Wednesday, February 29, 2012

Tiga Tahun Secara Ringkas Dan Cepat (Bahagian I)


Salam Alaik...


Mac 2009 - Mac 2012..

Tiga tahun kurang lebih hidupku banyak di bumi Allah Manipal, bumi ketamadunan Indus.. Banyak memori di Manipal yang tidak mudah aku lupakan..

Mac 2009..

Hari pertama di India, ketika itu di Bangalore, apa yang paling aku ingat ialah bunyi-bunyi hon di jalan raya India.. Daripada tempat penginapan sampailah ke Bengaluru International Airport, bunyi hon tak pernah lekang.. Dan tidaklah aku sangka sehingga hayatku di Manipal, bunyi hon masih lagi menerjah telinga aku.. Dan tiga tahun aku di sini, tak pernah aku mampu bertahan dengan hon.. Selalu saja carutan keluar daripada mulut ini..

Tiba di Manipal.. Impresi pertama aku agak bagus.. Malam tu, Manipal meriah.. Tak pasti ada pesta apa.. Bangunan yang pertama aku perasan di Manipal ialah Basic Health Science Building.. Bangunan itulah tempat aku bertapa untuk membelah mayat..

Dan masa bergerak pantas selama 5 bulan selepas itu.. Kelas-exam-kelas-exam-Turtle Bay-kelas-exam-kelas-exam.. Dalam lima bulan itulah, aku kembali bermain bola sepak setelah lima tahun berhenti.. Dalam lima bulan itu kembali aku beriadah, berjoging di End Point (^.^).. Dan lima bulan itu aku cuba mengenali seseorang.. hehe..



Ogos 2009..

Banyak rakanku yang lain memilih untuk bergerak menjelajah bumi India ini.. Aku pula memilih untuk kembali ke Tanah Air.. Alasan aku mudah, aku mahu jumpa keluarga aku, mahu bersama ayah aku sebab ayah aku sakit ketika itu.. Balik ke Malaysia dengan Edi dan dua orang yang lain.. Perjalanan balik masa nie menggunakan Tiger Airways memandangkan masa nie Air Asia masih belum memulakan penerbangan daripada Bangalore ke Kuala Lumpur.. Nak guna MAS, mahal pulak, kan? Singgah di Singapura, sebelum kembali ke Malaysia..

Selepas kembali ke bumi India yang tandus ini, blok tiga menanti.. Dan mulalah rutin belajar-tido-makan-belajar-tido-makan-main bola.. Habis blok 3; aku, Edi dan beberapa yang lain termasuk Mun pergi ke Bangalore.. Edi mau teman Mun beli Kamera DSLR yang sampai kinimasih digunakan.. Hehe.. Di Bangalore, sempatlah ber-Wonder-La..

UNIS Feb 2010 mula awal Feb.. Study break digunakan dengan ok, dan UNIS dijawab dengan bagus.. Cuma Anatomi, seperti biasa akan menjahanamkan aku.. Maka dipanggil Borderline VIva untuk Anat.. Alhamdulillah, aku lulus semua, dan ada dua orang rakan karib kurang bernasib baik..

Lepas UNIS, bergerak travel tiga belas orang menjelajah utara India.. Mula dengan Jais Almer di Padang Pasir, kemudian ke AMritsar di Golden Temple.. Daripada Amritsar melayan salji pertama di Shimla, dan salji yang separa ekstrim di Manali.. Habis kesejukan, bergerak ke Delhi dan melawat Taj Mahal di Agra.. Selepas Taj Mahal, tiga belas orang menjadi sebelas orang sebab dua orang balik Malaysia.. Di Delhi perjalanan diteruskan ke Mumbai.. Mumbai panas macam haram.. Mood pun dah hilang sebab dah penat.. Pengembaraan Feb - Mac 2010 antara masa-masa yang terbaik aku di India..


bersambung......

No comments: