Sunday, October 12, 2008

Kembara Mencari Tenang: Cerita Aku dan Ayam

Salam Alaik...

Semalam aku terasa amat bosan. Semangat aku untuk belajar amat rendah kerana aku perlukan sesuatu aktiviti yang mampu mengurangkan kebosanan aku. Aku tidak bosan untuk belajar, tetapi kebosanan itu tidak mampu membuatkan aku ingin belajar.

Seawal pagi aku menghantar mesej SMS kepada rakan aku, Pizul, bertanyakan tentang kesibukan dia pada hari itu kerana aku bercadang untuk melawat dia di Maktab Perguruan Teknik Cheras, mana tahu alang-alang aku boleh terus ke Nilai, melihat seseorang di sana. Setelah beberapa jam aku menunggu, jelas sekali dia amat sibuk kerana tidak membalas mesej aku.

Lalu, aku bergerak ke kafe siber untuk menulis entri berkaitan isu. Semasa menulis, aku disapa oleh Hakim dalam Utusan Yahoo (YM), lantas dia menjemput aku untuk melawat UIAM Gombak. Aku pada awalnya, ingin menolak kerana Gombak agak jauh. Tetapi, setelah memikirkan betapa bosannya aku di sini, di samping aku memerlukan semangat, aku lantas bersetuju.

Dalam jam 3 petang, setelah melayan kehangatan Permainan Pengurus Bola Sepak (Fooball Manager) aku berangkat ke Gombak. Di stesen komuter Shah Alam, aku terpandang 2 orang perempuan yang seagak aku Melayu, dan semestinya Islam. Mereka hanya memakai seluar pendek ketat. Apabila dipadankan dengan baju blaus pendek, mereka persis tidak berseluar. Lantaklah, pandailah mereka pilih yang mana baik, yang mana buruk.

Ketika dalam Sistem Transit Aliran Ringan, aku terpandang sepasang Mat Salleh. Mereka mungkin sedang bercuti di Malaysia. Aku tertarik dengan kebahagiaan mereka.Mereka sudah tua, mungkin sudah lama berkahwin, tetapi hubungan mereka sama seperti orang yang sedang hangat bercinta, persis sepasang kekasih di waktu muda. Kalau dilihat di Malaysia, pasangan sudah lama berkahwin, memang sudah tidak romantik. Jikalau ada, tidaklah seromantik ketika masih muda-muda dahulu.

Sampai aku di Gombak, aku terus mengambil bas Rapid KL ke UIAM. Perjalanan ke Gombak memang memenatkan. Tetapi aku tidak kisah sebab aku akan berjumpa kawan yang aku dah lama tidak jumpa. Semasa aku tunggu Hakim, aku membaca isu yang dikupas Mastika. Banyak benar isunya. Tetapi, aku tidaklah ingin kupas isu itu. Cukuplah Mastika yang kupaskan.

Hakim menyapa aku dari belakang, aku agak terkejut melihat susuk tubuh dia yang semakin kurus. Adatlah seorang pelajar. Mungkin teruk agaknya kerja yang diberi kepadanya. Aku mengekori sahaja dia sehingga ke biliknya. Dalam perjalanan itu, aku amat tertarik dengan seni bina UIAM, indah dan cantik. Penuh dengan nilai islamik.Petang itu, aku tidak melakukan aktiviti yang signifikan. Cuma penuh dengan aktiviti kutuk-mengutuk dan bermain bola sepak PES 2008.

Malam itu, aku bergerak dengan Hakim, menyusuri UIAM, bercerita tentang hidup masing-masing. Masalah yang kami bincangkan tidak akan aku ceritakan di sini kerana tertakluk di bawak Akta Rahsia Rasmi. Cuma, malam itu, aku mungkin berasa sedikit tenang. Sudah lama aku tidak bersama kawan rapat aku.

Malam itu, kami tidur agak lewat. Esoknya, aku bangun juga lewat. Selepas mandi dan bersiap, aku makan di kafe UIAM. Selepas makan, aku mengemas barang, aku ingin balik ke Shah Alam. Setelah tidur sejam dua, aku kemudian bergerak meninggalkan UIAM pada jam 4 petang. Kembara aku minggu ini amat berjaya. Aku sudah kembali tenang. Sebagai seorang 'Lone Ranger', aku mencari ketenangan dengan bergerak, melawat kawan, dan sebagainya.

Cukuplah setakat ini. Aku ingin berusaha untuk menulis dalam bahasa Melayu (Malaysia) yang tulen sabagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SSBASA 'Malay Studies'. Aku sekarang ada tugasan yang perlu dilakukan, jadi aku memohon untuk berundur.

P/S:Cerita kali ini agak panjang. Maaf jikalau membosankan.

6 comments:

fadzil hafiz said...

PES 2008 x best!!!PES 6 paling best...gua handal gak la men!!!jom lawan...hehe

Don Balon said...

Duan,
aok blajor mmaner le ning?

poyotito said...

peh..betul macam karangan bahasa melayu dah lu punya entri beb!
bahasa melayu standard tu..

dzul said...

berlatih buat karangan ni..tambahkan lagi perkataan2 bombastik..hehe

Rahimin Idris said...

hahaha persediaan la ni. ok juga. boleh buat artikel ilmiah nanti.

Redz da Tsar said...

Padel>>
Aku tak kesah... Yang penting aku menang lawan dia...

Balon>>
Belajor kat UiTM Seksyen 17 Shah Alam... Name lain INTEC...

Poyo>>
Aku cuba memarabatkan skill Bahasa... haha

Dzul>>
Aku akan cuba... Dah lupa banyak word bombastic mcm tym SPM dulu...

Rahimin>>
Artikel ilmiah? Hehe/...
Boleh la kot...
Haha...