Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Sila Minta Maaf!


Salam Alaik..

Semalam aku bukak blog aku.. Sedang aku scroll ke bawah nak check blog list 'Unsetanism', aku ternampak iklan Nuffnang yang aku letak beberapa hari lepas.. Biasanya iklan tue iklan bodoh-bodoh je, tapi semalam iklan yang berkaitan dengan Liverpool.. Kejadah apa?


Aku sebagai penyokong tegar Harimau Malaya, Pahang FC dan semestinya Manchester United rasa tindakan ini sebagai satu tindakan yang salah dan tidak berpatutan!

Kesalahan pertama ini aku tak kisah la.. Tapi jika sekali lagi iklan berkaitan dengan Liverpool menjengah blog aku, aku tanpa segan silu aku membawa hal ini ke mahkamah.. Hehe..

p/s: Pagi tadi keluar gambar peremuan seksi dalam iklan Nuffnang.. Kalau tak kawal, maka aku akan remove je la Nuffnang.. Hoho

Saturday, April 30, 2011

Champions

Salam Alaik...

Pasukan bolasepak MMMC berjaya memenangi pertandingan bolasepak antara kolej perubatan seluruh India... Walaupun aku bukan salah seorang player atas padang, tapi aku tetap berbangga... Haha... Apa-apa pun malas nak cakap banyak, layan je la 2 ketul gambar yang aku edit macam haramm nie...


Macam harammm dak aku edit? Kehkehkeh...

p.s: Aku ingat nak letak tag 1Malaysia, tapi takpelah... Macam tak sesuai pulak... haha

Saturday, January 8, 2011

(Entri ini dalam Bahasa Melayu) !!الشياطين الحمر

Salam Alaik...

Pada satu malam yang indah, yang dipenuhi tekanan akibat belajar dadah-dadah yang banyak (Farmakologi), iaitu pada malam (awal pagi) 8 januari 2011, aku yang bosan dengan selambanya bukak website United. Tapi sebab website United versi tue tak mengancam, aku bukak pulak yang ini.

Maka, aku pun melihat berita tentang Diara, dan pada malam yang sangat tegang dipenuhi dengan dadah-dadah, aku pun membaca tajuknya yang berbunyi:
"الصحف: الشياطين الحمر يستهدفون ديارا"

Bila aku baca je tajuk tue tersentap kejap aku... Maksud dia kalau diterjemah dalam bahasa Melayu takde la saspen sangat. Bunyinya "Akhbar: Syaitan Merah memburu Diara". Tapi bila aku baca dalam bahasa Arab, wallaweh, sungguh berkesan bunyinya.

Biasa dalam bahasa Melayu aku sebut 'setan merah' atau bahasa Inggeris aku baca 'Red Devils', tapi bila dalam Arab, asy-Syayateen ul-Hamr, sangat memberi kesan kat aku... Aku pun tak pandai nak terangkan kat korang macam mana kesan tue... Tapi itulah... Ah, pandai la korang fikir sendiri... Gaya penulisan tue memang sangat memberi impak dan membuatkan aku tersenyum seorang dan tergelak... Kalau gelak kuat-kuat nanti orang kata aku gila sebab duduk sorang-sorang...

Inilah akibatnya kalau 'boleh' baca dan faham bahasa Arab... Sampai sekarang kalau aku terfikir tentang 'Asy-Syayateen ul-Hamr' aku akan tergelak... haha... Teringat ayat Quran surah al-Isra' ayat 27:

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya- "Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan-syaitan (dalam Arab Syayateen), dan adalah Syaitan itu kepada Tuhannya kufur."

Banyak lagi ayat quran yang mempunyai perkataan 'syayateen' antaranya:-
  1. Surah Maryam ayat 68, 83
  2. Surah ash-Shafaat ayat 65
  3. Surah asy-Syu'ara ayat 221
  4. Surah al-An'am ayat 121
  5. Surah al-Anbia' ayat 82
  6. dan banyak lagi.
Tujuan aku menulis bukan nak kondem Syaitan Merah (a.k.a Red Devils), tapi aku nak kongsi ayat quran tentang pembaziran tue je... haha... Aku banyak gak membazir... Hari-hari.. Membazir masa, membazir duit, membazir nyawa dsb... Jadi, aku mengambil masa ini untuk menasihati diriku dan diri kita semua agar jangan menjadi saudara syaitan-syaitan.

Kepada penyokong Arsenal, Chelsea, Real Madrid dsb: Jika anda membazir, anda ialah saudara Syaitan!

Glory Man United!
Hayya Asy-Syayaateen ul-Hamr!!
Bada'al zamanil ikhtisaara, fawalla zamanil asyrar!

Marilah Syaitan Merah!!
Telah bermula masa kemenangan, dan tidak ada lagi masa kekalahan!


P/s: Tapi kalau sokong Syaitan Merah tanpa ada unsur ghuluw (melampau atau fanatik melampau) takpe, kot... hehe...

Sunday, November 7, 2010

Ketua Geng Merpati Diberkas

Salam Alaik.

MANIPAL, Ahad -- Ketua Geng Merpati yang menceroboh rumah penduduk di Manipal diberkas tengah hari tadi. Merpati itu yang berwarna hitam keperakan ditahan dalam usahanya untuk menceroboh bilik di rumah raya. Penahanan itu membantu siasatan dalam 3 kes pencerobohan yang lain.

Ketika dikepung oleh penduduk tempatan, merpati itu ditemani pasangannya yang mempunyai warna yang sama. Walau bagaimanapun, pasangannya berjaya meloloskan diri sebelum penduduk tempatan menutup tingkap dan menghalang merpati itu keluar dari bilik itu.

