Friday, August 1, 2008

Aku ke mini Olimpik!!!! Mewakili Australia!!!

Salam Alaik...

Kehadiran ogos membawa aku kepada kehadiran satu minggu yang bakal dipenuhi dengan kesibukan tahap ke-4, yang dijangkakan mampu membuatkan aku stress...

Pertamanya, Dengan Intec In-Pro yang aku sertai esok, membawa nama Australia ke persada antarabangsa...Haha... Mewakili Australia dalam acara yang memang aku tak pernah masuk iaitu Lompat Tinggi... Bertanding dengan wakil dari Amerika, Jerman, Jepun, Arab, United Kingdom, Ireland, Rusia, Korea. dan sebagainya...Membawa nama Australia adalah satu cabaran pabila ranking terkini Australia di International EC, Inter-Programme Game adalh ketiga dan dijangka tetap kekal ketiga setelah ditinggalkan jauh dbelakang Eropah dan Amerika...

Keduanya, pada 5 ogos nie aku akan sekali lagi mengantarabangsakan diri aku pabila menduduki ujian 'percakapan' International English Language System Test (IELTS)... Dan hal inilah yang agak menggusarkan aku... tetapi, berpantang maut sebelum ajal!!! Akan aku lakukan terbaik sehingga sekurang-kurangnya mendapat band 7 daripada 9...

pada 6 ogos plak, sehari selepas aku melupakan bahasa kebangsaan aku dengan mencarut dalam bahasa Inggeris, aku akan menjalani satu malam yang akan mengangkat martabat kebudayaan Melayu...Iaitu, Malam Merentasi Zaman yang memaparkan transisi 3 zaman... Aku salah seorang pelakon yang terlibat di samping menari Twist...Haha...Untuk pengetahuan anda, tema yang utama malam ini ialah Malaysia and the world, bermakna satu lagi pengantarabangsaan akan membebani aku... Lepak la Redz, cabaran semata-mata...

9 ogos, pengantarabangsaan keempat, aku akan menyudahkan test IELTS aku dalam disiplin 'Pendengaran, Penulisan dan Pembacaan'... haha... Uian ini akan menguji aku dari segi kekompetenan aku dalam Inggeris dan menguji kesabaran aku bertarung memerah otak selama 3 jam, kot... Semoga aku berjaya... hehe...

Habis minggu nie, mungkin segala kekusutan dalam minda aku akan terlerai sikit sebelum memikirkan asignment tahap karma yang bakal melimpah ruah... Pengantarabangsaan aku yang bakal aku lalui akan aku jalani dengan jayanya... Sekurang-kurangnya, drama kau nak podium, lompat tinggi sekurang-kurang top-3, dan IELTS, tidak boleh tidak, aku kena dapat 7 dan ke atas... haha...

Semoga aku selamat... Redz dan antarabangsa!!!

Setelah melelahkan diri, aku akan meneruskan

6 comments:

MHZ said...

yahhh..
Go Redz..go redz..go boy..
may ur current dreams be blessed..

Redz da Tsar said...

Insya Allah Ame... Thanx for da support... I'll do my best... hehe...

.b.e.d.d.y. said...

do ur very best k..
nvr giv up till d last breath..
usaha slagi boleh yek..
ecece..
sjk ble plak aq pndai ckp gni..
haha..
:D

HAMIDI BIN SARIF said...

huhu, ko ni mesti org yg berilmu kan, kalau jd pawang nanati leh laah merawat rodong kat jantutu yeee , huhuh bg lah less kalua rawat pesakit tu ye

Rahimin Idris said...

acara bawa pinang dalam sudu ke?

Redz da Tsar said...

Beddy>>
Terimas dengan kata-kata semangat mu itu...
Hamidi>>
haha...Bukan setakat merawat kat Jerantut, akan aku gegarkan pusat pawang kat Temerloh tue, dgn menjadi ketua pawang..Haha...
Rahimin>>
Aku masuk Lompat tinggi da...