Friday, August 16, 2013

Kebejatan III

Salam Alaik...

P/s: Ini ialah sebuah sajak

Kebejatan III

Tiang yang tegak
ditumbangkan Sisi
kerana bimbang ianya rebah
menghentak ahli rumah

Namun Sisi itu tidak tahu
tiang itu dibina ahli rumah
tegaknya cukup kukuh
perlu diberi masa
agar kering konkritnya.

Sisi itu degil
rebahkan juga
lalu dibina tiang baru
yang katanya utuh
namun rupanya lusuh
lebih teruk
jatuh meruntuh rumah itu

natijahnya
elok jika hanya cedera
kini maut berjumpa penghuninya.

Tahniah Sisi
kerana meruntuhkan paksi utuh
dan gantikan dengan yang rapuh

#Egypt #Mesir

2 comments:

Monsieur Anonymous said...

buat sendiri ke?? -_-

Redz da Tsar said...

Monsieur Anonymous:
Yup.. Copyright Reserved.. Hehe