Merpati itu kemudiannya dibawa untuk disoal-siasat, dan kemudian dibebaskan setelah mendapat ikat jamin oleh penduduk yang enggan dikenali. Penahanan merpati itu belum cukup untuk menghalang kegiatan menceroboh rumah penduduk di Manipal pada musim mengawan merpati itu.



Berita lain:

MANIPAL, Ahad -- Pasukan Standard Kampung (24 I) yang memakai jersi Liverfool berjaya mara ke separuh akhir Liga Inter-Batch MMMC yang dianjurkan oleh Student Council. Pasukan itu yang menang satu perlawanan (vs 25 I) dan seri untuk 3 perlawanan yang lain berjaya mara setelah mengumpul 6 mata. Lawan mereka di separuh akhir masih lagi tidak diketahui dan akan diketahui menjelang petang ini.

Mengulas pencapaian itu, kapten Standard Kampung, Aliffdo berkata, "kita rasa seronok lah dengan pencapaian ini. Misi kami dari awal perlawanan sehingga habis, hanya satu. Dan kami berasa gembira la mengekalkan misi itu."

Ketika ditanya tentang misi itu, kapten itu enggan memberitahu. Pasukan Standard Kampung diwakili oleh Doo, Mantap, Rohil, Semi, Oyop, MatYie, Arvend, Redz dan Wawan.

Gambar Ihsan Irfan Bakhtiar

Update: Standard Kampung telah menjuarai pertandingan Futsal Interbatch 2010... Kejayaan Standard kampung disusuli dengan kejayaan Liverpool di EPL masing-masing menentang Chelsea dan West Ham... Apabila Standard Kampun menggantung kasut bola (tak main la makenye sebab dah menang), Liverpool kembali kepada prestasi hambar dengan kalah kepada Stoke City dan juga yang terbaru Spurs...

Pengumuman: Entri aku tentang Statistik Perokok telah dikemaskini dengan fakta baru. Boleh dirujuk di sini (tulisan warna kuning)

Saturday, October 23, 2010

Top 2 eh?

Salam Alaik...

Bosan-bosan malam minggu...


Keh3x....
Sejak bila jadual boleh terbalik nie?

Sunday, July 11, 2010

Menjelang Akhir Piala Dunia

Salam Alaik...

Piala dunia 2010 dah hampir ke penghujung... Malam nie penentuan tempat ke-3 dan 4... Antara Uruguay dan Jerman... Esok kemuncak apabila Belanda bertemu dengan Sepanyol merebut satu bintang di bahagian kiri pektoral jersi mereka... Malaysia pulak ntah bila la nak ada bintang... Haha... Nak masuk Piala Dunia Pusingan Akhir pun payah...

Aku sepanjang demam bola sepak nie, memang tak sokong mana-mana tim... Entah la, memang aku tak suka sangat kot... Asalkan game tue mungkin menghasilkan 'banyak gol', aku tak kisah... Hehe... Tapi segalanya berubah di suku akhir...

Ketika Belanda menentang Brazil... Aku memang tak ambik pot sangat... Apa yang main aku sokong... Tapi setelah melihat kebejatan semangat kesukanan perlawanan tue ditambah pengadil dar Jepun yang tertinggal kad-kuning-khas-untuk-pemain-Belanda aku jadi menyampah dengan Belanda... Arjen Robben yang mungkin mahu menjadi aktor terbaik dengan tidak kurang 5 'dive' yang berjaya... Van Bommel dengan terjahan-kaki-dulu-baru-bola selamat setelah tidak kurang 5 kali melakukan kesalahan yang lebih kurang sama...

Ok, lupakan pasal mereka... Sapa menang? AKu pun tak tau... Jom tanya sotong aku... Sotong aku bukan Paul, yang takde semangat cintakan negara... tapi sotong aku ialah sotong yang glamer dah lama sebelum Paul... Jom tanya dia...

Encik Ward Sotong, sapa menang?






Enchik Ward Sotong atau nama lainnya SquidWard menjangkakan Belanda akan menang... Tapi lepas tue dia kata kat aku, "Aku rasa Sepanyol menang, cuma aku taknak ambik Sepanyol... Nanti kalau Belanda menang, malu keluarga sotong sebab Aku dan Paul (Oktopus) dua-dua salah teka..."

Aku tanya balik kenapa...

"Bengong... Kalau aku teka Belanda, dan Belanda menang, sekurang-kurang aku sebagai sotong menebus kesalahan Paul tue yang teka Sepanyol menang... Dan secara tak langsung keluarga sotong tak la malu"

Aku menggeleng tak faham... Tapi aku lagi tak faham kalau ada manusia yang nak bunuh Paul sebab predict Jerman kalah... Yang bodoh bukan Paul, tapi yang percaya tue pasal? Selamat Mesut Ozil baca quran dulu sebelum perlawanan.. Eish...

p/s: Aku tak kesah la SquidWard kata apa.. Yang penting aku anti-Holland... Semoga Van Bommel kena Red Card, dan Arjen Robben yang tak habis-habis berlakon tue, cedera... Hehe... Tapi game Germany vs Uruguay tadi memang mantap... AKu rasa game tue mungkin akan lagi best dari final esok... Dan mungkin aku tak layan final esok sebagai bantahan kepada Holland...

Wednesday, July 7, 2010

Malaysia dan Piala Dunia 2018 (updated)

Salam Alaik...



Sapa kenal sotong nie angkat tangan! Nama dia Paul the Octopus... Kerja dia nie ialah menyesatkan orang yang percaya pada dia... Ala-ala Ayah Pin la... Kalau nak tau lebih lanjut, baca sini....

