang perlahan dan keras itu menghalangnya. Setelah kawannya bergerak keluar dari rumah, dan pintu tertutup rapat, dia terasa bebas kembali untuk bergerak. Dia berlari ke arah pintu dan cuba membuka pintu. Dia gagal. Seperti pintu itu dikunci dari luar. Dia ketakutan dan berlari kembali ke biliknya.

Dia melmpat ke atas katil, dan menutup mukanya dengan selimut merah jambunya. Bergetar ketakutan. Dia panik dengan situasi yang berlaku ke atasnya. Dia bangun kembali, mengambil ubat batuk yang dipreskripsi oleh Doktor Kurt Cobain kepadanya semalam. Menelan sehingga habis separuh ubat batuknya. Dia berjalan ke katilnya semula. Dan tertidur.

Jam di atas meja belajar berwarna coklat miliknya kembali berbunyi bising. Hendak dicapai, tangan yang malas itu terlalu berat untuk diangkat menekan punat merah jambu di kepala jam itu. Lalu ditarik selimut tebal yang juga berwarna merah jambu itu meliputi seluruh badannya yang bergetar marah akan jam yang berbunyi bising. Dia terlupa akan sesuatu.

Beberapa minit selepas itu, sinaran mentari menerobos melalui tingkapnya menyuluh tepat ke tubuhnya yang berselimut tebal. Dia lantas menyumpah seranah sang mentari yang hanya menjalankan tugasnya. Dia bangun dengan muka kelat dan masam, menuju ke arah tingkap. Dan sedang ingin menutup tingkap itu, dia ternampak segerombolan manusia sedang melintas di hadapan rumahnya. Mereka berpakaian hitam, bertutup kepala dan membawa pada setiap seseorang sebiji bola berantai yang berasap.

Dan cerita itu kembali berulang..........

Monday, November 1, 2010

Kalau Kita Samseng, Ada Yang Lagi Samsen Dari Kita

Salam Alaik....

Kali nie aku nak kongsi satu ayat dari al-Quran... Alang-alang dah lama tak update, biar kita update dengan yang bermanfaat ye dop?

Surah Faathir, ayat 15.

يأَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَآءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِىُّ الْحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Ayat nie sebenarnya menerangkan satu perkara, iaitu bahawa Allah itu Maha Berkuasa Atas Setiap Sesuatu... Sebab Dia Tuhan, Dia yang menciptakan kita, menciptakan langit dan bumi dan segala isinya..

Ayat seterusnya menyatakan bahawa Allah mampu memusnahkan kita, dan menggantikan kita dengan makhluk yang lain, kalau Dia berkehendakan...

Apa yang aku cuba nak bagitau kat sini, berpada-padalah di bumi Allah ini... Kalau kita ingat kita nie samseng, Allah boleh jadi lagi hebat dari kita... Kalau ingat kita kaya, Allah boleh tarik balik kekayaan tue kalau Dia nak... kalau kita rasa kita bodoh, Allah boleh bila-bila sahaja nak bagi kita pandai...

Apa-apa pun, berdoalah.. Dan akan Dia kabulkan, tidak sekarang, mungkin waktu depan...

Sumber: Tafsir Ibnu Katsir.