Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Monsun Tiba Lagi

Salam Alaik..

Seperti yang kebanyakan dari korang tak tahu, di Manipal ni terdapatnya 3 musim.. Dari November sampai Februari adanya musim sejuk (jangan beranggapan Manipal sesejuk negara balkan pulak).. Kemudian, bermula Mac sehingga Mei adanya musim panas.. Musim panas ni serius panas.. Mungkin lagi panas dari Malaysia, disebabkan kedudukan Manipal di sebelah laut.. Heh.. Duk lama-lama kat luar masa tengah hari, boleh berpinar jugak la mata..

Pastu, daripada bulan Jun sampai Oktober, ada musim yang paling tidak menyenangkan bagi aku yang hiperaktif ni.. Musim ini ialah musim monsun, atau musim hujan atau musim tengkujuh.. Bila sampai pertengahan Jun sehingga September, kemuncak monsun menjelma.. Hujan memang insya Allah takkan berhenti selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Matahari memang payah nak menjengah keluar daripada awan.. Serius!!

Paling kurang pun hujan renyai-renyai... Tapi, kalau dah hujan, memang tak boleh keluar rumah la ye dop? Monsun nie memang satu sela masa yang sangat ekstrim.. Banyak sebab aku kurang berkenan dengan monsun nie.. Meh aku cerita satu-satu..

Satu
Monsun menyebabkan semua aktiviti makan angin dibatalkan.. Dalam hujan jangan harap la nak naik motor jalan-jalan pergi Malpe Beach, atau Kappu.. Hatta melepak tepi tasik pun sangatlah tidak sesuai.. Aktiviti terperap dalam rumah menjadi duri dalam daging kerana menggemukkan badan dan menambahkan lemak..

Sebagai yang menggunakan motorsikal sebagai pengangkutan utama, monsun memang menghalang banyak perkara lain seperti pergi kelas, pergi makan, pergi solat Jumaat (advantage?) dsb.. Bayangkan, kalau pergi kelas, kasut dan seluar basah? Bapak tak selesa.. Baju mungkin dapat dielakkan sebab pakai jaket etc.. Tapi kasut? hah.. Layan je la...

Dua
Apabila tibanya monsun, stadium End Point, atau padang bola rasmi Manipal akan ditutup dan segala aktiviti bermain bola dan sebagainya digantung.. Padang bola umpama ada 'curfew'.. Kalau dah tak main bola kejadah apa nak buat petang-petang? Main billiard? Bapak la tak masyuk.. Sudahnya duk tido je la.. Sejuk la katakan..

Tiga
Ini lagi satu masalah besar.. Bila hujan macam mana nak keringkan baju? RUmah ni bukannya ada pengering baju pun.. Sudahnya, baju yang tak cukup kering kena angkat untuk mengelakkan jadi basah sebab hujan.. Jemur dalam rumah, nanti satu rumah berbau hapak.. Hampeh tul.. Pakai baju lembab nanti, badan jadi lemah.. Eish.. Banyak betul dilema.. Musim hujan macam nie kena fikir masak-masak kalau nak basuh baju.. Kalau tak, lu fikirlah sendiri..

Empat
Blackout.. Siang blackout, sangat acceptable.. Tapi kalau malam blackout, pehh.. Nyamuk di kala hujan memang aktif.. Bila hujan, tingkap kena tutup, jadi angin akan terperap.. Kipas tak jalan kalau blackout, maka bilik menjadi lebih kurang oven yang panas.. DIsaster.. Nak study macam mana? Entertainment seperti TV, internet dah komfem out.. Maka, mati katak je la dalam rumah..

Kelmarin, 8 kali blackout dalam satu malam.. Kiranya hampir semalaman tidak berelektrik.. Harap je India ada lebih dari 5 loji nuklear, elektrik macam chipsmore jugak.. Celaka apa? Takkan nak suruh IPP jana elektrik kot? Naik pulak tariff elektrik nanti..

Lima
Hujan menyebabkan kerinduan semakin menebal.. Mood sedih senang dicanai.. No further comment.. PullStop..

Kesimpulan
Selamat Menghadapi Monsun.. Secara positif, monsun mungkin boleh menggemukkan aku (harapan je la)..

Friday, May 27, 2011

Rasa Panas

Salam Alaik..

Penat semalam masih tak hilang.. Siang tadi bangun lambat, ingat boleh study, tapi tah ke mana.. Tengah hari sampai petang study sikit-sikit.. Banyaknya buat benda lain seperti basuh baju, basuh kasut etc..

Petang kena main bola vs 26.. Walaupun main kejap je, tak sampai 10 minit, penat kan main.. Do suh aku duk jadi striker, tapi aku ni jenis tak boleh duduk atas sorang-sorang, nanti bosan.. Last-last aku turun-naik-turun-naik sebab nak back-up defend.. Aku pun pada hakikatnya defender.. AlhamduliLlah, menang.. Cuma menang tu agak kasar la.. Same old twenty-four.. Anti-football..

Habis main bola, duk umah sat study.. Malam sket kul 10pm Edi ajak main billiard.. Aku layan je la.. Sebab semangat nak study hilang tah ke mana.. Mungkin kerana penat main petang, kot.. Main biliard pun sama nak uji aku.. Shoot tak masuk, potong tak jadi.. Dan paling fakap ialah bola lurus pun taknak masuk..

Bila dah banyak silap sendiri, maka memang tak main bebetul la.. Bola boleh perlahan potong, nak potong lelaju, nak test 'english', nak test 'cushion'.. Bila tak jadi makin fakap.. Last-last main senyap, tak bising.. Penat campur fakap.. Layan je la..

Balik umah, habiskan filem Kongsi yang separuh jalan sebab main billiard.. Kongsi bagi aku lagi bagus dari Hantu Kak Limah.. Sekarang usahawan filem dah berani ranapkan Waja Polis, etc.. Pehh.. Satu kemajuan yang besar.. Cuma Shaheizy Sam tue kena asah lagi loghat Kelantan.. Bakpe la susah-susah ambik loghat Kelantan.. Loghat utara lagi senang kot..

Ok.. Aku bukan nak kritik filem.. Saja nak luah perasaan fakap malam nie.. Harapnya tido awal la malam nie.. Esok boleh fresh study..

Ha, Doo and the gang pergi Perhimpunan Mahasiswa Seluruh India (PERMISI).. Kalau ikut aku nak pergi sebab tetamu khas ialah Dr. Asri.. Nak jugak dengar dari dia secara 'live'.. Nanti takde la set-set 'Orang lama' kata aku nie belajar agama takde sanad.. hehe.. Sanad aku YouTube je.. :P

Selamat pergi dan selamat pulang.. Selamat menuntut Ilmu apa yang patut.. Selamat semuanya.. Dan, aku ucapkan selamat ini agar kamu betul selamat.. Aku taknak kamu tidak selamat.. Walaupun aku dari jauh, tapi aku tetap harap kamu selamat..



Apa aku mengarut nie? Ah, sudah la!

Lu langsi, lu mati..

Aku akhiri entri aku kali ini dengan 3 bijik noktah...

Tuesday, March 29, 2011

Lelaki Menangis?

Salam Alaik.

Lelaki menangis?

Pernah dengar tak ungkapan 'Lelaki menangis hanya dalam hati'... Adakah maknanya lelaki tak pernah menangis di mata?

Tak! Lelaki juga menangis di mata... Cuma maksud ayat kat atas nie ialah lelaki takkan menunjukkan dia menangis... Dia akan seboleh-boleh berlaku kental... Kalau ada perkara yang dia sangat sedih, koyak atau terasa bla bla bla, lelaki hanya akan menangis dengan diri sendiri... Dia takkan cari bahu member untuk menangis, atau menangis di khalayak...

Dan perlu diingat di sini bahawa menangis dan sebak merupakan perkara berbeza... Begitu juga menangis dan sedih... Walaupun berumpun sama, tapi ada bezanya...

Sangatlah tipu jika lelaki tak menangis... Serius... Kalau jumpa seseorang lelaki, cuba tanya dia pernah menangis tak? Kalau dia jawab 'tak', tanya lagi... Kalau tiga kali dia cakap tak, maka tumbuk bahu dia kuat-kuat pastu kata, 'tipu!'...

Keh keh keh... Pertama kali kau keluar melihat dunia iaitu ketika kau lahir, kau akan menangis... Serius... Kalau tak menangis maka mautlah sebab kegagalan paru-paru berfungsi... hehe...

Lelaki menangis sebab banyak perkara... Mungkin kerana insaf, atau mungkin kerana koyak, atau mungkin kerana sakit dan tertekan... Tapi tangisan seorang lelaki tidak akan ditunjukkan kepada umum... Dia simpan dalam-dalam supaya orang tak tahu dia menangis... Mungkin dia akan tunjuk dia sedih, tapi tidak akan tunjuk dia menangis...

Sebab apa?

E.G.O... hahaha... Maka celakalah lelaki yang mengatakan dia tidak ego! Ego tue memang dalam genetik kromosom Y lelaki (aku bedal je nie)... Ego tue akan ada... Cuma tinggi atau rendah je menjadi beza...

Aku?

Aku pernah menangis dulu... Masa kecik... Sebab kena libas dengan paip sebab malas ngaji, sebab balik umah lambat...

Sekarang, bila dah remaja?

Biarlah rahsia! Hehe...

p/s: Tempat nak layan perasaan paling best ialah kat atas atap rumah aku!

Tuesday, December 28, 2010

Penyiar TV India dan Kesannya kepada Psikologi.

Salam Alaik...

Sekali tengok aku punya tajuk macam Tesis pun ada... haha... Saja nak bagi gempak tajuk... Tapi tentang penyiaran TV India tue betul aku nak cakap... Kaitan kepada psikologi tu sekadar mainan kata yang tidak membawa makna...

Apa yang aku tak puas hati tentang saluran TV India nie?
Pertamanya, kebanyakannya aku puas hati sebab banyak saluran termasuk HBO, StarMovie, StarWorld, SPix, ZStudio, ESPN, TenSport, TenAction+, DiscoveryCh, Nat.Geo., dsb... dengan harga yang murah iaitu 225 Rupee (RM 20) sebulan jika dibandingkan dengan Astro di Malaysia...

Ada kira-kira 40 channel, tapi dari 40 tue, hanya beberapa ja yang aku layan seperti HBO, StarMovie, SPix, ESPN dan Star Sport... Tapi paling penting ialah ESPN dan StarSport... Haha...

Tapi yang peliknya ESPN India nie tak tetap frekuensinya... Provider TV nie bodoh melantun-lantun sebab suka hati je nak tukar frekuensi ESPN... Maka, suatu ketika dulu aku boleh melihat ESPN di Ch.02, tapi kemudia ketika ICC Cricket World Cup, ESPN punya frekuensi menjadi TenCricket dan tak pernah tukar... Aku cari balik frekuensi ESPN, kemudian jumpa la... Dan celaka sekali lagi kepada provider kerana dengan jayanya menukar kepada TenAction+... Lahanat!

Takpe, aku cuba lagi cari... Dan jumpa lagi ESPN... Dan sekali lagi, aku diuji dengan channel ESPN aku ditukar kepada StarCricket... Kriket-kriket-kriket!! Bengong... Kacau la channel lain... ESPN jugak kau nak ganggu... Dan disebabkan oleh itu, maka apabila nak tengok EPL pun payah... Selamat Piala SUzuki live kat StarSport... Kalau tak putih mata lagi...

Malam nie, atau awal pagi esok ada United vs Birmingham... Jadi, sebab StarCricket yang ada, maka akan aku sekali lagi tuning, sehingga berjumpa ESPN... Semoga perjuangan aku berjaya... Haha... Kalau sekali lagi tukar memang mencarut habis la... Tolong la! Bukan semua orang nak tengok kriket bhai!

Esok, Indonesia vs Malaysia kaki kedua perlawanan akhir Piala Suzuki... Semoga menang! Jangan gaduh-gaduh ok.... Tunjukkan ketamadunan Malaysia yang jelas mempunyai prasarana kelas pertama, bersama minda bukan kelas ketiga...

Dan akhir sekali, majulah bola sepak untuk negara... Kepada kipas-susah-mati Harimau Malaya, aku hormat kerana sentiasa menyokong pasukan kebangsaan... Kepada kipas-baru, jangan hangat tahi ayam... Bila kalah terus hilang dari sokongan!

Tentang benda lain:

Sapa nak gi rumah ak, meh aku tunjuk rumah aku...


Rumah aku berada di jam 4.30 daripada rumah berbumbung biru... Ada balkoni yang jelas di depannya...

Saturday, November 27, 2010

Hai Mambang!

Salam Alaik...

Aku bersyukur kerana diberi peluang yang indah untuk menulis kali ini... Mana tau lepas nie takde peluang dah nak menulis... Hehe... Sebenarnya aku cilok kejap masa study microbe nie untuk menulis... Bukannye aku taknak study, tapi tekanan dowh... Banyak giler... Huhu...

Banyak usaha aku malam ini untuk meminati Microbe, antaranya membayangkan semua kuman-kuman comel itu menarik, dan memberi kata semangat kepada diri sendiri untuk mencintai Microbe... Tapi sayang, microbe terlalu banyak untuk disayangi, terlalu rumit untuk dikenali, dan paling penting, terlalu dalam untuk difahami dan dihafal...

Mungkin salahku mengambil jalan minit terakhir, tetapi aku yakin, ramai jugak member-member aku yang lain akan fikir sama dengan aku... Takpe la, salah satu cabaran dan dugaan dalam dunia perubatan... Bukan senang untuk senang, dan bila dah memilih jalan ini, hadapinya dengan tabah, dan sanggup korbankan segalanya untuk agama, bangsa dan negara....

Sekian...
Yang hanya fikir-nak-tidur-lepas-exam,

RDT

Thursday, October 21, 2010

Minggu Yang Sibuk

Salam Alaik...

Yeah, minggu depan ialah satu minggu yang sangat sibuk bagi aku...
Sabtu: MSP Presentation
Isnin: SDL Test Microbe
Selasa: Presentation PBL Patho
Rabu: SDL Microbe
Khamis:SDL Test Pharmac
Jumaat: Pening kepala + Stress

So, kena study dulu...