Tengok gambar kat atas tue... Haaa...

Agaknya kalau 2018 nanti Malaysia layak ke Piala Dunia, mesti 'pertaruhan' (atau secara kasarnya 'perjudian') bola sepak hampir diluluskan jika tiada pihak mengambil langkah yang berani... Dan jika betullah pertaruhan bola sepak dilesenkan (atau dihalalkan) kelak, maka tidak hairanlah sotong nie akan kembali glamer di Malaysia... Itupun kalau sotong nie hidup lagi la... haha..

Tapi, bukan sahaja sotong yang diberi nama Paul nie je yang akan glamer, tapi ayam jantan berbulu hitam (a.k.a Jalak Lenteng) atau pokok Tualang besar (a.k.a Pokok Puaka) pun boleh jadi 'hint' jugak untuk mengkuk-mangkuk yang takde-benda-lain-nak-sembah-selain-judi-dan-menatang...

Kepada Muslim yang eksaited dengan Paul si Sotong nie, silalah jangan mencampakkan diri anda ke dalam lembah kesyirikan dan khurafat... Cukuplah dengan bid'ah dholalah (cth: Mandi Safar, puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban) yang ada tue, jangan nak tambah lagi dengan khurafat, syirik dsb...

Dan elakkan judi sekali... Arak memang dah bersepah orang minum... Depan khalayak pun stedi jer layan... Bila nak kena sebat, dapat bekap dari orang besar... haha... Ok... Pull Stop... nanti maut aku kerana menyampaikan kebenaran...

Percaya pada Paul si Octopus nie akan menyebabkan:
a. Syirik
b. Percaya pada penilikan nasib
c. Bila dah percaya, komfem letak bet punya~
d. Akal lagi teruk dari sotong...

Ok la, aku sudahi dengan beberapa potong Kalamullah yang telah diterjemah...

1. “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

2. “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)

3. “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” - (Surah an-Nisa', ayat 116)

4. “Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)

5. “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)


Ok.. Cukup dah kot... Jangan la pulak ada lagi yang duk percaya kat Sotong tue, lantas meletakkan bet ke atas Espana... Double haraam lagi!!

Tengok la WC atas dasar 'riadah', 'hiburan' dan semngat kesukanan (tapi jangan melampau), dan elakkan dari sebarang unsur yang melanggar syariah...

Friday, July 2, 2010

Uiks?

Salam Alaik...

Mukaddimah
Bangun tido lewat 5 minit memang terus merencatkan impian untuk pergi ke makmal untuk praktikal Microbe... Eish...

Sepatutnya ada satu resolusi yang sangat bagus untuk aku adaptasikan tapi, masih belum dibuktikan atau resolusi itu digelapkan oleh sekutu-sekutu Amerika untuk mengelakkan aku bangun awal pagi... Solusinya mudah: Tido lewat!!

Kalau aku tido awal, dan definisi awal bagi aku ialah sebelum 2am, memang insya Allah bangun lewat... Kalau tido lewat biasanya memang akan bangun on time untuk ke kelas... Adoyai...

Bila sampai kelas, semua duk pakai lab coat putih sebab baru habis praktikal... Aku dan beberapa yang lain tak pakai lab coat pulak... Haha... Aku tak pakai sebab tak pergi, tapi orang lain ada yang pergi tapi dah tak pakai lab coat... Ok, aku memang sangat prominent la tak datang... Haha...

Duduk dalam kelas, lepas layan 2 paket neskopi originale Indonesia memang payah nak ngantuk... Bagi la cikgu apa-apa sekalipun, payah giler nak tido... Haha... Tapi kalau Pharmac rally 2 jam, rasanya maut jugak aku...

Tulis tarikh, '01072010' tiba-tiba aku terhenti... Berfikir sudah 6 bulan sehari berada dalam 2010... Atau dengan kata lain lagi 7 minggu nak peperiksaan blok 2... Padahal rasa baru jer bersenang lenang lepas blok 1... Keputusan pun keluar semalam... Hurm...

Keputusan

Memang takde perbezaan sangat pun keputusan blok 1 tahun kedua nie dengan blok 1 tahun pertama yang lepas... Serius takde sangat... Cuma aku sangat-sangat bersyukur sebab keputusan tak seperti aku jangka...

Tapi ok la... Blok 2 kena buat balik betul-betul... Takde dah zon selesa kay!!!

Blog

Yeah, bulan lepas, aku letak 2 entri jer... Paling sket sepanjang hidup aku ada blog nie... Aku bukan takde semangat nak tulis, atau takde idea nak bawak borak sembang lebat, cuma sedikit payah mencari masa untuk menulis... (Alasan je nie)

Petang, walaupun pada teorinya sangat free sebab hujan, secara praktikalnya memang takde masa... Ada je benda lain nak buat... Nak main CS la, tengok movie la, layan bola la... Haha... Ceit...

Ok, entri yang lepas agak kontroversi... Tapi sebab amanah untuk menunjukkan statistik yang dipadam itu tinggi + blog dah lama tak update, aku buat jugak la... Haha... Maaf kepada sesiapa yang marah... Entri tue saja suka-suka nak tulis... Keh3x...

Bola
Ok, World Cup dah masuk suku akhir, baru aku nak tulis pasal bola... Bukan ape, cuma aku tau dah bersepah blog tulis pasal bola... Nak-nak pulak blog nie... So, aku fikir buat apa aku nak tulis... Orang selalu duk tanya aku, "Ko sokong team mana WC nie?"... Jawapan aku mudah, "Aku sokong team yang suka buat gol dan bolos gol banyak-banyak, sebab aku suka tengok gol..." Hahaha...

