Saturday, January 24, 2009

Jiwa Ini

Jiwa Ini

II

Jiwa ini sangat tenang

Dibelai malam gelap

Dibuai angin dingin

Membawanya ke sempadan

Ilusi dan fantasi murni

Jiwa ini terfikir

Apakah dia sudah kosong

Kesan himpitan fatamorgana

Yang menyesatkan

Sedang oasis terbentang

Di ambil leka

I

Jiwa ini salah

Salah memilih simpang

Memilih mencari mimpi

Dalam kabus yang suram

Menolak jalan yang cerah

Kerana penuh onak

Jiwa ini malas

Mengangkat batu keazaman

Yang menghalang jalan bercahaya

Dia memilih jalan rata

Walau hujungnya penuh kabus

Jiwa ini gelap

Jalan yang disangka mudah

Penuh ranjau dihujungnya

Sedang untuk berpatah

Jauh masanya

Jiwa ini sangat leka

Dalam menyusuri takdirnya

Yang menyerah sahaja

Kepada permainan minda dusta

Tanpa mengikut akalnya

Jiwa ini dibuai angin

Bagai asap rokok malam

Menuju tempat yang tidak pasti

Sedang impiannya

Semakin jauh tertinggal

III

Jiwa ini berada di hujung

Mencari jalan potong

Ke arah cahaya cerah

Walau agak terlambat

Jiwa ini kekadang sesal

Asyik dahulu dibuai cahaya

Pabila sekali kabus menjelma

Meraba-raba mencari jalan

Jiwa ini kini fikir

Di balik kekosongan itu

Di dalam kelam kabus itu

Di hujung jalan beronak iti

Lahir suatu hikmah

Yang memberinya teladan

Untuk memilih jalan

Yang akan dilaluinya kelak

Jiwa ini mengisi jiwanya

Dengan cabaran dan iltizam

Dengan kekuatan dan semangat

Agar batu dapat diangkat

Agar duri dapat dilangkah

Agar jalan pintas yang dia jumpa

Dapat dilalui dengan tenang

Ke arah cahaya

IV

Jiwa itu memandang ke hadapan

Dan melangkah deras

No comments: