Pepatah arab (setelah diterjemah) ada menyatakan akal yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas..
Bahagian Perbidanan dan Sakit Puan bukanlah satu posting yang memenatkan seperti yang aku jangka sebelum ini.. Banyak pengalaman baru yang berjaya diperoleh di samping pengetahuan teori yang menyendatkan ruang otak yang semakin sempit nie.. Bidang ini bukanlah bidang yang aku minati..
Bermula Isnin lepas, aku bersama bahagian psikiatri pulak.. Psikiatri, atau nama pasarnya kesihatan mental merupakan bahagian yang unik.. Bekerja dengan orang yang jelas berbeza cara fikirnya.. Aku semenjak daripada Manipal lagi sudah tertarik dengan bahagian ini.. Mungkin kerana aku suka melihat dan memerhati cara fikir orang, membuatkan aku berfikir..
Berbual dengan pesakit mental memberikan input baru, input yang boleh dijadikan pelajaran, pengajaran atau bahan lawak.. Namun kerahsiaan dan aib pesakit perlulah diutamakan dan dijaga..
Seringkali masyarakat di Malaysia memandang Psikiatri sebagai 'gila'.. Salah! Psikiatri tidak hanya menguruskan mereka yang 'gila', tapi juga menguruskan mereka yang tertekan, ketagihan dan sebagainya.. Baru-baru nie berita bahawa ramai rakyat Malaysia menghidap sakit mental, dan ada kajian menjelang 2020, seorang daripada 10 rakyat Malaysia akan menghidap penyakit mental..
Kesedaran tentang penyakit mental nie penting untuk mengelakkan kes sakit mental meningkat.. Faktor tekanan di tempat kerja, rumah, sekolah dan hubungan sosial jelas menambahkan lagi bilangan kes..
Jadi, sebagai pengisi blog, aku sertakan senarai tanda-tanda anda mengalami tekanan yang kronik dan memerlukan nasihat doktor:
- Perasaan tidak gembira, sedih, rasa nak menangis selama paling kurang dua minggu?
- Tidak lagi minat untuk melakukan perkara yang sebelum ini sering dilakukan. Sebagai contoh sebelum nie rajin tengok cerita Korea, tapi dua minggu kebelakangan nie, takde mood nak tengok..
- Perubahan masa dan waktu tidur, susah nak tidur, senang terjaga di waktu tengah malam, atau sering terjaga awal?
- Tidak selera makan sampai susut berat badan? Atau terlalu berselera sampai naik berat badan?
- Kepenatan sampai rasa malas nak bergerak, malas nak bangun, malas nak buat apa-apa?
- Rasa marah, cepat sakit hati? Kalau sebelum nie orang menjerit buat tak kisah, tapi dalam dua minggu nie bila orang bercakap, rasa nak lempang?
- Hilang fokus? Tengok Buletin Utama, tapi fikir tentang benda lain?
- Kurang keyakinan diri, rasa tak berguna, rasa menyusahkan orang sekeliling?
- Rasa macam nak bunuh diri? Atau rasa/fikir macam nak mati awal?
Kalau ada 5 daripada 9 tanda-tanda di atas nie, mohon cari nasihat daripada yang pakar ye.. Sekian!
No comments:
Post a Comment