Ok, kat sini aku nak tegaskan, aku takde team faveret untuk WC nie kecuali jika pasukan (bukan as Referee) Malaysia masuk jadi wakil Asia...

Kelas
Duk kat barisan paling bawah, tiga dari depan memang menyebabkan:-
  1. Overexposure kepada lecturer
  2. Kena dongak ke atas (Ada ke dongak ke bawah?) untuk salin note.. Ini menyebabkan tulang belakang aku sedikit jem... Haha... Dah kena kilas selalu tulang belakang nie bagi berbunyi-bunyi ke belakang
  3. (~.~")
Jiwa
Sepanjang bulan 6, jiwa agak kacau sket dengan pelbagai perkara yang mengganggu... Heish... Ada (banyak) yang seronok, ada memenatkan dan sebagainya... Apa yang penting jiwa kena maintain senyum depan orang... Tapi serius, kalau penat memang payah nak kaver la... Haha...

Tapi overall bulan 6 memang banyak memori indah... Walaupun banyak, 'diari seorang lelaki' aku tetap jarang diisi sebab sibuk dan ... Diari tue ada kat tempat selamat... Keh3x...

Study
Ok, aku rasa bapak panjang aku tulis.. Dan aku berani bet korang takkan habis baca... Jadi aku gerak dulu la eh... Aku nak study 'Pembelajaran Berasaskan Masalah' pulak... Sehingga bertemu lagi~

Wednesday, April 7, 2010

Kita Percaya atau Kita Yakin?

Salam Alaik...

Apakah beza percaya dan yakin? Mungkin ada yang akan kata sama, dan ada jugak yang kata berbeza... Tapi aku bagi analogi mudah (mudah ke?) kali nie untuk membezakan yakin dan percaya...

Bayang kan kita berada di satu pertunjukan sarkas ngeri... Ada seorang pemanah hebat sedang membuat pertunjukan... Dia memanah sebijik epal yang diletakkan di atas kepala seorang pembantu sehingga epal itu terbelah dua... Pemanah tue ulang perbuatan yang sama sebanyak tiga kali, dan semua percubaannya berjaya...

Dan kita yang sedang berada di tempat duduk penonton mungkin akan percaya akan kehebatan pemanah tue... Tetapi adakah kita yakin?

Jika pemanah itu menyuruh kita meletakkan epal atas kepala kita, dan pemanah itu akan memanah epal itu, adakah kita akan berani menyahut cabaran tue? Kalau kita berani, maknanya kita bukan setakat percaya, tetapi yakin akan kebolehan pemanah tue....

Itulah yang membezakan percaya dan yakin... Tukarkan situasi tue kepada hal berkaitan iman... Iman yang kukuh ialah 'yakin dan percaya'... Adakah kita dah cukup yakin atau sekadar percaya? Tepuk dada dan lihat perbuatan kita~ Semoga iman kita kepada Allah dan rasul-Nya etc berteraskan keyakinan insya Allah...


Santai Sebentar~
(Ada kaitan dengan tajuk tapi sekadar persoalan, dan bukan tema)

NotaKaki: Aku percaya United boleh menang malam nie, dan aku jugak yakin United boleh pergi ke final UEFA Champs League.... Menang UCL? aku percaya... Yakin? Belum lagi~

Friday, March 19, 2010

Telekom Malaysia dan Man United?

Salam Alaik...


"Manchester United have announced their third major sponsorship deal in a week.

Following on from high-profile partnerships with Telekom Malaysia and Turkish Airlines, United have added a seven-figure contract with African telecoms giant MTN that will see the company become their exclusive South African telecommunications partner for the next three-and-a-half years.

"The partnership with MTN is a very important step in the club's plan to get closer to its family of fans based all over the world," said United chief executive David Gill.""

Dipetik di sini.

Dan lagi berita di sini

Ada komen?

Sunday, February 28, 2010

Hargailah Minat Seseorang Itu

Salam Alaik...

Yeah... Entri ke-4 dengan menggunakan Scheduled post..

Bercakap tentang minat, atau hobi, atau kegemaran, tentu macam-macam yang akan terbayang dalam kepala otak sekarang nie... Biase la, setiap orang lain minatnya... AKu pun banyak jugak benda minatnya... Apa yang aku minat, tak semestinya orang lain minat, kan...

Masa aku kecik-kecik dulu, aku suke sangat main pasir... Pasir nie memberi aku peluang untuk membuat karya seni aku, tidak kira la Istana, ataupun empangan ataupun sawah, Pasir memberi aku peluang untuk mengasah minda dan bakat yang terpendam dalam jiwa aku.... Tapi, biasa la, mesti ada yang menghalang kalau aku minat sesuatu... Kalau dalam bidang halang-menghalang aku main pasir nie, juaranya ialah Mak dan Ayah aku... hehe... Tapi nak wat gone, kan? Dah mende bahaye.. Kalau aku pon marah anak aku main pasir... Kalau nak main pasir, pergi pantai...


Bola Sepak a.k.a Man United
Dalam proses membesar, minat aku kepada pasir dah berkurang, jadi kembali kepada minat-minat yang lain seperti Digimon, Buku Sticker tah ape-ape, dsb... Macam biase, kanak-kanak... Tah ape-ape mainnye... Tapi, sebagai seorang ex-kanak-kanak, aku menghargai minat mreka tue asalkan masih berpandukan logik dan berlandaskan syariah...

Bila dah besar, minat-minat nie semakin serius... Aku mula meminati sukan bola sepak, atau dengan nama lainnya Manchester United, si setan merah... haha... Minat nie agak parak jugak la... Fanatik jugak kot... Bukan senang nak tengok orang yang baru 3 bulan sokong United tiba-tiba jadi fanatik giler... Kalau kalah, murung je sepanjang hari... bercakap pun taknak.... hehe.. tapi itu dulu... Sekarang dah tak fanatik dah... kalau kalah, nak buat camne, kalau menang, tumpang hepi... Tapi sila jangan persoalkan sokongan aku kepada Malaysia... Walaupun kalah macam mana pun, atau lawan MU sekalipun, aku tetap sokong Malaysia.... Cuma jersi Harimau Malaya je tak beli LAGI... heh

Politik
Bidang politik memang aku minat lama dah... Sejak umur 10 tahun lagi... Pasal politik nie memang dah banyak sangat dah pengalaman aku mengomen, mengkritik, memuji, memerli dsb... Dalam blog nie pon tak kurang dari 10 entri pasal politik.... Tapi itu dulu la.. Sekarang bila aku dah belajar bahawa politik itu dikotorkan ahli politik, terus aku malas nak ambik pot... Apa yang aku ambik pot ialah kenapa GST perlu dikenakan kepada rakyat, kenapa cukai rokok naik lagi, kenapa harga petrol taknak turun bawah RM1.40, kenapa nak jugak buat petrol yang mahal dsb... Adakah itu politik?

Fotografi
minat aku dalam bidang fotografi sudah lama wujud... Sejak dari SBPIT lagi.. Cuma waktu tue, tak berkecimpung secara aktif jer... Almaklumlah, malas nak beli kamera... Bila sampai kat India, baru la beli sekor kamera yang diberi nama Davy Jones atau nama Melayunya Mokhsen... Aku malas lagi nak beli DSLR... Kalau ilmu belum cukup untuk mencari pose atau scene menarik, guna la DSLR harga RM40 000 sekalipun, tak guna jugak... So, sebab aku tengah jalan-jalan nie, maka aku bawak la sekali kamera aku... Insya Allah minggu depan aku tunjuk gambar aku yang aku amik dalam facebook...

Panjang la pulak aku punye entri... Banyak lagi minat aku... Nanti la pulak aku citer... Kalau panjang sagat bosan nantinye...

Cuma aku nak bagitau, apa yang kita minat tak semestinya orang lain minat, dan apa yang orang lain minat, tak semestinya kita minat... Hargailah minat seseorang itu selagi tidak melanggar syarak... Jangan duk kutuk-kutuk tapi bagi sapot kay~ Hingga bertemu lagi, dalam 3 hari~

p/s: Entri ini telah lama ditulis dan dipos secara automatik dengan menggunakan pilihan 'scheduled post' kerana aku tidak dapat berada dalam talian dalam masa beberapa minggu... Sila rujuk di sini... Harap maklum~

Sunday, December 20, 2009

Kalau Macam Nie La, Komfem Aku Tak Kesah Pahang Masuk Liga Super dan Liverpool Nombor 8 BPL

Salam Alaik...

Sebagai seorang pengurus pasukan Pahang dalam Football Manager 2008, aku rasa sangat berbangga mempunyai skuad Pahang sehebat ini... Kalaulah betul-betul macam nie, aku rasa Sultan Bola dah diangkat jadi presiden FIFA dah... Malaysia mesti lawan Argentina kat Final World Cup 2010 Afrika Selatan.... heh...

Tapi, nak buat camne, kalau dah 'game' tue, tetap la 'game'...

Klik gambar untuk paparan lebih jelas


Steady Lawan Derby 4-1


Pahang Hebat atau Liverpool Lemah?


Baca elok-elok...

Kalaulah realiti, aku rasa budak-budak muda kat Mamak pakai jersi Pahang FC warna putih, bukan warna merah... hehe...

p/s: Klik gambar untuk lebih jelas

Kalau 10-0 pun takpe

Salam Alaik...

Serius Malaysia main lagi cantik... Kalau buat lagi, memang nak jadi macam Liverpool la... Humphh

Sabo je la~

Thursday, December 10, 2009

Kalau Dah Nama Pun Yahudi, Tambah Dengan Carlsberg... Memang Terbaik...

Salam Alaik...

Kalau je nama Israel, atau Yahudi, buat lah apa-apa pun, tetap kena pandang buruk... Hatta jaringkan gol kat Anfield, tapi tetap kalah dengan 'gol minit-minit akhir'... Kesian... Takpe la, Next Season boleh cuba lagi, kalau Top 4 la... Season nie, fokus kepada Top 4 dan Europa Cup dulu eh... Kami nak layan cubaan mendapatkan 4 piala...


"Kami tak bersalah, dia yang jatuh sendiri", kata mereka serentak

Pahang menten Liga Super... Ape kes?
KDYM Sultan Pahang memang Sultan berjiwa rakyat Pahang~
Tahniah...

Sunday, November 9, 2008

Selalunya Gelap Malam Itu Indah, Tetapi Kekadang Ia Mengundang Padah

Salam Alaik...

Tiada ape yang dapat aku katakan hari ini selain daripada kekecewaan aku pada hari semalam... Dah la dari awal pagi sampai ke tengah malam internet down... Malam pulak United kalah dengan Arsengal... Mujurlah kalah 2-1... Kalau kalah 2-0 atau 3-0 lagi naya... Walau ape-ape pon kite kena bersyukur, kan?

Haha...

Esok aku ada paper biology... Disebabkan United kalah, aku akan pastikan tak semua akan kalah... Aku akan menang dalam Bio esok... Walau ape-apepon yang terjadi, aku kena menang dengan Bio dan Chemy... Pedulikan ape orang nak kate...

Arsenal dengan Liverpool tue tak lame... Pegang cakap aku... Sekejap je... Tengok la bulan feb 2009, united da kat atas... tapi, kalau united main macam semalam lagi, Tahun depan la nak ambik piala pon... Huh...

Kepada sesape yang hantar mesej pastu aku tak balas, mintak maaf... Anda bukan keseorangan... Aku berada dalam moral yang sangat rendah sebab kepenatan dan pelbagai masalah lain...

Friday, November 7, 2008

Mr. Wan yang sangat baik hati...

Salam Alaik...

"Biology is around the corner... Just about 2 days to go... And you yourself is still relax, never think about it seriously... What actually happen to you, huh? Or is it your 'normal' habit? Waiting until last minute and then start study? WTF... This is SSABSA la... Not SPM, Duan (a.k.a Redz)... Your SPM era has been past for 2 years... That time you still can playing around because it is only SPM, yeah, it is only Sijil Pelajaran Malaysia... But now is SSABSA, or SACE Board of SA... You cant take this thing lightly..."

Luahan perasaan Mr. Wan kepada aku...

Mr. Wan nie seorang yang sangat-sangat baik... Die ni paham masalah aku, tapi susah nak bantu... Mr. Wan nie antara makhluk paling rapat dengan aku... Sape-sape sahaja yang baca blog nie memang tak kenal Mr. Wan nie... Die seorang yang low profile, rajin study, baik dan berhemah tinggi... Mr. Wan jarang tunjuk muke die kat public... Mr. Wan nie selalu muncul time aku tengah ada problem... Die yang selalu bagi nasihat dan tunjuk ajar... Die banyak bersabar dengan aku walau aku sering melupakan nasihat die...

Mr. Wan nie seorang yang sangat penyayang... Baru-baru nie aku ada masalah dengan seorang budak, Mr. Wan suruh aku setel cara baik... Suruh aku fikir perasaan die, tetapi aku tetap aku... Kejam, takde perasaan dan sebagainya... Mr. Wan nie same dengan aku... Tak pernah marah... Kalau aku buat masalah dengan die, memang die pendam jer... tapi die pandai cari cara luahkan perasaan die... Kalau aku, ada masalah besar, aku akan menambah kandungan nikotin... Mr. Wan juga merokok... Die kate nak berhenti... tapi aku tak bagi... haha... Sian Mr. Wan...

Dah la tue... Ape kes citer Mr. Wan pulak, kan? Ini bukan blog die, ini blog aku... Huahaha...

Sambung ke dunia yang nyata...


Esok United akan menentang Arsengal di Emirates... Aku cuma harap United dapat menang la... Bukannye ape, kalau United kalah, payah le nak kejar Chels#it... Liver(f)ool aku tak heran, sekejap je tue.. Kalau Rafa dah mula rotate pemain, tak menang la diorang... Esok jam 2045, aku akan berada di Awwal... Melayan bola... Mr. Wan pon join jugak... Die pon minat United jugak, tapi tal se'hardcore' aku...

p/s: Jangan sape-sape tanye sapekah itu Mr. Wan... Sebab die kate die taknak publisiti... haha...

Wednesday, November 5, 2008

Perintah dijunjung, En. Sultan!

Salam Alaik...





Beberapa hari lepas kepada hari esok aku ada membuka blog En.Sultan... Aku tak bece pon blog die tue... Aku bukak je... haha... Seyes, aku tak bace...Tapi kalo aku tak bace macam mane aku tau sape yang bace kena tag, kan?Haha... retorik betul aku nie... Memandangkan Sultan dah menghantar perintah, maka tidaklah aku menolak... Maka layanlah carutan aku ini... huahuahua...





Tag secara prosedurnye berbunyi macam nie:





1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.


2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.


3) Post that picture with NO editing.


4) Post these instruction with your picture.


5) Tag 10 people to do this




Maka, inilah hasilnya... Masa aku tangkap gambar tue, aku tengah perform magic kat member aku... Sory la tak nampak muke... Lagipon aku tak boleh nak edit, kan? Haha.... Perintah En.Sultan telah berjaya dilaksanakan...

Untuk meneruskan kesinambungan, aku dengan kuasa yang diberikan En.Sultan telah men'tag' makhluk berikut:
1. MieTo
2. Farah Azmi
3. Beddy
4. Anum
5. Ayam (Hakim)
6. Amin
7. Scott
8. Zul Katak
9. Budak2 INTEC yang bace blog nie dan ada blog
10. Semua peminat suka bola sepak khususnya Barclays Premier League (Arsenal, Liverpool, United, Hull, Chelsea dan sebagainya)...

Sebarang kegagalan menurut perintah akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan 18.9 sebatan dan tidak kurang daripada penjara 10 minit dan sebat 0.7 kali...

Pertanyaan boleh diajukan di kotak komen...
terima Kasih

Thursday, October 30, 2008

Esok, Lusa, Tulat, Tubin

Salam Alaik...

Hari ini, menjelang jam 10.15am, aku telah berjaya menamatkan tugas terakhir dalam assignment aku sepanjang berada dalam program AUSMAT iaitu 'Oral Assessment' untuk Malay Background Speakers Studies (Bahasa Melayu)... Tamatnya tugasan itu bermakna tiada lagi assignment untuk aku kecuali study untuk SSABSA...