-Asyik-asyik aku je yang baca. Bila la Redz nak baca nie-
(Anjing aku bermonolog dalaman)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan menurut kemampuannya"
al-Baqarah - 286

Kekadang kita mampu, cuma kita sengaja malas nak mampukan diri...

Monday, October 11, 2010

Siri Falsampah: Teori Kerinduan Manusia

Salam Alaik...

Yeah, kembali lagi Siri Falsampah yang dibuat oleh aku... hehe... Hari ini kita belajar falsampah mudah... Sangat mudah iaitu:-

"Semakin lama kita tidak melakukan sesuatu perkara, semakin kita rindu akan perkara itu."

Amacam... Mudah, kan?

Sebagai contoh, jika kita suka menulis blog atau berada dalam talian (online)... Apabila kita terpaksa untuk tidak berada dalam talian, seperti sambungan internet terputus akibat dipanah petir atau laptop punah disambar arus elektrik tahap gaban, kita semestinya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berada kembali dalam talian... Dan keinginan itu akan mencetuskan rasa rindu yang menyebabkan kita tak senang duduk, mandi tak basah, makan tak kenyang, dan semestinya tidur tak lena...

Begitu juga jika kita sering mendekatkan diri dengan alam, atau dengan kata lain menghayati keindahan alam sambil berfikir akan kebesaran-Nya... Jika tiba-tiba kita sibuk dengan urusan dunia seperti sibuk berkerja, atau sibuk belajar, suatu perasaan yang tidak senang duduk akan tiba, yakni kerinduan untuk mendekatkan diri kepada-Nya... Mungkin kekadang kita tidak perasan kita merindui-Nya... Kekadang kita sering terlupa apabila kita tidak keruan, tidak tenang, atau tidak senang duduk di sebalik kejayaan kita dan mula mencari-cari punca... Puncanya mudah, kerana kerinduan dalam mendekatkan diri kepada-Nya...

Selain itu, falsampah ni jugak boleh diguna pakai dalam hal kejahatan, atau keburukan... Seperti jika seseorang suka menonton pornografi... Dan apabila dah lama tak dapat tengok pornografi, rasa rindu kepada pornografi meningkat dan mencetuskan stimulasi rindu untuk mendapatkan pornografi... Haha... bengong punya contoh daa...

Tetapi, bila kita berurusan dengan perasaan manusia, maka, tidak semua perkara mamatuhi syaratnya... Sungguh! Falsampah ni ada pengecualian...

Kalau kita tak suka study, atau tak suka mengaji Quran, maka, tak kira la walau lama mana sekalipun, rasa rindu tu tidak akan wujud... Tidak ada langsung keinginan untuk mengaji atau study... Kita cuma rasa 'something fishy is going on' tapi tak pernah mengetahui bahawa puncanya ialah kerinduan... Maka, hanyutlah dalam badai dunia yang menikmatkan dan melemaskan...

Sebagaimana kalau kita tak suka menonton TV... Biarlah dah 10 tahun tak tengok TV secara ekstreem, tapi kerinduan tetap tidak berputik, sebab memang kita tak suka... Memang fitrah manusia untuk melakukan apa yang mereka suka, dan tidak melakukan apa yang mereka tak suka, tak kira la Tuhan suka atau tak... Perasaan nikmat memang sukar untuk dijelaskan... Seperti Siri Falsampah Sebelum nie.. hehe...

Kesimpulannya, kalau kita suka sesuatu perkara, dan perkara itu dah lama kita tak buat, maka rasa kerinduan untuk melakukan perkara itupun terdetik... Semakin lama ditinggalkan, semakin rindu untuk melakukan...

p/s: Aku tulis nie sebab dah lama study... borink dah... Walaupun dah 2 hari cuti study, tapi kerinduan tetap tidak ada... haha... apa maknanya?

Friday, August 20, 2010

Jom Tengok Bintang

Salam Alaik...

Lama sudah tak tengok bintang dan bulan di waktu malam... Langit Manipal, di kala dekat-dekat mahu ditinggalkan ini semacam memanggil-manggil sahaja... Langit cerah, tak hujan, tiada bebanan pelajaran dsb...

Dah lama aku merinduimu langit... Selama ini hanya ku lepaskan tatkala memecut motorku untuk Subuh, dan mungkin malam ini, malam terakhir Ramadhan aku di Manipal dapat melihat dan bersamamu di awal pagi....

Aku bukan ahli nujum yang melakukan perbuatan tanjim, aku hanyalah penggemar malam, yang mengembara dalam malam, kerana malam itu sunyi, dan indah untuk dihayati... Bebas dari perangai kurang asam tempe, hanya ditemani, langit, bumi, aku dan cengkerik.... Tiada yang lain...

Dan, bila ku berada di atas atap di Jerantut, akan ku kenang langit malam Manipal ini... Walaupun langitnya tidak segah langit di Malaysia, tetapi dia tetap menemani aku sepanjang setahun ini...

Belantik, Biduk dan Pari, keluarlah!!!

Wednesday, August 18, 2010

Aku Mahu Pulang

Salam Alaik...

Aku mahu pulang... Lagi 4 hari di Malaysia, lagi 5 hari di Jerantut insya Allah... (^^) Tak sabor weyh...

Penat haram dah nie study...

Sebelum balik:-
1. Forensik esok last paper
2. Setelkan hal Residential permit yang menghilangkan dirinya
3. Beli barang sket
4. Banyak lagi la.. Malas nak tulis..

Balik lah Malaya dengan aman~

Saturday, March 13, 2010

Perancangan dan Kehendak

Salam Alaik...

Keputusan SPM dah pun dikeluarkan oleh KPM... Bila dah keluar, maka macam-macam ekspresi perasaan boleh dilihat sebab ramai yang kata bahawa SPM merupakan peperiksaan penentu masa depan.. Hehe...

Ada yang bersedih tak mencapai target, ada yang gembira bila result melebihi jangkaan dan ada juga yang tak rasa apa-apa sebab mereka tak target apa-apa... Apa yang ingin aku tekankan, keputusan tidak sama sekali akan berubah melainkan kalau hantar borang semakan semula kat KPM...

Jadi, apa-apa keputusan yang dapat, perlulah ditelan dan difikirkan signifikannya kepada hidup kita... Boleh dijadikan sempadan atau teladan... Jangan down tak tentu pasal sampai nak bunuh diri la, nak berkurung dalam rumah la sebab apa yang korang buat takkan mengubah keputusan tue...

Cuba bayangkan, jika anda dapat keputusan yang teruk, dan anda ambik keputusan tue dengan cara yang teruk, maka perjalanan anda akan juga menjadi teruk... Bila dapat 4A2B4C, anda kecewa giler babi, pastu kecewa dengan hidup dan taknak belajar dah, sapa yang rugi? Anda yang pilih jalan anda bila keputusan dah keluar (ok, sesetengah parents yang pilihkan)...

Lagi satu kes, result keluar dapat 2A4B4C... Tapi dia ambik dengan satu perasaan yang positif, syukur dan berazam untuk memperbaikinya, dia akan berjaya... Berjaya yang macam mana? Bergantung kepada caranya la... Payah la pulak kalau dapat 2a4B4C nak ambik dentistry...

Ada yang kecewa sebab study bagai nak rak, pulun habis-habisan tapi result tak ke mana... Ingatlah bahawa mungkin cara study kita yang salah... Cuma jangan down... Ubah cara study sampai kita berjaya...

Mungkin ada jugak yang salahkan Tuhan bila gagal mencapai impian... Sebelum salahkan-Nya, meh biar aku bagitau sesuatu, "Kita merancang, Tuhan merancang, tapi perancangan Tuhan adalah yang terbaik"... Allah tahu segalanya... Dan Dia tahu apa yang terbaik bagi kita... Dan setiap apa yang berlaku itulah yang terbaik bagi kita... Apa yang penting syukur, reda dan teruskan perjuangan...

Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya...
Lain la kalau korang gagal sekali kemudian memilih untuk menggagalkan diri lagi tanpa berusaha untuk tak gagal...

"Sesungguhnya Allah berkuasa atas setiap sesuatu"

Renungkanlah~

"Jikalau kau bersyukur akan aku tambah lagi (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu kufur ingatlah bahawa azab-Ku amatlah pedih"

Nikmat yang kita akan dapat tak semestinya apa yang kita nak... Kadang-kadang nikmat tue datang dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, rakan dsb... Ambil yang positif ok!

Teringat kawan aku si Ediamin pernah bagitau aku, "Allah takkan berikan apa yang kita mahu, tapi Dia berikan apa yang kita perlukan"...

Perjuangan kita masih belum selesai selagi kita belum maut~

update: Gambar di Jais Almer, Sam Sand Dune... Boleh klik sini

Monday, January 18, 2010

Seni

Salam Alaik...

p/s: maaf tak sempat komen (tapi aku baca kay) blog-blog blogger lain sebab aku sangat sibuk dengan urusan menetapkan jadual dan study (sambil tonton Chuck) sepanjang 4-5 hari kebelakangan ini.. Jadi, aku akan mula balik komen blog korang~ Insya Allah~

Apakah itu seni? Adakah seni itu semua perkara yang dianggap seni? Bagi pendapat aku semua benda kat dunia ini ialah seni, cuma apa yang berbeza ialah seni itu seni yang baik atau seni yang teruk... Blogging juga dikira seni, tangkap gambar pun seni, bersajak pun seni, apa lagi? Membaca buku? Hehe... Perlukan seni jugak...

Aku sangat suka benda yang berseni, tak kira la fotografi atau puisi atau penulisan... Tapi kalau seni melukis memang aku fail... hehe... Aku boleh je melukis, tapi macam biasa, seni lukis aku teruk... Kalau suruh aku lukis heksagon pun, belum tentu cantik... tapi seni, tetap seni...

Dalam entri ni cuma aku nak cerita pasal seni puisi aku... ye, aku akui aku bukanlah sehebat A. Samad Said, atau Usman Awang, atau Rahimin Idris mahupun Pakcik Hashim yang karya mereka sudah tersohor dan mempunyai tapak sendiri... Aku hanya berpuisi sekadar untuk aku, untuk menggembirakan aku...

Serius, kebanyakan puisi aku, kurang lebih 98% semuanya bertemakan kesedihan atau kemarahan, takde yang gembira atau warna warni... Semua penuh perasaan negatif, atau kata-kata perlian sinis... Aku rasa memang aku suka berpuisi waktu aku negatif je, kot... Haha...

Kalau aku tulis sajak, mesti aku akan menggunakan bahasa yang aku pun tak tahu ape kejadahnya... Dan biasanya sajak aku takkan stret tu de poin... Mesti jauh menyimpang... Aku memang sengaja buat camtu sebab aku nak pastikan hanya orang tertentu sahaja yang faham apa yang aku nak tulis dan apa yang aku nak luahkan... Bukan semua orang patut merasa apa yang aku carutkan... hehe...

Setiap sajak yang aku tulis mesti ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada aku, tak kira baru berlaku, atau dah lama... Sebab masa tue je banyak idea yang timbul...

Dan gaya bahasa aku dalam semua sajak memang hampir sama... tak banyak berubah... Tak tau la kenapa... hehe... Mungkin dah stail aku macam tue, kot... teringin gak aku satu sajak aku masuk antalogi KBSM... tapi, takkan diorang nak amik sajak sedih, kot... hehe...

Ambik la satu sajak yang aku tulis nie... Tarikh: 29 Dis 2009, Jam 1am India...

AKu lihat laptopku lama
pemprosesannya juga lama
cuma dinaik taraf menjadi lebih laju
juga lama pada memorinya
tetapi tidak pada isinya
Isinya yang sentiasa segar
dan gagal melupakan setiap yang aku tulis

Aku harap aku punya serebrum yang sama seperti itu
mampu meng'kopi' segala data
dan simpan elok-elok
tanpa ada yang tertinggal atau terlupa
boleh diambil bila-bila masa
tanpa gagal

dan dalam pada itu
aku harap otak aku masih kekalkan
serebellumnya
dan fungsi asas serebrum
agar aku masih berperikemanusiaan
bukan berperikebinatangan
yang tidak punya perasaan

Aku bukan mahu menjadi Intel Pentium 4
atau Intel Core Duo
apatah lagi Intel Celeron

Aku hanya mahu jadi Einstein
atau Abu Hurairah
dan sebolehnya,
aku hanya mahu menjadi
Redzwan
yang hebat ingatannya
yang pantas pemikirannya
dan tajam penglihatannya

Thursday, November 6, 2008

Kala Mentari Petang Melepaskan Cahaya Suram, dan Perut Berkeroncong Merdu Menanti Waktu Makan

Salam Alaik...

"Aku sebenarnya ada 40 benda nak tulis dalam blog aku kali ini... Tetapi 25 dari 40 perkara tue kena buat kajian dan amat rumit sekali prosedurnya...5 dari 40 lagi, terlalu panjang... Lalu aku terpikir nak tulis tentang 10 perkara lagi tue... Tetapi, 10 perkara tue pulak hanyalah masalah... Takkan aku nak tulis tentang masalah pulak, kan? Tak best la tym2 exam nie mencarut pasal masalah..."

Pernyataan di atas merupakan satu masalah... Betul tak?

-Ish, ape yang aku mengarut nie?
-Eh, ko ok tak?
-Aku rasa tak ok la...
-Kenapa?
-aku sangat-sangat..........
-Ape?
-Aku tak tau nak cakap macam mana...
-Ala, cakap je la...
-Kau pun tahu aku macam mana, kan?
-Ye la, aku tau ko macam mana, tapi aku tak tau ape masalah ko sebenarnya
-Hurm...
-Bagi tau la
-Ko pun tau aku nie jenis yang jarang bagitau masalah kat orang, kan?
-Memang la, tapi takkan ko taknak bagi tau aku? Aku kan antara yang paling rapat dengan ko.
-Memang ko paling rapat, tapi........
-Tapi ape lagi?
-Tapi ko takkan paham masalah aku nie
-Cube la ko cakap dulu ape masalahnye...
-Ko takkan paham
-Ko nak cakap dalam bahasa Tamil ke? Memang aku tak paham
-Aku serius la ngok!!
-Aku pon serius gak, bagi la tau ape hal nye?
-Ko pun tau aku seorang yang sangat aktif kan?
-Ok... Aku tau tue, So?
-sekarang aku ada masalah
-Ye la, aku tau ko ada masalah, cume ko je tak gitau lagi!!
-Takde la, masalah aku nie, lawak la...
-Ape yang lawaknye? Pasal exam? Awek? Member? Study?
-Bukan...
-Habis tue?
-Aku boring
-Huk Aloh... Itu jer? Hahaha...
-Kan aku dah kate, ko mesti gelak punye sebab lawak
-Aku rasa ko ada masalah lain la...
-Mana ko tahu?
-Ye la, aku kan ko, ko kan aku... mestilah aku tau yang ko ada masalah lain
-Habis tue apehal ko tanye aku pulak padahal ko dah tau?
-Saje... Ko kan boring... kalau aku borak dengan ko, takde la boring sangat
-Huh... Licik betul... Takde pekdah borak dengan ko
-Ade, sekurang-kurangnye ada jugak benda ko nak tulis dalam blog, ye tak?
-Ye tak ye jugak... Ko pun nak tulis blog jugak, kan?
-Jom la...

p/s: Sape la yang terlibat dalam perbualan nie? Kesian... Tajuk yang panjang tue aku tiru skill Rahimin... haha...

Wednesday, August 27, 2008

Malam Selepas Test Bio...

Salam Alaik...

Topic Test 4 Bio telah berlangsung dengan amannya... walau terdapat banyak kekeliruan dan penghentaman ke atas jawapan, aku masih boleh menjawab semua soalan... Jika teruk keputusan ini, maka adatlah, baru mula study semalam... Kalau bagus, maka itulah nikmat Tuhan...Syukur pada-Nya... Penat kalau lepas memeras otak, hendak pulak lepas jawab Bio, lagi la...

Habis test, aku, dan Azrul teman Hanis di depan dewan kerana motornya kehabisan minyak... Maka, Humam lah pulak bersusah payah membeli minyak... Sepenungguan kami, sempat berborak dengan madam Lili... Maka diceritakan akan kekeliruan soalan periuk kera, maka Madam Lili gelak pelik... Mungkin baginya itulah soalan yang senang... huhu... Setibanya Humam, maka diacukan masalah ketiadaan botol, maka kami berempat pon bergerak selembab semut, Humam tolak motor Hanis, Aku dan Azrul lepak naek motor layan angin malam...

Esok, test Math pulak menjelma... Seperti biasa, langkah study serius masih belum digerakkan... Bukan aku tak tau yang Math adalah subjek yang paling teruk kat INTEC nie, tapi bila dah malas... Lagi pon, kalau aku study pon, macam boleh jawab jer... Balik-balik banyak ak tempat kosong... Stress aku... baik aku tido awal malam nie, regain Energy lepas test Bio...

Petang tadi, aku buat perbentangan Malay Study, In-depth study tentang terapi gen... Haha...kul 1330, aku pergi print bahan Malay, dan buat slaid... Slaid yang aku buat pada jam 1400 aku guna pada jam 1500... Kiranya, aku ambik 1 jam 30 minit untuk siapkan segala-galanya... Pakar last minute la katekan...Aku sempat baca secara pintas tentang terapi gen sebelum aku bentang... Punya cetek ilmu tentang terapi gen nie... Selamat ada draf Mustakim, boleh aku cilok idea...

Dan, hari ini, aku berasa amat marah, tapi tak stress bila melihat seorang yang pernah suatu masa dahulu menjadi kawan baik aku, kini macam bangsat... Aku selama ini memang tak pernah marah walau pon sekelumit pada orang lain, tetapi kat budak nie, memang aku panas... Setiap kali dia bersuara memang menyakitkan hati,... Entahlah, perasaan aku je kot... Bukan ape, kalau bengang dengan aku, jangan sampai macam ie...Dah... Cukup... Habis dah marah...

Anyway, kepada pembaca blog aku, boleh lah doakan kejayaan aku dan rakan-rakan se'Sydney'ku dalan test Math esok...Aku dah nak tido...

Bye, Maas Salamah...

Saturday, August 9, 2008

Positif atau negatif? dan 6.5 atau 7.5?

Aku, spek maroon, dan telefon genggam maroon...tym Mesyuarat Protokol...

Salam alaik...

Hari ini aku merasa amat bahagia dalam sesetengah aspek dan agak negatif dalam sesetengah aspek...

Ambik positif dulu...

