Friday, January 30, 2009

Salam Kedukaan dan Salam Kegembiraan

Salam Alaik…

Aku ada satu memori yang sepatutnya sangat teruk… Memori itu sebenarnya sangat bagus untuk aku menerima kenyataan bahawa hidup ini tak selalunya indah… Memori itu sebenarnya mengajar aku erti kepayahan dan ketabahan… Memori itu terjadi ketika aku darjah dua… Masih kecik lagi mase tue… kalau aku fikir balik, sepatutnya budak sekecil itu kalau mendapat tahu satu perkara yang sangat pedih seperti itu pastinya sangat berkecamuk hatinya… Tapi aku tak… Sejak tue aku sangat tabah menghadapi segalanya… Apakah memori itu? Abaikan… Haha…

So, hari ni aku nak ucap tahniah kepada Chelsea sebab berjaya memintas kedudukan Lverpool di tangga kedua BPL… Takziah kepada Liverpool kerana dihukum dengan gol last minit yang menafikan mereka 3 mata penuh… Dan aku taknak cakap pasal Man United, sebab semua orang sudah tahu yang HERO KALAH DULU!!! Hehe.. Tapi aku taknak meletak harapan yang tinggi untuk menang BPL dan Champs League season nie sebab hidup tak selalunya indah… hehe…

Untuk pengetahuan sahaat semua, aku gagal untuk meneruskan pengajian aku di Australia akibat daripada tidak menerima tawaran dari Universiti di sana… Tapi aku tak kecewa sangat… Sebab mungkin ada hikmah di sebalik itu… Lagipun ssape suh aku culas belajar, kan? Takde mase untuk berpatah balik… hero memang kalah dulu… Aku akan go on study di Malacca Medical College atau IMU Insya Allah… Maknanya aku still di Malaysia… Jangan ada sesapa mengada nak ucap takziah kat aku… Aku tak menganggap ini satu kegagalan atau satu kedukaan atau satu kesedihan…

Hurm… kepada kawan-kawan aku yang akan fly seperti Amir, Aidi dsb, belajar elok-elok… Ada peluang nak belajar jangan sia-sia kan… Jangan kuat tido macam aku… Haha… Tahniah sekali lagi… Dan lagi satu, dah berjaya nanti jangan lupe kat aku… Haha…

Aku kat umah nie memang sangat malas nak buat aktiviti yang dapat menyihatkan badan aku… Al maklum la, bizi dengan misi aku yang tah ape-ape tue… Aku ingat da setel da misi aku, rupenye tak lagi… Baru-baru ini aku ke KL… Nanti aku ke Selatan pulak… Belum kira aku round Pahang nie…Biase la, hidup nie penuh dengan kerja… Kerja kan satu ibadah…

Semalam aku bercuti ke Sg.Jeneris dengan Ijoi, Malik dan Aju… Saje nak lepak-lepak tenangkan minda… Dapat mandi situ rase sangat bagus… Sejuk dan mencabar… Buat kali pertamanya aku dapat berenan melawan arus kuat di sana… Ingat senang ke?

Hari nie aku curi masa sket menulis blog… Rindu nak tulis… Untuk pengetahuan anda semua, aku tulis blog nie atas atap umah aku sambil berasap… Senang nak dapat idea orang kate… Betul atau tak aku tak tau…

Baru-baru nie kita dikejutkan dengan kes ADUN Bota melompat Parti… Huh, aku taknak komen beria tentang sebab nak lompat tue… Biar lah dia… Aku nak komen pasal reaksi sesetengah pihak… Pihak pembangkang Perak mesti bengang punye… Adat la, sape tak bengang kalau belot, kan? Pihak Kerajaan Perak plak sangat seronok… Haha… Biase la ue… Cube kalau yang melompat tue dari kerajaan ke pembangkang, tentu reaksi sebaliknya berlaku… Haha… Pedulikan… Politik itu hantu…

Maka orang kuat TNB, Che Khalib telah memberitahu bahawa penurunan harga minyak dunia tidak memberi searang benefit kepada TNB lalu menyebabkan tarif elektrik masih kekal dan tidak akan diturunkan... Hal ini disebabkan oleh TNB menjana elektrik menggunakan arang batu, gas dan hidro elektrik... Haha... Lawak sial... Tah ape-ape kenyataan... Masa minyak naik dulu, tariff elektrik nak naik gak... Sebab ape? Sebab kos operasi TNB meningkat... Huh, masa harga minyak turun takdek plak kos operasi yerk?

Bila diisebut tentang konsumerisme nie, aku terfikir tentang hal ehwal surcaj bahan api Bas Ekspress sebanyak 30% yang konon-kononnya hanya berkuat kuasa 15 hari sebelum dan selepas hari raya tahun lepas... Tengok-tengok aku terbaca ‘Surcaj bahan api dikekalkan’... Haha... Inilah dia taktikal yang mampu menjatuhkan seseorang yang sedang berkuasa... cakap tak serupa bikin... Woups, ahli politik memang macam tue, kan? Haha... Lagipun kalau diorang nak naikkan harga tiket bas 500% sekalipun, diorang takkan terjejas sebab diorang naik Perdana V6 Eksekutif dengan petrol percuma sepanjang karier mereka sebagai Exco dan menteri dsb... Itulah juga antara sebab diorang tak heran bila mharga petrol naik sampai RM2.7 dulu... Tapi alhamdulilah, harga petrol dah turun balik... Kurang lah sikit beban...

Sebut pasal harga minyak dah turun nie, harga barang masih lagi mahal... Kenapa ha? Aku pun tak tau sebab ape... Antara alasan yang faymes ialah “kos operasi meningkat’, ‘harga minyak dijangka naik kembali’, ‘harga barng lain masih mahal’ dsb... Pedulikan lah... Baru nie dengar pulak ura-ura yang harga Gula nak naik... Alasan: 90% Gula yang kita gunakan ialah gula import dan harga gula dunia dah naik... Aku- No komen....

Dah la menulis… Makin mengarut ade la… Aku da sejuk atas nie… Dah la pakai Sport Brief + Jersi Man United jer… Bagi aku beku ade la… Haha… Sampai bertemu lagi… Glory-glory Man United… Harap-harap menang la lawan Everton nanti… Chelsea vs Liverpool aku harap seri jer… Tak lebih dari tue…

6 comments:

pakDin said...

Adoiyaii...
aku baru nak pesan souvenir
"Failure is part of success"...
like MU and their Glory..haha

.b.e.d.d.y. said...

psal surcaj tambahan yg 30% tu kn..
klu stakat kl-tl0h xpela tiket nek p0n bru smpi rm 11 lebey jek..
tp yg duk jauh2 tuh,
kesian ben0..

anum farida said...

hujan emas di negeri org..ujan batu di negeri sndri...lebey baik dinegeri sndri...hahahha...btol kn..

andalusia said...

macam2 kan...xtao nak komen apa..
sokong ko..haha

andalusia said...

macam2 kan...xtao nak komen apa..
sokong ko..haha

Redz da Tsar said...

pakdin...

Ko bleh pesan lagi..

Beddy

dekat pon, naek jugak harga

Anum...
memang la, tapi lagi bagus kalo ambik emas kat negara orang nbawak ke negara sendiri...

Andalusia...
haha... Bagus2...