Tajuk Oral Assessment aku tadi ialah Terapi Gen atau Gene Theraphy... Tajuk aku ini berjaya memikat para pemeriksa mungkin kerana tajuk aku ini yang pertama mereka dengar sepanjang tugasan mereka sebagai pemeriksa ujian lisan... Pada awalnya, aku agak gugup macam nak akad nikah pulak, tetapi bila masa soal-jawab, aku menjadi lebih bertenaga dan bersemangat...

Memandangkan ada beberapa soalan di luar bidang kajian aku, aku terpaksa melancarkan jurus Ahli Politik, iaitu menghamburkan kata-kata yang penuh retorik... Takkan aku nak cakap 'saya tak tahu la encik...'? Haha...

Hari ini sudah 30 Oktober, bermakna aku hanya ada esok, lusa dan tulat untuk study sebelum aku akan menjawab peperiksaan tubin... jangan korang kate tak tahu pulak ape itu tulat dan tubin... Kalau tak tahu rujuk kamus dewan... Mungkin tulat tue berasal dari perkataan 'too late' dan tubin dari perkataan 'too been' <-- Gramatic Error... Haha...

Malas aku nak pikir pasal exam lagi walaupun aku study dengan giatnya... Kalau aku fikir pasal exam, mesti aku akan fikir tentang 'balik rumah selepas habis exam', jadi aku akan tidak study... Haha... bapak la tak logik...

Esok ada kelas ESLS buat kali terakhir sebelum aku exam dengan mak angkat aku, Puan Faizah... Haha... Pasni mesti rindu perabih la kat die... Malam nie aku nak study Kimia dan Biologi (mungkin)... Matematik aku tak start study lagi... Nak mampus agaknye aku nie... Padahal matematik la paling tak stabil...

Malas aku nak mencarut panjang... Aku cuma nak ucap tahniah kat Man Utd sebab menang dengan WHU... Tahniah kepada Liv sebab menang dengan Pompey dan tahniah kepada Chelsea sebab menang dengan Hull City dan tidak lupa, tahniah yang amat teramat sangat kepada Spurs sebab berjaya mengikat Arsengal 4-4... Haha...

Dah la tue, aku nak solat asar plak... Dah lambat nie... Huhu...

p/s: Tulat maknenye '3 hari selepas hari ini @ hari selepas lusa' dan tubin maknanya '4 hari selepas hari ini @ hari selepas tulat'...

Wednesday, October 22, 2008

Aku macam player Livepool, Chelsea dan Arsenal

Salam Alaik...

Sejak semalam, aku begitu bersemangat untuk menguji stamina aku… Aku juga teringin nak tengok setakat mana kehebatan stamina aku setelah beberapa bulan tidak bersenam dan asyik mengumpul kandungan nikotin dalam badan aku… Di samping itu, aku terasa nak meningkatkan tahap stamina aku untuk menghadapi peperiksaan SACE Board of SA (formerly known as SSABSA)…

Bukan apa, tetapi perperiksaan yang akan berlangsung selama dua minggu itu memerlukan tahap fitness mengalahkan Torres dan Gerrard… Tambahan pula, setiap kertas mengambil masa sebanyak 3 jam… 3 jam untuk memerah otak memang mengunakan tenaga yang banyak iaitu melebihi tenaga Didier Drogba dan Lampard… Tenaga keseluruhan yang aku perlukan (exam + study) memang setara dengan Safie Sali dan Khairyl Muhaimeen tetapi tidak menjangkau stamina Rooney dan Cristiano Ronaldo…

Oleh sebab keperluan tenaga yang amat banyak itu, aku perlu menguji stamina dan fitness aku agar setanding dengan sekurang-kurangnya Anderson dan Rafael da Silva… Banyak pulak aku citer pasal stamina… Merepek pulak jadinye…

Senang cerita, tadi aku dengan Azrul pergi berjogging di Seksyen 18... Pada awalnya, kami hanya berhajat nak berlari-lari anak di Taman Rekreasi belakang kolej aku je, tetapi tiba-tiba aku teringin nak berlari di sekitar seksyen 18... Haha... Secara tiba-tiba sahaja...

Berbekalkan semangat yakin boleh dan demi SACE, aku dan Azrul memulakan rentak larian ala-ala Nani mengawal bola... Sedang asyik berlari tanpa mengambil tahu hal-hal kereta dan lori di sekeliling kami, tiba-tiba kami terasa larian kami sudah jauh... Sedar-sedar dah sampai Stesen Komuter Seksyen 19 Shah Alam... Kalau naik teksi, kena RM5 jugak tue...

Pegh, sebagai perokok separa tegar, aku berasa amat berbangga dengan pencapaian itu... Kalau suruh Ryan Babel atau Albert Riera berlari sejauh tue, confirm pengsan ataupun pitam... Kalau secara relatifnye, jarak kolej kitorang tersayang dengan stesen komuter tue umpama Bandaraya Jerantut ke Sungai Pahang (Dekat Sungai Teh)...

Dalam perjalanan pulang, kami meneruskan rentak larian separa penat ala-ala Roy Keane atau Kuyt (Kunyit)... Sepanjang perjalanan pulang, kami menghiburkan hati dan mencapub dengan berlari sambil menyanyi lagu ‘Lari-lari’ ala-ala tentera... Memang ramai la pandang kami, tapi tak lesah la, asalkan hilang penat...

Sampai di Taman Rekreasi yang aku sebutkan tadi, kami bertekad untuk kembali berlari sebab kami nampak ada beberapa awek cun (tym nak exam ni ada lagi nafsu aku kat awek yerk?)... Kami round lagi trek jogging tue 3 kali... Kali ini kami tak berlari dah, sekadar berjalan...