Aku bangun seawal pagi, 6am kot untuk prepare ke Subang untuk ambik IELTS listening, reading dan writing... Perjalanan ke Subang tidak lah menarik, yang menjadi maksud aku positif ialah aku telah berjaya menamatkan IELTS aku hari ini... Maknenye, tak perlu risau dah tentang IELTS... Result ok atau tak, itu bukan dalam pertimbangan aku, yang penting aku dah buat yang terbaik... Habis IELTS, aku pergi makan dengan Iman, Hazra, Min, Shasha dan Abid... Berborak secukup rasa dan kemudian mereka menemani aku ke stesen KTM Komuter... Dalam perjalanan tue, ada satu peristiwa yang aku taknak ceritakan kat sini... Sensitif... Hehe... Dah sampai kat KTM, aku bergerak ke KL dan mereka ke S.Alam... Sampai kat KL, aku berjumoa dengan Firmad (positif)... Dah lama tak jumpa dia... Dia ajak aku lepax UM tapi aku tolak sebab aku ada mesyuarat malam nie... Pas jalan kat Mid Valley, aku balik dan sampai ke Kolej dalam jam 1908... Rehat sebentar sebelum pergi mesyuarat jam 2100... Berjumpa kembali dengan Hazra dan Iman... Makhluk 2 orang nie memang boleh buatkan aku gelak tym aku tengah stress...Setakat ini jer positif...

Negatif...

Aku habiskan IELTS aku dan berfikir, mampukah aku capai minima 7.0? Itu negatif pertama... Negatif kedua, aku balik ke Kolej dan melepak ke 1107, dan pergi menyapa member aku, biar aku gelarkan die Panda... Kenegatifan bermula pabila sapaan aku disambut dingin... Alahai, apa pulak masalah Panda nie? Aku tanpa berfikir apa2 bergerak ke bilik... Pergi ke CIMB, cucuk duit, tengok aku telah kelarian bajet melampau... Negatif betul... Pas CIMB aku ke Awwal prepare untuk mesyuarat... sampai kat Awwal, ada member aku dan Panda, dan sekali lagi panda dingin dengan aku... Alamak, memang sah die dingin... Hazra dan Iman datang bawa berita Negatif, Biro Protokol dituduh tak banyak buat kerja... Malah mungkin diberi kerja mengedit CD malam merentasi zaman... Alamak!!! Ini sudah lebey...Mendengar keluh kesah Wanita protokol tue, aku n Zaid menggelengkan kepala... Habis mesyuarat...


Balik bilik bukak tenet... tengok blog member... Nampak plak blog Panda... Dan, memang sah Panda dah salah anggap dengan aku... adoh... Baru nak relax dari masalah, datang lagi masalah/... Macammana aku nak atasi nie? Lantak ah...

Neutral...

Nak neutralkan negatif aku, aku tulis blog... Medium peluahan perasaan... Agak bagus la perekaciptaan blog nie...


~end~

Tuesday, July 29, 2008

Not a positive day

Salam Alaik...

Amaran!!
Post ini adalah post yang Emosional dan Tidak Lucu... Anda tidak dijamin untuk seronok atau gembira!!

Pagi yang indah dan agak gelap mungkin kerana matahari muncul lewat...Dalam kegelapan pagi aku bangun dengan perasaan yang gembira, ceria dan berada dalam 89% positif...Jam 7.30am, aku call mak aku sebab hari nie birthday die... Tapi, dalam post nie, bukan kisah gembira yang aku nak citer...

2 jam pertama aku di intec aku hadapi dengan biasa... Dan setelah itu, aku berhadapan dengan keruntuhan psikologi tahap ke 4... Menjadikan mood aku 80% negatif... Aku ada beberapa sebab menjadikan aku amat negatif dan aku taknak menyatakan di sini, sebab ini bukan tempatnya...

Kehadiran sesetengah rakanku yang menjadikan aku agak negatif... Bukan salah mereka, tetapi salah aku yang menegatifkan mereka... Emosi aku betul2 tercabar...

Kebobrokan psikologi bertambah bila aku dapat satu SMS, yang sekali lagi aku akan merahsiakan isinya, dan isi sms itu betul-betul mencabar... Aku terasa amat bengkak, dan tdak mmbalas mesej tu... Kebengkakan aku nampak agak surut sehingga 65% setelah aku tidur dari jam 1.30 sampai kul 2.00pm... Semasa CTIS 30, aku cuba menjadi positif sehingga 50% postif, dan aku menerima mesej yang kedua yang menambahkan kesan dalam jiwa aku pada jam 3.15pm lantas menjadikan emosi aku mencanak kepada 80% negatif... Dan, aku bertindak membaca surat khabar.. Situasi politik terbaru Malaysia menjadikan emosi aku kepada 65% negatif...

Habis CTIS 30, aku memutuskan untuk balik Cemara tanpa menghiraukan tutorial Chem... Semoga aku berjaya menyurutkan kenegatifan aku malam nie semasa melihat Chelsea vs Malaysia... Jeritan sekuat singa Afrika malam ni mungkin mampu mempositifkan aku kembali...

Aku berhenti sampai di sini dahulu, agar aku dapat berehat...Au revoir...