Friday, October 24, 2008

Kalau ada rezeki, aku akan tengok Man Utd vs Everton di luar Shah Alam

Salam Alaik...

Hari ini merupakan jumaat kedua terakhir aku sebelum aku menempuh ujian SACE Board of SA... Jumaat kali ini agak bermakna apabila inilah Jumaat terakhir aku ada kelas kat INTEC... Inilah juga kelas terakhir Biologi aku sebelum exam...

Bila sebut pasal exam yang hanya seminggu lebih lagi, aku masih lagi berada dalam keadaan separa normal atau separa sedar... Aku masih lagi hidup seperti exam tue akan berlaku pada sem depan... Ah, pedulikan...

Sedang aku berkelas tadi, aku mendapat tahu yang kawan-kawan aku yang lain berhajat ingn pulang ke kampung masing-masing untuk mencari restu dengan keluarga... Aku ketika itu berfikir untuk pulang minggu depan... Tetapi memandangkan kalau aku pulang minggu depan, aku akan pulang ke Shah Alam sehari sebelum exam, jadi tak berapa bagus la untuk aku study...

Jadi, setelah habis kelas ESLS tadi, aku terus terfikir nak balik umah hari ini juga... Tidak boleh tidak... Maka, aku hantar mesej kat Mak aku untuk memberitahu aku akan pulang...

Sekembalinya aku dari solat Jumaat, mak aku telefon dan menyatakan bahawa mereka akan pergi ke rumah akak aku di K.Pilah... Huhu... Alamak, kalau macam nie memang aku tak balik Jerantut la... Padahal Jerantut tue la tujuan aku sebenarnya...

Aku masih lagi menunggu berita terkini samada aku akan pulang ke Jerantut atau ke K.Pilah... Sama ada aku akan menonton Man Utd vs Everton di K.Pilah atau di Jerantut... Aku cuma berharap aku akan balik ke Jerantut, tanah tumpah darah aku, aku nak balik ke Pahang, negeri kecintaan aku, aku nak duduk atas atap sebelum exam untuk capai ketenangan malam...

Mampukah aku?

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada segala makhluk-makhluk yang baca blog aku atas segala kesalahan aku, atau segala keceluparan aku mencarut, atau segala apa yang buat korang tak puas hati kat aku... Sebab aku taknak aku masuk exam dengan sumpah laknat korang semua...

p/s: Aku akan menggantung penulisan blog ini sehingga aku kembali ke Shah Alam... Kalau aku tak jadi balik, aku akan tetap menulis...

6 comments:

ijan said...

seingat aku ko mmg xde salah ngan aku pun. cume ko bdk mu aku bdk liverpool je. lg pun aritu aku dah menang. kire good luck la. haha...

poyotito said...

gua doakan lu berjaya periksa dan gua juga doakan semoga MU kalah besar..

haha

matju0206 said...

ko nak mintak naaf ngan aku,
ko dtg jumpe aku...
kite g medan...
minum sudey...nak makn pun bleh...
wawawawaw....

MHZ said...

balik umah x g tau pun!

Anonymous said...

huhuuhh aku lagi sedih ni
kalah lagi malaysia kat vietnam
x blh har lansung
lebih kuah dr nasi
tgk nii pun msh sedih ni ,ko x tgk ker ank

Don Balon said...

selamat berjaya duan...