Walaupun tak sempat nak tackle awek tue, kami amat berpuas hati dengan stamina kami... Walaupun tidak setaraf dengan Ronaldo ataupun Rooney, kami mampu menjadi setaraf dengan Arbeloa dan Xabi Alonso, dengar tue, stamina kami setaraf dengan Arbeloa dan Xabi Alonso...

Kalaulah Cesc Fabregas dan Adebyour berlari bersama kami, mesti injured dan tak dapat main hujung minggu nie... Begitu juga Terry dan Carlvalho, mesti tak fit nak main lawan UEFA malam nie... Haha... Kalau Indra Putra dan Hardi Jaafar yang ikut kami, mungkin lah mereka mampu lagi bermain selama 15 minit dalam pestabola merdeka nanti...

Akhir kalam, aku berjaya buktikan stamina aku masih di tahap yang baik walau dah lama tak bersenam dan asyik-asyik menjahanamkan peparu... Walaupun pada tahap yang baik itu, kami masih gagal menyamai stamina player baru Man Utd seperti John Evans, Eskersly dsb...

p/s: Haha... Azrul si member aku tue fan Liverpool, aku harap die tak panas la aku ‘puji’ player Llivepool nie... Haha... Esok aku takleh jogging sebab kena jumpa mak angkat, Madam Faizah...

Sunday, October 19, 2008

Ops. Lasmin (hakcipta terpelihara)

Salam Alaik...

Hari ini sudah 19 Oktober 2008... Semalam, 18 Oktober, kelmarin 17 Oktober... Esok, kalendar akan setuju kalau aku kata 20 Oktober... Minggu depan pula, 26 Oktober... Dua minggu lagi, 3 November... Kalau dua minggu lagi 3 November, maknanya, kurang lebih, peperiksaan Lembaga Penilaian Menengah Senior Selatan Australia atau SSABSA akan berlangsung dalam 15 hari lagi...Tetapi, aku masih lagi tak cakna... 'Gior*' dengan kehidupan aku kini... Aku persis menganggap dua minggu lagi itu jatuh kepada 3 Oktober... Tapi malang sungguh, 3 Oktober dah dua minggu berlalu...

Jadi, walau apa-apa sekalipun yang berlaku, 3 November akan datang jua mengikut perancangan... Lainlah jika aku berjaya menggerakkan badan aku selaju mungkin untuk memecahkan zon relativiti masa yang dicanangkan Albert Einstein, mungkin juga aku boleh melambatkan masa... Tapi, itu hampir mustahil untuk berlaku kini...

Aku masih lagi culas memegang buku... Kalau aku pegang pun, sekadar untuk diisi ke dalam beg dan dibawa ke INTEC... AKu juga masih lagi menggunakan laptop untuk bermain game, melayari internet untuk melihat perkembangan semasa Man Utd dan memuat turun video aksi Ronaldo memperbodoh lawannya... Sepatutnya kini aku sudah menjdi ulat buku...

Sikap aku kini masih lagi seperti sikap aku sebulan sebelum ini, ketika menghadapi peperiksaan percubaan...Sikap ini jugalah yang aku buat beberapa bulan yang lalu sebelum peperiksaan pertengahan tahun... Sikap ini jugalah yang aku adaptasi sebelum aku mengambil SPM... Tapi, ketika itu nasib aku baik... Sangat baik... Tak dapat jawab, aku hentam dan alhamdulilah, betul... Tak semua, separuh dapat markah... Masa tu, tak hairanlah dapat result 'boleh tahan la'...

Tapi sekarang, SSABSA bukan permainan... SSABSA bukan SPM, trial atau mid-year... SSABSA ialah peperiksaan yang akan menetukan sama ada aku akan fly ke Australia, atau berkelana ke India atau Indonesia, atau hanya panjat bukit seksyen 2 untuk ke UiTM, atau paling teruk, aku kena sambung belajar asasi di Malaysia... Huh...

Kalaulah aku ambil tawaran untuk menjadi cikgu Matematik atau Kimia di bawah Program Pelajar Cemerlang Kementerian Pelajaran, aku boleh la buat sikap camni... Kalau aku ambil program Matrikulasi, sekurang-kurangnya aku dah fly ke Indonesia... Tapi, aku ambil SSABSA, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan pulak tue...

Tapi, kalau aku menyesal pun, Firmad tetap kata "sape suruh amik medic", cikgu SBPIT aku tetap kata, "Awak boleh punya", Man United tetap menang 4-0 dengan West Brom, harga minyak dunia tetap turun, harga barang kat Malaysia masih tinggi tak turun2 dan yang paling penting SSABSA tetap 2 minggu dari sekarang... Huh...

Aku taknak 6 minggu dari sekarang , bila aku dapat result SSABSA, aku bermonolog dalaman, "kalaulah aku study betul2, tak dapat result macam nie" sebab masa tue dah terlambat, dah jauh sangat... Betul kata imam al-Ghazali, perkara yang paling jauh ialah 'masa yang lepas'...

Sebagai solusi kepada kes ini, aku ingin melancarkan satu operasi tergempar yang diberi nama Ops. Lasmin [bukan Ops. Oktober (Syaaz 2008)]... Ops ini mempunyai modus operandi yang luar biasa yang mana aku akan buka buku jika dan hanya jika aku tidak berblog, tidur, main, tengok game Man Utd, balik umah, berborak dan keperluan2 biasa manusia...

Paham tak modus operandinya?

Ops Lasmin bermula sekarang...

p/s: Agak-agaknye la kan, berjaya tak aku dalam exam kalau buat ops macam nie?